Sunday 21 January 2018

Joms Jala Sukat Cawan

roti jala lobak merah oleh fatihah,
bagus idea kreatif
as-salam.

Kisah hari minggu, terasa nak makan roti jala.  Apa lagi, ambil bahan-bahan dan bancuh.  Kebetulan ada gulai ayam (kami beli je RM5.00).

Bahan-Bahan;
- 2 Cawan Tepung Gandum (kami guna tepung pau)
- 2 1/2 Cawan Air
- 1 Biji Telur
- 1/2 Sudu Teh Pewarna Kuning
- 1/2 Sudu Teh Garam
- 1 sudu besar minyak zaitun

Cara-Cara;

1. Masukkan semua bahan ke dalam bekas dan kacau sebati (guna whisk).
2. Pastikan kacau rata2 supaya tidak berketul.
3. Test dulu sama ada adunan mudah keluar dari acuan atau tidak.
4. Jika susah keluar, tambahkan lagi sedikit air dan kacau sebati.  Jika cair tambah sedikit tepung, juga rasa, pastikan cukup masinnya (ikut selera memasing).
5. Bakar adunan di atas kuali leper hingga garing di bawahnya. (hingga tiada lagi tepung yang cair)
6. Bila dah masak angkat, masukkan ke dalam pinggan.
7. Kemudian lipat atau gulung roti jala tu ikut citarasa memasing.

ini pula roti jala tembikai karya fatihah
cantikkan, nnt nak cuba menjala
mcam idea fatihah

Dulu rasa ngeri je bila ingat menjala.  Alhamdulillah sekarang dah cantik, lembut dan sedap. Telur tu atas pilihan ya, optional. Kalau tak makan telur tak perlu letak.

Anak-anak apa lagi sambil kita menjala, diorang dah makan !!!


http://www.rasa.my/cara-cara-buat-roti-jala-tembikai-comel-kan/ 

Wednesday 17 January 2018

SURAH AL-IKHLAS

💜 SURAH AL-IKHLAS

"Jangan Terlalu Memandang Bintang Di Langit Hingga Kita Terlupa Rumput Di Bumi"


Keberkatan Surah Al-Ikhlas

Ketika Memulakan Kerja
bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada di dalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.

Sebelum Masuk Ke Rumah
Sebelum anda masuk rumah, bacalah surah Al-Ikhlas (sebanyak 3 kali). Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca Bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut.

Amalkanlah bersolat kerana Salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.

Ketika Sakit
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: "Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby.

Khatam al-Quran
Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya: "Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangka masa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat.
Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.
Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 juz kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 juz Al-Quran.

Pahala Membacanya
Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: "Ketika saya (Rasulullah SAW) Israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang Sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang Sahara itu seluas dari timur hingga ke barat.
Pada setiap padang Sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka :
"Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan."
Sabda Rasulullah SAW lagi : Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya,
• Qul Huwallahu Ahad itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s,
• Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s,
• Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s,
• Walam yakullahu kufuwan ahad tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.


Nota :
Sampaikanlah ilmu ini kepada kawan2 yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW : "Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat".

Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama:
(1) Sedekah/amal jariahnya,
(2) Doa anak-anaknya yang soleh dan
(3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

Allah Berkata: "Jika kamu menyangkal Aku di depan teman-temanmu, Aku akan
menyangkal kamu pada saat hari penghakiman..."

Rasulullah SAW bersabda,
"Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yg
mengamalkan, maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.

SUBHANALLAH..!
I hope today Ya اَللّÙ‡ُ : 



✔ Muliakanlah yang membaca pesan ini
✔ Lapangkanlah hatinya
✔ Bahagiakanlah keluarganya dan
✔ Luaskan rezekinya seluas lautan yang engkau ciptakan
✔ Mudahkan segala urusannya
✔ Kabulkan cita-citanya
✔ Jauhkan dari segala Penyakit, Fitnah, Prasangka Keji, Berkata Kasar, dan Mungkar
✔ Jauhkan dari segala Musibah
✔ Serta terimalah semua amal ibadahnya, dan
✔ Kelak jadikanlah dia sebagai penghuni Surga-MU.

 Ø¢Ù…ِّÙŠْÙ†َ يا رَبَّ الْعَالَÙ…ِÙŠْÙ†

Kirim ke semua orang dalam contact. Doakan mereka, dan mudah²an doa kita dikabulkan.

آمِÙŠّÙ†ْ... آمِÙŠّÙ†ْ... ÙŠَا رَ بَّ العَـــالَÙ…ِÙŠْÙ†

Puding Roti Labu

salam.


bahan-bahan

     1 buku roti, didadu
     1 cawan kacang tanah/badam/walnut digoreng tanpa minyak atau bakar (bila masak dan sejuk ketuk2 biar pecah kasar)
     2 1/2 cawan susu segar/boleh ganti dengan santan pekat
     3/4 cawan puri labu
     3/4 cawan gula
     1/2 cawan gula perang
     5 telur
     1 sudu teh vanila
     2 sudu teh kayu manis
     1 sudu teh halia
     1 sudu halia terhablur didadu
     1/2 sudu teh parutan pala segar
     1/2 sudu teh allspice tanah

cara-cara :

  1. Balut 10-inci dulang pembakar dengan kertas timah. 
  2. letak roti yang telah dipotong dadu dan kekacang ke dalam dulang berselang seli.
  3. Pukul susu segar, labu dan gula hingga sebati.
  4. Tambah baki bahan-bahan dan pukul lagi hingga sebati.
  5. Tuangkan campuran adunan ke atas roti tadi.
  6. Gaul rata. Biarkan selama 20 minit sebelum bakar. 
  7. Bakar dalam ketuhar bersuhu 350 darjah. Bakar selama 45 minit atau sehingga kek tidak melekat ke pisau.
  8. Biarkan sejuk. Potong untuk dihidang, boleh juga dimakan bersama krim.

resepi asalbakedbree.com

Ya ALLAH.. ampunkanlah dosa

as-salam.


 Ø¥ِÙ†َّا للهِ ÙˆَØ¥ِÙ†َّـا Ø¥ِÙ„َÙŠْÙ‡ِ رَاجِعونَ
Al-Fatihah...

بِسْــــــــمِ اٌللَّÙ‡ِ اٌلرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ اٌلرَّØ­ِÙŠْـــــــــمِِ
اَÙ„ْØ­َÙ…ْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَÙ…ِينَ ۞ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيمِ ۞ Ù…َالِÙƒِ ÙŠَÙˆْÙ…ِ الدِّينِ ۞ إيَّاكَ Ù†َعْبُدُ وإيَّاكَ Ù†َسْتَعِينُ ۞ اِÙ‡ْدِÙ†َا الصِّراطَ الْÙ…ُسْتَÙ‚ِيمَ ۞ صِرَاطَ الَّØ°ِينَ أنْعَÙ…ْتَ عَÙ„َÙŠْÙ‡ِÙ…ْ غَÙŠْرِ الْÙ…َغْضُوبِ عَÙ„َÙŠْÙ‡ِÙ…ْ Ùˆَلاَ الْÙ‚َبْرِ Ø£َÙˆْ Ù…ِÙ†ْ عَØ°َابِ النَّارِ .

Ya ALLAH.. ampunkanlah dosanya, limpahkan rahmat kepadanya, selamatkan dia dan ampunkan kesalahannya. Muliakan kedudukannya, luaskan tempat tinggalnya, mandikan dia dengan air, salji dan air sejuk. Bersihkannya daripada kekotoran dosanya sebagaimana dibersihkan pakaian yang putih dari segala kekotoran. Dan gantikan rumahnya dengan rumah yang lefbih baik dan pasangan yang lebih baik. Masukkan dia ke dalam syurga dan lindungilah dia daripada azab kubur dan ujiannya serta jauhkan dia dari azab neraka.

Semoga roh arwah ditempatkan bersama dengan para nabi, siddiqiin, shuhada dan solihin.اَ

Friday 12 January 2018

Oksigen & Nitrogen


as-salam.


Tahukah kita harga Oksigen di hospital? = RM10/ liter..

Tahukah kita harga Nitrogen di hospital ? = RM3/ liter..

Tahukah kita bahawa dalam sehari manusia menyedut sebanyak 2,880 liter Oksigen, & 11,376 liter Nitrogen ?

Jika dinilai dgn ringgit, Oksigen & Nitrogen yg kita sedut utk bernafas setiap hari, ia bernilai RM56,060/hari untuk setiap manusia.

Jika jumlah RM56,060 X 30 hari, maka jumlah kos untuk oksigen & nitrogen untuk seorang manusia ialah RM1,681,818.00 sebulan.

Masihkah kita MALAS BERSYUKUR ?

Untuk nikmat pernafasan sahaja ia bernilai RM1,681,818.00 secara bulanan. Namun ia PERCUMA!

Maka benarlah pertanyaan Allah berkali2 dlm alQuran : mafhumNYA ,

"Nikmat Tuhanmu yang mana lagi yang kita dustakan (bahkan tidak mahu bersyukur) wahai insan?"
(Surah Ar-Rahman : 13)

BETAPA MAHALNYA ERTI SEBUAH KEHIDUPAN. JANGAN BIARKAN KEHIDUPAN INI PENUH DENGAN KEKOSONGAN.

Thursday 11 January 2018

ANDAI AJAL DALAM TIDUR

as-salam.

EMPAT PERKARA SEBELUM TIDUR WALAU SESIBUK MANAPUN DENGAN TUGAS HARIAN.

Rasulullah berpesan kepada siti Aisyah ra.
“ Ya, Aisyah! Jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara yaitu :
1. Sebelum khatam al-Quran.

2. Sebelum menjadikan para nabi bersyafaat untukmu di hari kiamat.

3. Sebelum para muslimin meredhai engkau.

4. Sebelum engkau melaksanakan haji dan umrah".

Bertanya Siti Aisyah :
“Ya Rasulullah ! bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika? “

Rasulullah tersenyum dan bersabda :

1. “Jika engkau akan tidur,bacalah surah al –Ikhlas tiga kali
Seakan-akan engkau telah meng-khatamkan Al-Quran
” Bismillaahirrahmaa nirrahiim,
‘Qul huallaahu ahad’ Allaah hussamad’
lam yalid walam yuulad’
walam yakul lahuu kufuwan ahad’ ( 3x ) “

2. "Bacalah shalawat untukku dan untuk para nabi sebelum aku" maka kami semua akan memberimu syafaat di hari kiamat
“ Bismillaahirrahmaa nirrrahiim, Allaahumma shallii ‘alaa saiyyidina Muhammad wa’alaa aalii saiyyidina Muhammad ( 3x ) “

3. “Beristighfarlah” untuk para mukminin maka mereka akan meredhai engkau
“ Astaghfirullaah hal 'adziim al lazhii laa ilaaha illaa huwal hayyul qayyuum wa atuubu ilaih ( 3x )

4. Dan perbanyaklah “bertasbih, bertahmid , bertahlil dan bertakbir” maka seakan-akan engkau telah melaksanakan ibadah haji dan umrah
“ Bismillaahirrahmaa nirrrahiim
Subhanallaah Walhamdulillaah Walaa ilaaha illallaah hu wallah hu akbar "
( 3x )


Sampaikanlah kepada orang lain,
maka ini akan menjadi sedekah jariah pada setiap orang yang anda kirimkan pesan ini, dan apabila kemudian dia mengamalkannya, maka kamu juga akan ikut mendapat ß pahalanya insha Allah...

Jgn jemu saling mengingatkan

Tuesday 9 January 2018

Selagi dinamai kehidupan

as-salam.

Selagi dinamai kehidupan ,
Umur adalah kesempatan
Mudalah dengan kesungguhanDewasa lah dengan pengajaran

Tua lah dengan pengalaman
 Lapang lah dengan kemaafan
Sibuk lah dengan kebaikan
Kaya lah dengan kemurahan

Miskin lah dengan keredhaan
Kuat lah dengan kesabaran
Hidup lah dengan ketaatan
Mati lah dengan keimanan

Dan Berbahagialah dengan baik sangka ...
 
        " Jangan melihat seseorang dari masa lalunya. Berilah kesempatan seseorang untuk berubah. Kerana seseorang yang hampir membunuh Rasulullah pun kini terbaring disebelah makam beliau iaitu Saidina Umar Al Khattab ..."    
                
         " Jangan melihat seseorang dari masa lalunya. Seseorang yang pernah berperang melawan agama الله pun akhirnya menjadi pedang-nya الله (saifullah) iaitu Saidina Khalid Ibnu Walid ".

Saturday 6 January 2018

Cabaran Menuruni Bukit Keluang

as-salam.

Maaflah agak lewat berkongsi cerita, terPOST dulu tanpa cerita.   Setelah kami sampai kepuncak, rehat dan posing sekejab, kami mula melangkah turun.  Pemulaan menuruni bukit agak landai dan dapat turun dengan cepat. 

Beberapa minit kemudian kami tiba di tebing yang curam. Wow .... terhenti kejab melihat sayup2 ke bawah.  Otak mula ligat berfikir, bolehkah kami turun dengan budak-budak ni ????  Nak patah balik memang taklah sebab dah jauh kami mendaki ..... !!!







Rupanya Bukit Keluang agak curam.  Terdapat tali sepanjang cerun tetapi masih sukar bagi kami yang pertama kali mendaki.  Ada ketikanya kami terpaksa duduk !!  BERTABAHLAH WAHAI HATI.

Sedikit-sedikit akhirnya kami nampak tangga...fuh lega.   Tetapi tahap kecuraman Bukit Keluang untuk sampai ke tangga tidak berkurang.  Hati lega sesangat bila jejak kaki di atas tangga dan nampak tempat parking.

Tangga Bukit Keluang pun curam.  Kalaulah pendakian tadi bermula dari tangga, rasanya kami hanya naik sampai anak tangga terakhir dan berpatah balik.  Keyakinan untuk memanjat bersama kanak-kanak memang tiada langsung.  Alhamdulillah kami semua selamat tanpa kecederaan.

Kepenatan terubat bila terkena angin pantai dan bermain ombak.  Sampai jumpa lagi.





Friday 5 January 2018

Syukur Allah

as-salam.

Seorang lelaki kaya memandang keluar jendela & nampak seorang lelaki miskin mengutip sesuatu dari tongsampah. Katanya , Syukur Allah. Aku tak miskin.

Lelaki miskin itu memandang sekeliling & nampak seorang lelaki bogel berkelakuan tidak tentu arah di jalanan. Katanya , Syukur Allah. Aku tidak gila.

Lelaki gila memandang ke depan & nampak ambulans membawa seorang pesakit. Dia berkata, Syukur Allah. Aku tidak sakit.

Org sakit di hospital melihat troli yg mengusung mayat menuju ke bilik mayat. Dia berkata Syukur Allah, aku belum mati.

Hanya orang mati saja yg tidak dpt bersyukur & berterima kasih kpd Allah.

Kenapa tidak kita bersyukur hari ini atas keberkatan hidup, dan peluang menikmati hari baru?

Apakah sebenarnya kehidupan?

Untuk memahami kehidupan, pergilah ke 3 lokasi ini :

1. Hospital
2. Penjara
3. Tanah perkuburan

Di hospital, akan kau fahami tiada ada yg lebih indah dari kesihatan.

Di penjara, kau akan tau kebebasan adalah amat berharga.

Di tanah perkuburan, kau akan sedar kehidupan ini tiada apa2. Tanah yg kita pijak hari ini, akan jadi bumbung kita esok hari.

Kebenaran yg menyedihkan : Kita dtg tanpa apa2, kita pergi juga tanpa apa2. Jadi mari kita rendahkan diri & mensyukuri serta berterima kasih kpd Allah sepanjang masa utk segala2 nya.

Thursday 4 January 2018

KHAS UNTUK SAHABAT

KHAS UNTUK SAHABAT ALAM MAYA MAHUPUN SAHABAT ALAM NYATA YANG KENAL DIRI INI..

Dari kejauhan..
ku sampaikan salam..

Waktu terus berjalan..
Tak terlihatkan..
Namun kekal di masa silam..
Walau terus ditinggalkan..

Selagi masih bernafas..
Selagi itulah konflik kehidupan..
takkan pernah tamat..
Selagi ada hati..
Selagi itulah perasaan
Takkan hilang..
Hidup dalam takdir Ilahi..
telusuri denai alam..
Terus langkahkan ke depan..

Wednesday 3 January 2018

Tazkirah Hari ke 3 2018

As-salam.

Setiap kali datangnya tahun baru membuat
aku risau dan resah kerana semakin singkat umurku..
semakin dekatnya ajalku..
semakin tipisnya waktu pengampunan Allah terhadapku..
semakin dekatnya hari perhitunganku..  
 
Kalau direnung- renung rupanya dah jauh kita berjalan..
Melangkah..meninggalkan beribu kenangan dibelakang..

Sudah banyak yang berubah..
Mungkin orang..
juga setiap keadaan jalan cerita yang kita kisahkan..
Dalam dunia aneka warna kepalsuan..

Ya Allah..
banyaknya nikmat mu padaku..
sedikitnya aku bersyukur..

ya Allah..
hatiku tahu nafsu jahat itu musuhku..
tapi banyaknya jalan-jalannya yang telah aku turuti..

Ya Allah.. 
Ampunkanlah..
ampunkanlah aku ya Allah..

Suka duka pahit manis selagi bernyawa..
Begitulah.. hidup,mungkin,masa yg tidak abadi..
yang tetap tinggal hanyalah memori..

Tuesday 2 January 2018

shower cream shokubutsu sendiri

as-salam.

Bismillahirrahmanirrahim.
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagu Maha Penyayang.

perkongssian dari fifitiez blogspot shower cream shokubutsu sendiri, terima kasih fifitiez blogspot, joms kita cuba buat :


Bahan-bahan :

Seketul sabun shokubutsu
Bekas kosong untuk letak shower cream
Air 1500 ml

Cara-cara :
1. Parut sabun hingga halus. Boleh jugak guna food processor. Ambil masa dalam 15 minit.
2. Panaskan air. Bila hampir mendidih,masukkan sabun. Kacau hingga semua sabun ni larut.
3. Tutup api.  Biarkan selama 12 jam.
4. Esoknya cecair ni jadi pekat. kacau lepas tu blend hingga isi dia bercampur.
5. Bila dah siap,tuang dalam bekas. Siap!

Ku pohonkaN JUTAAN KEMAAFAN

Ku pohonkaN JUTAAN KEMAAFAN.

Buat Keluarga.
Kamulah Yang Terpenting.
Di Dalam Hidup Saya.

Buat Saudaramara..
Saya Minta Maaf
Kalau Saya Ada
Menyakitkan Hati Kamu.

Buat Kawan-Kawan.
Maaf Ya
Kalau Saya Ada Silap dan Salah.
Tak Disengajakan.

Buat Sahabat.
Jangan Lupakan Saya.
Bila Suatu Masa Nanti.
Kita Terpisah.

Buat Yang Tak Sependapat.
Maaf Bila Selama Ini Saya Selalu
Salah Dimata Kamu.

Buat Yang Sayang Pada Saya.
Saya Juga Sayang Kapada Kamu.
                  
Alhamdulillah.
Yaa Allah.!!!
Dengan RahmatMu
Kami bertemu lagi pada Tahun 2018

Panjangkanlah Umur Kami.
 Mudahkanlah Dan Perluaskanlah.
 Rezeki Kami.
 Berserta Badan Yang Sihat.
Sentiasa Mengikuti PerintahMu.

aminm.

Monday 1 January 2018

DOAKU DI HARI PERTAMA TAHUN 2018

as-salam.


Ya Allah , Muliakanlah orang yang membaca doa ini , Lindungi la dia , Lapangkanlah hatinya , Bahagiakan keluarganya dan Luaskan rezekinya seluas lautan yang engkau ciptakan .
Mudahkanlah segala urusannya , kabulkanlah cita-citanya , jauhkan dia dari segala penyakit , fitnah , prasangka keji , berkata kasar dan jauhkanlah dia dari segala musibah , serta terimalah semua amal ibadahnya dan kelak jadikanlah dia sebagai penghuni SyurgaMu . Ø¢َÙ…ِيـٍÙ€ِـنْ ... Ø¢َÙ…ِيـٍÙ€ِـنْ ... Ø¢َÙ…ِيـٍÙ€ِـنْ ÙŠَآرَبْ آلٌعَآلَÙ…ِِÙŠِÙ†ْ

#Kirim ke semua orang yang ada dgn kamu dan Doakan mereka , Mudah-mudahan doa kita dimakbulkan . Aamiin..

Selamat Kembali Ke Sekolah

as-salam.


Perkongsian Dari Seorang Sahabat:
----------------------------------------------------------------------------
Khusus dariku bersama keluarga untuk semua semoga keceriaan sentiasa bersama hingga ke akhir hayat..

بِسۡــمِ ٱللهِ ٱلرَّØ­ۡـمَÙ€ٰÙ†ِ ٱلرَّØ­ِــيم
اَÙ„ْØ­َÙ…ْدُ ِللهِ رَبِّالعَالَÙ…ِينَ
اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّ َعلى سيدنا Ù…ُØ­َÙ…َّدٍ Ùˆَ عَÙ„َÙ‰ Ø¢ِÙ„ سيدنا Ù…ُØ­َÙ…َّدٍ ْ

Hari ini adalah Isnin pertama dalam tahun 2018..._
Banyak kenangan yang Allah takdirkan untuk kita sepanjang 2017. Menangis, ketawa, suka duka, tersalah, tersilap, berkongsi dalam hubungan di alam nyata dan di alam maya. Semua bersatu dalam 1 ujian.

Maafkan saya kalau selama ini ada yang terguris hati dan sebagainya.. 
Salah dan silap yang tidak dapat dipisahkan dalam hubungan kita semua sama ada sengaja mau pun tidak. Semuanya tidak terniat di hati.   Kekadang terlepas cakap perbuatan tanpa sedar atau terlanjur.
               
SEMUGA PERSAUDARAAN DAN PERSAHABATAN TETAP BERJALAN DI ATAS LANDASAN SILATURRAHIM DISERTAI LINDUNGAN, RAHMAT DAN REDHA ALLAH JUA

HARAPAN TAHUN 2018 dan TAHUN2 MENDATANG
MENJADI LEBIH INDAH DAN PENUH MAKNA
AAMIIN  ALLAHUMMA AAMIIN

Selamat Tahun Baru 2018

as-salam.


Moga terus sukses dan sentiasa dalam Rahmat Allah.

Masa lalu adalah kenangan… masa kini adalah kenyataan… masa depan adalah harapan… selamat tahun baru 2018… selamat tinggal kenangan.. selamat datang harapan… moga tercapai impian.