Thursday 27 June 2013

Tips Power Pumping

salam.

Apa itu Power Pumping?

Bagi yang tidak pernah mendengar, power pumping adalah salah satu teknik mengepam yang boleh membantu ibu-ibu tingkatkan penghasilan susu. Teknik ini adalah merupakan sesi perahan intensif selama satu jam.

Bagaimana Caranya untuk melakukan Power Pumping?
ok, power pumping ini terbahagi kepada 2 cara :-

1) Single Pump - pump breast kanan terlebih dahulu selama 10 minit, kemudian rehat 10 minit, sambung pam sebelah kiri pula 10 minit, then rehat 10 minit (lakukan berulang kali sehingga 1 jam)

2) Double Pump - pump kedua-dua breast secara serentak juga selama 10 minit dan berehat 10 minit kemudian sambung lagi 10 minit (ulang hingga 1 jam)


Bila Waktu Paling Sesuai untuk buat Power Pumping?

Dicadangkan pada waktu tengah malam hingga subuh / sebelum tido..kerana hormon prolaktin (hormon susu) ibu adalah sangat tinggi pada waktu ini.

Bergantung kepada keselesaan ibu-ibu dan waktu yang sesuai.
Apa yang perlu ditekankan adalah ibu-ibu perlu melakukan teknik PP ini dalam keadaan tenang dan terkawal. Jika kurang stress, hormon oksitoksin juga mudah keluar.

Dinasihatkan ibu-ibu masukkan sesi PP ini dalam jadual seharian Pengepaman. Insya-Allah, mudah-mudahan hasil susu perahan ibu-ibu akan meningkat perlahan-lahan.


Berapa lama perlu buat Power Pumping?

Ibu-ibu harus maklum bahawa hasil perahan setiap ibu tidak sama, malah mungkin ada sesetengah ibu tidak dapat hasil seperti yang diinginkan pada 1-2 hari pertama. Jadi, berilah masa untuk diri sendiri juga untuk dapatkan hasil yang lumayan, ditambah pula dengan berkat kesabaran, tidak give-up, berdoa memohon agar dipermudahkan -NYA...Teruskan misi pump dan tekad dalam hati.

Selamat Mencuba =)

Sumber : susuibuidamansimanja.blogspot.com/

Logo Kem Pendidikan dan Jabatan Pendidikan Kelantan

salam.

Update pada 19 Nov 2013 : Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengumumkan logo terbaru :
(rujukan : http://isyraqresthouse.blogspot.com/2013/11/logo-terbaru-kpm.html)




Dengan ini logo sebelum ini (gambar bawah) terbatal dan tidak boleh digunapakai lagi. Harap maklum.

--------------------------------------------------------------





Kongsikan disini Logo Kementerian Pendidikan yang baru sempena pertukaran nama Kementerian Pelajaran Malaysia kepada Kementerian Pendidikan selepas bergabung (semula) dengan Kementerian Pengajian Tinggi





disertakan juga logo Jabatan Pendidikan Kelantan DAN Pengarah Pendidikan Negeri Kelantan.






Pokok Dukung Anak

salam.

Nama Saintifik: Phyllanthus Niruri
Famili: Eurphorbiaceae
Nama Biasa: Dukung Anak
Nama lain: Kelek anak, meniran(indonesia),Bhuaionla, kiranelligida(india)
Lokasi dijumpai: Di tepi longkang dan di kawasan pertanian

Keterangan 
Dikenali dengan nama meniran bagi masyarakat indonesia , tumbuhan ini termasuk dalam keluarga Eurphorbiaceae. Selalunya tumbuh di kawasan yang tanahnya agak keras, seperti di celah retakan simen. Juga boleh didapati di kawasan kebun-kebun sayur dan tanah terbiar. Daun pokok ini adalah dari jenis majmuk bipinat, daunnya kecil berwarna hijau yang agak gelap dan tersusun berselang seli dengan jarak lebih kurang 6-10mm. Ia adalah herba tahunan(annual) dengan ketinggian lebih kurang 30-60 cm. Ia mempunyai bunga yang berwarna putih kekuningan dan satu tangkai bunga mempunyai bunga-bunga kecil yang banyak . Terdapat dua jenis bunga iaitu bunga jantan dan betina. Kapsul bijinya sangat kecil, berpermukaan licin dan dari jenis 3-gonous. Kitaran dari satu biji ke biji yang berikutnya adalah 2 hingga 4 minggu. Dukung anak tumbuh di kawasan yang beriklim tropika seperti Malaysia, Indonesia,Thailand. Juga terdapat di China, India dan dalam kawasan antara Filipina dan cuba. Di kebanyakan tempat ia mendatangkan masalah kepada petani kerana selalunya tumbuh di kawasan pertanian dan dianggap rumpai yang sukar dikawal. 

Kegunaan 
Akar, daun, buah, jus dan keseluruhan tumbuhan ini mempunyai nilai perubatan. Perubatan ayurveda ia digunakan sebagai penghilang dahaga, bronchitis, kusta, anemia, penyakit kelenjar kencing, anuria dan asma. Boleh juga digunakan untuk mengubat penyakit berak berdarah (dysentery) yang kronik (mengikut kaedah perubatan unani dari India). 

Buahnya digunakan untuk mengubati luka, kerengsaan, penyakit kudis buta (scabies) dan kurap. Akarnya pula (yang masih segar) adalah penawar yang berkesan untuk penyakit kuning (jaundice) terutamanya pada bayi yang baru lahir. 

Daun yang telah dilumatkan dan dicampur dengan sedikit garam dapur boleh merawat jangkitan kudis buta(scabies). Jika tidak dicampur garam ia boleh ditampal pada luka dan lebam. Ia juga boleh digunakan untuk merawat bisa gigitan ular. 

Tumbuhan ini juga boleh digunakan sebagai tuba(racun) ikan. 

Kaedah perubatan ayurveda banyak menggunakan tumbuhan ini samaada dalam bentuk tumbuhan ini dikeringkan dan dijadikan serbuk atau terus menggunakan tumbuhan ini dalam bentuk tumbuhan segar. 

Walaupun masih sukar untuk menentukan apakah kandungan dalam tumbuhan ini yang menyebabkan ia mempunyai nilai perubatan yang tinggi, ada kajian yang menunjukkan ia memberikan kesan positif untuk mengubati penyakit hepaptitis B, dalam satu kajian, didapati 22 daripada 37, iaitu sebanyak 59% dari pembawa virus hepatitis B yang dirawat dengan persediaan herba dari tumbuhan ini selama sebulan telah kehilangan antigen hepatitis B setelah di uji selepas 15 hingga 20 hari selepas rawatan selesai. 
Jika menggunakan rawatan biasa hanya 4% dari pembawa akan kehilangan antigen untuk tempoh yang sama. Persediaan herba ini hendaklah di amalkan selama sebulan atau lebih untuk mendapatkan hasil yang terbaik. Jika digunakan secara biasa, tiada kesan sampingan didapati setakat ini. Namun anda dinasihatkan mendapatkan pandangan doktor sebelum memulakan rawatan. 

Walaupun ia membantu mengurangkan jumlah virus hepaptitis B yang dijumpai didalam darah, ia masih tidak dapat menghilangkan kesemuanya, jadi ia bukanlah penawar kepada penyakit ini, namun mengambilannya dapat mengurangkan dan mengawal pertumbuhan dan pertambahan virus hepatitis B. Kajian lanjut masih dijalankan oleh para saintis mengenai kegunaan dukung anak untuk merawat hepatitis B.


Khasiat Pokok Sambung Nyawa

salam.

TUMBUHAN HERBA: Pokok Sambung Nyawa
NAMA SANISTIFIK: Gynura Procumbeus

Tumbuhan herba yang berprestasi tinggi ini berasal dari negeri China, tak hairanlah di kebanyakan kediaman kaum cina mempunyai tanaman ini, dari segi perubatan, tumbuahan ini mempunyai nilai perubatan yang tinggi. 
Terdapat dua jenis tumbuhan ini satu mempunyai batang yang agak kehitaman dan satu lagi agak kehijauan, kedua duanya mempunyai daun yang berwarna hijau dan bergerigi sedikit di bahagian tepi. 

Daun pokok sambung nyawa ini agak berlendir sedikit tetapi mempunyai rasa yang lemak terutama di bahagian pucuk, ianya sesuai sekali dimakan mentah sebagai ulam ataupun digoreng sebagai sayur. Bagi masyarakat cina, daun daun itu enak dimasak sup. 

Antara khsiat perubatan yang terdapat pada pokok sambung nyawa ini ialah, selain dari dibuat ulam sebagai awet muda, herba itu juga boleh menambahkan tenaga metabolisma, menurunkan tekanan darah tingi, kencing manis serta melegakan sakit kepala dan migrain, mengikut petua orang dulu2 seelok eloknya dimakan antara satu hingga tiga helai sehari (.. seperti herba jarum tujuh bilah) agar kesihatan sentiasa terpelihara. 

Cara penanaman pokok ini ialah hanya menyucuk sahaja bahagian yang di kerat ke atas tanah yang agak lembab dan terlindung, seelok eloknya keratan tersebut biarlah yang sedang, tidak terlalu muda atau tua.

sumber : 1001-petua

Atasi Masalah Cacing

salam.

Delima, sejenis buah berasal dari kawasan Mediterranean, banyak digunakan dalam perubatan tradisional untuk mengubati pelbagai jenis penyakit. Kulit buah delima mengandungi asid tannin yang amat berkesan untuk menghapuskan masalah cacing di kalangan kanak-kanak, termasuk cacing gelang, cacing peniti dan cacing kerawit. Selain daripada asid tannin, delima yang dikenali sebagai Punica granatum dari segi saintifik, juga mengandungi zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, magnesium, vitamin A dan vitamin C. Ia berkesan untuk meredakan cirit-birit yang kronik, termasuk cirit-birit berdarah dan enteritis atau bengkak usus. Di beberapa kawasan di Iran dan di Iraq, air buah delima digunakan sebagai ubat kumur untuk mengatasi masalah penafasan berbau. Buasir merupakan satu lagi penyakit yang boleh dirawati menggunakan buah delima kerana airnya dapat bertindak sebagai astringen. Ia juga dipercayai berkesan untuk mengatasi kemandulan.
Sumber : 1001 Petua



Cara untuk mengatasinya selain dari memberi makan ubat cacing yang diperoleh dari klinik, hospital atau farmasi, ibu bapa juga boleh mencuba ubat tradisional ini yang mudah dan senang diperoleh terutamanya di kawasan perkampungan iaitu daun pokok petai belalang.

Daun dan ranting pokok petai belalang, dibasuh bersih dan direbus. Kemudian diembunkan semalaman. Selepas itu, panaskan kembali air tersebut dan dimandikan pada waktu pagi sebanyak tiga kali. Diberi minum seteguk jika boleh, insyaAllah dapat membantu.

Sumber : xpresi

Monday 24 June 2013

Kelantan Cuti 30 Jun 2013

salam.

Kerajaan Negeri Kelantan telah bersetuju menetapkan Hari Ahad, 21 Syaaban 1434H bersamaan 30 Jun 2013 sebagai HARI KELEPASAN AM bagi Negeri Kelantan Menurut sub seksyen 9 (1) Akta Hari Kelepasan 1951 sempena kejayaan pasukan bola sepak Negeri Kelantan layak Ke pertandingan akhir Piala F.A tahun 2013.

Peminat bola sepak pastinya tak sabar-sabar nak tengok perlawanan akhir antara Kelantan dan Johor.  Kedua-duanya punyai kelebihan dan kehebatan tersendiri.  Kelantan telah menundukkan Terengganu sementara Johor mengalahkan Pahang semasa perlawanan separuh akhir yang lepas.

Tahniah pasukan Red Warioorrrr .... magri kito pakat gi gomo !!!

Buletin Hujung Minggu

pinjam gambar dari blog www.sugarsiti.com
salam.

Bila cuti je, blog pon cuti sama heheheh biasa la kan, famili FIRST !!!  Program masak-masak hujung minggu emmm aku berjaya buat kerabu bacang (cam hebat la sangat - takat kerabu bacang pon kecoh).   Kerabu bacang ikut resipi yang disharekan sebelum ni memang sedap, terima kasih banyak-banyak tuan punya resipi.  Harap halalkan ilmu masakan dan dengan itu juga moga Allah memberi keberkatan dunia akhirat.  Gambar lupa nak snap, tau-tau abis !!

Masakan kedua yang dicuba ialah ayam panggang ... not 100% ikut resipi asal tapi ikut resipi apa yang ada kat dapur hehehehe yang pasti ayam panggang licin juga tanpa bukti bergambar ;-)

Jumaat lepas sempat juga masak sotong masak hitam ala kelantan, dah lama tak masak sedap juga.  Famili tak boleh makan seafood, ada pelbagai alahan, jadi memang dah lama tak masak sotong.  Lebihan sotong aku cuba pula masak ketupat sotong.  Tak sangka menjadi dan sedap.  Memang tak sesia cuba resipi ketupat sotong.  Aku sempat snap gambar ketupat sotong tapi masa nak copy ke PC aku terdelete hehehe haru gak le. Nak snap yang lain ketupat sotong dah masuk dalam perut.  Maaf la ye.

Pagi sabtu lepas sempat juga bawa anak-anak riadah di Tasik Danau Tok Uban.  Ada 2 kumpulan atau program kat sana, so suasana meriah la sikit dari biasa.  Kumpulan pertama adalah kumpulan Kelab Pemilik Myvi Negeri Kelantan atau KMC (Kelantan Myvi Club).  Kumpulan kedua pula buat program memukat ikan.  Wah sedapnya makan ikan segar hasil tangkapan sendiri.  emmmm aku telan air je lah.


Thursday 20 June 2013

Kerabu Buah Macang

salam.

Pagi nih member opis bawakan buah macang muda, so cari kat pakcik GOOOOgle resipi camne nak buat sebab tak pernah buat.  Dapat resipi yang dicari kat Blog Cidda.

Apa lagi copy paste kat sini untuk rujukan !!! TQ Cidda.  Buah macang panggilan orang Kelate atau bahasa suratnya bacang, memang sedap dibuat kerabu atau colek.

Terjumpa sesuatu yang menarik bila kita buat carian di gooole mengenai bacang.  Di negara jiran, Indonesia bacang adalah sejenis kueh yang dibuat dari tepung beras, berintikan ayam atau daging cincang dan dibungkus.  Malah ada 2 jenis bacang, satu kueh tradisi keturunan cina dan satu lagi dari keturunan cina-betawi, bezanya satu dari beras pulut dan satu lagi dari beras.  Cara bungkusannya ada pelbagai iaitu berbeza ikut daerah begitu juga daun yang digunakan untuk membungkus.  Unikkan !!  


*** aku paham setengah-tengah je bahasa indonesia, hehehe main agak-agak je, kalu ada silap tu arap maaf la ya.


heheheh nampak sedap juga kueh bacang ni.  Rujukan mengenai kueh bacang Indonesia dari :

1. v1olet.blogspot
2. marchellina.blogspot
3. gogugu.blogspot

mari kite tengok resipi asal Kerabu Macang atau Bacang.

BAHAN2..
1-2 biji buah macang ( buah bachang )
1 senduk santan...
2-3 ekor ikan ( direbus / dikukus- ambil isinya shj)
2-5 bj bawang merah
1-2 sd kerisik / kelapa goreng
1 sdk lada hitam
sedikit cuka / air asam limau
garam,gula secukup rasa


CARA2NYA...
buah macang dibuang kulit dan di sagat / di hiris halus dan panjang2..
ikan di buang tulang dan di tumbuk bersama bawang merah dan lada hitam
kemudian campurkan isi kan yang di tumbuk bersama dengan santan,gula dan garam
gaulkan bersama buah macang ...
masukkan kelapa yang di goreng atau kerisik..
masukkan cuka / air asam limau..
sedia di makan..
kalo nak pedas masukkan cili padi...
siap sedia utk di hidang...

Upgrade Siakap Stim to Chinese Style

salam.

Resipi Siakap Kukus Chinese Style ni copy dari checidda.blogspot

Meh kite cuba upgrade Siakap Stim plak !!!

BAHAN2..
1 ekor ikan siakap sederhana besar ( apa2 ikan pun boleh)
sedikit sos tiram
sedikit sos blackpaper
5 inci halia dihiris halus n panjang
2 batang serai diketuk
2 bj buah tomato potong 5
2 biji asam boi
3-5 helai daun limau purut hiris halus2
5 ulas bawang putih diketuk saja
1 labu bawang besar dipotong bulat
lada dihiris
lobak merah dipotong panjang2 n halus
garam,gula,serbuk perasa
sedikit minyak zaitun

CARA2NYA...
pastikan ikan dibersihkan dan masukkan sedikit halia,bwg putih,bawang besar ke dlm perut ikan...
taburkan bahan lain di atas ikan..
titiskan sedikit minyak zaitun, sos tiram dan sos blackpaper..
panaskan kukusan dan kukus ikan 15-20mnt..

*(tips utk hilangkan hanyir ikan:ambik sedikit asam jawa n letakkan sedikit tepung gandum.basuh bersama2 ikan td)


Oh Yeah! Carnival at Stadium Sultan Muhammad IV

salam.

Oh Yeah! Carnival at Stadium Sultan Muhammad IV 21 Jun 2013 (Fri) - 22 Jun 2013 (Sat) car park area.

Activities:
Colouring Contest
TV Al-Hijrah Talent Search
Nerf for Kids
Simulator
X-Box and PlayStation
Inflatable

Wednesday 19 June 2013

Nak Upgrade BackYard


salam.

mencari-cari gambar tru goooogle sebagai idea dan rujukan untuk upgrade umah, bila tahun nak buat tu tak tau lagi, kumpul budget dulu.  Skang masa untuk berangan dulu.

Meh layan angan-angan BackYard aku !!!! Korang jangan jeles kalu taun depan BackYard aku berubah wajah hehehehe.


Aku suka ruang dapur yang boleh dibuka bila ada majlis kenduri atau apa-apa event lah.  Sesambil aku masak boleh observe anak-anak bermain.


Ruang kat tepi rumah aku tu kecik je, jadi aku cari yang kecik-kecik je tempek kat sini.  Kalu aku wat rujukan ruangan yang besar takot nanti hanya tinggal angan-angan saje.


Elok juga kalu ada dinding pagar yang agak tinggi dan ada plak ruang untuk aliran udara emmm kalu tak panas nantikan.

Gambar sebelah ni aku suka set kerusi meja yang santai dan simple.  Juga i like bumbungnya.



Haaaa gini le lebih kurang yang aku nak.  Ada dapur kecik dan pintu BESAR !!!



Hak ni aku berkenan tang combinasi kalernya dan ruang santai depan pintu, hehehehe kalu nak boh semua ni kat tepi umah aku memang tak muat !!!



Aku suka dinding dan batu-batu dan pelapik pejalan kaki tu, siap dengan sinki, inilah style yang menjadi idaman hatiku.

Ok...dah abis berangan, sambung balik KEJE ... ngeh.





My Two Little Hero

salam.

Malam tadi sesambil rehat lepas soalt magrib dan layan slot Ratu kat TV9, tergelak sorang-sorang dengan gelagat anak-anak.

Bab 1:
Time magrib, anak-anak lepas mandi, pakaikan baju melayu.
Tetiba je si Abang naik atas lengan sofa dan "solat" kat situ.
Tah berapa rakaat dia "solat" aku tak kira plak, yang aku igat dia hanya menyebut Allahuakabar sepanjang "solat"
Si adik pon gelak terkekeh-kekeh nengok gelagat si abang solat.
Aku hanya tersengih (dalam hati risau takot dia jatuh, ya le lengan sofa tu bukannya besar mana pon !!!)



Bab 2 :
Time dia duk main tetiba dia terjumpa penapis air yang aku beli untuk letak dalam sink kat dapur.
Apa lagi si abang amik wat main, pastu mulutnya mula becok bertanya itu ini :

abang : ibu! ibu! gappo nih ?
ibu : penapis air.
abang : ooo, Orang wat gappo??
ibu : wat tapis air
abang : tapis mano?
ibu (kalu jwb paip air, sure dio gi main air kat mana2) : kat opis ibu
abang (seakan mengeloh) : sapo wak magri ?
ibu : ibu bawa balik
abang (sambil hulurkan penapis air kat ibu dan nada agak marah) : noh amik, gi antor, nanti adik wak main, adik x leh main benda ni .... sambil trus bebel

*** adeh .... dia yang main penapis air, ibu ngan adik yang salah.



Bab 3 :

Muka si abang dah semacam menahan ngantuk.  Keluar masuk bilik tapi tak tidur-tidur lagi, jam dah menunjukkan 10.00 lebih emmmm.
Tetiba si abang bersuara dari dalam bilik : ibu! ibu! baca ABC 
dan meluru keluar ke ruang tamu tempat ibu LEPAK !!!
ibu : nyanyi ABC (nga suara serak-serak itik)
abang : duk perhatikan ibu nyanyi tanpa berkelip sampai mata dah nak terpejam
ibu : teruskan menyanyi sambil baringkan si abang atas riba.
abaang : mata terus terpejam dan lena
ibu : nyanyi ABCDEFG.....XYZ zzzzzzzzzzzzzzzzzzzz


Tuesday 18 June 2013

400,000 yuan Jadi Makanan Anai-anai

salam.

16 Jun 2013

Wang dalam jumlah yang besar seharusnya disimpan di dalam bank, tetapi berbeza dengan wanita ini yang memilih untuk menyimpan wangnya di laci kayu. Yang paling membuatnya bingung dan terkejut, apabila dia memeriksa wang simpanannya kerana ingin menghia, ianya bukan hilang akibat dicuri, tetapi lesap dimakan oleh anai-anai.
 
Wanita dari Guangdong di China itu telah menyimpan wang berjumlah 400,000 yuan atau hampir RM200 ribu di dalam beg plastik yang kemudiannya dimasukkan ke dalam laci kayu. Wanita itu yang menyembunyikan identitinya ini terkejut lantaran wang simpanannya habis dimakan anai-anai. Menurutnya lagi, wang itu adalah hasil kiriman dari anak-anaknya yang bekerja di luar negara. Wanita ini lebih memilih menyimpan wangnya di laci berbanding di bank dengan alasan tertentu.

Wanita ini segera membawa kesemua wangnya ke bank dengan harapan supaya ia dapat ditukarkan.Akan tetapi daripada simpanan 400,000 yuan, hanya 340,000 yuan sahaja dapat diselamatkan iaitu kira-kira RM170,000.

Jika anda tidak mahu bernasib sama dengan wanita ini, sebaiknya anda memikirkan simpanan wang dalam jumlah yang besar ditempat yang lebih selamat seperti bank.

sumber : wanista dan timesofindia
rujukan tukaran wang yang rosak dari Bank Negara Malaysia

Tips Hilangkan Batuk

salam.

diambil dari perkongsian FB

Jadual Keik2013

salam.



Sumber :
Kerajaan Negeri Kelantan

Karnival Kerajaan Elektronik & Inovasi Negeri Kelantan 2013 pada hari ini.... Seminar ICT 2, Bengkel Pengenalan Fotografi Digital berlangsung di Darul Digital, Tingkat 3, KB Cyber Plaza, Pertandingan Eureka Kitar Semula (Sekolah Menengah) di ICT Incubator Centre Sdn Bhd (IICSB), Tingkat 2, KB Cyber Plaza. 



Acara menarik di pentas KB Mall (official)bermula jam 2.30 petang persembahan dikir barat, pertandingan mewarna, sepetang bersama Saiful Nang jam 5.00 petang, sesi bertemu peminat, beramah mesra bersama Nora, Putri dari Voices Of UMMI (VOU), sesi bergambar bersama maskot UMMI, Dunia Eicak the Animated Series, DIX MRM dan kuiz serta hadiah-hadiah ISTIMEWA bakal menanti!





Deco-deco Rumah Idaman

salam.

Ruangan luar rumah yang kecil tapi sangat menyenangkan, tempat rehat dan santai bersama keluarga. 





Ruang dapur terbuka sesuai untuk BBQ
Ni lagi satu contoh deco ruang laman, lepak-lepak baca novel Teduhan Kasih !!!
I like air terjun / water fall n kolam !!!
Yang ni pon menarik juga, leh wat famili gathering masuk pintu belakang atau boleh juga wat kat laman depan rumah emmm ikut kesesuaian ruang yang ada.

Idea tangga dan ruang santai dalam rumah yang sangat kreatif dan moden. 

Monday 17 June 2013

My NOXXA Breadmaker / Multifunction Oven

salam.

My NOXXA Breadmaker / Multifunction Oven akhirnya "kembali" ke rumah ... home sweet home (setelah sekian lama aku tinggalkan nun di rumah ayahanda) !!!

Buku manual camne nak guna dah ilang tah mana .... stressss gak bila tak igat camne nak guna, multifinction dah jadi single function plak.  terjupa satu step kat blog Apple Kitchen, simpankan link untuk rujukan :
http://myapplekitchen.blogspot.com/2012/10/noxxa-breadmaker-multifunction-oven.html




Gitulah jadinya bila sekali-sekala guna sebenarnya tak guna pon !!! , hanya pernah buat roti (pizza dan roti putih), bakar kek dan cookies juga buat doh.  Sekarang nak try function yang lain tapi buku panduan tak dapat dikesan !!!! haiyaaaa ilang semangat memasak.

errrlkkk apa jadi dengan program dietku .... hahaha belum bermula apa-apa pon lagi ... makin naik ada lah.

terjupe lagi satu link berguna : http://www.noxxa.com.my/index.php/breadmaker/

Sunday 16 June 2013

Selepas kematian

salam.

Dalam Hadis Rasulullah saw :

Selepas kematian, roh seseorang yang mati akan kembali kepada tubuhnya dan dua malaikat akan muncul, Mungkar dan Nangkir, dan akan bertanya "Siapa Tuhan kamu ?" dan dia akan menjawab “Allah tuhan aku”. Kemudian mereka bertanya padanya “Apa agama kamu ?” dia akan menjawab “Islam agama aku” Kemudian mereka bertanya padanya “Siapa yang diutuskan kepada kamu ?” dia akan menjawab “Rasulullah saw diutuskan kepada aku” Kemudian mereka bertanya padanya “Bagaimana kamu tahu ?” dia akan menjawab “Aku membaca kalam Allah (Al-Quran) dan mempercayainya” Kemudian akan kedengaran suara dari Syurga mengatakan “ Hambaku telah bercakap benar, baringkan dia di atas katil daripada Syurga dan bukakan pintu Syurga untuknya” Kemudian dia akan mendapat kebahagiaan dan mula merasai kenikmatan dari Syurga, dan kuburnya akan diluaskan seluas mata memandang.


Rasulullah saw bersabda tentang manusia yang berdosa. Selepas proses kematian selesai, rohnya akan kembali kepada tubuhnya dan dua malaikat akan muncul, Mungkar dan Nangkir, dan akan bertanya "Siapa Tuhan kamu ?" dan dia akan menjawab “Aku tidak tahu” Kemudian mereka bertanya padanya “Apa agama kamu ?” dia akan menjawab “Aku tidak tahu” Kemudian mereka bertanya padanya “Siapa yang diutuskan kepada kamu ?” dia akan menjawab “Aku tidak tahu” Kemudian akan kedengaran suara dari langit mengatakan “ Hambaku telah berdusta, masukkan dia ke dalam kotak yang diperbuat daripada api dan bukakan pintu Neraka untuknya” Kemudian dia akan merasa bahang daripada api neraka dan kuburnya akan sempitkan sehingga bersilang tulang-tulang rusuknya.

Dalam Hadis juga dinyatakan, bahawa malaikat dengan kejamnya akan menghukum orang-orang yang berdosa semasa ujian di dalam kubur dan siksaannya sangat menakutkan. Juga dimaklumkan bahawa Rasulullah saw memohon kepada Allah swt agar dilindungi daripada siksaan kubur dan menyuruh umatnya juga berbuat demikian.

Gaji Baru Penjawat Awam

salam.

Gaji maksimum atau gaji mati dalam kalangan penjawat awam disifatkan tinggal sebagai sejarah selepas kerajaan memperkenal Sistem Saraan Transformatif baru-baru ini.Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa berkata kini tiada lagi gaji maksimum.

Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ali Hamsa, berkata kini tiada lagi gaji maksimum untuk penjawat awam selepas kerajaan memperkenal pergerakan gaji khas tiga peratus setiap tahun.


"Kalau gaji sudah sampai mata akhir, setiap tahun akan dapat kenaikan tiga peratus sampai pencen.

Berita baik itu adalah antara inisiatif Sistem Saraan Transformatif yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak 11 Mac lalu, yang turut menghadiahkan penjawat awam satu kenaikan gaji tahunan pada 1 Julai ini.
------------------------------------
PENAMBAHBAIKAN JADUAL GAJI MINIMUM - MAKSIMUM
BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM PERSEKUTUAN
DI BAWAH SISTEM SARAAN MALAYSIA

antara kandungan pekeliling :

Gaji maksimum JGMM bagi semua Kumpulan Perkhidmatan ditambah Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) sebanyak tiga (3) KGT untuk membolehkan pegawai menikmati Pergerakan Gaji Tahunan (PGT).

Contoh kenaikan gaji tahunan mengikut gred jawatan masing-masing :
195.00
180.00
145.00
125.00
115.00
95.00
90.00
80.00

Pegawai Yang Tidak Layak (Penambahbaikan struktur JGMM ini tidak melibatkan) :

1. pegawai yang masih berkhidmat di bawah saraan Laporan Gaji Jawatankuasa Kabinet (JKK) 1976 atau Sistem Saraan Baru (SSB).

2. pegawai yang dikenakan tindakan tatatertib dengan hukuman buang kerja yang berkuat kuasa pada atau sebelum 1 Januari 2013.

3. pegawai yang bersara pada atau sebelum 1 Januari 2013.

--------------------------------------

PEMBERIAN PEMINDAHAN GAJI KEPADA PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM PERSEKUTUAN DI BAWAH SISTEM SARAAN MALAYSIA

pemberian pemindahan gaji dengan amaun bersamaan satu (1) Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) kepada semua pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan di bawah Sistem Saraan Malaysia (SSM).

gaji pegawai di bawah SSM akan dipindahkan ke struktur gaji baru dengan diberikan faedah pemindahan gaji dengan amaun bersamaan satu (1) KGT.

Kerajaan bersetuju supaya faedah pemindahan gaji dengan amaun bersamaan satu (1) KGT diberi lebih awal pada 1 Julai 2013.

Pegawai yang layak akan diberi pemindahan gaji dengan amaun bersamaan satu (1) KGT mengikut gred jawatan/ gred gaji masing-masing pada 1 Julai 2013 berdasarkan gaji hakiki pegawai pada 30 Jun 2013.

Pemberian pemindahan gaji ini tidak mengubah Tarikh Pergerakan Gaji (TPG) pegawai.

Syarat dan peraturan elaun dan kemudahan yang berkuat kuasa dikekalkan.

Cara/Sifir nak kira gaji korang :

sifir gaji Julai 2013 --> Gaji bln 6 + kgt = gaji bln 7
sumber :

Diet Seimbang

salam.

Mari kita cuba amalkan diet seimbang bagi menjaga kesihatan. Banyak tips-tips dari kat internet. Apa yang pernah saya amalkan (dulu2 hehehe sekarang nak kena amalkan balik sebab baju semua sendat).

*** apa nak jadi dengan program belajar masak-masak, resipi dah bertimbun-timbun, banyak yang jenis manis-manis dan berkalori tingggggggi.



1. Makan maintain 3 kali sehari tapi saya kurangkan dengan mengambil 1/3 sahaja dari amalan biasa, contohnya 1/3 dari sepinggan nasi. Orang kampung nih mana boleh tinggal nasi.
2. Air manis sekali sahaja. Biasanya bila makan berat, minum air suam. Bila ambil makanan yang lebih ringan baru minum air manis. 
3. Senaman : Biasanya buat jogging slow2 je lebih kepada berjalan-jalan. Weekend atau petang bila terluang, saya keluar berjalan-jalan sambil chit-chat mengumpat ngan member (takkan nak jejalan kat taman sensorang, rase pelik la plak dan rasa takut pun ada jugak). Sesekali buat arobik.
4. Minuman limau nipis suam kurang manis emmm penghilang dahaga time panas.
5. Jauhkan dan kurangkan makan antara waktu makan, kalu rasa lapar minum air kosong/suam.
6. Semangat dan azam kena kuat.

dari NutriCantik :

Diet atkins ialah sejenis corak pemakanan yang diperkenalkan oleh Dr Atkins bagi membantu individu yang ingin menurunkan berat badan melalui konsep pembakaran karbohidrat dan lemak dalam badan. Dengan menghadkan pemgambilan karbohidrat seperti nasi, mi, kentang, dan gula akan memberi kesan kepada penyusutan berat badan dalam jangka masa panjang. Diet ini tanpa perlu berlapar cuma anda perlu memilih makanan yang bersumberkan protein tanpa karbohidrat.

Terdapat empat peringkat yang perlu anda ikuti asalkan anda disiplin dan konsisten dalam melaksanakan diet ini.

Peringkat 1-induction (2 minggu atau lebih bergantung pada berat badan anda sekarang)

Induction adalah peringkat terpenting kerana ia adalah peringkat permulaan perubahan corak pemakanan anda berbanding sebelum ini. Corak pemakanan anda perlu diubah dan sebaik-baiknya dilakukan selama dua minggu atau sehingga enam bulan bergantung kepada tahap kesihatan dan berat badan anda.

Semasa tempoh induction anda haruslah mengelak dari mengambil makanan berikut: 
Makanan tinggi karbohidrat seperti nasi, mi, kuew tiau dan sebagainya. 
Sebarang jenis roti tidak kiralah roti biasa, bun, roti jala, rati canai dan segala jenis roti
Semua jenis gula - secara langsung atau tidak langsung 
Buah-buahan selama 2 minggu - kandungan gulanya yang tinggi jika dimakan berlebihan dan menyebabkan anda menjadi semakin lapar. Selepas 2 minggu baru boleh makan berpada-pada 
Minuman bergula,bergas, jus atau berkafein 
Semua jenis snek dan makanan ringan 
Semua jenis kacang selama 2 minggu 
Semua jenis makanan berproses seperti kentang goreng, bebola ikan atau yang sejenis dengannya 
Makanan bertepung seperti kek atau biskut dan kuih muih
Makanan yang dibolehkan semasa proses induction:

Ayam, ikan dan daging - panggang, stim atau bakar 
Sup dan sate (digoreng tanpa tepung) 
Udang - bakar, tom yam dan digoreng dengan cili boh sahaja 
Sayuran hijau (elakkan lobak merah dan kentang) 
Air kosong dan air mineral - minum lebih tiga liter sehari 
Burger - Buang roti dan hanya makan dagingnya bersama sayur dan mayonise 
Pizza- Makan topping sahaja 
Makan supplemen dan vitamin seperti multivitamin untuk bekalan zat danserbuk protein yang boleh memberi tenaga kepada anda.
JANGAN PONTENG MAKAN. Sarapan, makan tengahari dan makan malam seperti biasa mengikut diet sewaktu induction ini. Makan malam sebelum jam 7 petang. Pastikan anda makan tiga kali sehari untuk saiz hidangan biasa tapi sekiranya anda jenis yang suka mengunyah anda bolehlah kecilkan saiz hidangan anda menjadi empat ke lima kali sehari. JANGAN berlapar untuk menurunkan berat badan anda kerana ianya hanya menyiksa diri anda. Anda perlulah bijak dalam pengambilan makanan seimbang.

Peringkat 2-Ongoing weight loss (Penyusutan berat badan)

Selepas mengamalkan diet artkins akan berlaku penyusutan berat badan. Adalah penting penyusutan tidak berlaku secara mendadak kerana dikhuatiri berat otot yang hilang dan bukannya berat lemak seperti yang anda kehendaki. Penyusustan mendadak juga boleh menyebabkan tubuh anda menggeleber, adalah penting untuk mengambil makanan bersumberkan protein untuk mengekalkan otot dan metabolisma badan anda secara teratur.

Peringkat 3-Pre-maintenanca & Peringkat 4 - Lifetime maintenance

Setelah program penyusutan berat badan anda berjaya, anda bolehlah makan secara teratur dan kurangkan pengambilan karbohidrat. Jaga kualiti dan kuantiti pemakanan anda agar berat badan anda tidak kembali seperti sebelumnya. Proses ini penting dalam peringkat pre-maintenance dan lifetime maintenance.

sumber: Majalah Dara

Rujukan lain :