Monday 30 April 2018

8 JENIS REZEKI DARI ALLAH

as-salam.

8 JENIS REZEKI DARI ALLAH

1.Rezeki Yang Telah Dijamin.

‎وَمَا مِن دَابَّةٍ فِي الْأَرْضِ إِلَّا عَلَى اللَّهِ رِزْقُهَا وَيَعْلَمُ مُسْتَقَرَّهَا وَمُسْتَوْدَعَهَا كُلٌّ فِي كِتَابٍ مُّبِينٍ
"Tidak ada satu makhluk melatapun yang bergerak di atas bumi ini yang tidak dijamin ALLAH rezekinya."
(Surah Hud : 6).

2. Rezeki Kerana Usaha.

‎وَأَن لَّيْسَ لِلْإِنسَانِ إِلَّا مَا سَعَى
"Tidaklah manusia mendapatkan apa-apa kecuali apa yang dikerjakannya."
(Surah An-Najm : 39).

3. Rezeki Kerana Bersyukur.

‎لَئِن شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ وَلَئِن كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ
"Sesungguhnya jika kamu bersyukur pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu."
(Surah Ibrahim : 7).

4. Rezeki Tak Terduga.

‎وَمَن يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَل لَّهُ مَخْرَجًا( ) وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ
"Barangsiapa yang bertakwa kepada ALLAH nescaya Dia akan menjadikan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya."
(Surah At-Thalaq : 2-3).

5. Rezeki Kerana Istighfar.

‎فَقُلْتُ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ إِنَّهُ كَانَ غَفَّارًا ( ) يُرْسِلِ السَّمَاءَ عَلَيْكُم مِّدْرَارًا
"Beristighfarlah kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, pasti Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan memperbanyak harta.”
(Surah Nuh : 10-11).

6. Rezeki Kerana Menikah.

‎وَأَنكِحُوا الْأَيَامَىٰ مِنكُمْ وَالصَّالِحِينَ مِنْ عِبَادِكُمْ وَإِمَائِكُمْ إِن يَكُونُوا فُقَرَاءَ يُغْنِهِمُ اللَّهُ مِن فَضْلِهِ
"Dan nikahkanlah orang-orang yang masih membujang di antara kamu, dan juga orang-orang yang layak dari hamba sahayamu baik laki-laki dan perempuan. Jika mereka miskin, maka ALLAH akan memberikan kecukupan kepada mereka dengan kurnia-Nya."
(Surah An-Nur : 32).

7. Rezeki Kerana Anak.

‎وَلَا تَقْتُلُوا أَوْلَادَكُمْ خَشْيَةَ إِمْلَاقٍ نَّحْنُ نَرْزُقُهُمْ وَإِيَّاكُمْ
"Dan janganlah kamu membunuh anak-anakmu kerana takut miskin. Kamilah yang akan menanggung rezeki mereka dan juga (rezeki) bagimu.”
(Surah Al-Israa' : 31).

8. Rezeki Kerana Sedekah

‎مَّن ذَا الَّذِي يُقْرِضُ اللَّهَ قَرْضًا حَسَنًا فَيُضَاعِفَهُ لَهُ أَضْعَافًا كَثِيرَةً
“Siapakah yang mahu memberi pinjaman kepada ALLAH, pinjaman yang baik (infak & sedekah), maka ALLAH akan melipat gandakan pembayaran kepadanya dengan lipatan yang banyak.”
(Surah Al-Baqarah : 245).


Luncurkan ia ke group lain. Mudah-mudahan ada rezeki yang baik untuk kita.

Thursday 19 April 2018

HADIAHKAN LAH UNTUK DIRI SENDIRI

as-salam.


Setiap pagi apabila bangun dari tidur, beri salam pada diri sendiri dulu, panggil nama penuh anda dgn lembut 3 kali dan kemudian sentuh dada kiri anda (jantung) sambil mengucapkan "Alhamdulillah"

Kemudian katakanlah

"Aku hadiahkan Al-Fatihah untuk diri ku sendiri, zahir dan batinku, Allah jaga hambaMu ini. Lindungi hambaMu. Jadikanlah hamba penjemput rezeki Allah yang berlimpahan seperti air sungai yg mengalir tiada hentinya.. Aamiin Ya Allah"

Al-Fatihah...........

_Lakukan sekarang   kerana barangkali anda sudah lama atau tidak pernah menghadiahkan Al-Fatihah pada diri anda sendiri, lakukan sekarang dan nikmati rasanya.

Wednesday 18 April 2018

PERINGATAN KEPADA DIRI YANG LUPA TERMASUKLAH SAYA

as-salam.


Bacalah pesanan ini dengan mata dan hati

Jahat atau Baik kita.
Solat jangan ditinggalkan.
Solat Bukan sebab kita baik.
Solat sebab perintah Allah.
Solat kita adalah lambang Kehidupan kita...

Solat lah ...Kerana Allah menjanjikan Rahmat, kebahagiaan, keberkatan hidup & rezeki...

NABI saw tidak kagum dgn pangkat & kekayaan manusia.
Jika tidak, sudah pasti Gunung yg hendak di tukarkan kpd emas tidak ditolak oleh BAGINDA...

Orang bekerja seronok kalau dapat bonus. Itu masa hidup....

Kalau dah mati...
Dapat anak tak tinggal solat itu bonus..
Dapat anak yg pandai Al Quran itu bonus...
Sedekah masa hidup itu bonus...
Ilmu yg di kongsi itu bonus...

Sehebat mana pun kita...kita tetap Akan mati....
Sehina mana pun kita...kita tetap Akan mati...
Takut mcm mana pun dengan mati...tetap Akan mati...
Berani mcm mana pun ...tetap Akan mati
Sayang Macam mana pun kita dengan Kehidupan Ini...tetap Akan mati...
Hakikat hidup di dunia Ini adalah kematian di akhirnya....
Mati itu pasti...
Sakaratul maut itu pasti...
Alam barzakh itu pasti...
Ingat mati ...
Renungkan Saat sendirian setelah mati. Lenyaplah sangkaan buruk kepada sesiapa pun....
Kita tak bawa segunung harta setelah mati.
Kita tak bawa sijil tertinggi yg kita Ada.  Kita hanya mengharap Rahmat Allah Tuhan sekelian alam.....

Teruslah melangkah,
   selama engkau
di jalan yang baikk

Meski terkadang kebaikan
   tidak sentiasa dihargai

Jangan menjelaskan tentang
  dirimu kepada siapa pun
kerna yang menyukaimu tidak
  perlu tahu tentang semua
kebaikan yang kamu lakukan

Dan yang membencimu tidak
  percaya tentang kebaikan
     yang masih ada pada dirimu

Hidup bukan tentang siapa yang terbaikk
  tapi tentang siapa yang mahu berbuat baikk dan sentiasa memperbaiki diri

Hari ini dan semalam
    adalah hari yang berbeza

Pintu taubat sentiasa terbuka
   untuk hamba-hambaNya

KITA BUKAN SIAPA-SIAPA
  UNTUK MENILAI SIAPA-SIAPA

Wednesday 11 April 2018

Berpeganglah pada ALLAH

as-salam.

Berjalanlah dengan penuh HARAPAN
Walau hidup ini tidak selalunya membahagiakan .

Sedekahkanlah satu SENYUMAN
Walau jiwamu tidak lagi mampu bertahan .

Belajarlah MEMAAFKAN ,
Walau hatimu sering dilukakan.

Berhentilah memberi alasan
walau ingin menyatakan KEBENARAN.

Hiduplah dalam IMAN ,
Walau hari dipenuhi dugaan dan

Berpeganglah pada ALLAH ,
Walau Dia tidak kelihatan ,

Sungguh Janji Allah itu adalah PASTI

===============================
MUTIARA KATA:

Mensyukuri
 Hari Ini

Mengikhlaskan
 Apa Yang
  Telah Berlalu.

RENUNG & FIKIR FIKIRKAN.

حاج محمّد راضي بن حاج داود.
إمام مسجد كوتا دار النّعيم كوتا بهارو.

Wednesday 4 April 2018

Serah saja pada si Dia Pemilik Kerajaan Langit dan Bumi

as-salam.

Citer asal ni pjg, sy amik isi je sebagai kata2 semangat :

Stop thinking hal dunia berlebih-lebih. Serah! Bila serah pada Tuhan. Semuanya jadi lebih mudah. Tuhan tu dah atur elok-elok dah jalan kita.

Jadi, kita kerja untuk apa?
Kita nak kejar apa?
Nak compete dengan siapa?
Tanya soalan ini pada diri sendiri.

Hidup bersederhana lebih menenangkan. Kerja habis. Balik. Senyum pandang anak. Ada banyak perkara diaorang nak share tu. Seharian kat sekolah.

Gembirakan hati mereka tu 1 rezeki. Buatlah. Nanti Tuhan hantar berdebuk-debuk rezeki lepas tu.

And jangan lupa jadi the best khalifah sebab Syurga tu ultimate goal kita.

Usah khuatir kepada rezeki. Sebab Tuhan Maha Mencukupkan.

وَمَنْ يَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ فَهُوَ حَسْبُهُ

“Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya” (QS. Ath Tholaq: 3).

Serah saja pada si Dia Pemilik Kerajaan Langit dan Bumi.


Tuesday 3 April 2018

SAHABAT SURGA KU

as-salam.

Persahabatan umpama untaian tasbih, yang ada awal tiada penghujung. Dicantum demi cinta-Nya,diratib demi Redha-Nya.

 Setiap sahabat mempunyai keistimewaan yang tersendiri.
Ada kelebihan dan kekurangan yang perlu kita saling lengkapi.

 Ada sahabat yang kasar,tetapi lembut hatinya,

Ada sahabat yang nakal,tetapi suka mengambil berat,

ada sahabat yang garang,tetapi sebenarnya adalah penyayang.

Kusendiri akui susahnya ingin menjaga sebuah persahabatan,

menjaga ukhuwah hanya kerana Allah, membuang sifat-sifat tercela saat berukhuwah

kerana syaitan sentiasa mencucuk jarum.

 Kuteringat satu kata-kata; 

"Nikmat yang paling berharga selepas nikmat Iman dan Islam, adalah memiliki SAHABAT yang soleh.

Jika kamu mendapati kewujudan kasih sayang antara kamu dengannya, maka peganglah ia bersungguh-sungguh.."

Saidina Umar Al-Khattab

Kuingin kalian tahu diri ini menyayangi kalian kerana Allah.

 Walau sukar mengungkap kata sayang itu bukan keegoan tetapi tulisan tangan dan perbuatan menjelaskan.

Andai aku mendekatkanmu dengan Allah, teruslah bersamaku.

Andai aku menjauhkanmu daripada Allah, nasihatilah aku untuk kembali kepadaNya.

Buang segala sifat tercela di hati.
Ikhlaskan persahabatan hanya kerana Allah.
Di Syurga pasti
bertemu kembali

Moga bermanfaat .. Aamiin Ya Rabb....
Insya Allah

Monday 2 April 2018

Fahamilah 7 perkara dalam hidup kamu

as-salam.


1. Apabila meninggal dunia ayah kamu , maka matilah pimpinan dan nasihatnya...

2. Apabila meninggal dunia ibu kamu, maka terpadamlah cahaya kelembutan belaian dan tunjuk ajar nya...

3. Apabila meninggal dunia abang kamu, maka longlailah cita2 yg dikongsi bersama...

4. Apabila meninggal dunia kakak kamu, maka hilanglah senyuman kasihnya...

5. Apabila meninggal dunia adik2 kamu, maka hilanglah tempat tumpang kasih, nakal, gurauan dan keceriaanya...

6. Apabila meninggal dunia pasangan kamu, maka pudarlah perkongsian harapan, perasaan dan keceriaannya...

7. Apabila meninggal  dunia sahabat kamu maka pudarlah sinar nasihat dan doa tulus dari bersih hatinya...

Sunday 1 April 2018

April Fool 2018 yang tidak Fool

as-salam.

1 April 2018, Ahad.  Fuhh dah habis 3 bulan tahun 2018.  Ke hulu ke hilir selesaikan apa yang patut, tau2 Mac sudah pergi tinggalkan kita.  Waktu yang berlalu pergi bersama dengan usia kita yang makin pendek.  Pelbagai ujian mendatang, kecil mau pun besar kita cuba sedaya upaya hadapi dengan tabah.  Walau terkadang berderai air mata tidak terbendung.  Hati bersabarnya, percayalah, yakinlah bahawa perancangan Allah adalah yang terbaik untuk kita.  Dan hari ini 1 April kita terus meneruskan perjalanan hidup kita dengan izin Allah.

Alhamdulillah.  Terima Kasih ALLAH atas semua kurniaanMu.  Atas redhaMu.


Sesungguhnya hidup ini sangat singkat, jauhilah hasad dengki, marah, benci dan memutuskan silatulrahim / hubungan sesama rakan dan saudara mara apatah lagi adik beradik.  BESOK semuanya hanya tinggal kenangan.

Jadi joms senyum, berlapang dada, maafkanlah sesiapa yang menyakiti kita sebab kita tidak tahu bila kita akan berangkat 'meninggalkan' dunia yg fana ini.

Bila lihat kanak-kanak yang riuh bermain, itulah masa silam kita.

Bila lihat orang tua yang bertongkat, seluruh kudrat dikerah kerana tidak larat. Itulah masa depan kita.

Tatkala lihat jenazah, itulah kita, pengakhiran hidup kita di dunia ini.

Joms kita manfaatkan masa yg mulia ini, sebelum kesempatan berlalu pergi.

~insan kerdil~