Thursday 23 April 2015

Tuesday 21 April 2015

HOKKAIDO CHIFON CUPCAKES

aS-SALAM
amik resepi dari Azlita sebab anak-anak suka sangat makan hokaido cupcake.

Kat RTC - Pack Kecil RM7, Pack Besar - RM16.

Kalu pack kecil tu, si kecik dua beradik tu boleh abis sekali makan, tengok2 tinggal bekas je.


HOKKAIDO CHIFON CUPCAKES


4 biji kuning telur
30 gm gula caster
1 sudu kecil esen vanila
40 ml susu segar
40 ml minyak canola ~ minyak makan pun boleh
55 gm tepung cake
20 gm tepung kastard
1 sudu kecil baking powder

4 biji putih telur
1/4 sudu kecil garam
80 gm gula caster

Panaskan oven pada suhu 170 C
Sediakan 8 biji ramekins bersaiz besar
Atau boleh juga guna mangkuk kertas cup cake yang keras
Atau boleh juga gunakan cawan muffin

Satukan tepung, tepung kastard dan baking powder. Kemudian di ayak 3 kali
Pukul kuning telur dan gula menggunakan whisk aje
Tambahkan vanila, susu dan minyak dan pukul rata.
Masukkan bahan yang telah di ayak tadi dan gaul rata

Dalam bekas lain ~ pastikan bekas berkeadaaan kering
Pukul putih telur dan garam hingga berbuih
Tambahkan 80 gm gula sedikit sedikit dan terus memukul dengan kelajuan tinggi hingga adunan kental dan kaku (soft peaks)

Ambil 1/3 adunan putih telur dan masukkan dalam adunan tepung.
Gaul rata dgn menggunakan kaedah kaup balik
Kemudian masukkan baki adunan dan gaul hingga sempurna dengan kaedah yang sama

Tuangkan adunan dalam ramekins atau cawan kertas anggaran 80% penuh
Hentakkan sedikit bekas ramekins utk mengurangkan gelembung udara pada kek

Masukkan dalam oven dan bakar selama 25-30 minit
Keluarkan dari oven bila kek masak
Hentakkan bekas remakins sekali lagi dan biarkan kek sejuk
Bila kek sudah sejuk, bolehlah paipkan filling kedalamnya dengan menggunakan pipping bag.

CREAM CUSTARD
by : Honey

1 sudu besar tepung
1 sudu besar tepung jagung
4 sudu besar gula
200ml (1 cup) susu segar
1 biji telur (L size)
1 sudu besar mentega

1 sudu teh esen vanila - ita tambah

Masukkan tepung, tepung jagung dan gula  ke dalam mangkuk. 
Masukkan 1-2 sudu besar susu. Kacau rata jangan ada yang berketul2
Masukkan telur dan kacau lagi. 
Kemudian masukkan susu yang selebihnya dan kacau.
Wrapping mangkuk dan masukkan ke dalam microwave. Guna suhu yang tinggi. 
Masak sehingga pekat. 
Setiap 1 minit lebih bawa keluar dari microwave dan kacau.
Ulang sehingga pekat.
Bila dah siap, masukkan butter dan kacau rata. 

Adunan ini boleh juga di masak atas dapur dgn api yg sederhana.
Adunan hendaklah dikacau untuk mendapatkan cream custard yg licin.



Monday 20 April 2015

Dato’ Haji Ahmad Tajudin Bin Jab




YBhg. Dato’ Haji Ahmad Tajudin Bin Jab, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Operasi Pendidikan) yang baharu berkuatkuasa mulai 26 Disember 2014. YBhg. Dato’ menggantikan YBhg. Dato' Haji Sufa’at Bin Tumin yang telah pun bersara wajib.

Pn. Hajah Zalihar Binti Abdul Ghani menggantikan YBhg. Dato’ Haji Ahmad Tajudin Bin Jab sebagai Pengarah Bahagian Pendidikan Teknik Dan Vokasional mulai 26 Disember 2014.


Thursday 9 April 2015

Kabinet Dapur : Material Nyatuh

As-salam.

Kabinet dapur yang ditempah telah siap dipasang.

Kos :

RM165 sekaki (15 x RM165) + Penyedup Asap RM310.00.