Sunday 28 April 2013

JUS saderi Untuk menurunkan TEKANAN DARAH

salam

CELERY JUICE TO LOWER BLOOD PRESSURE NATURALLY

Celery has always been associated with lowering of blood pressure, but it has so many other health benefits that it should be made a regular ingredient in our juices.

Other health benefits of CELERY JUICE:
- Blood alkalizer - prevents acidosis
- Perfect post-workout drink to replenish lost electrolytes
- Significantly helps regulate cholesterol levels
- Helps normalize body temperature
- Promotes healthy kidney and prevents kidney stones
- Calming effect on the nervous system
And many more!

JUICE RECIPE TO LOWER BLOOD PRESSURE:
- 2 green apples
- 2 ribs celery
- 1/2 a cucumber
- 1/8 of a lemon
- 1/2 inch ginger (optional)

Jus saderi Untuk menurunkan TEKANAN DARAH secara SEMULAJADISaderi sentiasa dikaitkan dengan keupayaan untuk menurunkan tekanan darah, ia juga  mempunyai banyak manfaat kesihatan yang lain. elok dijadikan bahan biasa dalam jus minuman harian.Faedah-faedah lain jus saderi: - Alkalizer darah - menghalang asidosis - minuman selepas senaman untuk menggantikan kehilangan elektrolit - Ketara membantu mengawal paras kolesterol - Membantu menormalkan suhu badan - Menggalakkan buah pinggang sihat dan mencegah batu karang - Kesan menenangkan sistem saraf dan banyak lagi!Resipi JUICE UNTUK menurunkan TEKANAN DARAH : - 2 epal hijau - 2 batang saderi - 1/2 timun - 1/8 limau - Halia 1/2 inci (pilihan)

Source:
http://juicing-for-health.com/health-benefits-of-celery.html
http://herbadantumbuhan.blogspot.com/2012/05/saderi-ada-rasiah-tersendiri.html

penawar sakit tekak atau batuk

salam.

perkongsian dari


Ustaz Don Daniyal
Like This Page





SHARING: penawar sakit tekak atau batuk
Tip mudah menyediakan penawar sakit tekak atau batuk

Hirisan buah lemon, hirisan halia dicampur dengan madu asli di dalam balang atau bekas bertutup dan simpan di dalam peti sejuk. Ia akan menjadi likat seperti agar-agar. Tahan sehingga 2-3 bulan.
Cara penyediaan, masukkan sesudu ke dalam gelas, dan tuangkan air suam.

=================================================================

Nak cuba buat n bagi anak-anak minum.  Terbaik.

Allah Itu Ada

salam.

<<<MUST READ>>> ALLAH DOES EXIST (Existence of Allah)

A man went to a barbershop to have his hair cut and his beard trimmed. As the barber began to work, they began to have a good conversation. They talked about so many things and various subjects.

When they eventually touched on the subject of Allah, the barber said: "I don't believe that Allah exists."

"Why do you say that?" asked the customer.

"Well, you just have to go out in the street to realize that Allah doesn't exist. Tell me, if Allah exists, would there be so many sick people? Would there be abandoned children? If Allah existed, there would be neither suffering nor pain. I can't imagine a loving an Allah who would allow all of these things."

The customer thought for a moment, but didn't respond because he didn't want to start an argument. The barber finished his job and the customer left the shop. Just after he left the barbershop, he saw a man in the street with long, stringy, dirty hair and an untrimmed beard. He looked dirty and unkempt.

The customer turned back and entered the barber shop again and he said to the barber: "You know what? Barbers do not exist."

"How can you say that?" asked the surprised barber. "I am here, and I am a barber. And I just worked on you!"

"No!" the customer exclaimed. "Barbers don't exist because if they did, there would be no people with dirty long hair and untrimmed beards, like that man outside."

"Ah, but barbers DO exist! What happens is, people do not come to me."

"Exactly!"- affirmed the customer. "That's the point! Allah, too, DOES exist! What happens, is, people don't go to Him and do not look for Him.

★ [ DON,T FORGET TO SHARE ] ★



versi Bahasa Melayu

<<< MESTI BACA >>> ALLAH TIDAK ADA (Kewujudan Allah)

Seorang lelaki pergi ke kedai gunting rambut untuk memotong rambut dan janggutnya. Ketika tukang gunting mula bekerja, mereka mulakan perbualan dengan baik. Mereka bercakap tentang banyak perkara dan pelbagai subjek.

Akhirnya mereka menyentuh mengenai subjek Allah, tukang gunting itu berkata: "Saya tidak percaya bahawa Allah wujud."

"Mengapa anda mengatakan demikian?" tanya pelanggan.

"Cuba anda keluar di jalan untuk menyedari bahawa Allah tidak wujud atau tidak. Beritahu saya, jika Allah wujud, kenapa begitu ramai orang sakit? Kenapa kanak-kanak ditinggalkan ? Jika Allah wujud, sepatutnya tiada penderitaan atau kesakitan. saya tidak boleh bayangkan Allah yang Maha Penyayang akan membiarkan semua perkara ini berlaku. "

Pelanggan berfikir sejenak, tetapi tidak bertindak balas kerana dia tidak mahu memulakan pertengkaran. Tukang Gunting selesai kerjanya dan pelanggan meninggalkan kedai. Hanya selepas dia meninggalkan kedai gunting rambut, dia melihat seorang lelaki di jalanan dengan rambut  dan janggut yang panjang, berserabut serta kotor tidak dijaga. Dia kelihatan kotor dan tidak terurus.

Pelanggan kembali memasuki kedai gunting sekali lagi dan dia berkata kepada tukang guntimg: ". Tukang gunting tidak wujud"

"Bagaimana anda boleh mengatakan demikian?" bertanya tukang gunting terkejut. "Saya di sini, dan saya tukang gunting. Dan saya baru saje selesai menggunting rambut dan janggut anda!"

"Tidak!" pelanggan berteriak. "Tukang gunting tidak wujud kerana jika mereka wujud, tidak akan ada orang dengan rambut dan janggut yang panjang dan kotor  tidak dijaga sebagaimana lelaki di luar sana."

"Ah, tetapi tukang gunting wujud! Apa yang berlaku ialah orang tidak datang kepada saya."

"Tepat sekali!" - kata pelanggan. "Begitu juga dengan Allah, DIA wujud! Apa yang berlaku adalah orang tidak mencari dan tidak pergi kepada-Nya.

★ [Jangan  LUPA UNTUK DIKONGSI] ★

Thursday 25 April 2013

Semakan keputusan permohonan kemasukan Matrikulasi Sesi 2013/2014

salam

KPM telah memaklumkan Semakan keputusan permohonan kemasukan ke Matrikulasi bagi sesi 2013/2014 akan mula dibuka pada hari ini 25 April 2013 jam 4.00 petang.

Sehubungan itu, bagi sesiapa yang telah memohon kemasukan ke Matrikulasi, anda boleh mula menyemak hari ini dan jika berjaya, anda dikehendaki mencetak sendiri statement itu untuk dibawa bersama ketika mendaftar di Kolej Matrikulasi.

Semakan Secara Online

Sila layari laman ini : http://apps.moe.gov.my/matrikulasi/tawaran/ (Link akan dikemaskini dari semasa ke Semasa oleh pihak KPM)


Semakan Melalui SMS

SMS dengan menaip MOE<jarak>MAT<jarak>NO.K.P dan hantar kepada 15888
Contoh : MOE MAT 951223125431 dan hantar ke 15888


Berikut ialah senarai tarikh pendaftaran bagi setiap Kolej Matrikulasi yang terdapat di Malaysia:

Kolej Matrikulasi Labuan – 19 Mei 2013
Kolej Matrikulasi Sarawak – 26 Mei 2013
Kolej-kolej matrikulasi seluruh semenanjung – 27 Mei 2013Bagi calon yang tidak berjaya, rayuan boleh terus dibuat melalui laman sesawanghttp://www.moe.gov.my mulai 25 April 2013 hingga 9 Mei 2013. Rayuan yang dibuat selepas tarikh tutup berkenaan tidak akan dilayan dan dipertimbangkan.

Talian bantuan Bahagian Matrikulasi 03-8884 4036/4040/4100/4083 boleh dihubungi dari jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang (hari bekerja sahaja).


PESTA WAU ANTARABANGSA KELANTAN 2013

salam.

PESTA WAU ANTARABANGSA KELANTAN kembali lagi menjenguk anak-anak Kelantan.  Jadi apa lagi wahai anak-anak Kelantan dan bukan warga Kelantan .... anda semua dijemput untuk sama-sama memeriahkan lagi PESTA WAU ANTARABANGSA KELANTAN 2013 Kali Ke-31 bermula 29 Mei sehingga 1 Jun 2013. Masuk adalah percuma, jom kita beramai-ramai ke Pantai Geting, Tumpat.

Bagi yang tak tau di mana Pantai Geting .... panduannya Pantai Geting terletak bersebelahan dengan Pantai Sri Tujoh .... nun di Tumpat sana.  Bagi yang balik bercuti (Musim Cuti Sekolah) atau yang menghabiskan cuti-cuti satu malaysia di Negeri Kelantan boleh rancang perjalanan dan percutian agar dapat menggunakan waktu sebaik mungkin.  Contohnya merancang untuk tengok wau dan membeli belah.  Pantai Geting ni terletak berdekatan dengan Pusat beli belah bebas cukai yang femes iaitu Pangkalan Kubor.  Jadi pakat le pegi serbu Pangkalan Kubur dan Pantai Geting.



sumber maklumat FB SUK Kelantan

Wednesday 24 April 2013

Tako Jagung Kak Fida

salam.

Yang plak resepi Tako Jagung dari Kak Fida

oleh: kak fida ♥Tako Jagung™ 



Bahan-bahan ( 12 bekas mangkuk kecil )
  • Lapisan Bawah :-
  • 1/4 cawan tepung beras
  • 1/4 cawan tepung hoen kwee
  • 1 cawan gula halus (boleh kurangkan sesuai selera)
  • 2 1/4 cawan air
  • 1 cawan jagung cream/biji
  • Lapisan Atas/Dadih :-
  • 3 cawan santan pekat
  • 1/4 cawan tepung beras
  • 2 1/2 sb tepung hoen kwee
  • 3/4 sk garam
  • 2 helai daun pandan - disimpul

Cara-cara 

  • Satukan bahan2 lapisan bawah,tambah sedikit pewarna kuning dan masak hingga pekat.
  • Sediakan mangkuk2 kecil atau kelongsong pandan dan tuangkan adunan jagung hingga 1/2 paras mangkuk kecil atau leongsong pandan tadi.Ketepikan.
  • Satukan bahan2 lapisan atas/dadih dan masak hingga pekat.Matikan api.
  • Tuangkan dadih ke atas lapisan jagung hingga memenuhi mangkuk/kelongsong pandan.Sejukkan
  • Simpan tako jagung di dalam peti ais untuk didinginkan
  • PUDING MILO LAPIS OREO

    salam.

    emmm dah lama tak berkongsi resepi kan.  Hari ni jumpa resepi yg simple dan menarik dari FB bukuresepi.  Jommssss cuba buat.  Terima kasihnya tuan punya resepi. hehehe dah siap print resepi nih !!!!

    PUDING MILO LAPIS OREO
    Oleh:Suriani Osman
    cc : www.facebook.com/bukuresepi






    PUDING MILO LAPIS OREO

    Bahan-bahan 

    10gram serbuk agar2
    750ml air
    150g gula
    1 tin susu cair (400ml)
    3/4cawan milo
    satu bungkus oreo (135g) - patahkan dua2

    Cara-cara
    Masak serbuk agar2 dan air sehingga larut. Masukkan gula dan masak hingga larut. Masukkan susu cair kacau sebati hingga mendidih.
    Bahagikan 2 bhgn dan 1 bhgn dicampurkan milo dan kacau hingga sebati.
    Bahagikan 1 bhgn milo kpd 2 bhgn. Masukkan 1 bhgn milo ke dlm acuan.
    Apabila mengeras sedikit, tuangkan adunan putih tadi. taburkan biskut oreo. Sejukkan sebentar sehingga mengeras sedikit kemudian tuangkan pula baki milo tadi. Sejukkan sekejap dgn suhu bilik kemudian masukkan peti sejuk. Potong dan Hidangkan.

    Tuesday 23 April 2013

    Jawatan kosong : Juruteknik Komputer (Sambilan) Yayasan Islam Kelantan

    salam.


    Kerajaan Negeri Kelantan
    Yayasan Islam Kelantan

    Jawatan kosong : Juruteknik Komputer (Sambilan) Yayasan Islam Kelantan

    - Berpengetahuan didalam PHP,MYSQL & OOP (akan diberi keutamaan).
    - Mempunyai sijil dalam bidang teknologi maklumat. Calon degree tidak digalakkan memohon kerana jawatan ini untuk sijil komputer.
    - Berpengetahuan didalam networking & hardware komputer.

    Sila email resume anda berserta screenshot sistem php dan
    contoh coding anda ke email: resume@yik.edu.my dan
    tajuk email adalah Jawatan Sambilan: Juruteknik Komputer

    * Hanya calon yang layak akan dipanggil temuduga.

    Tarikh tutup: 02/05/2013

    Mohon supaya disebarkan dan dishare kan kepada rakan-rakan yang berada dalam jurusan IT (sijil/diploma)

    Monday 22 April 2013

    Manusia Komputer Shakuntala Devi

    salam.

    Lagenda Matematik Shakuntala Devi dari India yang digelar sebagai 'komputer manusia terpantas di dunia'.  Beliau membuat pengiraan matematik yang kompleks dikenali juga sebagai kanak-kanak ajaib telah meninggal dunia di sebuah hospital di sini hari ini berikutan masalah pernafasan. 
    Devi, yang telah mempesonakan dunia dengan kehebatan beliau selama beberapa dekad kini berumur 83 tahun.
    "Dia meninggal dunia di Hospital Bangalore," kata 
    DC Shivadev dari Yayasan Amanah Raya Pendidikan Shakuntala Devi . Doktor mengisytiharkan Devi meninggal pada 08:15. 
    Menurut Shivadev, Devi telah dimasukkan ke hospital beberapa minggu yang lalu kerana masalah pernafasan yang kritikal. "Dia juga kemudiannya mengalami masalah jantung dan buah pinggang," kata Shivadevi
    Satu ketika dulu di India, Devi menyelesaikan penambahan nombor 16-digit dengan satu sama lain dan menggandakan hasilnya dengan satu jujukan nombor dalam jangka waktu yang singkat, dan mencari jawapan kepada punca kuasa tiga yang terhasil hanya dalam sekelip mata.
    Devi yang tidak mempunyai pendidikan formal mempunyai keupayaan untuk memberitahu hari minggu mana-mana tarikh yang diberikan dalam abad yang lalu dalam sekelip mata.
    "Hadiah Tuhan. Berkualiti terunggul," begitulah Devi pernah merasakan perbezaan yang unik itu yang mula menunjukkan bakat sejak berusia tiga. Beliau telah dipetik sebagai berkata bahawa tiada seorang pun dalam keluarganya menunjukkan sebarang tanda-tanda mempunyai keunikan yang sama mengenai angka. "Tidak seorang pun, walaupun ayah saya adalah seorang ahli silap mata pentas."
    Dinilai sebagai salah satu dalam 58 juta beliau sungguh 
    menakjubkan bila mana dapat menyelesaikan masalah matematik secepat super-komputer yang pernah dicipta - yang UNIVAC-1108 -, Devi percaya dalam penggunaan sel-sel kelabu cip silikon.
    Lahir pada 4 November 1939, Devi direkodkan dalam Guinness Book of World Record bagi keupayaan cemerlang beliau dan menulis beberapa buah buku seperti 'Fun With Numbers', 'Astrologi For You', 'Puzzle to Puzzle You', dan 'Mathablit'.
    Berketurunan Kannada Brahmin, bapa Devi adalah seorang pelaku sarkas yang membuat persembahan trapez, tali tegang dan meriam. Beliau telah menentang dari menjadi imam kuil.

    Penemuan terbaru mengenai Stonehenge

    salam.


    Penemuan terbaru ahli-ahli arkeologi iaitu Stonehenge mungkin telah diduduki oleh manusia 5,000 tahun lebih awal dari kepercayaan sebelum ini.

    Penggalian tapak 1.6 km dari struktur batu di England telah mendedahkan bahawa ada manusia yang telah menduduki kawasan itu sejak 7500 SM.

    Bukti sebelum ini telah menunjukkan kemungkinan ada manusia yang mendiami kawasan itu yang dikenali sebagai Kem Vespasian, iaitu kira-kira 7,500 SM.  Sebelum ini tiada tanda-tanda bahawa ada manusia telah tinggal di sana sehingga selewat 2,500 SM.

    Dengan penemuan bahan carbon-dating di kawasan itu, ahli-ahli arkeologi yang diketuai oleh David Jacques dari Universiti Terbuka di UK mengenal pasti penyelesaian sementara bahawa manusia telah menduduki kawasan tersebut daripada 7,500 kepada 4,700 SM.

    The Telegraph melaporkan manusia yang menduduki kawasan ini sekitar tahun 
    ke-9 hingga ke-7 SM adalah bermungkinan besar telah bertanggungjawab untuk mendirikan tugu pertama di Stonehenge dan post Mesolitik.

    Jacques telah mengenalpasti penyelesaian selepas memutuskan untuk mencari bukti di sekitar mata air yang di kawasan terbabit, di mana kawasan yang sama menurut beliau boleh menarik perhatian haiwan.

    "Apa yang saya fikir adalah di mana anda mencari haiwan liar, anda cenderung untuk mencari orang," katanya.

    "Apa yang kita jumpa adalah sumber air yang selamat dan terdekat untuk haiwan dan manusia, satu punca air tawar yang membekalkan air sepanjang tahun. Ia adalah salah satu sumber yang terdekat dengan kawasan ini [Stonehenge]. Saya fikir ia amat penting," katanya.


    Gooooooooooooooogle Celebrating Earth Day

    salam.

    Sebut je google, jutaaan orang tau, satu eenjin carian yang termasyur dan cepat.  Sure ramai yang perasan imej-imej yang selalu google letak kat atas kotak carian.  Selalu ikut tema harian dan sangat kreatif.  Saya sangat tertarik dengan imej hari ni. So play n capture skrin.  gini le lebih kurang hasilnya. tengok life kat google lagi cantik.   So try la play around with it.

    Open up Google today and a beautiful green landscape complete with streams, a bright sun, birds and trees greets you. It's time for a doodle again and today folks at Google are celebrating Earth Day with this interactive, animated doodle.



    Gunung Stong Challenge 2013

    salam.

    Mount Stong International Climbathon 2013 adalah acara sukan lasak peringkat negeri Kelantan.  Ianya bagi membantu mempromosikan Gunung Stong dan sekaligus mempromosikan Kelantan.





    Gunung Stong International Climbathon 2013 akan berlangsung pada 22 Jun 2013 (Sabtu) di Gunung Stong , Jelawang, Dabong, Kelantan.Race Information of Mount Stong International Climbathon 2013
    • Open to all individuals.
    • Each participant must be fully responsible of their participation from start till the end of race. The organizer has absolute right and discretion to terminate any participant to start or continue the race, if the participant fails to follow the rules and regulation, or this race may cause harm and injury to participants. All decisions made by the organizer are final.
    • Participant who has physical/mental health problem must consult and get the approval of doctor/family members before the race.
    • Participants must ensure to have a good rest and drink a lot of water before the race.
    • If there occurs any troubles regarding physical health problem during the race, participant is strongly advised to stop and immediately get helps/treatment from the race crews along the race route.
    • Participant must use approriate tools/shoes for the race.
    • The Organizer will held a race briefing one day before the race.
    • The given bib number must be shown  in front of the shirt at all time during the race.
    • Each participant must use the race route which has been decided by the organizer.
    • The organizer has full right to modify or make changes any rules and regulations. Any participant who FAIL  to fulfill all rules and regulations decided by the organizer will cause his/her participation to be terminated or automatically Forfeit.
    • The organizer will provide stage one medical/emergency aid/services during the race.
    • Water station will be provided during the race.
    • The organizer will always communicate with the technical crews who available along the race route.
    • Any participant who unable to continue the race will be disqualified.
    • The organizer has full absolute right in determining the termination of participation to any participant for safety and health reasons or to whom FAIL to fulfill rules and regulations.
    • All decisions are final.


    sumber : http://www.stongchallenge.kelantan.gov.my

    ICT Fair 2013 di KBMALL

    salam.

    ICT Fair 2013 akan berlangsung di KBMALL pada 25-27 April 2013 dari jam 10 pagi hingga 11 malam.  So jommmsss kite pakat gi serbu ICT Fair.

    Sunday 21 April 2013

    fuhhh mmg berpuluh nak mengenal hati budi

    salam.

    Kisah ni di SHARE dan disimpan di blog ini untuk ingatan diri sendiri.  Walaupon tak melalui perkara yang sama, tapi banyak BENDA yang BENGGANG sangat masa baru-baru kawen, ya la kan bukan mudah nak adjust life single to married,  fuhhh mmg berpuluh nak mengenal hati budi masing-masing. hehehe

    ========================================
    GELAGAT ORANG MUDA BARU KAWIN

    Bila aku teringat balik cerita ni, aku mesti tergelak sorang-sorang. Alkisahnya, aku ni ditakdirkanlah kahwin dengan sorang mamat nih. Entah dari mana la datangnya. Mak aku yang suruh, dia kata budak ni baik la, alim la pandai la. Lepas tu terus kami kahwin.

    Masa first time kahwin tu, memang kucar-kacir jugak la rumah tangga kami. Dan yang aku paling tak tahan tu dia memang selalu saja buat aku sakit hati. Eiiiii… geramnya aku!!!

    Mana taknya, aku basuh baju dia sekali la dengan baju aku. Then lepas basuh nak dijadikan cerita, ada lah pulak baju dia yang turun warna melekat kat baju aku. Haihhh… memang sakit hati. Baju baru kot, mahal lagi!!!

    Then bila aku tanya dia, kenapalah tak bagitau aku yang baju dia ada yang turun warna. Dengan slumber dia kata.. ”Lah… awat tak tanya…” Eiii… geramnya aku!!!

    Selang beberapa hari, dia ada ajak aku pergi shopping. Ok, fine. Aku ikut je la. Weekend la katakan. Lepas tu nak jadikan cerita, dia punyalah excited nak pergi shopping sampai aku kalih-kalih belakang.. dia hilang!!..

    Aku cari gak dekat-dekat area situ kot2 ada tapi memang hampeh. Aku try call, tak angkat. Call lagi pun tak angkat. Huhh. Tension betul! Then, aku amik keputusan tunggu kat kereta je.

    Seminit… lepas tu dua minit… lepas tu…. SEJAM KOT!! Huhh. Memang sakit hati betul!! Then bila dia sampai dekat kereta, aku tanya, pergi mana? Kenapa call tak angkat??!! Yang aku tak tahan, dia dengan slumber jawab.. “Lah.. gi shopping la sayang…

    Owh, awak ada call ekk?? Alah, lupa nak bagi tau, terlupa bawa handset… hehe..” Eiiii… geramnya aku!!!!

    Seminggu lepas tu dia kata teringin nak makan masak ayam berempah dengan masak lemak cili api. Ok fine. Aku masak je. Tapi memang la aku ni tak la pandai masak sangat tapi bolehlah kalau setakat nak makan kan. Aku hidang bagi dia makan.

    Masa first time dia suap kat mulut tu aku bajet dia nak kata apa-apa. Tapi dia diam. Memang tak kata apa-apa pun sampai dia habis makan. Habis makan pun tak kata apa. Aku pun confius.

    Dia ni takde respons. Sedap ke tak?? Ehmmm.. kalau ikut aku la, aku rasa ok je lah. Tapi tak tau la orang yang makan nak kata apa..

    Huhhh….. Esoknya, time aku on the way nak balik dari tempat kerja, kereta aku plak buat hal. Tak boleh start. Panik gak la aku time tu. Malam dah ni, nak masuk Isyak dah. Haihh…

    Time aku balik kerja lewat-lewat lah kereta nak buat hal. Then, aku call dia. Yang aku tak boleh tahan tu....

    Dia dengan slumber kata.. “Lah awat la call saya… call la mekanik… ingat call saya kereta awak boleh jalan ke??….” Eiii… geramnya aku!!! Tapi dia datang jugak lepas tu.

    Ada lah dia check apa entah kat depan but tuh. Dan lepas start terus boleh… Hmmm.. dalam hati aku kata, “Boleh la jugak mamat ni nak diharap. Mekanik kecil-kecilan, janji free”…

    Satu hari, dia ada bagitau yang dia kena pergi outstation kat overseas. Dia kata pergi sekejap je. 2 MINGGU!! Hmm… aku memang no komen lah.

    Dia nak pi buat keja dia. Takkan nak kata tak boleh kot. Kerja arkitek biasalah. Busy la kot. Tapi memang agak sakit hati jugak lah. Boleh dia lesap macam tu je.

    Lepas-lepas naik flight, kot2 la dia nak call bagitau dah sampai ke, ada kat mana ke. Tapi memang hampeh!!. Langsung dia tak call!! Kot2 la nak bagi emel ke tapi memang tak de. Kosong inbox!!

    Eiii… geramnya aku!!!

    Pagi tu aku basuh baju. Ok sekarang aku dah tau dah baju mana yang turun warna. Aku ambik satu persatu dalam bakul nak basuh. Sampai la aku jumpa bungkusan misteri dekat bahagian bawah baju-baju tu.

    Jeng Jeng Jeng.......Huishh siap dengan surat lagi. Suratnya berbunyi begini:

    Kehadapan isteriku yang tersayang...Semoga berada dalam keadaan yang sihat sentiasa.

    Jangan marah-marah ek.. hehe.. Saya bukannya apa, saja tulih surat nih..

    Bosan… Tak tau nak buat apa… hihi Pertama sekali saya nak bagi tau lah.

    Mungkin awak tak kenal saya tapi saya kenal je awak. Sejak awak darjah 6 lagi kot!! Haha..

    Eh...awak tak ingat ke anak Pak Mail kawan ayah awak yang datang beraya kat umah awak time tuh??!!

    Masa tu saya nampak awak duk main masak-masak kat belakang umah… hahaha…

    Memang lucu sangat. Saya nampak awak macam ‘anak patung’. Comel sangat… Iskk..

    Awak ni.. tak perasan ke??

    Keduanya, sorry la pasal hal shopping tuh. Memang saja je saya tak mau bawa handset time tuh… hihi..

    Takut terkantoi. Ye la saya pi cari baju awak kot!! Ingat baju yang awak kata terkena warna tuh??

    Huh… memang tension. Susah betul nak cari. Memang patut la mahal dan memang patut la awak bengang satu hari… hihi…

    Ketiganya, pasal ayam berempah dengan masak cili api yang awak masak… hmm… Mesti awak bengang kan sebab saya takde respons… huhu… Sebab SEDAPPPP SAAANGAT sampai saya jadi tak terkata. Eh, saya makan dalam masa 5 minit je kot. Ikut jam dinding kat rumah kita. Iskk..awak ni.. tak perasan ke??

    Keempatnya time keta awak rosak… hmm.

    Awak tau tak saya CANCELLLL appointment saya dengan klien penting dari overseas sebab nak pergi kat awak??!! Lepas-lepas tu jenuh saya nak pujuk diorang balik. Tau tak saya langgar semua traffic light merah!! Baju saya basah dengan peluh masa saya sampai kat awak?? Iskk..awak ni.. tak perasan ke??

    Tapi lepas saya tahu saya kena pergi outstation kt overseas. Saya lagi seronok. Happy gile sebab saya tau awak mesti rinduuu kat saya kan..kan2?? Saya memang saja je tak call awak…hihi… Tapi saya ok je.

    Saya rasa saya dah sampai dah kot lepas awak baca surat nih… “Wow, look at the Eiffel Tower!! Fuyoo!!! Cantik kot!! “ Hahahahahaaaaaaaa..jangan jeles..(^-^)

    Last but not least. Awak… awak jangan nakal-nakal ekk…sebab saya saaaaayang awak…

    p/s: Try tengok sama tak dengan baju awak yang rosak hari tu “bungkusan” ni… hihi

    Love,

    Suamimu.......

    ♥ Silakan LIKE ( Keharmoniaan Rumahtangga Dan Keluarga Muslim) untuk TIPS/PETUA/DOA SUAMI ISTERI &RUMAHTANGGA ♥

    SILAKAN SHARE ♥

    Pertolongan Allah

    salam.

    petikan kisah dari FB Tanyalah Ustaz

    Iktibar dan kekuasaan Allah yang perlu kita ambil dari kisah di bawah.

    =================================================

    Kisah benar ini berlaku di US. Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US. Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus.
    Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.
    Disebabkan hari yang agak sudah lewat, berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan berseorangan.
    Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap hati.
    Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia disaat itu.
    Masa dia melepasi tempat lelaki itu bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke rumahnya.
    Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol itu.
    Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenal pasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.
    Tapi perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia keseorangan di masa tu, tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia.
    Wanita ini nak tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain).
    Dia pun tanya perogol itu..
    “Why don’t you do anything to me on that night even though you know that I’m alone?”(Kenapa awak tak buat apa-apa kat saya malam tu walaupun awak tau saya seorang je masa tu?)
    Perogol tu jawab:
    “No, you are not alone. That night I saw two young man walking with you. One on your right side and the other one was by your left side. If you were alone of course you will be my victim.” (Tak, awak bukan berseorangan.
    Malam tu saya nampak ada 2 orang lelaki berjalan dengan awak. Seorang sebelah kanan awak dan sorang lagi sebelah kiri awak. Kalaulah awak sorang2 malam tu, sudah pasti awak jadi mangsa saya..)
    Wanita ni rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu.

    Renungan

    Jika kita sebagai hambaNya menurut segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan memelihara kita.

    Wanita tadi pertama-tamanya menutup aurat di US dan memang seorang yang menjaga batas-batas yang ditetapkan Islam. Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga hambaNya yang sentiasa ingat akan diriNya.
    “…Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya …” [Dari Abdullah bin ‘Amr r.a.]
    Sebuah kisah benar yang sangat sangat menarik pada pandangan ku… semoga kite semua mendapat pengajaran dan ilmu yang bermanfat… sebagai hamba kita seharusnya percaya dengan kemampuan senjata orang mukmin iaitu DOA….
    Semoga kita sentiasa dipelihara Allah dari kejahatan syaitan yang di rejam, InsyaAllah.
    Wallahu’alam

    Thursday 18 April 2013

    5 Mei 2013 : Cuti Peristiwa Di Negeri Kelantan

    salam.

    5 Mei 2013 : Cuti Peristiwa Di Negeri Kelantan.  Terima kasih Kerajaan Negeri Kelantan.

    2 Mei 2013 : Program 'WALK WITH ME' bersama DYM Sultan Muhamad Ke V bermula jam 3.00 petang anjuran Pertubuhan Kerabat D’Raja Kelantan Al-Muhammadi.  So bagi yang bekerja di kawasan sekitar Stadium dan tidak meyertai, sila balik awal sebab jalan akan ditutup. Jalan-jalan yang may be akan ditutup ialah jalan di belakang stadium, Jalan Bayam, Jalan Mahmood, Jalan Temenggong; Jalan Padang Garong dan Jalan Hospital.

    Kelantan mencatatkan sebagai pemegang rekod walkathon paling ramai di Malaysia dengan penyertaan 25,333 sejauh tujuh kilometer dalam masa satu jam 15 minit, manakala pada tahun lalu seramai 21,111 menyertainya dengan berjalan sejauh tiga kilometer dalam masa 35 minit.

    Aktiviti Walk With Me termasuk terdapat ‘booth’ pameran dan jualan, Pesta Nasi 100, konsert Kebudayaan Kelantan (hari pertama), ceramah perdana oleh Ustaz Azhar Idrus (hari kedua) dan hari ketiga, terdapat pertandingan Autoshow III serta pertandingan mewarna kanak-kanak.

    http://royalkelantanwalkathon.com/

    Monday 15 April 2013

    Hanya Ada 1 Jam Untuk Hidup - Bagaimana ????

    salam.

    Perkongsian daripada FB Ustaz Nasir

    agak panjang untuk dibaca tapi sangat berguna sebagai ingatan bersama.  Moga kite dapat IKHLAS kan sepenuh hati kite dalam setiap apa yang kite lakukan sebagai bekalan di AKHIRAT.

    =====================================================

    AWAK HANYA ADA 1 JAM SAHAJA LAGI UNTUK HIDUP!!!!
    (Kisah Benar)

    Apa yang diceritakan oleh sahabat saya (kisah benar) berusia 38 tahun mempunyai seorang isteri berusia 32 tahun yang cantik dan baik hati.

    Suri rumahtangga sepenuhnya.

    Dikurniakan dua orang anak lelaki berusia 8 dan 6 tahun.

    Beliau berkerja di sebuah syarikat antarabangsa sebagai maintenance engineer di samping memegang jawatan sebagai penyelia Emergency Responce Team ( ERT ) di kilangnya.

    Tugasnya agak sibuk dan adakalanya berkerja sehinga lewat malam dan juga di hujung minggu.

    Januari 2009, beliau telah terlibat di dalam kemalangan jalanraya sewaktu ke tempat kerja pada kira-kira jam 7.30 pagi.

    Kereta yang dipandunya bertembung dengan sebuah van kilang sewaktu dia cuba memotong sebuah van kilang yang lain di sebuah selekoh di sebatang jalan raya.

    Beliau telah koma selama 3 hari dan dirawat di sebuah hospital pakar selama 47 hari lagi.

    Saya di antara orang yang awal sampai di hospital selepas mendapat panggilan dari isterinya.

    Saya juga di antara orang yang pertama dilihatnya selepas beliau sedar dari koma selepas isteri dan doktor yang merawatnya.

    Sewaktu beliau koma, beliau telah didatangi oleh seorang malaikat dan mengatakan padanya usia beliau hanya tinggal 1 jam saja iaitu pada hari Ahad, jam 1.45 petang.

    Walau bagaimanapun Allah akan menangguhkan kematiannya sekiranya ada 50 orang yang mendoakan secara ikhlas akan panjang usianya.

    Beliau agak kebingungan ketika itu.

    Beliau bertanyakan sudah ada berapa orangkah yang mendoakannya secara ikhlas sehingga kini.

    Jawab malaikat itu hanya baru 3 orang.

    Malaikat menunjukkan sesiapakah orang-orang itu.

    Dilihatnya insan itu ialah isteri beliau yang bercucuran airmata sejak hari pertama lagi beliau di hospital itu dan juga kedua anak beliau yang sedang tidur tergolek di kerusi menunggu pesakit di luar wad.

    Malaikat itu juga telah memperlihatkan akan mereka yang mendoakannya iaitu kawan-kawannya termasuk saya, ahli kariah masjid yang membacakan surah Yasin untuknya.

    Ibubapanya, ibubapa isterinya, adik beradik, sahabat handai dan rakan sepejabat.

    Kesemua di antara mereka telah melawatnya dan mendoakannya tetapi tidak diterima oleh Allah.

    Beliau bertanya kepada malaikat itu, mengapa doa mereka tidak diterima.

    Malaikat menjawab, tiada keikhlasan 100% di hati mereka.

    Masa kian suntuk.

    Dia pun tidak tahu mengapa malaikat memperuntukkan masa yang begitu singkat kepadanya untuk hidup di dunia ini.

    Apa yang akan terjadi padanya kini?

    Dia pun kurang pasti.

    Malaikat terus menunggu dan melihat waktu yang kian menghampiri jam 1.45 petang.

    Hanya tinggal 10 minit lagi.

    Adalah mustahil untuk mencari 47 orang yang ikhlas mendoakan panjang usianya dalam masa sesingkat itu.

    Dia bertanyakan malaikat itu, adakah tuan akan mencabut nyawa sekiranya saya gagal mendapat 47 orang berkenaan?

    Jawab Malaikat "Ya:.

    Kurang dari 1 minit, malaikat menghampirinya....

    Kemudian....secara tiba2 apabila masa tinggal kurang dari setengah minit, malaikat makin menghampirinya dan berkata,

    "Allah mengkabulkan doa mereka yang mendoakan panjang usia anda. Anda berjaya mendapat 50 orang ikhlas yang berbuat demikian"

    Sahabat saya bertanya, "siapakah orang-orang itu?"

    Malaikat menunjukkan mereka itu.

    Mereka adalah jemaah anak yatim yang baru saja menunaikan solat Zohor sebentar tadi dan berdoa untuk anda.

    Anda pernah pergi ke rumah anak-anak yatim berkenaan pada bulan Ramadhan yang lalu dan pernah menghulurkan bantuan kewangan.

    Mereka telah terbaca di dalam akhbar harian berkenaan kemalangan anda dan Zohor tadi mereka telah bersolat dan berdoa untuk anda.

    Doa ikhlas mereka diterima Allah swt.

    Malaikat itu kemudiannya ghaib dan tepat 1.45 petang sahabat saya tersedar dari komanya dan meraung kesedihan.

    Isteri beliau yang ada di sisinya turut menangis dan juga saya.

    Saya sebenarnya tidak tahu pada ketika itu apa yang berlaku padanya di dalam komanya dan mengapa beliau menangis selepas sedar dari komanya.

    Setelah beberapa ketika barulah cerita di atas ini diceritakan pada saya untuk tatapan anda semua.

    Apa yang disesalkan:

    1. Beliau telah mengabaikan masa santai bersama isteri dan anaknya kerana mengejar duit dan tanggungjawab kerja.

    Sedangkan isteri dan anak-anaknya amat sayang padanya dan doa mereka amat ikhlas.

    2. Dia telah mengabaikan tanggungjawab sosial dengan jiran dan masyarakat sekeliling dan ini menyebabkan mereka tidak ada rasa kasih pada nya walau pun dia akan mati

    3. Dia telah mengabaikan dan tidak menepati janji-janji pada kawan-kawan sehingga kawan-kawannya marah padanya dan sehingga doa2 mereka tidak ikhlas.

    4. Beliau jarang pergi masjid kecuali pada hari Jumaat dan ini menyebabkan jemaah masjid kurang mengenalinya dan menyebabkan doa mereka tiada keikhlasan

    5. Beliau jarang memberi sedekah dan amal jariah.

    Nasiblah ada sumbangan ke rumah anak yatim yang diberikan tempoh hari atas desakan isteri beliau.

    6. Beliau jarang bertolak ansur dengan kakitangannya walaupun hal-hal yang remeh.

    Ini menyebabkan kakitangannya membencinya dan doa mereka juga tiada keikhlasan.

    7. Beliau jarang berkunjung ke rumah adik beradik dan takut adik beradik meminjam wang dengannya.

    Ini menyebabkan juga tiada keikhlasan dari mereka.

    8. Beliau banyak kali menyakiti hati hati ke dua ibubapanya kerana tidak menunaikan janji untuk balik ke kampung pada hari-hari tertentu lantaran kerja beliau.

    Ini menyebabkan ibubapanya marah. Kes ini hanya Allah yang tahu.

    9. Beliau gagal menunaikan solat pada waktunya lantaran kerja beliau atau adakalanya tertinggal terus terutamanya solat Asar

    10. Beliau tidak menunaikan zakat walaupun beliau memang layak berbuat demikian.

    Sahabat : Allah masih sayang pada sahabat saya ini ataupun ianya untuk memberi pengajaran pada kita melalui tulisan saya ini.

    Ambillah iktibar dari kisah ini.

    Sahabat saya ini masih gagal untuk mendapatkan perlindungan takaful disebabkan oleh kemalangan dan kecederaannya.

    Dirikan solat tepat pada waktunya, keluarkanlah zakat.

    Luangkan masa bersama keluarga.

    Imarahkan masjid selalu.

    Baliklah selalu lihat wajah ibubapa kerana Allah akan memberikan pahala ke atas perbuatan kita itu.

    Berbaiklah dengan jiran dan kenalilah mereka.

    Bertolak ansurlah dengan mereka yang memerlukan.

    Ingat! kita akan dapat apa yang kita telah beri.

    Selalulah memberi.

    ♥ jangan lupa KOMEN & SHARE selepas baca ♥

    insyaALLAH semoga bermafaat untuk semua

    Panduan Suami Isteri

    salam.

    Petikan dari Fatimah Syarha

    Isteri tak sempurna. Suami juga tak sempurna.

    Isteri perlu dididik. Suami juga perlu dididik.

    Hidup berumah tangga jadi lebih bermakna, apabila suami dan isteri saling mencintai 'islah' (membaiki diri).

    Isteri sedia dinasihati suami.
    Suami juga rendah hati dinasihati isteri.

    Intonasi 'nasihat' mesti penuh seni. Jika tidak, nasihat jadi debat.

    Jom, jadikan program 'post moterm' sebagai program wajib dalam keluarga kita setiap hari.

    Jangan lama-lama. 7 minit saja.

    Biar kita dapat lelapkan mata setiap hari dengan senyuman dan lapang dada kepada pasangan kita.

    Ini kemahiran melatih komunikasi berkesan.

    Hidup biar beragenda. Setiap hari.

    Hari ini?:)

    Muhasabah Diri

    salam.

    Dari FB Prof Dr Muhaya

    Semoga kita semua menjaga hati dan jiwa kita dan anak anak dengan mengelakkan budaya tidak sopan didalam apa jua urusan harian termasuk berita dan bahan yg di tonton di media massa dan alam siber. Setiap kali kita suka melihat keaiban orang bermakna kita banyak keaiban dan keaiban kita akan ditonton di dunia dan akhirat. Hentikan menjadi ejen penyambung fitnah. Sentiasa fikrikan bagaimana keadaan kita ketika menghadapi sakratul maut nanti. Kemuncak hidup kita untuk mendapat husnul khatimah. Lihat setiap fikiran dan perbuatan kita hari ini. Itulah magnet diri kita dan jika magnet diri kita buruk kita akan menarik situasi buruk. Selalu tanya pada diri, apa yang diri dapat daripada mempercayai sesuatu berita buruk dan menyebarkannya. Lihat dalam mata anak kita dan bayangkan apakah hasil kehidupan dan buah yang mereka akan tuai hasil daripada apa yang kita semai pada hari ini. Moga Allah memelihara kita semua.

    gambar di petik dari FB Dato' Dr Haron Din

    KULIAH JIN : UST. HJ. ISMAIL KAMUS

    salam.

    Perkongsian dari rakan FB, moga bermanafaat pada semua.  Jomms perbetulkan amalan yang salah.
    TQ kepada penulis asal.
    ===========================================================


    KULIAH JIN : UST. HJ. ISMAIL KAMUS

    1) Jin berasal dari Jan (Bapak Jin) dan gelarannya Azazil. Dicipta dari api
    (biru), dan telah beramal puluh ribu tahun lamanya .

    2) Apabila Allah swt. memerintahkannya supaya tunduk menghormati Nabi Adam,
    mereka telah ingkar. Allah swt. melaknat dan perintah turun ke bumi. Jin
    terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam dan Syaitan. Jin Islam pula terbahagi
    kepada dua iaitu Jin Islam(Soleh) dan Jin Tidak Islam (Tidak Soleh).
    Syaitan yang turun kesemuanya jahat (tidak Islam).

    4) Makanannya dari Api (Asap). Itu sebab orang-orang Melayu dilarang
    mengunakan kemenyan kerana Jin paling suka dengan asap yang busuk. Tetapi
    orang-orang melayu ini degil, suka sangat dengan asap kemenyan. Beliau
    menambah, orang-orang yang suka hisap rokok itu, adik-beradik jin lah tuu.
    (terkena?? hahaha..)

    5) Tempat tinggal Jin seperti di awan, sungai, hutan, lombong, laut,
    tempat-tempat tinggi (KLCC), tandas dan kubur.

    6) Beliau menasihat apabila ingin buang air di perjalanan (contohnya
    jalanraya), perlu baca " SalaMun, 'Ala Sulaiman, Fil 'alamin." Mengikut
    sirahnya jin sangat takut dengan Nabi Sulaiman. Orang-orang Melayu suka
    sangat membaca ucapan, "Ampun Datuk, Anak cucu tumpang lalu" Masa bila
    pulak jin dapat pangkat datuk. Dan masa bila pula, kita jadi cucu cicit jin
    !!!! (terkena lagi?? hahaha..)

    7) Jin tidak mengetahui akan alam ghaib, itu sebab jika ada dukun atau
    bomoh yang tahu menilik-nilik nasib, pembohong...." Sirahnya apabila Nabi
    Sulaiman, memerintahkan jin untuk membina istananya, sehingga Nabi Sulaiman
    meninggal pun jin tidak perasan/tahu.

    Semasa itu Nabi Sulaiman duduk di kerusinya dengan tongkat kayu. Dan jin
    tekun membuat kerja di hadapan-nya. Sehingga anai-anai memakan tongkatnya
    dan tongkat tersebut reput dan jatuh serta Nabi Sulaiman pun jatuh, maka
    barulah tahu oleh jin bahawa Nabi Sulaiman telah mangkat.

    Manusia juga dilarang membuang air di lombong-lombong yang airnya
    tenang, terutama di waktu tengah malam. Jin suka mandi di situ, waktu itu.
    Di larang juga buang air di lubang-lubang (tanah).

    9) Rumah-rumah yang lama tidak berpenghuni atau rumah yang baru siap belum
    duduk lagi, jin suka tinggal di situ. Sebelum duduk rumah baru, di galakkan
    membaca surah Al-Baqarah, sehingga habis. Jin lari selama 3 hari. Tidak
    perlu tepung tawar bagai.... orang melayu suka sangat menepung tawar !!!

    10) Jika budak menangis tengah-tengah malam, azankan 7-10 kali, jika tidak
    bacakan ayat Kursi dengan cara 9 kali henti (tekniknya) sebab beliau pernah
    jumpa orang yang di rasuk.

    * Kalau rajin.. Tolong sebarkan maklumat ini kepada saudara Muslim Muslimat
    yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi
    orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.

    TIPS TARIK MINAT ANAK BERSOLAT

    salam

    mohon copy paste ya tuan blog Redskyim dan tuan punya FB untuk ingatan sendiri dan yang singgah di blog ini.  Moga pahala dan rahmat Allah berganda-ganda kepada penulis asal.  Jomsss baca n amalkan :

    ==========================================================================

    TIPS TARIK MINAT ANAK BERSOLAT ♥♥♥
    Kredit to ~Medan Telekung.


    Ini tips menarik dari blog Redskyim, bagaimana ayahnya menggunakan psikologi untuk dia sentiasa menjaga solat.

    Al - kisah. Ceritanya bermula begini.

    Ibarat Batang Mancis

    Ilmu ini saya belajar semasa saya berumur 6 tahun. Ayah saya menyuruh saya solat sekiranya ingin jadi manusia. Asuhannya ialah dengan mengunakan batang mancis. 17 batang mancis bersamaan 17 rakaat.

    Caranya seperti gambar dibawah :

    1.Jika tidak solat subuh buang 2 batang mancis dikepala. Ayah saya cakap kalau subuh saya tidak solat, saya jalan tiada kepala.

    2.Jika tidak solat zohor, buang 4 batang mancis di bahagian lengan. Seolah saya berjalan tiada tangan.

    3.Jika tidak solat asar, buang 4 batang mancis di bahagian dada. Ayah saya cakap saya kalau tidak solat asar jalan tiada dada.

    4.Jika tidak solat magrib, buang 3 batang mancis di bahagian perut. Jadi jalan tiada perut serupa hantu dah.

    5.Jika tidak solat isyak, buang 4 batang pada kaki. Jalan tiada kaki ibarat cacat anggota.

    Kesimpulannya :

    Ayah saya cakap kalau saya tidak solat terus menerus maka saya ni bukan lagi manusia. Diri saya tidak sempurna jika tidak mendirikan solat. Contoh maghrib dan subuh. Jadi saya seolah berjalan tiada kepala dan tiada perut. Orang tengok pun akan lari. Jadi, renung-renungkanlah jika solat kita tidak sempurna, maka cacatlah kita ini.

    Hebat, kan... Jom praktiskan kat anak2 kita..

    Thursday 11 April 2013

    ADAB KEJUTKAN ANAK DARI TIDUR

    salam.

    jomss amalkan dengan anak-anak kite.  Perkongsian dari FB

    -----------------------------------

    ♥ ADAB KEJUTKAN ANAK DARI TIDUR ♥

    Cara atau adab mengejutkan anak yang tidur, tidak kira anak yang masih bayi, kanak - kanak , remaja atau dewasa.

    ♥ Beri salam kepada anak yang sedang tidur

    ♥ Sentuh hujung ibu jari kakinya dan goyangkannya perlahan -perlahan.

    ♥ Panggil namanya dengan lembut dan teruskan menggoyang kakinya.

    ♥ Kalau masih belum sedar, kuatkan sedikit suara dan goyang badannya.

    ♥ Teruskan memanggil namanya dan panggillah sayang, manja atau anak.

    ♥ Kejutkannya sambil memujinya contoh: Bangun sayang, anak umi yang baik, anak umi yang soleh, anak umi yang rajin.

    ♥ Sebaik saja anak bangun, gosok kepalanya sambil bercakap dengan lembut agar ia mandi , solat subuh dan bersegera ke sekolah untuk menjadi anak yang bijak pandai.

    ♥ InsyaALLAH , anak anda akan bangun dengan badan yang segar dan minda yang cergas kerana dikejutkan dengan penuh kasih sayang.

    JEMPUT SHARE, moge beri manfaat yer.. :)

    SUNNAH NABI SETELAH MAJLIS AKAD NIKAH

    salam.

    check balik diri kite apa yang kita amalkan ikut sunnah atau ikut TV.
    (copy paste dari FB)
    --------------------------------------------------------------------------------

    SUNNAH NABI SETELAH MAJLIS AKAD NIKAH

    Tidak ramai orang mengamalkan sunnah ini. Bacalah doa ini sambil menyentuh atau meletakkan tanganmu diubun-ubun isterimu selepas akad nikah, ini disunnahkan sebagaimana yang tersebut dalam hadith:

    “Apabila salah seorang dari kamu bernikah dengan seorang wanita, hendaklah dia memegang bahagian depan kepalanya (isteri) sambil menyebut nama Allah dan mendoakan keberkatan baginya dan hendaklah mengucapkan:

    ‘Ya Allah, aku memohon kepada-Mu dari kebaikannya dan kebaikan apa yang Engkau tetapkan kepadanya, dan aku berlindung kepada-Mu dari kejahatannya dan kejahatan yang Engkau tetapkan padanya. Ya Allah berkatilah isteriku ini atasku dan lindungi dirinya dari segala keburukan perbuatan orang-orang yang dengki dan perbuatan tukang sihir apabila dia telah melakukan sihir dan perbuatan orang-orang yang suka melakukan tipu daya.’ “ (Riwayat Abu Daud).

    #jangan amalkan cium diubun2 isteri selepas majlis akad nikah kerana seperti acara agama lain
    -ALS

    anak solat tanpa perlu disuruh

    salam.

    copy paste dr FB untuk ingatan diri sendiri dan perkongsian bersama.
    ---------------------------------------------------------------------------------------

    Macam mana nak buat anak solat tanpa perlu disuruh.. dibebel.. dipukul...

    TQ tuan punya gambo
    Anak perempuan saya umur 12 tahun dan sangat ‘liat’ nak solat. Satu hari, terlintas di hati nak pantau anak saya solat. Boleh dia hampar sejadah atas lantai je.. tapi tak solat. Bila saya tanya dah solat ke belum, katanya ‘dah’. Saya rasa sangat marah... dah la tak solat... cakap tipu pulak...disebabkan perasaan marah, saya pukul anak saya.


    MasyaAllah, saya tahu saya dah buat silap. Saya menangis dan saya mohon taubat pada Allah. Saya dah pukul anak saya, saya dah bebel-bebel, saya dah bagi warning... tapi anak saya tetap tak berubah... susah dan liat nak solat..

    Pada satu hari, ada kawan bagitau saya satu cerita. Dia ada pergi ke rumah salah seorang kawan lamanya. Kawannya tu tak la kuat agama sangat, tapi bila azan berkumandang, anak-anaknya terus bergegas bangun untuk solat. Tak perlu disuruh.... Kawan saya ni tanya la macam mana nak buat anak-anaknya solat tanpa perlu disuruh..

    Beliau berkata, “sebelum saya berkahwin saya baca doa ni dan saya masih amalkan sampai sekarang”

    TQ tuan punya gambo
    Sejak dari hari tu, saya tak putus-putus baca doa ni. Saya baca dalam sujud..setiap kali solat dan bila-bila je... doa.. doa.. dan doa.... Alhamdulillah, sejak mengamalkan doa ni, anak perempuan saya yang dulu liat solat dah berubah... solat tak perlu disuruh dah...solat Subuh pun boleh bangun sendiri, tak payah saya kejutkan. Dan alhamdulillah, adik beradik yang lain pun semuanya ikut kakak dioarang.. solat tanpa perlu disuruh..


    Doanya adalah dalam Surah Ibrahim [14], ayat # 40

    Dan Doa adalah ...

    رَبِّ اجْعَÙ„ْÙ†ِÙŠ Ù…ُÙ‚ِيمَ الصَّÙ„َاةِ ÙˆَÙ…ِÙ† Ø°ُرِّÙŠَّتِÙŠ ۚ رَبَّÙ†َا ÙˆَتَÙ‚َبَّÙ„ْ دُعَاءِ


    "Rabbi-Ajal'ni muqeema salaati, wa min Dhurriyyati, rabbana wataqabbal Duaa"

    [14:40] Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.

    InsyaAllah... Jom Amal

    Dari:azlina malek

    Monday 8 April 2013

    Istana Jahar

    salam.

    Pada bulan Mac lepas sempat berkunjung ke Istana Jahar (antara entry yang berabuk yang tak dan nak post).

    Snap gambar dari beranda tingkat atas Istana Jahar. Nampak pintu gerbang besar ke Kampung Kraftangan di Kota Bharu Kelantan, berhadapan dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (salah satu bangunan yang unik di Kelantan).





    Terdapat gerai menjual survinior di pintu masuk ke Istana Jahar, bolehlah dibeli sebagai kenangan atau ole-ole dari Negeri Cik Siti Wan Kembang .

    Belakang gerai jualan ada wakaf tempat rehat, cantik dan unik sekali.  Di sebelah wakaf dan belakang istana ada beberapa buah perahu lama yang pernah digunakan oleh pihak istana.



    Info dari Blog Raja Tetap Diraja :

    Muzium Adat Istiadat Istana Jahar. Muzium Istana ini pada dahulunya dikenali sebagai Istana Jahar. Istana ini dibina semasa pemerintahan Sultan Muhammad II, tetapi baginda tidak sempat menduduki Istana ini kerana mangkat dalam tugasnya. Baginda diganti dengan Raja Long Sulong (setelah menaiki takhta bergelar Sultan Ahmad) dan Istana ini siap pada tahun 1887.




    Istana ini dibina oleh tukang-tukang kayu yang mahir dari seluruh negeri Kelantan diketuai oleh Che Sulaiman dari Kampung Sireh dan dibantu oleh Nik Salleh dari Kampung Atas Bangol serta Haji Mohd Salleh yang digelar Dato' Kaya Bakti.

    Keunikan Istana ini ialah ianya dikelilingi oleh dua buah Istana yang lain iaitu Istana Batu (Muzium Diraja Kelantan) dan Istana Balai Besar di sebelah hilirnya. 

    (sumber asal : http://syukury.blogspot.com)

    Sunday 7 April 2013

    APFT AirShow 2013

    salam.

    Menarik ni, nak bookmark kalender n bawa anak-anak tengok show ni.  Sure anak-anak suka, hehehe mak pon suka.  Insya Allah kito pakat gi Airpot Kale Chepo, Kelate.































    sumber sahih dari : http://www.cutikelantan.com/event/asia-pacific-flight-training-airshow/

    Karnival Seni Budaya 2013

    salam.

    Walaupon tahun 2013 bukan tahun melawat kelate tapi acara-acara di negeri kelate tetap meriah.  Pakat gi tengok persembahan dikir barat, gasing dsb nya di stadium sultan muhamad ke IV kota bharu



    sumber asal : http://www.cutikelantan.com/event/karnival-seni-budaya-2013/

    Walk With Me 2013

    salam.

    book your calender to join carnival Walk With Me 2013.  Walk with our belove Sultan Muhammad Ke V.

    sumber dari : cutikelantan.com


    PAMERAN KHAZANAH PANTAI TIMUR

    salam.

    PAMERAN KHAZANAH PANTAI TIMUR berlangsung pada 16 MAC 2013 sehingga 31 Mei 2013 bertempat di GALERI ATAS MUZIUM ISLAM (Bersebelahan Masjid Muhammadi Kota Bharu). Pameran dibuka pada jam 9.00 pagi sehingga 5 petang setiap hari kecuali Hari Jumaat.

    “Kawasan Pantai Timur Semenanjung sememangnya kaya dengan pelbagai tinggalan khazanah yang menarik lagi unik. Khazanah ini sejak sekian lama menjadi aset kepada perkembangan industri pelancongan negeri khusunya dan Negara amnya.

    Dalam pada itu penerokaan serta inisiatif berterusan daripada pelbagai pihak telah menghasilkan lebih banyak khazanah-khazanah baru mula dikenalpasti. Ini menggambarkan betapa Negara ini kaya dengan pelbagai khazanah warisan yang mampu menarik pengunjung luar dan dalam Negara.

    Secara dasarnya masyarakat dikawasan ini mempunyai budaya yang cukup menarik yang sukar dilihat di tempat lain. Alam semulajadinya termasuk pantai, pulau, tasik dan hutan belantara sentiasa menggamit pengunjung.

    Khazanah Pantai Timur yang julung-julung kali pernah diadakan. Pameran ini menggabungkan warisan-warisan terbaik berbentuk material alam semulajadi (ciptaan Allah SWT) yang terdapat di Terengganu Darul Iman, Kelantan Darul Naim dan Pahang Darul Makmur.

    Antara lain khazanah-khazanah yang akan dipaparkan terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu Khazanah Pra Sejarah dan Sejarah, Budaya dan Kraf, Bangunan dan Monumen, Kapal Karam, Alam Semulajadi, Kitab Lama dan Manuskrip serta beberapa koleksi-koleksi terpilih.”

    sumber dari : cutikelantan.com

    Kejohanan Bolasepak Pantai Piala YDP Majlis Daerah Tumpat 2013

    salam.

    Kejohanan Bolasepak Pantai Piala YDP Majlis Daerah Tumpat 2013 akan diadakan pada 12 & 13 April 2013.

    Tempat: Pantai Geting dan Pantai Sri Tujoh, Tumpat
    Tarikh: 12 & 13 April 2013
    Tema : Juara Bermula Di sini
    Syarat penyertaan : Terbuka kepada seluruh pasukan belia Tumpat

    Hadiah:
    Johan - RM1000
    Naib Johan - RM700
    Ketiga - RM500
    Peringkat Suku Akhir - Saguhati

    Karnival Kerajaan Elektronik & Inovasi Negeri Kelantan 2013

    salam.

    Bermula 6 hingga 8 Mei 2013 bersamaan dengan 25 – 27 Jamadil Akhir 1434H bertempat KB Mall, Kota Bharu, Kelantan.

    sumber dari FB Keik2013

    sori le lewat postkan pesal ni tapi atleast masih sempat kalu nak join. magri pakat gi KB MALL

    Thursday 4 April 2013

    Berendam di Perdana Resort PCB

    salam.

    Semasa cuti sekolah lepas hanya sempat bawa anak-anak mandi di Perdana Resort PCB, Kota Bharu bersama sepupu sepapat.  Gambar tengah mandi tak sempat nak snap. Yang ada hanya gambar budak laki tengah main pelampung di daratan !!! Sweeeet jerkkk.





    Karnival Mesra Molek

    salam.

    Minggu lepas ke TESCO, Kota Bharu.  Terserempak dengan Karnival Mesra Molek. Ada pelbagai acara, antaranya pertandingan mewarna kanak-kanak, persembahan dikir barat, persembahan karate dll lagi.  Karnival ini berlansung di ruang legar aras paling bawah TESCO anjuran Allianz.


    Anak-anak peminat setia dikir barat, so apa lagi terus melekat kat row paling depan sepanjang persembahan.  Semua bersemangat menyanyi sambil menepuk tangan dalam pelbagai gaya kreatif.

    Bila masing-masing dah  penat n mata dah mulai layu, kami beransur pulang dengan sorang menjinjit sebijik belon Allianz color biru.


    TAWARAN PERMOHONAN Program diploma siswazah


    TAWARAN PERMOHONAN Program diploma siswazah dalam penyalahgunaan dadah/ sarjana kaunseling (Penyalahgunaan Dadah) SESi 2013/2014
     
    Dengan hormatnya saya di arah merujuk kepada perkara di atas.
    2.         Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) membuka peluang kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) yang ingin mengikuti Biasiswa Hadiah Latihan Persekutuan bagi mengikuti Program Diploma Siswazah Dalam Penyalahgunaan Dadah/Sarjana Kaunseling (Penyalahgunaan Dadah) [SPADA/MSPADA] di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Sabah (UMS) Sesi 2013/2014. Keutamaan pemilihan calon adalah diberikan kepada PPPS yang sedang berkhidmat sebagai kaunselor di sekolah dan PPPS yang menguruskan Program Pencegahan Dadah KPM.
     
    3.         Maklumat berkaitan permohonan boleh dimuat turun dari laman sesawang KPM (www.moe.gov.my). Permohonan hendaklah dikemukakan ke Bahagian ini selewat-lewatnya sebelum atau pada 30 April 2013 (Selasa).
     
    4.         Adalah diharapkan pihak Y.Bhg. Datuk/Dato’/Datin/tuan/puan dapat menghebahkan perkara ini kepada semua PPPS yang berkelayakan di bawah pentadbiran masing-masing. Jasa baik Y.Bhg. Datuk/Dato’/Datin/tuan/puan juga dimohon untuk memastikan permohonan dengan dokumen yang lengkap sahaja dikemukakan ke BT di alamat  berikut:
     
    Ketua Setiausaha
    Kementerian Pelajaran Malaysia
                Bahagian Tajaan Pendidikan
                Aras 1, Blok 2251, Jalan Usahawan 1
                63000 Cyberjaya
                SELANGOR DARUL EHSAN         
                (u.p. : Cawangan Latihan Dalam Perkhidmatan)
     
    5.         Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan program ini boleh menghubungi pegawai berikut:-
     
    Bil.
    Nama Pegawai
    No. Telefon
    E-mel Perhubungan
    1.
    Encik Maswira bin Mahyiddin
    03-8321 7158
    2.
    Cik Shuhaidah binti Mohd Shorkapeli
    03-8321 7156
    3.
    Puan Nor Hazren binti Che Hassan
    03-8321 7149
     
               
               
     
     
     
     
     
     
    6.         Kerjasama Y.Bhg. Datuk/Dato’/Datin/tuan/puan dalam perkara ini sangatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
     
    Sekian.