Thursday, 20 September 2012

Sebuah Perjalanan

salam.

esok lusa perjalananku mungkin terhenti, so entry2 baru maybe xde lg. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui. Jika esok lusa masih ada entry baru, maknanya perjalananku masih belum sampai noktahnya.

Ku mohon kemaafan dari smua. Ku mohon ReDHA MU ALLAH.  Ku arapKAN RAHMAT MU sentiasa bersama ku DUNIA n AKHIRAT.  AMPUNI DOSA2 KU Ya ALLAH.


ku berdoa dan mohon doa dari smua agar segala urusan ku dipermudahkan dan selamat, serta cepat sembuh dan dapat kembali berBLOG.  wassalam .....

Wednesday, 19 September 2012

Paddy Field by Aidura Sofiee









Wang Kertas Dimakan Anai-anai

salam.

ini entry ke 2 pasal duit yang dimakan anai-anai. sambungan kepada entry yg terdahulu.  Pada entry yang lalu kami telah hantar duit ni ke CIMB untuk dihantar ke bank negara.  Selepas 2 minggu kami bertanya khabar dengan CIMB berkenaan dengan status pemulangan balik oleh bank negara.  Jawapan yang kami terima mendukacitakan apabila CIMB tak dapat nak hantar dan minta kami ambil semula wang tersebut.  So dengan berat hati kami bawa pulang wang sebanyak RM2000 yang dimakan anai-anai.



Fikir punya fikir dan bincang, kami ambil keputusan hantar sendiri ke bank negara.  Dalam kes kami, bank negara yang paling dekat ialah di Terengganu.  So pepagi kami bertolak ke Kuala Terengganu dengan harapan menggunung.  Duit walaupon sikit berharga, nak2 pulak pada orang2 macam kami nih.... rm2000 tu banyak, duit modal nak buat niaga plak tu.


Berbekalkan alamat Bank Negara di Terengganu sebagaimana di bawah, kami mengalas duit RM2000 mengorak langkah ke sana :

Bank Negara Malaysia Kuala Terengganu
Jalan Sultan Mohamad
21100 Kuala Terengganu
Terengganu Darul Iman
Tel: 609-622-0571


Hasilnya ni yang nak kami kongsikan bersama,  sampai di sana setelah diserah dan dinilai, kami dapat semula RM 1800...Alhamdulillah, syukur sangat-sangat pada ALLAH. MMg kami tak sangka dapat balik sebanyak itu. tak sia2 usaha kami menampal wang kertas rm50 kat kertas dan mengharung perjalanan yang jauh ke Kuala Terengganu.

Moral yang dapat dikutip ialah : bila jadi pada korang keaadaan yang sama, usaha lah buat macam kami dan hantar sendiri kat Bank Negara, di mana-mana cawangan yang berdekatan.

(ini ialah kisah RAKAN IsyraQRestHouse, warga IsyraQRestHouse tolonh tampal wang kertas kat kertas putih je - n di belanja makan PIZZA lepas dapat pulangan,  TERIMA KASIH belanja PIZZA !!! )





Tuesday, 18 September 2012

Cocktail

Salam.

Menu Pudding Koktail bagi majlis OPENHOUSE kami sangat simple. boleh dikatakan menu hentam saja.  Kami beli n tuang saja dalam bekas untuk dinikmati.
Bahan2 nya : Susu cair, air mineral, ais kiub, laici dalam tin, buah2 koktail dalam tin, pelbagai perisa jelly (sumi) + Pudding.  Campurkan semua skali dan siap tuk dihidangkan.  Untuk hari tersebut, kami prepare 4 tin susu cair, 3 tin buah koktail, 3 tin laici, 1 pack puding kecil2, 1 pack jelly , air mineral + ais secukupnya.  tetamu kami mencecah 200 orang. mmg sedap.

Aidilfitri : OPENHOUSE

Salam.
Minggu lepas, Khamis 1st time kami handle OPENHOUSE. Tak sangka sambutannya meriah sekali. Menu2 yg disediakan mmg sedap2 semuanya.  Menu Utama adalah laksa kelantan + laksam + Kuah Laksa Johor, Beehun Goreng + Keropok dan lelain.  Ada yg ditempah, selebihnya potluck.


Gamba atas ni dessert potluck : puding trifle, akok, macoroni bakar, puding coktail, coktail, cream puff, kek coklat moist, rojak buah, biskut raya - dh lupo apa namanye, kueh kasui dan ketupat palas. emmm dessert pon tak termakan...byk sgt.


Yang ni plak antara menu utama n agak berat. Laksa + Laksam Kelantan, Kuah Laksa Johor + Ulam2, Beehun + Keropok, Roti Jala + Kari Ayam + Roti Arab, Satay + Kuah Kacang. 

Laksa kami tempah 20kg termasuk kuah, ada lg lebihan, bulih buat buah tangan makan kat rumah. Roti Jala kami tempah 4 kg dengan 2 ekor ayam yg dimasak kari, roti beli yg dah siap je dalam 5 pack.  Satay + kuah kacang pon tempah jerk.


Menu paling berat Nasi Ayam : Nasi, Ayam Kukus Kicap, Salad, Tomato n Timun, Sambal Cili dan Sup Ayam.  Yg ni kami tempah utk 20 orang makan sahaja tapi tak abis pon, sorang makan sikit je sbb nak spare perut tuk makanan lain. mmg berbaloi2.






 



Wednesday, 12 September 2012

Paddy / Pokok Padi

Salam.

Pagi ni teringat pasal photo2 yg disnap oleh Aidura Sofiee (FB).  Ada banyak photo yg di sharekan difacebook beliau tapi kat sini nak post view kawasan tanaman padi di Malaysia.  Photo2 ni pada pandangan mata IsraQRestHouse cantik dan mnarik.  Ciptaan Allah memang mengagumkan, tinggal lagi samada kita menghargainya atau tidak.


Bagi Aidura Sofiee plak, dia belajar merakam keindahan CIPTAAN ALLAH.  Berbekalkan kamera, semangat dan pengalaman yg ditimba berdikit2, maka hasilnya makin hari makin menarik photo2 yg dirakam.  Ok jommsss kite layan photo2 rakaman Aidura Sofiee.




Tuesday, 11 September 2012

Kawasan Tanaman

salam.

Kat sini ada gambo kawasan sekitar israQRestHouse yang sedang dalam proses pembersihan dan akan / sedang ditanam dengan tanaman kampung/masakan/herba. apa2 lah asalkan senang hidup, mudah penjagaan, menjadi kegunaan harian dan mencatikkan kawasan.




Pokok2 pisang ni dah azali lg kat lot tanah israQRestHouse.  Asalnya ada 3 jenis pisang, tapi sekarang tinggal dua jenis dan yg berbuahnya hanya satu jenis sahaja iaitu pisang kebatu.  satu lg pisang dalam proses pembersihan, tinggal sepokok dua je. berkemungkinan besar akan dibuang.


Bila kawasan dah bersih semua dan siap ditanam sure cantikkkan heheheh dah mula la brangan. bersih pon belum abis lg, tanam bab kedua, nak menjaga plak emmmm ya allah kuatkan semangat tuk menjayakan projek ini.  HAHAHA macam le projek besar, kawasan yg ada tu ciput jerk.

ni lah yg diangan2kan, arap2 jadik la camni kawasan tanaman israQRestHouse nanti


Kesum

Salam.

IsyraQRestHouse telah pon memulakan projek tanamam pokok2 ulam dan tanaman tuk masakan seperti pokok lengkuas, ulam raja, serai, limau kasturi, pisang kebatu, cili padi dan labu manis.  Ada yg dah besar n berbuah, ada yg baru disemai atau ditanam.  Antara yg baru ditanam ialah pokok kesum.

Cadangnya nak tambah lagi seperti kangkong, bayam, kunyit, serai, pandan dan lelain pokok yg senang hidup n menjadi kegunaan harian.  Best kalu dapat makan yg segar2 baru petik dari pokok nih.


Kesum ni biasa buat masak asam pedas, laksa penang, dijadikan kerabu dalam nasi kerabu, laksa kelantan, laksam dll.


Appreciation to the owner of the images



Terima kasih kepada semua tuan punya asal atau pemilik gambar2 yang digunakan dalam blog ini.  Minta maaf kalu terlupa letak nama asal pemilik, kami cuba seINGAT mungkin utk meletakkan nama asal pemilik gambar yg diperolehi dari carian GOOGLE. TQ also to GOOGLE.COM.



Monday, 10 September 2012

Preparation Majlis Aidilfitri


Salam.

Sekarang ni musim open house, pi makan free sana sini.  Dalam duk busy makan free n menyiapkan kerja2, sempat gak curi2 masa membeli belah tuk majlis jamuan hari raya (open house kami la plak kan - asik makan umah orang je !!! kena la arrange majlis sendiri plak).  Meh le kita intai2 barang2 tuk preparation Open House. 

Banyak gak benda nak kena senaraikan dan beli, yg dah ada kat umah tu, nak kena angkut dr umah. Fuhhh panjang nyer LiSsssSSTTTTTT.  Di snini dikongsikan skit list yg dh dibuat :

Menu Makan :
1. Laksa (Kelantan vs Johor)
2. Nasi Ayam + Ayam (tak kkan Daging plak kan)
3. Roti Jala + Kari Ayam
4. Meehun Goreng + Keropok
5. Satay

Dessert :
1. Cream Puff
2. Triffle
3. Agar-agar
4. Akok
5. Ketupat Palas
6. Buah-buahan
7. Coktail

Minum :
Air Sirap Rose

Pinggan Mangkuk Sudu Garfu utk tetamu + Plastik Sampah

Bekas2 hidangan ..... dah tak larat nak tulis, setiap menu utama tu dibuat anggaran kasar 1 menu = 4 bekas + lagi Sudip + Pisau dll .... adeh pengsan mak.  Ni baru list, dah masa majlis x yah crite lah ... kite layan makan je  yummm yummm.




Sunday, 9 September 2012

Masa Makin Laju n Terhad

Salam.

Masa Makin Laju n Terhad, igat dapat 5 hingga 6 post ... 3 pon ciput jerk

Sambal Pauh a.k.a Mangga Telur

Salam

sambal pauh atau sambal mangga telur ni mmg sedap.  Tgk gambar je dah kecor air liur...rase masam2 pedas2 tu mmg mebeles !!!  bahan2 yg perlu ialah 3 biji mangga muda, 4 biji cili padi, 2 ekor ikan sardin (selayang) dibakar atau rebus atau kukus (yg paling sedap bakar), sedikit garam.


Mangga dikupas kulitnya, dibersihkan dan potong lebih kurang (sesuai untuk ditumbuk). Ikan yg dibakar dibuang tulang temulang. bersihkan cili. Masukkan semua dalam lesung batu termasuk garam.  Tumbuk hampir lumat n bergaul rata.


Cuba test rase, kalu dah sedap tu dah boleh makan, kalu ada kekurangan apa2 cam kurang garam tambah garam, kurang masam tambah mangga, kurang pedas tambah cili sbb tahap masam, masin dan pedas ni ikut citarase masing2.


Dah settle smua tu, dah le masuk dalam bekas n hidang, makan dengan nasi panas2, abis semangkuk sambal tak terasa.  Kalu dapat ulam2 mmg cantik sgt.


Kami suka makan dengan ulam raja, fuhhh mmg feveret.


Sekaya Labu

salam.

Hari ni dah 9 Sept, byk entry yg tak post, x sempat.  Weekend ari tu masak sekaya labu, dh lama tringin nak makan tp x smpt nk beli labu n nk masak. Kebetulan labu free (sedekah dari jiran) ada sebijik lg, apa lg masak time !!!


Snap2 gak la gambo2 nya. tapi ada gak yg tertinggal, paham2 je la asik lupo jerk, masak dlm keadaan yg kelam kabut, warga isyraqRestHouse kenit2 tu bukan tau duk diam. Kalu tak sebab nak makan sgt sekaya labu n sekaya ni ada orang jual, paling mudahnyer beli kedai, pegi tunjuk2 bayar, settle - balik umah makan je.


Resepi sekaya labu leh amik kat myresepi or mana2 blog sbb resepinye senang jerk.Bahan2nya sure lah yg pertamanya sebijik labu, 3 biji telur, 2 keping nise, RM2 santan kelapa yg pekat (sebijik setengah), garam secukup rase.



Labu tu bersihkan, potong atas, n keluarkan biji2 nyer. masukkan bahan td n kukus.  Tara!! dah masak leh siap hidang, kalu suka sejuk masukkan dlm peti ais jab.  Kalu suka makan panas, leh la potong n ngap terus.
Sedap !!! ehhh puji diri sdiri, hehehe sapa nk puji dh sdiri masak n sdiri makan.



Thursday, 6 September 2012

Labu Manis

Salam semua.

entry kali ni nak stori skit pasal labu manis. Emmm gara2 dapat labu manis free fresh dari ladang, jiran kami yg bagi. cantik labunya. kecil comel jerk, tuk kami yg tak ramai ni, sebijik tu cukup le tuk skali makan.  Bukan main bersemangat nak masak labu.  So balik je dari keje, sampai rumah, apa lagi trus potong labu n buang kulitnye, nak buat Sira Labu, feveret la katakan.  Resepinya leh tgk kat MyRESEPI.COM.  Senang je.




Kat sini ditempekkan gambar buah labu pemberian jiran yg belum dipotong n sesudah dipotong.  Nise (manisan dari nira kelapa) atau gula melaka adalah rencah wajib.

Labu kite bersihkan dan buang kulitnya. kemudian rendam dengan air kapur sekejab. dah tu bersihkan dengan air toskan, masuk periuk. masukkan nise, gula, garam, daun pandan dan jgn lupa labunya.  Buka api, n tunggu sampai empuk.  Kapur tu gunanya nak bagi labu yg dah dibuang kulit tu BERKULIT, cantik berkilat bila ada gula dan warna perang nise. Pandan nak bagi bau wangi.  Dah masak tu apa lg, sejukkan dan hidangkan. bulih makan begitu saja atau dengan nasi atau gak dibuat pencuci mulut.


Dulu2 sira labu ni antara menu wajib time kenduri kawen, tapi sekarang ni dah payah nak jupe. Mmg sedap, rasenya lemak manis n gebu2 buah labu.  Dah di snap2 semua gambo labu, bila dh masak makan, dah abis baru sedar, sira labu lupa nak snap gambo nyer  hehehehe sori la korang, SEDAP SANGAT Lah tuuuuuu kalu dh lupo nk snap gambo tuk tatapan korang.

Kalu korang nak buat sendiri tu, sila rujuk gambar n resepi kat bawah ya !!

http://www.myresipi.com/top/detail/4549

Resepi Sira Labu (FZMenu.Blogspot)
  • Setengah biji labu dikupas kulit, dibasuh dan direndam air kapur *saya rendam dari pagi, petang baru dimasak(fungsi air kapur untuk buat labu lebih kental dan cantik bila disira)*
  • Setelah dibasuh bersih, sejatkan.
  • Masak gula secawan + air + 2 helai daun pandan yang disimpul + tujuh lapan biji bunga cengkih + dua tiga titik pewarna kuning *untuk kasi ceria kaler*
  • Masak biar agak likat baru dimasukkan labu, taburkan sedikit lagi gula di atasnya.
  • Masak lah sampai air sira pekat(berbuih-buih)
  • Dah siap.....

*** Cari labu yang kulitnya kuning (labu tua)


Monday, 3 September 2012

Gambar2 di Page Galeri

Semalam 2 September, hanya sempat kemaskini gambar2 di page Galeri, sila rujuk ke galeri untuk tgk gambar2 bagi ruang bilik, ruang tamu dll.


Masih ada lagi gambar2 yg perlu ditambah, sebagai maklumat awal kepada pengunjung.  So sila lah lawat ke page berkaitan yg akan diupdate dari semasa ke semasa.