Sunday 31 December 2017

Tamatnya Tahun 2017


Assalamualaikum.

Hari ini hari terakhir tahun 2017.  Pelbagai suka duka, ujian dan cabaran yang dihapadi sepanjang 2017.  Detik 12 malam nanti tamatlah tahun 2017.

Banyak kenangan yang Allah beri untuk kita, yang mendewasakan kita bersama usia kita yang meningkat.  Menangis, ketawa, semua bersatu dalam 1 ujian yang beronak duri.

Sepanjang tahun ini kita bertemu rakan baru, terjumpa rakan lama,
kita menimba pengalaman baru, kita menambahkan pegetahuan sedia ada,
semua itu mematangkan kita.

Peredaran masa juga mengurangkan deria dengarkan, mengaburkan lagi pandangan mata namum dengan adanya pengalaman moga kita makin peka dengan persekitaran, sabar mendengar setiap keluh kesah keluarga kita, menajamkan pandangan hati.  Moga dengan itu kita mampu menjadi yang terbaik buat diri dan keluarga kita, tidak lupa juga saudara mara dan sahabat2 kita.

Maafkan jika sepanjang tahun 2017 ini ada yang terguris hati dan sebagainya.  Salah dan khilaf yang tidak dapat dipisahkan dengan manusia sama ada sengaja mau pun tidak. Semuanya tidak dengan niat.  Begitulah lumrah kekurangan diri.  Kekadang terlepas cakap, terkasar bahasa.


Maaf sekali lagi, moga ukhwah terus terjalin.

HATI SEPERTI KACA
   Jangan bagi retak.
AKAL SEPERTI AIR
   Jangan bagi kering.
IMAN SEPERTI DEBU
   Jangan bagi hilang.
PERSAUDARAAN SEPERTI TALI
   Jangan bagi putus...
😊

          HARAP TAHUN 2018   MENJADI  LEBIH INDAH
   AAMIIN YA RABBAL AALAMIIN

Mendaki Bukit Keluang


As-salam.

Pagi 30 Dis 2017, tanpa perancangan kami telah mendaki Bukit Keluang.  Sukar memang sukar bagi kami yang telah lama tidak mendaki dan membawa bersama-sama kanak-kanak dari umur 4 tahun, 6 tahun, 7 tahun dan 8 tahun.  Tapi budak-budak cukup bersemangat mendaki, itu yang menguatkan semangat kami untuk terus mendaki hingga ke puncak dan turun kembali.










Pantai Bukit Keluang


as-salam.

Pantai Bukit Keluang, kami tiba pada tengahari 29 Disember 2017.  Ombak besar, maklum sahaja musim tengkujuh di Pantai Timur belum berakhir.  Hujan lebat sepanjang perjalanan kami ke Bukit Keluang membuatkan kami rasa sedikit down.  Dalam hati "emm, tak dapatlah nak ronda-ronda pantai".   Sebaik kami tiba di Kg Raja, cuaca cerah, Alhamdulillah .  Memang reseki kami dapat menyusuri pantai yang memutih dengan buih-buih ombak.

Anak-anak terus ke playround untuk bermain.  Sementara kami membeli makanan dan minuman di gerai.  Kemudahan tandas dan bilik mandi juga disediakan sepanjang pantai.  Jadi tidak perlu risau untuk mandi dan menyalin pakaian selepas bermain air di pantai.  Peluang mandi manda di pantai yang cantik dihiasi dengan berbatu batan memang sukar untuk dilepaskan. 

Ramai juga yang datang berkelah dan mendaki bukit, ada yang camping dan BBQ.







Bukit Keluang Beach Resort

As-salam.

Kami tempah penginapan ke Bukit Keluang Beach Resort -berada di Kampong Raja, 3.8 batu iaitu 6.1 km dari Kelab Golf Desa Besut dan 4.4 batu atau 7 km dari Jeti Kuala Besut. Tok Bali Beach dan Bachok Pool hanya 25 batu atau 40 km.

Hampir 30 tahun tidak menjejakkan kaki ke Pantai Bukit Keluang, terlalu banyak perubahan.  Bukit Keluang telah membangun, Alhamdulillah.

Kenapa kami memilih Bukit Keluang Beach Resort ???

Bukit Keluang Beach Resort terletak di kaki Bukit Keluang, kita boleh berjalan kaki untuk ke pesisiran pantai atau mendaki.   

Di Bukit Keluang Beach Resort juga terdapat 4 kolam renang untuk aktiviti air bersama anak-anak dan keluarga.  

Kemudahan bilik yang luas, selesa dan cantik.

Di pinggiran pantai juga terdapat playround untuk anak-anak bermain.
 
Kedai makan dan gerai-gerai juga banyak di sepanjang pantai.

Mandi manda di pantai yang cantik dihiasi dengan berbatu batan yang memukau sesiapa sahaja. 

Aktiviti riadah lain tentunya mendaki Bukit Bendera.

Bukit Keluang Beach Resort memang pilihan yang tepat untuk kami sekeluarga.

Trip Ke Kuala Terengganu

as-salam.

2 bulan lepas ke Kuala Terenganu atas urusan kerja, Kami bertolak seawal 6.30 pagi dan sampai di sana lebih kurang 9.30 pagi.  Selepas selesai urusan kerja sempat melawat ke Pasar Payang dan Batu Buruk.  Telah banyak perubahan di persekitan Pasar Payang dan Batu Buruk.  Maklumlah dah lama tidak menjejakkan kaki ke Bandar Kuala Terengganu.



MUHASABAH DIRI

as-salam

Surah Al-An'aam  Ayat 16

مَّن يُصْرَفْ عَنْهُ يَوْمَئِذٍ فَقَدْ رَحِمَهُ ۚ وَذَٰلِكَ الْفَوْزُ الْمُبِينُ

Sesiapa yang dijauhkan azab daripadanya pada hari itu, maka sesugguhnya Allah telah memberi rahmat kepadanya; dan itulah kejayaan yang jelas nyata.


Surah Al-An'aam  Ayat 17

وَإِن يَمْسَسْكَ اللَّهُ بِضُرٍّ فَلَا كَاشِفَ لَهُ إِلَّا هُوَ ۖ وَإِن يَمْسَسْكَ بِخَيْرٍ فَهُوَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

Dan jika Allah mengenakan (menimpakan) engkau dengan bahaya bencana, maka tidak ada sesiapa pun yang dapat menghapuskannya melainkan Dia sendiri; dan jika Ia mengenakan (melimpahkan) engkau dengan kebaikan, maka Ia adalah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda

بَلِّغُوا عَنِّى وَلَوْ آيَة

“Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat”
(HR. Bukhari)

Doa utk kita dijauhkan dpd api neraka

Allah humma ajirna minan nar(baca 7x)

Thursday 28 December 2017

HADIAHKAN LAH UNTUK DIRI SENDIRI

as-salam.


perkongsian dari kawan2 untuk peringatan diri sendiri.
--------------------------------------------
Setiap pagi apabila bangun dari tidur, beri salam pada diri sendiri dulu, panggil nama penuh anda dgn lembut 3 kali dan kemudian sentuh dada kiri anda (jantung) sambil mengucapkan "Alhamdulillah"

Kemudian katakanlah

"Aku hadiahkan Al-Fatihah untuk diri ku sendiri, zahir dan batinku, Allah jaga hambaMu ini. Lindungi hambaMu. Jadikanlah hamba penjemput rezeki Allah yang berlimpahan seperti air sungai yg mengalir tiada hentinya.. Aamiin Ya Allah"

Al-Fatihah...........

_Lakukan sekarang   kerana barangkali anda sudah lama atau tidak pernah menghadiahkan Al-Fatihah pada diri anda sendiri, lakukan sekarang dan nikmati rasanya.

Good Bye 2017

as-salam,

sekejab je masa pergi meninggalkan kita, hari ni 28 Dis 2017.  Tinggal beberapa hari lagi kita akan melangkah ke tahun baharu 2018.  Blog ni mula muncul pada tahun 2012, maknanya dah 6 tahun.  Asal buat blog ni just untuk belajar dan faham bagaimana blog berfungsi.  Cuba sedikit demi sedikit kemaskini dan tulis apa yang patut sesambil promo RestHouse.  Tidak menjangka akan ada yang tengok blog ni, walaupun tak ramai tapi setiap hari mmg ada yang singgah.  Terima kasih kepada semua yang pernah singgah dan masih singgah.

Resthouse kami masih wujud hingga hari ni, alhamdulillah, terima kasih kepada semua yang pernah menginap di IsyraQ Rest House.  Harap2 dapat menberi keselesaan walau sehari dua.   Masih banyak kekurangan yang perlu kami baiki, insya allah akan dibuat takat yang mampu.

Terima kasih sekali lagi kepada yang singgah ke IsyraqRest di alam maya (blog) dan juga di alam realiti.  Good bye 2017.