Showing posts with label the red warriors. Show all posts
Showing posts with label the red warriors. Show all posts

Monday, 18 May 2015

24 Mei 2015 Ahad Cuti Peristiwa di Negeri Kelantan

as-salam.

KENYATAAN MEDIA YAB MENTERI BESAR KELANTAN SEMPENA PERLAWANAN AKHIR PIALA FA 2015

Pihak Kerajaan Negeri Kelantan sangat mengutamakan aspek keselamatan para penyokong pasukan bola sepak Kelantan yang akan hadir menyaksikan perlawanan akhir Piala FA musim 2015 edisi ke-26 yang akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 23 Mei 2015 nanti. Saya berharap para penyokong dari Kelantan dapat menjaga solat ketika disana, tatasusila sebagai anak Kelantan dan adab ketika menyaksikan perlawanan tersebut.

Pihak Kerajaan Negeri dengan ini mengisytiharkan tarikh 24 Mei 2015 iaitu hari ahad sebagai hari cuti peristiwa di Negeri Kelantan bagi memberi keselesaan kepada anak-anak Kelantan untuk pulang dengan selesa dan tidak tergesa-gesa. Jaga keselamatan dijalan raya dan jangan berlumba-lumba untuk cepat sampai memandangkan ruang masa masih panjang untuk perjalanan pulang.

Harapan saya agar penyokong Kelantan dapat membawa ruh riadhah dan bersukan secara sihat tanpa terlibat dengan sebarang pelanggaran etika dan insiden yang tidak bermoral. Saya sendiri menaruh harapan agar pasukan bola sepak Kelantan, The Red Warriors dapat mempersembahkan aksi yang mantap pada perlawanan akhir nanti dan seterusnya menjuarai Piala FA 2015, insya-Allah.

Pasukan Bola Sepak Kelate Boleh!

YAB USTAZ DATO’ HAJI AHMAD YAKOB
Menteri Besar Kelantan
Bertarikh : 29 REJAB 1436 / 18 MEI 2015
Sumber dari FB Kerajaan Negeri Kelantan


Monday, 1 July 2013

Tiada Punch Card

salam.

1 Julai 2013 : Aku sampai opis tepat pukul 8.00 pagi setelah bercuti pada hari AHAD sempana TRW masuk final Piala FA.  Alhamdulillah TRW menang 1-0 mengalahkan JDT.  Gomo Kelate Gomo.  Tahniah TRW.  dan Terima kasih banyak-banyak kepada semua penyokong setia TRW kerana mengerah tenaga, masa bagi memberi sokongan padu kepada pasukan TRW.  Tahniah juga kepada JDT, walaupon tak menang ... bukan bermakna korang tak kuat atau tak mampu tetapi sebab JUARA hanya satu je, satu kena menang dan satu kena kalah.  Teruskan semangat juang korang semua bagi memajukan sukan bola sepak Malaysia.

Berbalik pada cerita masuk opis tadi ... emmm alkisahnya tak de punch card Julai, yang ada punch card Jun.  Ni semua gara-gara lupa nak tukar punch card ke Julai ... ari kamis tu kan awal lagi so tak perasan lak ari ni keje dah masuk bulan lain :-)  emmmm nasib la!!!





Sunday, 14 October 2012

cuti umum pada 21 Oktober 2012

KOTA BHARU – Kerajaan Kelantan hari ini mengisytiharkan cuti umum pada 21 Oktober 2012 sempena The Red Warrior berjaya ke perlawanan akhir Piala Malaysia pada 20hb Oktober 2012 di Stadium Shah Alam.



Terima kasih kpd kerajaan Kelantan yg bermurah hati dengan pengumuman cuti umum peristiwa yang secara tidak langsung membolehkan lebih ramai rakyat Negeri Kelantan memenuhi Stadium Shah Alam untuk bersama sama membakar semangat menyokong perlawanan akhir Piala Malaysia antara Kelantan bertemu Angkatan Tentera Malaysia!