Wednesday 27 January 2016

RESEPI AYAM PANGGANG LADA HITAM

as-salam.

Fauziah Hussain to Resepi Ringkas Tapi Sedap
RESEPI AYAM PANGGANG LADA HITAM

Bahan-bahannya :
● 1/2 ekor ayam size kecil
● *1/2 labu bawang putih - parut
● *2 inci halia - parut
● 1 sudu besar lada hitam - tumbuk kasar
● 2 sudu besar kicap manis/pekat
● 1 sudu besar sos tiram
● 2 sudu besar madu
● garam sedikit
● minyak zaitun


Cara-caranya :


1. Gaul ayam dgn halia,bwg putih, kicap, lada hitam, sos tiram, madu, dan sedikit garam. Masukkan dalam mangkuk tahan panas/loyang. Perap sekurang2nya 2-3jam atau semalaman.


2. Panaskan oven 180C. Curahkan minyak zaitun ke atas ayam (bleh tukar butter) dan bakar selama 1jam atau sehingga ayam masak. Setiap 20min jirus2kan air ayam yg keluar ke atas ayam supaya permukaan atas tidak terlalu kering dan juicy.

Resepi Daging Bakar & Air Asam Kerisik

as-salam.

Aezach AR added 13 new photos to the album: Resepi Daging Bakar & Air Asam Kerisik — with Suhaimie MN.
Resepi daging bakar di adaptasi ketika saya bekerja di salah sebuah resort lima bintang di langkawi pada tahun 2000
.
Daging bakar yang perap menggunakan rempah yang di kisar bersama bawang,halia, kunyit dll
.
Air asam yang mengunakan kerisik dan limau kasturi antara bahan yang di gunakan di dalam air asam kerisik ini
.
Daging potongan sirloin atau rib eye di gunakan di dalam resepi ini.

Resepi juga di sertakan di gambar bersama sama tips.. Selamat mencuba ✏
Resepi Daging Bakar
1kg Daging Batang Pinang
- saya menggunakan sirloin yang di potong setebal 1 inchi
Bahan Kisar - perapan
2biji Bawang Besar
5biji Bawang Rose
5ulas Bawang Putih
3batang Serai
1inchi Halia
1inchi Kunyit Hidup
1/4 cawan minyak masak
1/4 air
2sudu makan serbuk ketumbar
1sudu makan serbuk jintan manis
Cara Cara
1. Blender halus bahan kisar bersama minyak dan air
2. Tuang bahan yang di blender bersama daging yang sudah di toskan air terlebih dahulu
3. Gaul bersama serbuk jintan manis dan serbuk ketumbar
4. Garam & Gula
6. Perap selama 1 jam
Membakar menggunakan arang
1. Jika menggunakan arang, pastikan arang berbara dan ratakan
2. Letak daging di atas pemanggang dan biarkan pada permukaan arang yang panas pada 5 minit - ini bertujuan untul "seal" daging supaya jus masih lagi kekal selepas masak.
3. Alihkan permukaan daging dan "seal" kembali pada permukaan seterusnya
5. Alihkan bara pada kepanasan yang kec dan biarkan daging di bakar dengan perlahan
Jika menggunakan Oven
1. Panaskan pan dengan minyak sedikit
2. Seal permukaan daging dengan pan yang panas selama 3 minit untuk setiap permukaan
3. Letakan atas dulang pembakar
4. Tutup dulang pembakar dengan aluminum foil
5. Bakar pada suhu 200 darjah selsius selama 45 minit atau masak.
Air Asam Kerisik
Bahan untuk di Kisar
5biji Cili Merah Kulai
10biji Cili Api siam
5biji Cili Api kampung
2biji Bawang Besar
3biji Bawang merah rose
2biji Tomato
1inchi Belacan Bakar - saya gunakan belacan ‪#‎makcujah‬
1 cawan air asam jawa pekat
Bahan untuk di potong
3biji Cili Merah Kulai
5biji Cili Api siam
5biji Cili Api kampung
2biji Bawang Besar
3biji Bawang merah rose
3biji Tomato
3sudu makan kerisik
4biji Limau kasturi - ambil air
Cara Cara
1. Kisar bahan bahan - jangan terlalu halus
2. Tuang ke dalam bekas yang mempunyai bahan bahan yang di potong
3. Masukan kerisik, air limau, garam dan gula

Khasiat Barli

as-salam.

 to KHASIAT DAN PETUA
10 hrs ·
Rasulullah s.a.w suka mkn barli, bila sy kaji memang betul terdapat bnyak kandungan khasiatnya. Namun butiran kecil ini umpama mutiara yg x nmpk cahayanya, malah ia dipandang sepi oleh masyarakat, ingin sy berkongsi dgn sahabat maya sy, sblum ni sy selalu dimarah oleh doktor sbb air kencing sy kotor, berdarah dn berbau, al kisahnya sy ni menderita penyakit kencing manis, setiap kali ke hospital selalu dpt tulisan merah, fedup rasanya..akhirnya sy mengkaji sendiri bahan apa nk bersihkan air kencing sy dgn bahan alami, akhirnya sy terjumpa satu blog menceritakn khasiat barli. Kesokanya sy pun mencuba, teryata berkesan. Air kencing sy putih bersih dn sy dpt rasakan tahap kencing manis sy kurang. Sy yakin buah pinggang sy sihat dn sy sentiasa kenyang bila minum air barli. Bnyk lg khasit barli yg sy boleh kongsi contohnya menyejukan bdn, mengenyangkn perut, membersihkan darah kotor, membersihkn usus, memutihkan wajah, menurunkan drh tinggi dn yg bestnya untuk wanita yg ingin tampil cantik sapulh air barli yg telh direbus selalu ke muka ia boleh menutup pori2 yg terbuka dn kulit muka boleh licin krn barli kolegen terbaik untuk kulit. Slmt mencuba- sharing is caring.

hirisan halia, lemon, teh hijau dan madu.. minum SUAM SUAM

as-salam.

Perkongsian dari FB Khairulnisak Binti Ahmad with Siti Norazilah and Norafif Diyana.
Di saat orang lain sedap dok langgah ayaq ais... ABC.. semua jenih minuman sejukk... time2 panaih lit lit nie..
Cheq kene minum nie.. 3 kali sehari.. hirisan halia, lemon, teh hijau dan madu.. minum SUAM SUAM... plak tu.. huhuhu... dah 1 minggu dah buat..
Petua dari indon.. pompuan indon yg habaq. tok kuruskan badan selama 1 bulan kalau nak turun 10kilo dlm masa 1 bulan katanya.. xcaye try buat.. soo cheq pon buat..
Badan mmg ringan.. angin kuwa.. walaupon cuaca panas.. minum suam2 dgn halia lg tapi badan cheq xpanas pon.. seriusly.. 👍👍 baguss
Ubat kurus!! Hahaa


-1 sudu madu ori (xkisah jenama papepon)
- 2 slice lemon atau stengah biji perahan lemon (mujarabnya elok perah)
- 1/2 inci halia
- 1 uncang green tea (pape janama pon bleh) @ Triple T by DrAzlan (untuk yang nak detox kurus /ader 3 serangkai)
- 1 mug air panas didih
Option : 1@2 keping asam keping

Bancuh dengan air panas supaya pati halia n green tea kuwa.. minum suam2 yer!.. jgn tunggu sejuk..
-3 kali sehari..waktu pagi, tengah hari dan malam.. MINUM SEBELUM MAKAN. selawat jgn lupa.. 1 minggu jer dah rasa perubahan.. bila dah habes tambah lagi air panas.. ulang balik minum.. cuma tambahkan madu.. and lemon baru.. halia xpayah tuka.. green tea selagi ader lagi ekstrak leh pakai 2 kali.. kalau duduk opis.. bubuh jer semua dalam termoss.. bawak pegi office termoss tu minum.

SEELOKNYA MINUM SEBELUM MAKAN PAGI.. MAKAN PAGI. TENGAH HARI. MAKAN MALAM.

jadi kite cepat kenyang dan xmakan banyak sgt lepas tu.
Jangan ngengada skip.. kalau tak.. tak nampak hasil.. hihihie jgn lupa selawat masa minum doa mintak Allah perkenankan doa angpa nak turunkan berat cara sehat..



=====================================================

Susu Kambing Kurma Madu Vanilla Coklat

Paling BEST sebab ia sangat-sangat berkhasiat dan sedap. Biasanya orang paling takot nak minum susu kambing sebab takot bau hamis dan alahan dengan SUSU. Tp SKKM Vanila Coklat ni TAK BAU HAMIS LANGSUNG dan TERASA RASA COKLATnya membuatkan RAMAI menyukainya dari anak kecil, remaja hinggalah dewasa!

Joms pakat minum susu kambing kami.
FB kami : https://www.facebook.com/lakusokmo/
018-9105227



 

Monday 11 January 2016

khasiat minuman teh halba

as-salam.

Enkay Nik Mustaffa to Kebun Bandar: Jom Tanam Sendiri
 
Saya beli sepeket halba. Teringat zaman muda belia selalu minum teh halba. Jadi, saya google la khasiatnya. Kita sharing ye.. utk manfaat bersama. Sekiranya ada salah, kita sama sama perbetulkan. Khasiat halba, antaranya adalah :
Mencuci perut. Mencuci darah Qkotor = mencantikkan struktur kulit dari dalam.
Merembes insulin, mengurangkan kadar glukosa darah = merawat penyakit kencing manis.
Mengurangkan berlaku pengumpulan lemak-lemak baru dlm badan.
Membantu penggunaan kalori utk meningkatkan tenaga secara semulajadi.
Membantu masalah kegemukan = mengurangkan berat badan.
Menguatkan fungsi jantung. Merawat masalah sembelit & buasir.
Melancarkan perjalanan darah. Mengatasi masalah senggugut (kesakitan / ketegangan sewaktu haid & pra-haid).
Melegakan masalah sakit kepala / migraine.
Menguatkan fungsi rahim, merangsang & menyubur rahim = ikhtiar utk mereka yg ingin hamil.
Mengetatkan & meremajakan rahim.. (kembali perawan la maknanya)
Menghilangkan lendir & sakit tekak.
Membantu mengatasi masalah kekurangan darah. Membantu mengurangkan ketagihan rokok & dadah.
Membantu kecerdasan kanak-kanak yg meningkat usia baligh, memelihara kekuatan badan & menggalakkan tumbesaran badan.
Memperbanyakkan air susu ibu.
Mengaktifkan kalenjar susu, meningkatkan saiz payudara secara semulajadi!
Memanaskan buah pinggang & organ pembiakan.
Menjaga, memulih & menambah tenaga seksual lelaki & wanita.
Memelihara keseimbangan kadar hormon dlm badan. Memelihara keanjalan kulit = awet muda secara semulajadi.
Cara Penyediaan Teh Halba
Masukkan 2 gelas air ke dlm periuk.
Masukkan 1 sudu besar biji halba ke dlm periuk tadi.
Rebus hingga mendidih. Setelah mendidih, terus tutup api & tutup periuk supaya wap herba tidak keluar.
Setelah suam, tapis & tuang ke dlm gelas, kemudian masukkan 2 sudu besar cuka epal / cuka kurma / cuka anggur / cuka delima. (letak gula merah atau madu pun boleh... tak letak apa2 lagi bagus smile emoticon )
Kacau & minum 3 kali sehari (before breakfast, lunch and dinner).
Jika anda rajin bersenam selepas minum secawan teh halba selama 30 minit setiap hari sehingga 3 bulan, berat badan anda akan cepat menurun!!! (Saya tak test lagi.. hihihi, zaman saya minum dl, saya mmg skinny)

Sunday 10 January 2016

Air rebusan Serai + Kurma

as-salam.

Air rebusan Serai + Kurma
Katanya baik untuk urat2 yg tersumbat.


Try buat :

5 batang serai + 7 biji kurma 


Rebuskan bersama air 3 gelas, dgn api perlahan sehingga air jadi segelas.

Sodap jugak rasanya, angin badan pon keluar..




perkongsian dari FB, terima kasih tuan punya kerana berkongsi resepi ini.

MILIK AYAH & IBU...RAMAI YANG TAK TAHU.

as-salam.

MILIK AYAH & IBU...RAMAI YANG TAK TAHU...
Terdapat sebuah pertanyaan di suatu Majlis Taklim. Suatu saat pada sesi tanya jawab kajian.
Penanya: Wahai Syeikh, Ibuku tinggal menumpang bersamaku dirumahku dan terjadi masalah antara Beliau dengan isteriku.
Syeikh: Ulangi pertanyaanmu..!!
Penanya: Ibuku tinggal menumpang bersamaku di rumahku.
Syeikh: Cuba ulangi pertanyaanmu..!!
Penanya: Ibuku tinggal menumpang bersamaku di rumahku.
Syeikh: Ulangi lagi pertanyaanmu..!!
Penanya: Ibuku tinggal menumpang bersamaku.
Syeikh: Ulangi sekali lagi pertanyaanmu..!!
Penanya: Wahai Syeikh, tolong biarkan aku menyelesaikan dulu pertanyaanku, jangan anda potong.
Syeikh: Pertanyaanmu salah, yang benar engkaulah yang hidup menumpang pada ibumu, meski rumah itu milikmu dan atas namamu..
Penanya: Iya Syeikh, kalau demikian selesai sudah permasalahannya..
Syeikh: Jangan durhaka wahai anak, jangan durhaka wahai menantu..!!
Kamu dengan seluruh hartamu adalah milik ibumu.
RasululLah SAW bersabda: "Engkau dan semua hartamu adalah milik ayah Ibumu" [HR. Ibnu Majah no. 2291]
1. Setitik air mata ibu jatuh, 10 kebajikan anak hilang, ibu-ibu jangan jatuh air mata dan anak jangan bagi ibu jatuh air mata. Biarlah Ibu menangis kerana Anak Berjaya dan bukan sedih kerana Angkara Anak.
2. Kalau balik tengah malam, buka lampu tengok dan tatap muka Ibu/anak, sebab wajah orang tidur akan menampakkan segalanya
ADA 3 MATA YG TIDAK DIJILAT API NERAKA..
» Melihat kaabah sehingga menitis air mata.
» Membaca Al-Qur’an sehingga menitis air mata.
» Memandang wajah Ibu yang sedang tidur /sedar hingga berlinangan air mata.
Orang yang kita kena tengok dan selalu pandang dalam hidup, tengok masa tidur.
» Anak
» Ibu
» Suami /Isteri
1. Adalah menjadi satu dosa jika kita mengguna jari telunjuk untuk menunjukkan sesuatu pada Ibu/bapa.
2. Barang siapa yang tidak mendoakan ibu/bapa selepas sembahyang buat ibu yang sudah meninggal maka dikira dia anak derhaka walaupun pada waktu ibu/bapanya hidup dia tak pernah menderhaka. Maksudnya jika ibu/bapa masih hidup atau telah tiada, selepas setiap solat kita mesti mendoakannya.
3. Doa orang yang masih hidup makbul untuk orang yang hidup dan mati. Jadi doakanlah Ibu/bapa kita yang telah tiada.
4. Ketika melalui kubur, perlahankan kenderaan (jika sedang menaiki kenderaan) dan beri salam, mereka akan doakan kita “berkatilah si pulan ini” dan jika tak bagi salam, mereka akan kata “celakahlah orang ini” Jadi, jangan lupa bagi salam.
5. Tanda-tanda siksa Allah atas muka bumi ini antara lain simpan harta sampai mati tak pernah keluarkan zakat.
6. Sesiapa yang bersedekah selalu, takkan miskin orang itu selamanya.
7. Jika mak ayah kita sudah meninggal dan semasa hayatnya kita ada peruntukkan wang untuk dia, bila mak kita dah takde teruskan memberi peruntukkan itu sebagai sedekah.
“Ya Allah, aku sedekahkan bagi pihak ibu/bapaku, semoga pahala sedekah ni sampai kepada ibu/bapaku”.
Itu yang yang buat ibu/bapa kita bahagia di sana.
8. Kalau kita susah nak bersedekah, bayangkan wajah Ibu/bapa kita baru kita ringan tangan nak bersedekah.
9. Allah panjangkan usia Ibu/bapa supaya mereka sakit dan nyanyuk untuk beri syurga pada anak2nya. Jagalah mereka dengan baik In shaa Allah, syurga balasannya. Jadi kalau tahu ibu/bapa sakit, berebutlah menjaga ibu/bapa kita. Besar sangat pahalanya.
10. Allah kalau boleh tak nak kita masuk neraka jadi Allah takkan matikan seseorang dalam keadaan kotor dan berdosa jadi dia bagi kita sakit/malu/miskin untuk mmbersihkan kita sebelum dia mengambil kita.
Ya Allah jadikan hari-hari kami penuh dengan bakti kami kepada orangtua kami dan berkatilah kehidupan kami..Aamiin Yarobbal A'lamiin.
PESANAN UNTUK KITA YG BERGELAR ANAK

Sunday 3 January 2016

Yusuf Estes 1



Kristian menangis selepas Yusuf Estes jawab soalannya
Posted by Aku Mahu Berubah Kerana Allah on Tuesday, December 29, 2015

20 formula untuk berjaya Dunia Akhirat

As-salam.

Mulakan Tahun 2016 dengan Tazkirah Ini yg di petik dari tulisan-dato-roslan-abd-hamid

Saya jumpa lelaki tua ini...
Selalu lepas Asar dia iktikaf di masjid.
Baca al Quran. Umur 70an. Duduk rumah dekat masjid.
Rumah agam besar dan menarik.
Hartanya disana sini, bangunan komesil tengah bandar. Milikan RM35juta. Pendapatan pasif kutip sewa RM70,000 sebulan. Belanja RM20,000. RM50,000 sedekah dan infaq.
Dia tenang bersendirian melayani anak cucu.
Saya mahu ambil gambar. Dia menolak. katanya malu.
Saya minta formula. Dia berikan 15. Saya catat dan mahu kongsikan. Bolehkah saya kongsikan?


#1 – Pertama, dia kata muliakan ibu bapa. Doa ibubapa adalah segala galanya. Ia tiada hijab terus termakbul. Raikan ibubapa. jaga mereka sepanjang usia. Doakan mereka apabila telah tiada.

#2 – Jaga masa. Ia datang dan berakhir. Urus masa antara 5 waktu solat. Atur kerja dengan sebaik cara. Pada setiap waktu ada perkara yang kita mulakan. Ada di masjid sebelum azan. masuk waktu terus solat. Selepas solat bertebaran berusaha cari rezeki.

#3 – Berdoa dengan khusyuk. Serah pada Allah. Tawakal. Allah tahu apa yang terbaik untuk kita.

#4 – Namun begitu kena usaha. Usaha pagi petang siang malam. Usaha sungguh sungguh. Usaha bermula dengan pasang niat. Lepas itu buat buat buat. Sampai dapat. Tidak dapat, usaha lain pula. Masa buat baca al Quran. Maka dia pun nasihatkan saya,
“Orang yang membaca surah Al-Ikhlas satu kali sama ganjarannya dengan memperoleh ganjaran membaca sepertiga Al-Quran. Jadi jika membaca surat Al-Ikhlas tiga kali mendapat ganjaran seperti membaca satu Al-Quran.
Rasulullah SAW pernah bertanya “Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur’an dalam jangka masa dua-tiga minit?” Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah UmarAl Khattab r.a telah mengatakan adalah mustahil untuk mengatam Qur’an dalam begitu cepat.
Ali Abi Talib r.a pun membaca surah Al-Ikhlas tiga kali.Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.
Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 juzuk kitab Al-Quran. Apabila membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali khatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 juzuk Al-Quran.
Sabda Rasullullah SAW: “Sesiapa membaca ‘Qul huwAllahu Ahad’ sebanyak 3 kali, dikurniakannya pahala seperti pahala orang yang membaca Al-Quran sekali khatam.”
Lelaki tua itu berkata, mulut dia tidak berhenti baca surah al Ikhlas. Kadang kadang sampai 1000 kali sehari. Dan tiap lepas asar masa dia iktikaf dan baca Al Quran.

#5 – Jaga Kesihatan. Jaga kesihatan. jaga kesihatan. Banyak berjalan kaki. Banyak. minum air masak atau air mineral. Jaga makanan.Kata lelaki tua ini lagi:

#6 – Hidup kena buat target. Ada wawasan. Ikat perut. Usah membazir. Mula dengan makanan. Makanan dan minuman mesti habiskan. Usah lagak orang kaya, padahal kita teman pada syaitan. Sentiasa belanja orang. Makan dikedai kecil. Perhatikan kebersihan kedai. Apabila bersih masuk. Disitu kita temui ramai orang susah. Belanja mereka..

#7 – Waktu maghrib usah ada atas jalan. Apabila dalam perjalanan berhenti. Cari masjid. Apabila dirumah, tutup pintu rapat rapat. Malam buang sampah sarap. Basuh pinggan mangkuk. Pastikan semua teratur sebelum tidur. Gunakan waktu antara maghrib dan isyak untuk tuntut ilmu agama. Boleh dengar orang mengajar. Boleh juga baca kitab. Lepas Isyak buat kira kira untung rugi. Siapkan bahan dan pakaian untuk kerja esok hari.

#8 – Usah takut jumpa orang. Walaupun 5 minit mahu berjumpa. Pergi sendiri. Usah pakai posmen apabila depani soal penting. Kita rangkak panjat bangunan. Tunggu. Biarlah kita ambil masa berhari hari perjalanan. yang penting sampaikan dengan tangan sendiri.Tenung mata dan baca “ayat ayat pengasih”. Hehehe. (Nota tambahan: Surah Yusuf: Ayat 4)

#9 – Balik malam, usah cakap penat. Usah cakap letih. Usah cakap sakit. Apabila sakit senyum. Allah sedang luruhkan dosa. Lepas sakit kita lagi bertenaga. Siapakah dalam dunia yang tidak pernah rasa sakit. Jatuh. dihina. Semua termasuk Rasulullah SAW. Namun, baginda ajar kita maafkan semua orang.

#10 – Niat mahu kaya. Niat mahu bantu ramai orang. Niat mahu jadi manusia berguna.Niat itu macam tulis surat. Dulu tiada internet, Macam tulis surat la. Salah tulis alamat akan sampai salah tempatlah surat itu. Maka tulis alamat betul betul. Niat mahu kaya, supaya kita dapat bantu ramai lagi orang. Mahu membahagiakan ramai orang.

#11 – Mula berniaga, usah buat pinjaman. Cukup dengan apa yang ada ditangan. Itu masa kita belajar. Berniaga ini seni. Kita sahaja tahu maksud lakaran. Terbakar tangan biasa. Namun, dengan duit sedikit kita tak rasa sangat panasnya. Usah samakan orang dengan kita. Mereka lain tak serupa.
(Kedai mula mula di mulut sahaja.) Senyum mesra, mulut manis. Usah sombong.sentiasa tegur dan sapa manusia. Kita berniaga dengan manusia.Berniaga dengan siapa sahaja. Andai kata kita kaki surau. Berniaga dengan orang surau tidak jadikan kita kaya. Berniaga dengan semua orang walaupun dia haprak keparat. Yang penting tunai. Ada duit kita cerita. Ada barang kita jual.

#12 – Modal kita adalah daya penarik yang pada diri kita. Daya penarik adalah ciri yang ada dalam diri yang buat orang lain rasa senang dengan kita. Cari ilmu tentang produk. Apabila orang tanya jawab dengan lancar dan petah. Jelas. sebut satu demi satu. Usah ragu ragu dan termanggu. Kongsi bukan jual. Ingat sentiasa kongsi dengan semangat membara. Orang jatuh cinta dengan semangat kita.

#13 – Apa lagi..ahaaa..masa mula niaga biar mendalam dulu. Usah cepat mahu melebar.Fahamkah apa pakcik cakap. Maksudnya biar berjaya satu demi satu. Apabila mula guna modal sendiri, kemudian buat sungguh sungguh sampai berjaya. Lepas dah nampak hasil, mula lebarkan. Masa itu boleh la mahu buat pinjaman. Kita sudah ada ilmu bisnes.
***
(Cukuplah tu. Masa ni Lelaki Tua Berkain Pelikat sudah mahu berhenti. Saya senyum peluk dia dan kata, “baharu ada 13 anak sungai di syurga. Tambah sampai 20″. Saya buat contengan kata dia dalam kepala..

#14 – Kita kena buat promosi apa jua yang kita bisnes. Produk tak boleh bercakap.Sejak bila pula lah produk boleh bercakap. Orang kena tahu apa yang kita buat. Caranya buka bank emosi dengan setiap pelanggan kita. Pelanggan yang puas hati datang lagi. Datang lagi. Sekarang pun Pak Cik masih buat bisnes sikit sikit. Perumahan. Pak Ciik buat lima rumah sekali siap. Siap baharu jual. Pak Cik buat cantik. Jual mahal. Orang beratur mahu beli. Jual barang siap. Usah jual barang dalam laut yang tidak tahu tersangkut pada pukat atau tidak. Tidak berkat begitu.

#15 – Apabila bisnes sudah maju, usah berlagak. Dahulu Pak Cik suka gunting rambut kedai Nawi. Dia tanya “Bagaimana Pak Cik mahu gunting rambut? Pak Cik jawab , “Dengan senyap senyap tapi cantik”. Anak fahamkah apa Pak Cik cakap ni? Jawab saya, “Faham Pak Cik, saya juga gunting rambut disitu sejak umur 15 tahun”. Hehehe. Maksudnya usah gosip sana gosip sini, balun orang sana balun orang sini. Usah peduli rambut atas kepala orang lain. Apa yang utama rambut kita tersisir rapi.Bijak anak ni. Apa nama? Yesss. Dia sudah tanya nama saya. Maknanya saya sudah dapat Mentor Lelaki Tua Berkain Pelikat.

#16 – Anak..ingat kita hidup sungguh sebentar, macam main bola sahaja. 90 minit tamatlah permainan. Itulah lebih kurang bandingan hidup didunia ini. Kita kejar bola. Cuba jaringkan gol. Apabila sampai tiupan wisel, tahulah keputusan. Apabila malaikat maut datang jemput kita, habislah kita. Ada dunia kekal abadi di sana. Usahlah kita berlagak sombong masa berjalan atas bumi Tuhan ini.
Paku yang nampak tidak rapat ke papan, akan diketuk oleh Tuan Rumah. Itulah perumpamaan hidupan. Rapat ke bumi. Sujud pada Tuhan.
Bacalah surah ar Rahman ayat 46, “Dan orang yang takut akan keadaan dirinya di mahkamah Tuhannya (untuk dihitung amalnya), disediakan baginya dua syurga”

#17 – Pak Cik bersyukur sampai ke tahap ini. Pak cik bersyukur. Syukur itu tandanya apabila Pak Cik rasa tak layak terima, namun Allah berikan juga. Pak Cik habiskan masa dalam waktu kecemasan ini dengan memandang yang memberi nikmat bukan pada nikmatnya. Anakku bersyukurlah. Masih punya masa mengatur tapak menjejaki orang hebat dalam agama.
Dunia ini tidak lebih dari sayap nyamuk sahaja. Usah letak dunia di hati. Tetapi berusahalah supaya dunia dalam genggaman tangan kita. Pak Cik pakai kereta besar, bukan untuk apa namun Pak Cik mahu menikmati apa rasa sayap nyamuk itu. Kalau sayap nyamuk itu sudah rasa nikmatnya, bayangkan nikmat di syurga.

#18 – Anak… Apabila mahu makan nasi, dapatkan beras. Cakap cakap dan sembang sembang tidak hasilkan beras. Rajin usaha. sampai waktu solat. Solat itu tiang agama. Usah terjerat dengan penyakit umat akhir zaman. Mereka cintakan dunia. Takutkan mati. Hakikatnya mati itu pasti. Namun, jangan kerana takutkan mati duduk atas masjid semata mata dan harapkan hidangan turun dari langit.
Tidak boleh begitu. Cuba beri masa untuk semua perkara. Umur macam Pak Cik sekarang, hari hari biasa, 6 jam tidur. 6 jam bekerja. 6 jam duduk atas masjid. 6 jam bersama anak cucu cicit. Anak, ada Pak Cik ingat, Nabi SAW sebut, “Peliharalah lidahmu, luaskan rumahmu dan tangislah dosamu”. Cuba anak check siapa perawinya. (nota: Hadis riwayat at Tirmizi)

#19 – Anakku kita bukan orang sufi. Mereka lain. Kita orang biasa,
“Apabila kemiskinan datang bertandang mengetuk di pintu, kasih sayang segera terbang keluar ikut jendela. Saat itu sahabat dekat mula menjauh, kesusahan bagaikan banjir besar menghanyutkan segalanya pergi dan ianya hanya kembali apabila kita kaya semula”
Rajinlah berusaha. Wang bukan segala galanya. Namun banyak perkara dalam dunia sekarang perlukan wang anakku. Wang bukan raja. Wang adalah hamba perkasa yang memudahkan banyak perkara. ramai orang sedikit sedikit sebut Tuhan, pada hal hati mereka bersimpang simpang.

#20 – Cuba sedaya upaya supaya ada wuduk pada tubuh kita. Ianya adalah cara terbaik cucikan diri. Cuba mandi setiap kali sebelum masuk waktu. Tidak dapat kerana banyak masa di pejabat, mandi 3 kali sehari. Sebelum subuh, sebelum maghrib dan sebelum isya’. InsyaAllah kita rasa bersih dan tenang dari segi luaran. Sewaktu berdiri mahu solat, rasakan ketakutan luar biasa. Kita sedang menghadap Allah Raja dan Tuan kepada segala Raja...