Thursday 13 November 2014

Satay Ayam Simple

salam.

Masak ayam ala-ala satay untuk anak-anak di hari cuti.  Resepi satay ayam yang telah diubah suai ikut selera anak-anak :

A. bahan-bahan untuk dikisar atau tumbuk/giling halus :
5 batang serai
1 ulas bawang besar
5 ulas bawang putih
1 inci halia


B. bahan-bahan perasa :
1 keping (kecil) manisan kelantan (dirincih)
2 sudu kecil garam


C.  bahan lain :
3 ketul ayam (ayam yang dipotong 4 bahagian)
3 sudu kecil serbuk kunyit
3 sudu makan minyak untuk menggoreng

1. Kisar halus semua bahan A.
2. Selepas dikisar, gaulkan bahan A bersama bahan B.
3. Lumur pada ayam hingga sebati.
4. Perapkan ayam selama 1/2 jam.  Lagi lama perap lagi sedap, biar semua bahan meresap masuk dalam daging ayam.
5. Panaskan minyak dan goreng dengan api perlahan atau boleh juga dibakar hingga masak.


Kalau hendak digoreng ayam seeloknya dipotong kecil-kecil supaya cepat masak. 


Monday 3 November 2014

Ikan Cencaru Sumbat Sambal Bakar

salam.

Mencuba resepi ikan cencaru sumbat sambal kemudian dibakar.  Resepi asal dari nasibukuhbukitmarak.

Isyraq Rest House telah ubah suai resepi asal menjadi seperti di bawah :

Bahan sambal :

2 ekor ikan cencaru saiz sederhana (dibersihkan dan dibelah belakang, lepas itu diperap dengan garam)
4 biji cili merah
2 ulas bawang merah
1 ulas bawang besar
2 ulas bawang putih
1 biji tomato
1 buku kunyit/1 sudu kecil kunyit serbuk (lupa letak kunyit)
garam secukup rasa
1 sudu kecil gula

Kami gunakan blender kering untuk blend semua bahan sambal.  Sebenarnya tumbuk lebih sedap.  Sumbat sambal ke dalam ikan cencaru dan bungkus dengan aluminium foil.  Bakar sampai masak.





**jika suka pedas tambahkan cili padi

Angkat dan hidangkan (perahkan limau nipis sebelum makan).



Resepi lain bagi Ikan Cencaru Sumbat Sambal Oleh: Azie Kitchen