Monday 29 October 2012

Dulce Le Leche


Dulce Le Leche oleh: beldandy from MyResipi.com

Dulce_de_leche   (gambo DLL yg dibuat kak FIDA - copy paste dari MyR ) 
Bahan-bahan : 1 tin susu pekat manis. Pilih brand kesukaan masing2. 

Bagi membuat DLL ni kami guna rice cooker je. cara masaknya ikut cara-cara 1 yang dicopy paste dari beldandy seperti kat bawah ni.

Kami masak selama 3 jam, dalam masa merebus 3 jam tu selalu gak le check air tuk pastikan tin sentiasa tenggelam. bila nampak air kurang je, tambah air.  Tanpa ragu2 trus masak 2 tin skali gus.

Bila dah siap tu, punya la lama plak nak sejuk nye (perasaan menunggu sbb nak merasa). Maklumlah pertama kali buat dan nak merasa sangat2. Sebelum jupe resepi ni mmg tak tau pon pasal DLL.  Cari2 gak maklumat kat pakcik google, jupe macam2 method dan juga sejarah DLL ni.  hehehe menarik juga le sejarah terciptanya DLL. Nak kena copy paste gak ke sejarah DLL ??? korang tanya le ngan pakcik GOOGLE - sure jupe macam2.

Bila dah sejuk tu apa lg, cepat2 buka tin, sapu atas roti dan makan yum yum .... wow mmg sedap sangat. Actually kami tak suka makan roti dengan susu pekat manis tp bila makan dgn DLL rasenya lemak2 manis ... mavelusss sungguh.

Nak abis kan 2 tin DLL tu, kami buat minum dengan teh, milo dan nescafe.  Mmg terasa kelainannya n sedap.  Akhirnya abis le 2 tin DLL.

Maaf le gambo yg kami buat tak tayang kat sini sbb DLL dah abis HAHAHAHA.

Terima kasih tidak terhingga kepada tuan asal resepi beldandy

Cara-cara 1

  1. Buangkan kertas pembalut tin susu tersebut. Rendam dalam periuk besar. Boleh rebus 2-3 tin sekaligus) Pastikan paras air sentiasa 2 inci menenggelami tin susu.
  2. Imag0151
    Rebus pada api sederhana selama dua jam. Kalau nak lebih pekat lagi rebus 3 jam.
  3. Tutup api dan biarkan sejuk. 
  4. Setelah sejuk buka tin dan transferkan caramel ke dalam bekas plastic kedap udara. 
  5. Simpan dlm fridge untuk tahan lebih lama.

 Cara-cara 2

  1. Tanggalkan pembalut dan tebuk beberapa lubang di atas permukaan tin susu. 
  2. Masukkan tin susu ke dalam periuk 
  3. Masukkan air hingga ke paras tidak melebihi tin susu tersebut. 
  4. Rebus pada api sederhana selama 2-3 jam.

 Cara-cara 3 

  1. Panaskan oven pada suhu 220C. 
  2. Tuangkan susu ke dalam mangkuk kaca tahan panas (panas oven) atau loyang pembakar. 
  3. Letakkan mangkuk tadi ke dalam loyang yang lebih besar dan isikan loyang tersebut dgn air panas/suam. (bain marie style)
  4. Tutup longgar permukaan mangkuk dgn aluminium foil dan bakar selama 1- 1.5 jam.
  5. Tambah air dalam loyang besar jika perlu. 
  6. Bila dah dapat warna keperangan atau perang gelap boleh berhenti membakar
  7. Tunggu sejuk sebelum pindahkan ke dalam bekas lain.

Cara-cara 4

  1. Masukkan susu ke dalam mangkuk than microwave yang besar . 
  2. Microwavekan pada suhu medium selama 2 minit.
  3. Keluarkan dan kacau sebati. microwave lagi selama 3 minit, keluarkan dan kacau lagi. microwave lagi selama 10 minit, keluarkan dan kacau lagi. 
  4. Ulang2 microwave sampai dapat warna dan consistency yang di inginkan.

Puding Roti

Salam.


Kami buat puding roti ni tuk majlis tahlil masa hari kedua raya aidiladha. mmg sedap n terangkat. sori le gambo tak amik pon, semua dah abis di makan ;)


Kami buat dalam kadar yg agak banyak juga le, maklum lah nak hidang kat tetamu yg ramai. Kami tak blend roti sbb kami suka makan roti yg ketul2 tu. so hamparkan gitu je kat dalam acuan sebelum tuangkan bahan2 lain.  roti gardenia plak kami pakai 1 pack besar. pewarna plak kami just buat plain, putih je.

Apa2 pon kami copy paste Resepi puding roti asal dari MyResepi.com hasil ciptaan sfaizah7

Bahan-bahan ( 4-6 orang )

  • 7 keping roti (sebaiknya roti gardenia)
  • 1 tin susu cair carnation @ yg sewaktu dgnnya
  • 3/4 tin susu pekat manis
  • 3 biji telur
  • 3 sudu besar tepung jagung
  • 3 sudu besar tepung kastard
  • *semua bahan-bahan diatas di blend*
  • *semua bahan-bahan di bawah di masak sehingga hancur*
  • 1 paket besar agar-agar strip (37.5 gram) *seeloknya direndam dulu*
  • 7 gelas air
  • 1 1/2 cawan gula pasir
  • pewarna merah dan hijau @ ikut suka la nak warna apa..

Cara-cara

  1. masak agar-agar strip bersama gula dgn 7 gelas air sehingga hancur.
  2. blend kan semua bahan2 utk di blend tu hingga sebati, bila agar2 dan gula dah hancur masukkan bhn2 yg di blend ke dlm periuk.
  3. masak hingga mendidih.. tapi!! kena sentiasa kacau supaya tak hangus kat bawah dia...
  4. bila dah masak, bahagikan kepada 3 bhgn.. buh la warna merah 1 bhgn, hijau 1 bhgn.. @ ikut la nk buh warna apa2..
  5. letakkan satu senduk setiap warna di dalam loyang @ bekas berselang seli sehingga habis semuanya.
  6. sejukkan sebelum disimpan di dalam fridge..
  7. puding ni cepat keras.. mmg senang dan masa penyediaan pun singkat. 

Kek Buah Juadah Aidiladha

salam,

Pada Khamis b4 Aidiladha sempat le mengadun kek buah feveret sebanyak 4 biji. setiap 1 biji adunannya double (2 kali ganda) sbb nak kek yang besau skit. bila dah siap beratnya lebih kurang 1.7 kg.
Resepi asal ada kat entry sebelum ini, kat sini resepi yg dah diubah suai ikut selera kami. Meh kite tengok bahan2nya.

Bahan-bahan ( loyang 9x6 inc./ 8x8 inc. ) - guna loyang lebih besau
1 1/2 buku mentega (guna buttercup)
1 1/2 cawan gula hitam/dark brown sugar
2 cawan air
2 cawan buah2an kering campur/mix fruits
2 cawan tepung gandum*
2 cawan tepung naik sendiri*
2 sk bicarbonate of soda*
4 biji telur - dikocok
1 sudu besar sunquik-oren

Cara-cara nak buat sama je lah dengan resepi asal, di paste kan semula kat sini.

Cara-cara
1. Campurkan 4 bahan pertama di dalam sebuah periuk besar.Masak hingga gula dan mentega larut atau hingga mendidih.Sejukkan.
2.Ayak bahan2 bertanda dan masukkan ke dalam campuran buah2an yang telah sejuk berselang-seli dengan telur yang dikocok tadi.Kacau hingga sebati dan masukkan pula esen perisa kesukaan masing2.Kacau lagi hingga benar2 sebati.
3. Tuang adunan ke dalam loyang yang telah dialas dan digris.Bakar pada suhu 150C selama 1 jam atau hingga masak.
4. Biarkan kek di dalam loyang 5-10 min. baru dikeluarkan dan disejukkan di atas redai kek.

Kenapa sampai 4 biji ??? actually 1 biji tuk umah abah, 1 biji tuk umah mak mertua, 1 biji umah sendiri n 1 biji lagi tuk diagih2kan kat adik bradik/sedara mara bila berkunjung umah depa. so dpt le merasa sorang skit.

Actually 2 biji guna perasa vanilla ikut resepi asal n 2 biji buat guna sunquick, ternyata yg sunquick tu lebih sedap n menjadi sebutan plak.

Kalu ada yg belum cuba, kami rekomen kan sangat2 resepi nih.  Terima kasih tidak terhingga kepada tuan asal resepi - Kak FIDA.






Tuesday 23 October 2012

Apam snow white

 Apam snow white dari MyResepi.com

Dah banyak kali buat tapi dah lama tak buat, hehehe cam ne tu emmm gitu le keadaannya. sedap n suka sangat2 apam nih.

1st time cuba taun lepas, tgh duk tunggu adunan naik, ayahanda bagitau ada org nak datang umah.  emmm apa lg, sedang elok je adunan naik, terus je kukus n jadik, tu yg suka sangat. time tu color yg ada merah n kuning, so jadi le apam tu 3 color : putih, kuning n merah.  dah rase sedap baru minta tolong ayahanda cari kan kelapa muda tuk dicicah. dah tinggal skit je lagi nak abis kukus tetamu yang ditunggu2 telah muncul, kiranya sedang elok la. trus siap menghidang n bagi tetamu makan. alhamdulillah depa makan sedap sambil berunding. paling best lagi rundingan menjadi kenyataan. rombongan meminang adik akan menyusul. 

Tiba hari bertunang, kami jemput chef2 (makcik2) kat kg tuk masak. so buat apam ni sekali lagi tuk dimakan oleh makcik2 yg datang tolong masak. apa lagi riuh rendah le plak makcik2 minta resepi n tak abis2 duk puji sedap. penat tgn ni menyalinkan resepi kat makcik2 sekelian. lepas dh amik resepi tu tak tau le depa buat ke idak.  hahahaha. time ni banyak gak adunan yg dibuat sbb masing2 cam tak puas makan !!! seronok kalu ada orang makan cenggini. makan panas2 apa tak best nyerrrr.

tu le last sekali making apam snow white, sampai sekarang tak buat2 lagi. tekak ni mmg le teringin nak makan n nak cuba buat lg tp terpaksa dipendamkan dulu. adik dah selamat nikah n dah dapat sorang baby boy .... hehehe punya le lama kisah ni di peram.

apa2 pon korang cuba le, tak rugi follow resepi yang dah copy n paste kan kat sini dari myresepi.com.

terima kasih tuan punya resepi n tip2 kat laporan2 tu !!!!

Bahan-bahan ( 5 orang makan )

  • 3 cawan tepung beras
  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 cawan gula pasir
  • 1 packet mauripan@ibu roti
  • 2 cawan nasi
  • 3 cawan air

Cara-cara

  1. masukkan semua bahan ke dalam mangkuk yg sederhana besar kecuali nasi dan air
  2. gaul bahan tersebut dan ketepikan sementara waktu
  3. kisar/blend nasi dengan air sampai betul2 hancur
  4. campurkan nasi yg telah diblend dengan bahan yg telah digaul tadi dan sebatikan adunan
  5. biarkan adunan mesra selama satu jam..adunan akan mengembang selepas tu...
  6. selepas satu jam, isikan adunan ke dalam acuan jeli/agar2 dan kukus dalam pengukus yang telah dipanaskan terlebih dahulu dalam 10-15minit
  7. note: sapukan acuan dengan sedikit minyak sebelum mengukus supaya hasilnya mengikut bentuk acuan bila dikeluarkan.

Salam Aidiladha

Salam Aidiladha.

terlalu awal ke tuk ucapkan Salam Aidiladha !!! nak wat camne dah kite nak bercuti panjang, kena le wish awalkan. bila dh kat umah mmg x smpt nk layan FB ke, blog ke .... layan ape yg patut je.

di hari yg mulia ni, nak mohon maaf pada semua, nak doakan agar kite semua dirahmati dan dilindungi allah di dunia dan akhirat. moga kite dilimpahi keimanan dan kebahagiaan serta rezki yg diberkati.  moga kite jadi orng2 yg pemurah dan banyak bersedekah dijalan allah. moga kite menjadi pengikat silatularahim.  moga kite menjadi muslim yg menjaga kedaulatan agama kite ISLAM. moga kite sentiasa dalam keimanan yg teguh. moga kite dijauhi dari sifat bakhil, riak dsb nya ....

ya allah satukan lah umat islam di seluruh dunia dengan kekuatan iman kepada mu dan rasullullah s.a.w. yg dikasihi dan dirindui selalu.

Sedikit Motivasi di Tengahari

salam.

pagi ni tak sempat nak update apa2, siapkan keje2 penting dulu sbb esok rabu dah bercuti sampai ahad  emmm cuti raya aidil adha la ape lagi. cuti awal2 macam la nak masak bagai, actually tak plan nk masak ape2 pon tuk raya ni, kiranya nak tumpang p makan mana2 openhouse jerk. korang jemput la warga IsRaQRestHouse ya !!!!!

Bukan apa sesambil melawat sedara mara, kite rase le juadah yg dihidangkan ... org memberi kita merasa kekenyangan.  Raya ni just plan nak buat coktail jerk, kalu org dtg just tuang apa2 patut n makan, simple kan. sbb si abang tengah demam n si adik tgh lasak nak bertatih, mmg x menang tangan nak mengurus anak2 yg aktif. apa pon alhamdulillah, diorang lah permata hati yang menceriakan hidup kami sekeluarga.

Pagi tadi sempat dengar tazkirah pagi .... yg masih ingat ialah kite blah berrangan nak masuk syurga, oleh itu kena la usaha ke arah tu.  kite kena sentiasa berusaha untuk jadi lebih baik dari semalam. kalu samalam kite buat 1 benda baik, hari ni kite gandakan lagi.  bila kite dah jadi "orang masjid", bila jupe org yg tak pegi masjid (kami le tu), jangan plak kata walau pon dalam hati "aku lebih baik dari depa sbb selalu pegi masjid, depa duk tido lagi".  kite kena doakan agar org yg tak pegi masjid tu diberi kekuatan untuk ke masjid bersama kite. dengan kata lain jangan mengutuk atau menjela orng yang kurang dari kite sebaliknya kite mendoakan mereka agar menjadi lebih baik dari kite, itu lah ehsan kite, keikhlasan kite terhadap allah, diri sendiri dan jiran tetangga.



Puding Blueberry

Puding Bluberry copy paste dari http://dayangjack.blogspot.com, nmpak menarik n senang, serta sedap.

Puding Blueberry
Bahan-bahan :

  • 10 g serbuk agar-agar cap Tiga Ros
  • 1/3 cawan jus / inti bluberi
  • 3/4 cawan gula pasir (-/+)
  • 4 sb susu pekat manis
  • 1 cawan air (250 ml)
  • 2 cawan susu segar (500 ml)
  • 1 sb mentega
  • 2 sb tepung kastard + 2 sb air (dibancuhkan)
Cara-cara :
  1. Satukan air bersama gula dan serbuk agar-agar. Didihkan hingga larut.
  2. Masukkan susu segar dan susu pekat. Kacau sebati.
  3. Masukkan bahan-bahan selebihnya dan kacau lagi hingga kelihatan pekat. 
  4. Tuangkan ke dalam bekas besesuaian dan sejukkan terlebih dahulu.
  5. Hiaskan dgn topping blueberry atau fresh blueberries. Sedia untuk dinikmati. 

Monday 22 October 2012

Kek Buah

Salam.

Ni resepi kek buah yg di copy paste dari blog dzanariah.blogspot.com
Resepi asal dari Resepi kak fida di MYR.  Dah byk kali buat sbb mmg feveret semua.

Kisahnya bermula taun lepas, bila terserempak ngan resepi ni kat myresepi.com n try buat, masa tu 1st time wat kek buah setelah sekian lama (dulu2 masa remaja ada le try wat 2-3 kali tapi tak jadi n x sedap, so dh xde idea nak buat lg). sekali rase mmg sedap n jadi macam yg di idam2kan. apa lagi dh jadi menu utama masa raja atau majlis apa2. skali buat 3-4 biji tu biasa la (adunan double plak tu - maknanya sebijik buat 2 adunan sekali gus sbb nak yg besau hehehe).

Intailah resipi kat sini kalu nak cuba ya.  gambo tu insya allah akan menyusul.  selalu wat tp tak nape x penah plak trase nak amik gambo ;)  

Bahan-bahan ( loyang 9x6 inc./ 8x8 inc. )
3/4 buku mentega
1 cawan gula hitam/dark brown sugar (akak guna 200g)
1 cawan air
200g buah2an kering campur/mix fruits
1 cawan tepung gandum*
1 cawan tepung naik sendiri*
1 sk bicarbonate of soda*
2 biji telur - dikocok
1 sk esen vanilla/perisa buah2an/esen oren
1/2 sk serbuk kayu manis* (opt)

Cara-cara
1. Campurkan 4 bahan pertama di dalam sebuah periuk besar.Masak hingga gula dan mentega larut atau hingga mendidih.Sejukkan.
2.Ayak bahan2 bertanda dan masukkan ke dalam campuran buah2an yang telah sejuk berselang-seli dengan telur yang dikocok tadi.Kacau hingga sebati dan masukkan pula esen perisa kesukaan masing2.Kacau lagi hingga benar2 sebati.
3. Tuang adunan ke dalam loyang yang telah dialas dan digris.Bakar pada suhu 150C selama 1 jam atau hingga masak.
4. Biarkan kek di dalam loyang 5-10 min. baru dikeluarkan dan disejukkan di atas redai kek.

Tak hantar pon laporan balik kat kak fida di myresepi.com emmm pepon terima kasih banyak2 kak fida yg bagi resepi kek buah bakar yg sedap n senang sgt2 nk buat nyer. 

Ada nak tempah ke??? hehehe leh la calling caling. (sempat ke tu nak amik tempahan, nk makan sendiri pon menghitung hari baru dapat merasa).





Wednesday 17 October 2012

Puding Coklat vs Puding Milo

salam,

Akhirnya berjaya juga buat puding, TAPI bukan puding Coklat seperti yg diidam-idamkan ... yg jadinya puding MILO.  hahahaha . apa pun kena gak la dengan selera kami sekeluarga, anak2 n hubby suka.

Meh kite intai resepi puding milo versi hentam saja n nak cepat2 masak serta makan.  Minta maaf banyak2 ya tuan punya resepi, dah ubahsuai resepi asal jadi begini :

Bahan-bahan
1 cawan Milo
1 cawan gula
1 cawan susu tepung
1 sudu teh garam
9 cawan air
1/2 cawan tepung jagung

2 sudu besar butter
1 paket serbuk agar2 (25gm)

Cara-cara :
1. Masak agar2 dengan air sampai hancur.
2. Campurkan semua bahan lain kecuali butter dan kacau sentiasa hingga mendidih.
3. Masukkan butter, kacau hingga pekat.
4. Angkat dan masukkan ke dalam loyang atau acuan yg disukai.

Tengok la hasilnya lepas dah dibeku kat gambar atas, pakai acuan bersegi2.  Gambar bawah ni dah siap potong dan dah kena ngap ... sedap lemak2 manis n gebus2 gitu.



Saja nak bagi variasi lain skit, taburkan campuran buah2an kering (actually beli tuk buat kek buah). heheh nantikan kemunculan kek buah yg sedap resepi dari My Resepi, dah banyak kali buat kek buah sbb mmg sedap dan menjadi permintaan ramai kaum keluarga n kawan2.



 

Bila dimakan dengan buah2an gini rase manis2 buah + lemak gebus plak, nnt nak cuba gak le buat pakai serbuk koko.  Ni kes dah nak makan sangat n bahan2 tak de kat umah, yg ada hanya Milo, so belasah je la.  Susu tepung plak, amik susu tepung anak - Dugro perisa asli ni mmg dah ada rasa vanilla skit, so x yah nak boh perisa vanilla dah.  Agar2 yang ada plak pack 25gm - so belasah la agak2 dua adunan.Gula plak pakai 1 cawan je sbb Milo dah manis.


Sebelum terlupa terima kasih kat tuan asal resepi (Copy paste dari Blog PotretKasih), akan ku cuba buat ikut resepi asal yeeehaaaaa.  Musti lagi sedap.  Duk berangan nak buat dalam bekas kecik2 perlbagai patern tu  emmmm Insya Allah.



Warded 2

Salam,

Sori le pasal citer kena masuk ward tu cam tergantung tak abis. start masuk wad on 23 Sept 12, my operation on 24 Sept 12. On 23rd Sept, they took my blood (sakit wooo - but to have a better life we must sacrifice a bit right!!!), blood pressure, heart beat, my weight and bla bla ... then the result came out - everything are in very2 excellent condition, "we will proceed the operation tomorrow" - hearing that my stomach fill something missing, crushing, kecut perut laaaaa maaaa !!! Dear Allah make everything smooth and success !!!

That night I'm fasting start from 4.am (actually I'm not take anything from 10.pm - already sleep laaa - so sleepy hehehe ngatuk plak ... before tu kata kecut parut HAHAHA).

Then the next day appear, at 11.30 am "The OT (Operation Theater) is calling for You, get ready, change your clothes". At 12 o'clock moving to OT. The doctor take over, injected the dos and then just a few second, I'm sleep, start dreaming - talking to my sister : very long chat with her and then ... i heard someone calling my name ... HAHAHA the doctor actually calling me to wake me up at 4.pm.  The doctor said my operation finish at 2.pm, after that I'm being rest in rest area beside OT room for 2 hour before they woke me up. At 4.30 pm they move me back to ward. fully recover and can talk as usual. Alhamdulillah. i'm rest all night but still fasting (lapor sangat) .. so hungry laaaa.

On 25 Sept 12, still fasting till 12.pm because the doctor only appear at12.pm. They check me up and told me that i can eat n another good news, can go home. they discharge me from ward that night at 9pm.... we waiting for discharge letter from 2 pm to 9.pm, so long. when i take a look to another bed, actually 2/3 of the patient have been discharge that day, that why my discharge letter does not come out faster.

to be continue  ..... 

Tuesday 16 October 2012

TEPUNG PELITA TRADISIONAL

Salam,

Dah lama mencari resepi tepung pelita yg original tradisional, ikut style yg dulu2, akhir jupe.
copy paste tuk koleksi dari blog hanieliza



TEPUNG PELITA

Bahan-bahan A disatukan- lapisan bawah

1 cawan tepung beras
sedikit air kapur
7 helai daun pandan, kisar dan ambil airnya anggaran 3 cawan

Bahan B : disatukan - lapisan atas..
3 cawan santan pekat
1 senduk tepung beras
secubit garam

Bahan C
Gula pasir secukupnya
Daun pisang secukupnya, dibuat bakul

Cara
1. Didihkan air untuk mengukus. Bubuh 1 sudu gula atau lebih (ikut manis yang dikehendaki) dalam setiap bakul daun pisang.
2. Kemudian masukkan adunan A agak-agak ½ atau ¾ bakul. Kukus sehingga masak.
3. Masakan bahan B anggaran panas. Kemudian masukkan hingga penuh bakul.
4. Kemudian kukus lagi hingga lapisan atasnya masak. Untuk memastikan kuih betul-betul masak, cucuk dengan garpu atau lidi. Kalau tak melekat, masaklah tu..
5. Sejukkan betui2 baru makan dengan sudu kecil.

NOTA.
Kalau sejukkan dalam peti ais lagi sedap.
jika tak der daun pisang boleh gunakan mangkuk kecil.


hehehe banyak benor jupe resepi yg dicari2 selama ni kat blog2 hari ni ....bila la bulih buat. dah lama dapur tak berusik. warga IsRaQRestHouse yg kecik tu tgh demam plak, sib baik dia tak meragam sangat. cepat2 la sembuh.

SAMBAL GORENG BILIS DAN KENTANG

SALAM,

NI PLAK RESEPI sambal bilis, emmm feveret ni, dah lama x buat. apa lagi copy paste lagi dari dapur liza INTAI DAPUR


RESEPI SAMBAL GORENG BILIS DAN KENTANG

Bhn2:

150gm ikan bilis - digoreng garing
2 biji ubi kentang - dipotong baji dan grg
3 s/m cili mesin
3 ulas bwg merah - tumbuk
2 ulas bwg pth - tumbuk
Garam dan serbuk perasa
Mnyak

- panaskan minyak dan tumis bhn2 tumbuk dan cili mesin hungga naik bau.
- masukkan garam dan serbuk perasa.
- masukkan pula ikan bilis dan ubi kentang grg td dan kacau
- siap dihidang..

RESEPI CUCUR NASI

salam,
hari ni pepagi terjupe plak cucuq nasi dari blog intai dapur, resepi asal dr dAPUR Yati Sinar Kehidupanku.

COPY PASTE KAT SINI DULU.... NNT NAK CUBA, BILA TAUN X TAU LE HEHEHEH

RESEPI CUCUR NASI

Bhn2:

  • 2 cwn nasi
  • 2 cwn air
  • 1 biji bwg besar - Liza potong dadu
  • 2 biji bwg putih
  • 1/2 cwn ikan bilis
  • 2 1/2 cwn tepung gandum
  • 1 biji lada besar dihiris nipis (jika suka)
  • Daun sup/bawang (di hiris halus)
  • sedikit garam
  • Minyak untuk mengoreng
  • Liza tambah crabstick
Cara Membuatnya

  1. Blend nasi bersama air, masukkan sekali ikan bilis, bwg putih dan bwg besar...kisar sebati.
  2. Masukkan tepung gandum ke dlm bekas dan tuangkan bahan2 kisar tadi...gaul sebati.
  3. Campurkan semua bahan2 hirisan, garam dan gaul sebati.
  4. Panaskan minyak dan goreng adunan cucur hingga masak.
  5. Saya gunakan tangan saja utk men=jemput cucur ini....pastikan jari di basahkan sedikit dngn air supaya mudah. Selamat Mencuba...

Monday 15 October 2012

Puding Coklat

Salam.

Dah lama berangan nak buat puding coklat yg sedap n nmpk menyiurkan ni... tah jadi ke idak projek ni hehehe.  Apa2 pon copy n paste resipi dulu n simpan kat sini. Tgh hari nnt n pusing2 cari bahan.  bila ada masa terluang ... tadaaaaa insya allah ...harap2 jadik la.

kalu dah jadik nnt baru post gambo nya kat entry yg akan datang ....

Copy paste dari Blog PotretKasih 
Resepi Rich Chocolate Pudding ( sumber C&P : Dapur Ros/ sumber asal: Dapur Jun )


Bahan-bahan
1/2 cawan serbuk koko
1 cawan gula
1/2 cawan susu tepung
1/2 sudu teh garam
4 1/4 cawan air
4 sudu besar tepung jagung ( saya guna tepung kastard)
1/2 sudu teh esen vanilla
3 sudu besar butter ( saya letak 2 sudu besar je)
1 paket serbuk agar2 (10-11gm)
Cara-cara
1. Campurkan semua bahan kecuali butter dan kacau selalu hingga mendidih.
2. Masukkan butter, kacau hingga pekat.
3. Angkat dan masukkan kedalam loyang atau acuan yg disukai.

Ni petua2 atau tips2 dari pakar2 pembuat puding : kalu nak senang keluarkan bila dah beku, basahkan dulu acuan sebelum memasukkan puding..bila dah beku, insyaAllah senang nak keluarkan.

Sunday 14 October 2012

cuti umum pada 21 Oktober 2012

KOTA BHARU – Kerajaan Kelantan hari ini mengisytiharkan cuti umum pada 21 Oktober 2012 sempena The Red Warrior berjaya ke perlawanan akhir Piala Malaysia pada 20hb Oktober 2012 di Stadium Shah Alam.



Terima kasih kpd kerajaan Kelantan yg bermurah hati dengan pengumuman cuti umum peristiwa yang secara tidak langsung membolehkan lebih ramai rakyat Negeri Kelantan memenuhi Stadium Shah Alam untuk bersama sama membakar semangat menyokong perlawanan akhir Piala Malaysia antara Kelantan bertemu Angkatan Tentera Malaysia!

Thursday 11 October 2012

Removing Gallstones Naturally

Health : Removing Gallstones Naturally
Posted in: Health


Removing Gallstones Naturally by Dr Lai Chiu-Nan

It has worked for many. If it works for you please pass on the good news. Chiu Nan is not charging for it, so we should make it free for everyone. Your reward is when someone, through your word of mouth, benefits from the regime. Gallstones may not be everyone’s concern. But they should be because we all have them. Moreover, gallstones may lead to cancer. “Cancer is never the first illness,” Chiu Nan points out. “Usually, there are a lot of other problems leading to cancer. In my research in China, I came across some materials which say that people with cancer usually have stones. We all have gallstones. It’s a matter of big or small, many or few.

One of the symptoms of gallstones is a feeling of bloatedness after a heavy meal. You feel like you can’t digest the food. If it gets more serious, you feel pain in the liver area.” So if you think you have gallstones, Chiu Nan offers the following method to remove them naturally. The treatment is also good for those with a weak liver, because the liver and gallbladder are closely linked. Regimen:

1. For the first five days, take four glasses of apple juice every day. Or eat four or five apples, whichever you prefer. Apple juice softens the gallstones. During the five days, eat normally.

2. On the sixth day, take no dinner.

3. At 6 PM, take a teaspoon of Epsom salt (magnesium sulphate) with a glass of warm water.

4. At 8 PM, repeat the same. Magnesium sulphate opens the gallbladder ducts.

5. At 10 PM, take half cup olive oil (or sesame oil) with half cup fresh lemon juice. Mix it well and drink it. The oil lubricates the stones to ease their passage.

PS. 1cup=250ml, � cup lemon juice=3 lemons (aprox.)
Epsom salt : Hydrated magnesium sulfate. A white crystalline powder used in bath preparations and foot soaks. Originally obtained from the minerals found in Epsom, England. When absorbed through the skin, such as in a bath salt soak, Epsom Salt is believed to draw toxins from the body, reduce swelling, and relax muscles.
Perhaps you might want to consult a pharmacist.


The next morning, you will find green stones in your stools. “Usually they float,” Chiu Nan notes. “You might want to count them. I have had people who pass 40, 50 or up to 100 stones. Very many.”

“Even if you don’t have any symptoms of gallstones, you still might have some. It’s always good to give your gall bladder a clean-up now and then. Please be commited,and complete the whole regimen, and not doing it half heartedly. Technorati Tags : Health Removing Gallstone

Boleh cuba website ini juga: Lagi detail penerangan.
www.forestexplorers.com : Gallstones Removal Treatment

Wednesday 10 October 2012

Warded 1


sambungan ....

semasa kena warded last 2 week, masuk2 je doc bg adiah jarum kat lengan !!! emmm kena lah carry ke mana-mana pegi.



Sesambil tu nak paste link ke carta buah2an yg penuh informasi KLIK SINI.

I'M BACK

Salam,

Hai semua, I'm back !! IsyRaQRestHouse in the house !!!!
Alhamdulillah my minor operation success n recover very well n ready to blog again !!!!

Will post the picture of my minor operation.  Emmm u must be wondering what actually happen to me right ??? Well, it's started last year on 5 dec 11 when i'm collapse, then have been send to the hospital ... warded for 10 days, going tru all of check-up to identify what wrong.  And then the doctor said bla bla bla .... well operation is the only solution to remove it forever !!!

The story will be continue  ..... must back to work hehehe actually today is my third day after my "LONG HOLIDAY".  wish me luck n well fast !!! chowwwww !!