Tuesday 26 September 2017

Resepi Lasagna Roti Daging

IsYrAQReStHouse Lasagna
as-salam.

Cara Buat Lasagna Mudah Guna Roti

Berikut adalah bahan-bahan yang digunakan:

Roti Gardenia
Chesdale atau apa2 cheese - 1 paket
3 biji Tomato
Daging cincang Cap Ramly
1 ulas Bawang putih dan 1 ulas bawang besar (dipotong dadu)
Garam
Sos cili Life dan sos tiram (boleh juga tambah serbuk lada hitam)
1 biji telor
1 kotak kecil susu segar
sedikit mentega/majerin

Cara-cara

Langkah pertama, sediakan intinya terlebih dahulu. Terpulanglah nak inti ayam, daging, atau seafood. Saya gunakan daging cincang sebagai bahan asasnya.

Untuk membuat inti langkah seperti berikut:
Tumis bawang merah dan bawang putih.
Campurkan daging cincang.
Masukkan tomato yang telah didadu.
Perasakan dengan sos cili, sos tiram dan garam. Masak hingga kering. Asingkan.

Bancuh susu dan telor hingga rata (Whisk).
Salut Roti Dengan adunan susu+Telur.
Susunkan roti dalam loyang pembakar yang telah disapu majerin/mentega.
Lapiskan dengan daging, kemudian susun cheese.
Buat proses melapis hingga habis.
Jika ada baki bancuhan susu+telur tadi, tuangkan ke dalam loyang.
Bakar 40 minit dengan suhu 180C.

sedia untuk makan.





Wednesday 20 September 2017

Bilis goreng rangup + pETAI

AS-SALAM.

Resepi Orang Kampung
18 September at 17:00 · 

Sedap mkan dgn nasi panas2...😋😋😋
Bahan 2👇👇👇👇
Bilis goreng rangup
Bwang merah besar :1labu
Bwang putih :1labu
Lada besar : ikut suke
Lada kecik : ikut suke (sye suke pedas😁)
Tomato : 1bji
Air limau nipis :1sdu kcik
Petai : ikut suke

Blader bahan2 diats...
Pas 2 tumis dengn minyk yg greng ikn bilis td smpai garing,tmbah perase n air lmau nipis...
Pas 2 mskkn ikan bilis n petai...gaul smpai sbati n mask..siap...

SELAMAT MENCUBA😍
Kredit resepi ini kepada najihah mahri via masak apa hari ni

Resepi Daging Goreng Cendawan

AS-SALAM

Resepi Daging Goreng Cendawan
Bahan-Bahannya:
300 gm daging potong kecil
4 biji cendawan butang potong nipis
4 ulas bawang merah dicincang halus
4 ulas bawang putih dicincang halus
2 biji cili
1 biji tomato
3 sudu kicap masin
1/2 sudu kecil serbuk lada sulah

Cara masaknya boleh rujuk pada video.
Hmm... sedapnya. moh buat :)
Credit to Resepi Masakan Daging

Ayam goreng ala kfc!!!!

AS-SALAM

Menu minum petang hari ini!!
Jom try!!
Bahan-bahan (perapan ayam):
- 1/2 ekor ayam
- 3 sudu besar serbuk cili
- 2 sudu besar garam bawang putih
- 2 sudu besar lada sulah

Bahan-bahan (tepung):
- 2 cawan tepung jagung
- 1 cawan tepung gandum
- 3 sudu besar serbuk cili
- 2 sudu besar garam bawang putih
- 2 sudu besar lada sulah
- 2 sudu besar mixed herbs
- 2 sudu besar baking powder
Cara-cara:
1. Gaul ayam dengan bahan-bahan perapan dan biarkan selama 4 jam.
2. Gaul kesemua bahan-bahan tepung.
3. Celupkan ayam ke dalam telur, kemudian salutkan bersama campuran tepung tadi.
4. Goreng lebih kurang 10 - 15 minit hingga masak.
5. Hidang!
Kredit to Seismik Makan


Wednesday 6 September 2017

Pusing-pusing Perlis

as-salam.

Sempena cuti sekolah penggal ke dua, kami meronda Perlis Indera Kayangan.

Bandar di Negeri Perlis : Kuala Perlis - Jeti, Kangar - Ibu Negeri, Padang Besar - sempadan Thailand, Arau Bandar Diraja


Ketika perjalanan pulang dari Padang Besar ke Arau, kami melalui kawasan ladang tebu.   Sekarang kawasan ini menjadi satu kawasan padang rumput yang luas, cantik sekali.  Tebu tidak lagi di tanam kerana kos penanaman yang meningkat.  Namum kilang gula masih beroperasi dengan mengambil bahan mentah yang di import.