Showing posts with label Tazkirah. Show all posts
Showing posts with label Tazkirah. Show all posts

Sunday, 9 August 2020

7 TIPS UNTUK SUAMI SUPAYA REZEKI MASUK TANPA HENTI

As-salam.

7 TIPS UNTUK SUAMI SUPAYA REZEKI MASUK TANPA HENTI.

1. Bangun lebih awal dari isteri. Kesian isteri. Dia mungkin tidur lewat untuk uruskan keluarga kita sendiri.

2. Kejutkan isteri dengan penuh kasih sayang untuk tahajud bersama. Bukan kejut untuk 'bersama' jer. Percikkan air di wajahnya yang jelita jika isteri terasa berat nak bangun.

3. Solat Taubat setiap hari. Khuatir ada perbuatan kita tidak menjadi contoh yang baik buat isteri dan anak-anak selama ini.

4. Solat berjemaah Subuh di surau. Ia menjemput keberkatan datang bertamu di rumah sendiri.

5. Solat berjemaah dengan isteri dan anak-anak setiap kali berpeluang. Jadilah imam yang baik di dunia supaya kita mampu menjadi imam yang baik ke Syurga.

6. Pergi kerja dengan senyuman, balik kerja pun dengan senyuman dan kasih sayang. Antara rezeki yang paling mahal ialah keharmonian rumahtangga. Orang bisnes pun sama.

7. Solat Hajat setiap kali selepas solat Maghrib. Mudah untuk istiqamah bila buat waktu ini. Doakan agar keluarga kita berjaya dan bahagia sampai ke Syurga!

Wednesday, 5 August 2020

MULTI BILLIONAIRE TANPA WANG!

 as-salam.

semoga kita dapat mengambil teladan yang baik dari kisah ini.

---------------------------------------------------------------------------------

 MULTI BILLIONAIRE TANPA WANG!

Sebuah ladang kurma di Arab Saudi di kota Al-Qassim mempunyai lebih dari 200,000 pokok kurma dan diwakafkan untuk jalan Allah oleh orang terkaya Arab Saudi – Sulaiman Al Rajhi.

Terdapat 45 jenis kurma di kebun ini, pengeluaran tahunan adalah 10,000 tan buah kurma. Ladang ini adalah wakaf terbesar di bumi.

Pendapatan dari kebun ini digunakan untuk membina masjid di negara-negara lain, untuk kerja amal dan untuk Iftar di masjid Makkah dan Madinah.

Suleiman al-Rajhi lahir dalam kemiskinan. Ketika dibangku sekolah, satu hari sekolahnya merancang lawatan sambil belajar dengan kos 1 riyal. Tetapi orangtuanya tidak mampu berikannya 1 riyal. Beliau menangis kerana mungkin tidak dapat menyertai lawatan. Dalam peperiksaan suku tahunannya, beliau meraih kedudukan pertama di kelasnya dan seorang guru Palestin memberinya 1 riyal sebagai hadiah. Beliau menyertai program lawatan sekolah dengan 1 riyal ini.

Selepas menamatkan pendidikannya, beliau mulakan kerjayanya sebagai usahawan muda dengan penuh dedikasi dan kerja keras. Allah memberkati usahanya.

Dalam jangka waktu yang singkat, rangkaian banknya yang disebut 'Al-Rajhi' tersebar di seluruh Arab Saudi.

Suleiman al-Rajhi pergi mencari gurunya yang sudah pencen dalam keadaan miskin kini, Rajhi membawa guru Palestinnya dengan kereta dan memberitahunya, " Saya berhutang dengan Cikgu. "

Guru itu berkata, bagaimana mungkin memberi hutang sedangkan dia miskin, Rajhi mengingatkan gurunya bahawa bertahun-tahun yang lalu gurunya memberikan 1 riyal sebagai hadiah. Guru itu  tersenyum dan berkata “Jadi kamu ingin mengembalikan satu riyal itu kepada saya?

Rajhi berhenti keretanya di hadapan sebuah banglo dan terdapat sebuah kereta mahal dihadapannya.

Rajhi memberitahu gurunya bahawa banglo dan kereta itu adalah milik cikgu itu sekarang.

Cikgu itu menitiskan airmata dan berkata pemberian ini terlalu mewah baginya.

Rajhi mengatakan bahawa kegembiraannya ketika menerima 1 riyal dulu lebih dari kegembiraan cikgu pada hari ini.

Pada tahun 2010 Suleiman al-Rajhi memanggil anak-anak, isteri dan orang tersayang dan membahagikan harta kekayaannya di antara mereka dan mewakafkan yang lain.
Pada ketika ini, nilai wakaf Sulaiman Al-Rajhi lebih dari 60 bilion riyal.

Beliau telah menyumbangkan 170 juta riyal untuk COVID dan menyerahkan dua hotel di Makkah kepada Kementerian Kesihatan.


Ladangnya disenaraikan dalam Guinness Book of World Records sebagai hasil usahawan yang terbesar.

Majalah Forbes telah menamakan beliau sebagai salah satu daripada 20 dermawan terhebat di dunia.

Kebanyakkan masjid-masjid di kota Arab Saudi adalah hasil keluarga Al-Rajhi, dengan pusat dakwah, badan amal al-Quran, dan lain-lain.

Dalam temu bual beliau berkata:
“Setelah kamu meninggalkan kehidupan ini, satu-satunya pelaburan yang penting adalah bekalan kamu bawa untuk kehidupan yang lain. "

“Saya berusia lapan puluhan! Apa lagi yang saya perlukan? Wakaf membayar bil saya, memberi saya penginapan, makanan, perubatan dan pengangkutan."

Seorang jutawan tanpa wang! "Bagaimana rasanya?".
Dia tersenyum dan berkata, “Saya merasa ringan! Saya berasa bebas! Saya merasa seperti burung ... dan ketika Allah memanggil saya, saya dapat menjawab panggilanNya tanpa ikatan harta!

FB KREDIT: ACAP ASYRAF


https://en.wikipedia.org/wiki/Sulaiman_Abdul_Aziz_Al_Rajhi

 

Thursday, 30 May 2019

Mencari Lailatul Qadar

as-salam

Hari ni Khamis 30 Mei 2019. 7 hari lagi Ramadhan akan pergi.  Selamat meneruskan puasa dan ibadat-ibadat lain.  Semoga kita semua berada dalam redha Allah dunia dan akhirat.


Seminggu lagi nak sambut Aidilfitri.  Persiapan raya kena siapkan juga. Anak-anak sekolah dah seminggu bercuti.  Panjang cuti sekolah tahun ni, di Kelantan bermula dari Nuzul Quran pada 22 Mei 2019 sehingga 9 Jun 2019.

Selamat membuat persiapan raya dan selamat bercuti.
 

Daripada 'Aisyah radiallahu 'anha, beliau menyatakan bahawa apabila masuk sepuluh akhir bulan Ramadhan, Baginda SAW akan mengetatkan kain sarungnya, menghidupkan malamnya dan mengejutkan ahli keluarganya.

[Sahih al-Bukhari, Kitab Fadhail Lailatulqadar, no. 2024]


I Learned to give NOT BECAUSE I have many BUT because I know exactly how it feels to have nothing
                ....wise man said

Sunday, 26 May 2019

Kitaran hidup manusia

as-salam.

Kitaran hidup manusia adalah:

1. Janin
2. Bayi
3. Anak-anak
4. Remaja
5. Dewasa
6. Menikah
7. Menjadi Orang tua
8. Tua
9. Meninggal

Kita sekarang di posisi No. 7, jadi tinggal 2 tahap lagi dan harus disiapkan bekal yang baik.

Namun agar tidak cepat-cepat pindah ke posisi No. 8 dan No. 9

MAKA:
Solusinya  mengulangi kembali ke posisi No. 6
Selamat mencuba...
Semoga berhasil...!!!

 *Penting: Kalau ada yang nak ke No. 6 jangan sampai bini tau takut-takut x sempat ke No. 8 dan terus ke No. 9. Peringatan utk rakan group

Saturday, 25 May 2019

Nok Prangat Sikit a.k.a. Reminder Tawaran Khas Ramadhan



Ore kelate kato nok prangat sikit atau nok prangat smula, kalu mat salleh gak REMINDER.

Tawaran dan peluang berwakaf Telaga Air/ Water Tube Pump di kem pelarian Rohingya di Coxs Bazar Bangladesh dan di kem Pelarian Rohingya di Arakan Sitwe.

Sebuah telaga tiub pump berharga RM1500 sebuah yang akan dimanfaatkan oleh umat islam di Masjid2 di dalam khemah pelariaan.





Sumbangan. Oleh terus ke :
international Relief and Humanitarian Outreach (iReach)
Maybank Islamic 553038585368

Atau hubungi:
013-9197771
Johan Ariff Ismail
Pengarah iReach
Koordinator MAPIM Kelantan

Atau layari :
www.ireach.org.my

Thursday, 23 May 2019

Air yg mengalir ke hilir tidak balik ke hulu

as-salam.

Petikan ucapan Allahyarham TG Nik Abdul Aziz Nik Mat. Buat semua

Sedap kata2nya :
"Apabila kita tua, rebut setiap peluang utk bersama rakan2 lama, kwn sekolah & rakan sekerja kerana peluang itu akan berkurangan dari semasa ke semasa. Air yg mengalir ke hilir tidak balik ke hulu. Begitulah dgn kehidupan. Sahabat adalah umpama bintang. Walau berjuta batu jauh dari bumi tetap bercahaya. Meskipun kdg2 menghilang, dia tetap ada. Dia tidak mungkin dimiliki, tapi tidak dpt dilupakan kerana sahabat yg baik sentiasa ada dlm hati & dlm kenangan.”

W/pun byk kali baca tapi kata2 ini amat memberi kesan... 😊😊

Wednesday, 22 May 2019

Selamat bercuti sempena Nuzul Quran


Al-Quran diturunkan oleh Allah s.w.t pada  17 Ramadan yang disebut Malam Qadar. Diturunkan Al-Quran  dari Luh Mahfuz ke Baitul Izzah di langit dunia sekali gus ( 30 juzuk ) dan secara beransur-ansur mengikut suasana dan keperluan  kepada Nabi s.a.w.
Assalamualaikum.

Firman Allah S.W.T:
"  Sesungguhnya Kami(Allah) telah menurunkan Al-Quran pada Malam Qadar". 
Malam Qadar dikurniakan Allah pada setiap datangnya Bulan Ramadan. Kelebihan dan kemuliaannya  adalah lebih baik dari 1,000 bulan. Ini dinyatakan oleh Allah dalam Al-Quran:

"Malam Qadar itu adalah lebih baik dari seribu bulan"

Bila berlakunya dan berapa lama Malam Qadar itu tidaklah dinyatakan secara tepat oleh nabi s.a.w. Setengah pendapat menyebut pada malam-malam ganjil dan setengahnya  menyebut pada 10 malam terakhir dalam bulan Ramadan.

Turunnya Al-Quran  bukan sekadar untuk dibaca semata-mata walaupun membacanya merupakan ibadah yang diberi ganjaran oleh Allah s.w.t. sebagaimana dinyatakan oleh nabi :

 "Barangsiapa yang membaca satu huruf dari Al-Quran maka baginya satu kebaikan. Satu kebaikan itu diganjarkan dengan sepuluh. Aku tidak mengatakan bahawa Alif Lam Mim itu satu huruf tetapi Alif itu satu huruf, lam itu satu huruh dan mim itu satu huruf"

Tetapi turunnya Al-Quran adalah sebagai petunjuk dan  panduan untuk diikuti dan diamalkan oleh manusia agar sejahtera dunia adan akhirat.

Allah nyatakan dalam Al-Quran:
" Bulan Ramadan yang diturunkan padanya al-Quran dimana al-Quran itu menjadi pertunjuk kepada manusia dan yang menerangkan tentang pertunjuk dan pembeza antara hak dan batil"

petikan dari : Syariah Perak

Saturday, 18 May 2019

Solat dan Puasa

as-salam.

Mendalam sangat pesanan Arwah Ust. Abu Hasan Din al-Hafiz.  Anak kami, 7 tahun mula belajar puasa tahun ni.  Kami cuba sebaik mungkin melatih solat dan puasa.

Tang puasa setiap hari pesan dekat anak " Pagi ni pegi sekolah puasa, kalau tak larat buka puasa ".  Bab solat pula setiap waktu kena peringat untuk solat, kalau kami leka, maka tertinggallah solat anak-anak tetapi kami tetap cuba.

Kami pernah bertanya pada anak kenapa tak solat tadi??
Jawapan anak "Ibu tak suruh pon" membuat kami berfikir panjang .... Ya Allah inilah juga jawapan yang bakal kami dengar suatu hari nanti apabila anak kami telah dewasa dan tidak solat.  Ya Allah....salah itu kembali kepada kami.  Jadi kami peringat dekat diri kami sendiri rajin-rajinlah suruh anak solat biarlah kena ulang 10, 20 kali setiap waktu.  Sabar. Memang kena sabar, kuat, gigih dan tekun.  Jangan putus asa.  Selebihnya kita serah kepada Allah Taala.  Masih banyak ruang untuk mendidik tetapi anak cepat sahaja membesar dan masa yang kita ada hanya sebelum anak menjadi remaja.  Mungkin hanya sampai umur anak 12, 13 tahun atau mungkin sampai 15 tahun sahaja.

-----------------------------------

Dari Wsp Grp :
dengan sedihnya dimaklumkan Dato Sri Abu Hasan Din Alhafiz telah kembali kerahmatullah jam 6pagi 1/5/2019 di HKL.Jenazah akan dibawa ke Masjid Saidina Hamzah pagi ini untuk urusan mandi dan kafan. Info terkini akan dimaklumkan.

Perkongsian dari Fb :

baru mlm tadi (30hb April.) kami mendengar ceramah arwah di surau kami di Seremban Selatan. Ceramah betmula lps magrib habis pukul 10 mlm.
Allahu .. siapa sangka. Pesanan akhir... solat tuan2 dan puan2 .. solat tu umpama buka bank akaun .. tanpa bank akaun tiada satu sen pun dpt menyimpan...banyak mana pun .. ramai mana pun orang cuba sedekah dan nak menabung utk tuan2.. jika tuan2 tiada akaun... maka sesia saja lah.

MasyaaAllah .. patutlah dia seperti tak mahu berhenti berckp memberi nasihat...itu pun dia kata .. lepas ni tuan2 jgn bertanya lagi .. jgn ganggu lagi...

Siapa sangka .. kata2nya .. ADA APA2 LAGI SOALAN? tanya sekarang .. lepas ni takde lagi dah...

Itulah ceramah terakhir arwah mlm tadi diSurau An-Nur Seremban Selatan..
Innalillawainnahirojiun..

Friday, 17 May 2019

MAKANAN KEGEMARAN RASULULAH S.A.W

1. Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup.

2. Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah seperti rumah yang tidak ada makanan.

3. Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.

4. Anggur – Nabi suka buah Anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan buah pinggang, membersihkan perut.

5. Madu – Ia adalah makanan    segala makanan, minuman    segala minuman, ubat    segala ubat.
    Mengubati cirit-birit jika     dibancuh dengan air panas,     membuka selera,    menguatkan perut,
    membuang kahak.
  
    Elok diminum waktu pagi    dengan air suam.

6. Tembikai (Segala Jenis) –    Nabi berkata wanita    mengandung tidak akan    gagal melahirkan anak       yang baik dari segi     perwatakkan dan     wajahnya.

7. Susu – Nabi berkata susu    baik untuk membuang    panas badan.     Menguatkan belakang,     memperbaiki otak,     memperbaharui    pandangan mata,    membuang kelupaan.

8. Cendawan – Baik untuk     mata, perancang       keluarga.

9. Minyak Zaitun – Rawatan    kulit dan rambut.      Melambatkan penuaan dan    merawat radang perut.

10. Delima - Membersihkan      tubuh dari syaitan &       bisikan syaitan selama 40        hari.

11. Air – Minuman terbaik.         Jika dahaga hendaklah       disedut perlahan-lahan,        jangan diteguk, mudah        mendapat sakit pada       hati.

RASULULLAH SAW BERSABDA :

"Sesiapa yang menyampaikan satu ilmu dan orang membaca mengamalkannya maka dia akan beroleh pahala walau pun sudah tiada."

Semoga Bermanfa'at...

Tuesday, 14 May 2019

DIAM - TERNYATA BOLEH MEMBATALKAN PUASA

as-salam.


Dalam acara ceramah seorang ustadz berkata "Ternyata diam boleh membatalkan puasa"..

Lalu para jamaah serentak terkejut hairan bagaimana boleh batal puasanya??? tanya salah seorang jemaah, lalu dengan santai ustadz berkata, Hal yang membatalkan puasa kerana diam, misalnya:

Diam-diam sarapan pagi

Diam-diam minum cendol

Diam-diam makan maggi

Diam-diam merokok

Diam-diam makan dalam kereta.             😂😁

Saturday, 11 May 2019

5 KERUGIAN SEORANG MUSLIM DI BULAN RAMADHAN


as-salam.

1. Bangun sahur tanpa mendirikan sekurang-kurangnya 2 rakaat SOLAT SUNAT

2. Meninggalkan hari-hari Ramadhan TANPA BERSEDEKAH

3. Menunggu waktu berbuka TANPA MEMOHON DOA

4. Menghabiskan waktu siang BERBARING DAN TIDUR atas alasan letih berpuasa

5. Langsung tidak membuka/membaca ALQURAN





P/s: Jangan biarkan Ramadhan kali ini berlalu begitu sahaja kerana mungkin ini menjadi Ramadhan terakhir buat kita. Hargai & manfaatkan peluang yang dipinjamkan sebaiknya. Semoga kita tidak termasuk dalam golongan orang yang rugi di bulan Ramadhan. InsyaAllah.

Pleasure in a Job puts Perfection in a Work...When Work is a Pleasure Life is a Joy

             .........wise man said

terima kasih kepada penulis asal.  moga perkongsian ilmu berterusan.

Wednesday, 8 May 2019

Buat wanita bergelar ibu

as-salam.

sempena hari ibu pada ahad minggu ke 2 bulan Mei  (2nd sunday of may)

Buat wanitaYg bergelar😘😘
. Emak 💕 Ibu 💕Umie 💕 Bonda 💕 Mama 💕Mummy 💕

Yg sejati Ibu Kandung,
Yg famous Ibu Tiri,
Yg Ringan Ibu Angkat,
Yg Miang Ibu Keladi,
Yg Tembam Ibu Roti,
Yg Ramai Ibu Tunggal,
Yg Penting Ibu Jari,
Macam2 Ibu Ada.....
Yg Penting Anda Tetap Ibu Yg Dicintai Dan Dikasihi........

❤ SELAMAT HARI IBU ❤
Walau Macamana Sekalipun Setiap hari ada lah HARI IBU Yang Kerjanya Tak  Pernah Habis2 Untuk Kebahagiaan Keluarga Dan Rumahtangga . . . . . . . ..😘😘😘❤❤❤🌹🌹🌹

"SELAMAT HARI IBU BUAT SEMUA IBU2 DIDLM GROUP INI  SEMOGA SENTIASA DIDLM keadaan sihat selalu"

 ❤"

Saturday, 4 May 2019

My ROOM gave me all the answers

السلام عليكم
سلام شعبان دان سلم جمعة
Mohon maaf blako atas silap salah selama berkenalan. Terima Kasih jua kerana menerima kami seadanya.
Mari kita bersama-sama meneruskan sisa hidup yang masih berbaki and let sharing how to handle life?

My ROOM gave me all the answers:
Roof said: Aim  high.
Fan said: Be cool.
Clock said:  Value time. Calendar said:  Be up to date.
Wallet said:  Save now for the future.
Mirror said:  Always observe yourself.
Lamps said:   Light up other's life.
Wall said: Share others' load.
Window said: Expand the vision.
Floor said:  Always be down to earth.
Stairs said:  Watch each step you take.
The most inspiring one:
Toilet bowl said: When it's time to let go, just let it go...
TerimaKasih.



Selamat menyambut ramadhan.

Tuesday, 30 April 2019

ANTARA SEBAB-SEBAB AMALAN KITA TIDAK DITERIMA DI SETIAP LAPISAN LANGIT

as-salam.

Perkongsian dari rakan. moga memberi pengetahuan dan manfaat untuk semua.  Terima kasih kepada penulis asal.


1. Lapisan Langit 1: Mengumpat.
2. Lapisan Langit Ke-2 : Amalan Untuk Keuntungan Dunia Semata-mata.
3. Lapisan Langit Ke-3 : Sombong atau Takabbur.
4. Lapisan Langit Ke-4 : Ujub.
5. Lapisan Langit Ke-5 : Dengki.
6. Lapisan Langit Ke-6 : Tidak Berbelas Kasihan kepada orang lain.
7. Lapisan Langit Ke-7 : Riak.

Menurut Imam Al-Ghazali, riak boleh berlaku dalam 12 perkara iaitu:

1. Riak dalam ibadat.
2. Riak dalam ilmu.
3. Riak dalam amalan.
4. Riak dalam kata-kata.
5. Riak bila berzuhud.
6. Riak dengan harta.
7. Riak kerana pangkat.
8. Riak dengan pencapaian.
9. Riak dengan kebolehan.
10. Riak dengan kecantikan tubuh badan.
11. Riak dengan suara yang lunak merdu.
12. Riak dengan kumpulan yang disertai.

Akhir sekali, apabila amalan yang dihadapkan kepada Allah melepasi kesemua 7 lapisan langit, ada satu lagi sebab mengapa amalan kita ditolak oleh Allah SWT. Sebab amalan kita ditolak setelah melepasi 7 lapisan langit ialah amalan yang tidak disertai keikhlasan.

 - Petikan hadis daripada Muaz bin Jabal.

Muhasabah diri.

Mudah2an Kita Semua Tergolong Didalam Golongan Orang-Orang Yang DiRahmati Dan DiBerkati Serta Dikasihi Allah S.W.T Di Samping Orang-Orang Yang Kita Sayang.


Monday, 29 April 2019

30 MENU LAZAT SEPANJANG RAMADHAN

🍩🍇30 MENU LAZAT SEPANJANG RAMADHAN🍰🍛

Jom Prepare!

1. Tilawah al Quran sejuzuk sehari paling kurang.
2. Solat tarawih minima 8 rakaat setiap mlm.
3. Solat Witir minima 3 rakaat semalam.
4. Beri makan orang berbuka puasa walaupun dgn sebiji tamar setiap hari.
4. Solat fardhu 5 waktu berjamaah setiap hari.
5. Tahajud setiap malam minimum 2 rakaat.
6. Sunat dhuha setiap pagi.
7. Sedekah setiap hari minimum seringgit.
8. Pastikan sahur setiap hari.
9. Iktikaf di masjid setiap hari walau sekadar 10 minit.
10. Tadarus al-Quran sambil usaha memahami maksudnya.
11. Ziarah orang yg kurang bernasib baik.
12. Kurangkan ziarah ke bazar2 Ramadhan.
13. Pilih makanan sunnah sebagai menu harian.
14. Elakkan membeli makanan dari tangan2 orang yg fasik.
15. Jauhkan aktiviti yg lagha.
16. Zikir harian, banyakkan berdoa.
17. Lazimi bibir beristighfar sekurang-kurangnya 70x dlm sehari.
18. Ajari diri dengan sifat rendah hati kerana Allah
19. Mudah memohon maaf dan memberi maaf.
20. Menjaga dan menghubung silaturrahim
21. Menjaga dan menutup aurat dengan sempurna
22. Menjaga lisan, pandangan, pendengaran & hati dari perkara-perkara yang dilarang.
23. Tidak berlebih2an maupun membazir dgn makanan terutama juadah berbuka.
24. Perbanyakkan amalan-amalan sunat- solat sunat rawatib.
24. Lazimi sunnah Rasulullah yg ringan tulang dlm urusan rumah tangga (terutama suami & anak2 lelaki)
25. Lazimi utk kawal dan tahan marah, didik diri untuk lebih bersabar.
26. Lazimi lidah untuk sentiasa bersyukur dan memperbanyakkcan syukur kepada Allah di kala senang mahupun susah.
28. Menjaga ikhtilat - hubungan antara lelaki dan perempuan.
29. Membayar zakat fitrah dalam waktu yg telah ditetapkan.
30. Ikhlaskan hati kerana Allah..hadirkan Allah di dalam hati, berusaha menjalani Ramadhan kali ini dgn sebaik mungkin seolah-olah inilah Ramadhan terakhir kita..
❤💙💛🧡💜💚🖤

SILA SHARE DAN SEBARKAN


Coming Together is a Beginning...Keeping Together is Progress.. Working Together is Success

            ..........wise man said

Sunday, 28 April 2019

Harta Batil

as-salam

perkongsian yang memberi peringatan dan pengetahuan kepada diri sendiri.

-----------------------------------------------
Ramai yg call & Wsp......Harta Batil tu apa ya??

Harta batil...memakan atau mengambil hak orang lain...jom baca kisah2 benar



Kisah 1:
Ali mati mempunyai 5 anak...yg sulung lelaki....rumah pusaka masih atas nama si mati...rumah disewakan atas persetujuan semua dan setiap tahun buat kenduri adik beradik dgn duit hasil sewaan. Selepas beberapa tahun...tiada lagi kenduri adik beradik....duit pun tidak diagih pada waris...si abg hanya diam membisu....inilah dinamakan memakan harta batil...

Kisah 2 :
Hassan mati meninggalkan 2 anak dari isteri A. Dan 6 anak dari isteri B. Si isteri B mengagihkan harta si mati kepada anak2nya sahaja. Dan anak isteri A tidak mendpt hak mereka. Di sini isteri dan 6 anaknya sudah memakan harta batil.

Kisah 3 :
Jalil mati. Sebelum kematiannya beliau telah bercerai dan mempunyai anak tunggal lelaki. Penama KWSP adalah ibu Jalil. Selepas mengambil 100% duit KWSP Jalil..si nenek berjumpa bekas menantunya dan menyatakan arwah dah wasiatkan duit KWSP keatas namanya jadi katanya duit tu haknya...1 sen pun dia xakan beri pada anak lelaki tunggal simati. Si ibu si mati dah mengambil hak anak yatim....memakan harta batil...

Kisah 4 :
Haji Kassim mati meninggalkan 8 anak. Dan mempunyai 15 relung tanah bendang. Tanah diurus si anak sulung. Permulaan dgn persetujuan waris duit hasil sewaan tanah bendang rm12k setahun digunak utk baiki rumah pusaka. Selepas selesai baiki rumah pusaka...hasil sewaan si kakak tidak agihkan kepada adik beradiknya...bila ditanya katanya disedekahkan kepada masjid tanpa berbincang dgn adik2nya....Disini si kakak dah pun mengambil hak org lain....

Kisah 5 :
Anak sulung Haji Bakar mati dlm kemalangan dan meninggalkan anak bawah umur. Haji Bakar adalah penjaga harta cucunya. Semua duit cucunya Haji Bakar simpan di dalam Tabung Hajinya. Tanpa memberitahu kepada anak2nya yg lain. Selepas kematiannya...semua harta termasuk duit cucu di dalam tabung haji telah di agihkan kepada anak2 Haji Bakar. Di sini semua anak2 Haji Bakar dah pun mengambil hak anak yatim....

Kisah 6:
Milah kematian suami dan mempunyai seorang anak pompuan. Fuit insuran atas nama bapa si mati. Selepas kematian...puhak insurans telah membayar pampasan kepada bapa si mati. Ibu si mati telah agihkan duit insurans tu kepada suaminya...dirinya dan semua anak2nya tanpa memberi pada isteri si mati dan anak tunggal pompuan. Di sini adik beradik simati bukan waris faraid tapi dah mengambil hak waris faraid.

Kisah 7 :
Hajjah Peah meninggal. Mempunyai 1 anak pompuan dan 3 anak lelaki. Salah sorang menantu perempuan telah mengambil periuk dan set pinggan mangkuk yg cantik tanpa pengetahuan anak2 simati. Di sini menantu telah mengambil hak org lain.

Kisah 8 :
Haji Dolah mempunyai 7 anak....seorang dari anaknya suka meminjam wang dari Haji Dolah tanpa memulangkan semula...apabila Haji Dolah mati si anak yg meminjam duit hanya diam tanpa memberitahu pada adik beradiknya yg dia meminjam duit arwah. Hutang tersebut menjadi sebahagian dari harta pusaka si mati. Maka hidupnya berterusan dalam memakan harta batil.

Dan banyak lagi kisah2 yg saya perolehi dari Client2.
Disebabkan TAMAK...JAHIL DALAM FARAID...TIADA PESANAN ATAU WASIAT BERTULIS....

Waris memakan harta batil....bukan waris mendapat hak waris faraid. Semua nilah di panggil memakan harta batil.

Terus terang saya katakan terlalu ramai org kita hidup dlm memakan harta batil...HARTA HARAM...MAKA ROSAKLAH SELURUH KETURUNANNYA DEK KERANA HARTA BATIL...

Renung2...dan fikir2kan lah...
Allah membalas dosa memakan harta batil di dunia lagi. Jika keluarga anda selalu mendapat pelbagai musibah...duduk sejenak....renung....apakah anda TERGOLONG DALAM GOLONGAN MEMAKAN HARTA BATIL???
Jika ya...jangan malu...PULANGKANLAH HAK WARIS yg teranianya...
Balasan bukan hanya diri anda tetapi seluruh keturunan anda bakal menerima musibah...mungkin berat rezeki....mungkin mendapat sakit....mungkin berat jodoh...semua tu rahsia Allah....

Jom buat perancangan harta pusaka supaya anda mati penuh dengan kejayaan.


kredit:

Zie
Perancang Harta Pusaka

Sunday, 21 April 2019

Menjelang Ramadhan

As-salam


Health, Wealth and Wisdom come to those who embrace the morning and make full use of it.
          ...........wise man said

Friday, 19 April 2019

DOA UNTUK SAHABATKU

      
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ 

Ya Allah aku memohon dengan keagungan AsmaMu.

Muliakanlah sahabatku yang membaca doa ini.

Lapangkanlah hatinya, tenteramkan jiwanya, sehatkan fisiknya, sembuhkan penyakitnya.

Bahagiakan keluarganya.. jadikan anak anaknya Soleh/solehah.Luaskan rezekinya seluas lautan yang Engkau ciptakan. Lepaskan dia dari hutang piutang.

Mudahkanlah segala urusannya Kabulkanlah cita-citanya, dan harapannya

Jauhkan dia dari segala penyakit, fitnah, prasangka keji perkataan kasar dan

Jauhkanlah dia dari segala musibah, serta terimalah semua amal ibadahnya dan ampunilah segala dosa2nya.*

Jadikanlah dia penghuni SyurgaMu* ‎ آمين يا الله ‎ آمين يا رحمن ‎ آمين يا رحيم ‎ أَمِيْن يَا رَبَّ العَالَمِينْ.

# Saudaraku ... kirimkanlah doa ini seluas2nya ... kerana kita tak tahu dari lisan siapa doa kita ini akan dikabulkan Allah swt

----------------------------------------------------------------------

Meetings are symptom of Bad Organization ..
The fewer meetings the better

          ....... ...wise man said

Wednesday, 17 April 2019

Mata Yang Tidak Disentuh Api Neraka

Assalamualaikum warihmatullah wabarakatuh....




PERKONGSIAN dari rakan-rakan. Terima kasih.

Mata Yang Tidak Disentuh Api Neraka

Dari Ibnu Abbas ia berkata; "Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda; "Dua mata yang tidak akan disentuh oleh api neraka iaitu; mata yang menangis kerana takut kepada Allah dan mata yang pada malam hari berjaga kerana membela agama Allah". 

(Sunan Tirmidzi No:1563)
Status: Hadis Sahih

-----------------------------------------------------------------------

Be an Admirer but not a Sycophant unless you are a cat
            ...........wise man said

Tuesday, 16 April 2019

Be Good People

as-salam.

People say : Find Good People and Leave the Bad Ones...but I say FIND The Good in People and Ignore The Bad in them because No One is PERFECT
            ..........wise man said

Carilah kebaikan dalam diri kita dan juga orang-orang disekeliling kita, pandanglah pada kebaikan itu.

Jadikan kekurangan diri sendiri dan kekurangan orang lain sebagai pendorong untuk kita berubah kepada yang lebih baik.

Semalam kita gagal, esok lusa pasti ada peluang untuk kita, jadi teruskan usaha tanpa kenal erti putus asa.  Gud Luck Everyone.