Showing posts with label Tips D'Kelantan. Show all posts
Showing posts with label Tips D'Kelantan. Show all posts

Tuesday, 7 January 2020

BirthDay Kek Cantik - Vanilla Oreo Sedappppp

as-salam.

BirthDay Kek yang Cantik berperisa Vanilla Oreo ni Sedappppp sangat.  Kami tempah dengan Noyins recepi (FB).  Boleh rujuk FB  beliau untuk tempahan.  Ada pelbagai perisa bersaiz 10'' .... boleh pilih kek :

Black forest
Vanilla oreo
Choc oreo
Double chocolate oreo
Fatty cheese
Blueberry blossom
Tiramisu
Pandan lover
Coklat cappuccino
Linci laici
Mango tango

yum yum ....sedap.

As the day ends, put your worries to rest ..
Life always offers you a second chance.... it’s called Tomorrow .... 

Friday, 20 December 2019

Salam Jumaat

Sempena cuti hujung minggu dan hari Jumaat kita berehat dan bersantai bersama keluarga.  Kemas-kemas rumah .... emmm banyak lagi nak kena sediakan untuk BACK to SCHOOL.

Urusan pindah sekolah anak telah selesai. Alhamdulillah.  Just for sharing .... untuk pertukaran sekolah anak yang bersekolah di sekolah kebangsaan, yang pertamanya kena mohon pertukaran dengan sekolah asal (sekolah A). 

Day 1
Buat Permohonan Pertukaran dengan sekolah asal.

Day 2
Langkah ke dua ialah tunggu surat kelulusan pertukaran dari sekolah.  Selepas mendapat kelulusan / kebenaran pertukaran dari sekolah A,  sila hantar surat berkenaan ke Pejabat Pendidikan Daerah yang berkenaan.

Day 3

Selepas mendapat surat kebenaran / kelulusan dari PPD, sila bawa surat berkenaan ke sekolah baharu.  Selepas sekolah baharu terima .... Alhamdulillah selesai urusan pertukaran sekolah anak.


The Ultimate Measure of a man is not where he stands in a moments of comfort and convinience but where he stands at times of Challange and Controversy

         ............wise man said

Thursday, 19 December 2019

Kayuhan 🚴‍♀🚴🏻‍♂Santai Ambang Tahun Baharu MPKB-BRI ⛩2020 πŸš΄πŸŽ‰

as-salam

Pendaftaran Online :
sila linkπŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡
 https://forms.gle/b1DKeNkwu8WtfaBm8
 https://forms.gle/b1DKeNkwu8WtfaBm8

Pendaftaran Manual sila dapatkan di Jabatan Pengurusan Korporat MPKB-BRI.

πŸ—“ Tarikh : 31 DISEMBER 2019
⏳ Hari : Selasa
⏲ Masa : 9:00mlm- 12:00 tgh mlm
πŸ“Œ Tempat : Pintu Gerbang Medan Ilmu Jalan Dato Pati, Kota Bharu
πŸ‘• pakaian menutup aurat: lelaki wanita
pendaftaran: percuma
jarak kayuhan: 30km

#Jom Pakak gi gateh🚴‍♀🚴🏻‍♂ lako

sila linkπŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡
https://forms.gle/b1DKeNkwu8WtfaBm8

Wednesday, 9 October 2019

Loghat Kelantan sene boh!



as-salam

Inggris : I don't know
BM : Saya tidak tahu
Kelantan : hau

Inggris : I dont want it
BM : Saya tak mahu
Kelantan : tokse

Inggris : I dont care
BM : Aku tak peduli
Kelantan : caroeh

Inggris : lets go
BM : Jom
Kelantan : gih

english : yes, i understand what you're talking about
BM : Ya, Saya faham.
Kelantan : hoooooo

English - i dont know what to do
BM - Saya Tak tahu nak buat apa.
Kelantan - jenggggg

English - can u repeat again?
BM - Boleh ulang sekali lagi.
Kelantan - hehhh??

English : You're very naughty
BM : Kamu ini nakal sangat
Kelantan : Gong

English: Party is over
BM: Sudah dah
Kelantan: Bo!

English: where are you going?
BM : Nak ke Mana?
Kelantan: Mano terr..?

English : Up To You
BM : Terpulang lah
Kelantan : Kok Mu

English : i dont know what are you talking about
BM : Tak paham saya apa yang kamu cakap.
Kelantab: Nate apo

English : is that true?
BM : biar betul?
Kelantan: ngoti?

English. :This thing is out of my mind
BM : Benda ni diluar pemikiran ku
Kelantan :Selok kero!

English : i think i did the right thing.
Malay : saya rasa betul dah tu.
Kelantan : bokalih

English : you're so handsome
BM : Menawan sekali kamu
Kelantan : semak kakah nii

Hanya ore KELATE dan pasangan nya ore KELATE je pehe..πŸ˜‚πŸ˜‚

Kredit Ise Klate.



Tuesday, 8 October 2019

Hari Terbuka Pangkalan Udara Gong Kedak


as-salam

Hari Terbuka Pangkalan Udara Gong Kedak pada 12 Oktober 2019 bermula jam 8.00 pagi hingga jam 6.00 petang.

Jommmsssss kita pakat gi ramai-ramai sebab jarang-jarang dapat peluang seumpama ini.

Pelbagai aset negara akan dipamerkan.

Luangkan masa bersama keluarga. isi masa dengan perkara yang sihat.

Saturday, 28 September 2019

Cuti-cuti Malaysia


as-salam

Cuti-cuti ni ke mana kita ...emmm minggu ni kita duduk rumah je, kemas-kemas apa yang patut.  Hamboi asyik jejalan je dari selepas Aidil Adha.  Hari tu pegi ke D`Aur Beach, Pantai Melawi, Bachok, Kelantan ... masuk RM5.00 memang berbaloi.

Lepas tu kami buat trip belah Pantai Sabak pula.  Kami ke Pantai Sabak aka Nami.  Sebelah malamnya kami solat Maghrib di Masjid Ar-Rahman, Pulau Gajah, Sabak.  Selesai solat kami singgah makan di Restoran Acu Tera sebelum bertolak balik ke rumah.



Minggu berikutnya kami ziarah saudara-mara di Kg. Chenulang, Kuala Krai.  Kami dijamu dengan buah-buahan .... dah musim buahkan.  Alhamdulillah.

Cuti 19 September kami bertolak ke Kulim, Kedah.  Singgah pusing-pusing di Desaku, Kulim.  Esoknya kami bertolak ke Ikea Batu Kawan, Pulau Pinang.  Selepas kenyang makan meatball Ikea, kami ke Balik Pulai melalui Jambatan Ke 2 Pulau Pinang.  Kami singgah solat di Masjid Balik Pulau sebelum patah balik ke Sungai Tiram, Pulau Pinang.  Pepagi kami check out, makan pagi di kawasan yang sama sebelum ke Giant Supermarket.  Selepas itu kami meneruskan jelajah ke Batu Ferenggi.  Mandi-manda sekejab sahaja sebab hujan.

Kami balik ke tanah besar melalui Jambatan Pulau Pinang.  Singgah pekena cendol dan laksa pinang.  Petang kami ke Tanjong Dawai, Kedah.  Kami menaiki bot ke Pantai Merdeka dari Jeti Tanjong Dawai.  Selepas itu, kami kembali ke Jeti Tanjong Dawai dan solat Magrib di Masjid Tanjong Dawai.  Kami menjamu selera di Rumpun Mambu dan kembali ke Teluk Air Tawar, Butterworth, Pulau Pinang.  Esoknya pepegi lagi kami bertolak balik ke kampung halaman.




Minggu lepas pula minggu Pulau Rhu .....so this weekend just stay at home... the end.

It’s better to have heart without words than
words without heart because
no beauty shines brighter than a good heart

             ..........wise man said

Friday, 6 September 2019

Acu Tera

As-salam.

Selepas solat kami singgah makan di Acu Tera, Jln Pantai Sabak, Sabak, Kota Bharu, Kelantan.  Lokasi ni berdekatan dengan Lapangan Terbang Sultan Ismail.

Kami order makan paling best kat situ, apa lagi kalau bukan UDANG CELUP TEPUNG, SOTONG CELUP TEPUNG DAN COCONUT SHAKE juga AIR KELAPA MUDA.


Thursday, 5 September 2019

Masjid Ar-Rahman

as-salam

Selepas balik dari Pantai sabak aka Nami, kami solat maghrib di Masjid Ar-Rahman, Sabak, Kota Bharu, Kelantan.

Cantik masjid ni.  Alhamdulillah.

Wednesday, 4 September 2019

Pantai Sabak aka Nami

as-salam.

Pada 30 Ogos yang lalu kami jalan-jalan ke Pantai Sabak yang juga dikenali dengan Pantai Nami.

Pantai ini terkenal dengan jaluran pokok-pokok rhu yang ditanam secara selari.




Ada yang datang berkelah bersama keluarga, ada juga yang datang seperti kami sekadar jalan-jalan ambil angin pantai.

Di pantai ini juga ada satu tasik kecil, cantik.  Memukau sesiapa yang melaluinya.


Di muara sungai ada sebuah rumah api.  Kami berjalan menyusuri batu-batan yang besar untuk sampai ke rumah api.  Batu-batan ini disusun memanjang bagi menahan hakisan di tebing pantai.

Agak jauh juga kami berjalan untuk sampai ke rumah api.  Suana petang menghampiri waktu matahari terbenam memang satu anugerah Allah yang sangat cantik.


Garis langit yang cerah dan berbalam-balam melahirkan fenomena alam yang menakjubkan.


Saturday, 31 August 2019

jalan-jalan ke kuala krai.

As-salam

Hari ni kemerdekaan.  Kita jalan-jalan ke Kuala Krai, menziarahi ahli keluarga kami di sana.  Sesampai di sana kami dihidangkan dengan buah duku yang manis.

Bukan main sedap makan buah-buahan yang manis dan segar.

Nak balik, dapat buah tangan lagi... hari ni buah tangannya memang buah bukan biskut atau keropok hahaha.

gambar pinjam ... tq share gambar.

Monday, 1 July 2019

Festival Kesenian Rakyat Kelate 2019

Festival Kesenian Rakyat Kelate kembali lagi!!!!!

Adakah anda teruja untuk hadir dan menikmati sendiri acara penuh kemeriahan ini? πŸ˜€
Jom datang beramai-ramai! πŸ“£ πŸ“£ πŸ“£
Pakat maghi ghama-ghama! πŸ“£ πŸ“£ πŸ“£
Bila dan di mana tu?

Festival Kesenian Rakyat Kelate 2019
11 hingga 13 Julai 2019
Pantai Geting, Tumpat, Kelantan

Pelbagai acara menarik menanti kehadiran anda.
πŸ‘πŸ½Pertandingan Dikir Barat
πŸ‘πŸ½Pertandingan Rebana Ubi Dan Kertuk
πŸ‘πŸ½Persembahan Artis Tersohor
πŸ‘πŸ½Jualan Bazar Ore Kito
πŸ‘πŸ½Pesta Makanan Kelantan & Thailand
πŸ‘πŸ½Pertandingan Awang Selamat
πŸ‘πŸ½Pertandingan Ikan Guppy
πŸ‘πŸ½Demonstrasi Wau Dan Gasing
πŸ‘πŸ½Program Memanah
πŸ‘πŸ½Open Mic (Tunjuk Bakat)
πŸ‘πŸ½Pameran Fotografi Adik Syukor Khamis 'The Kampung Boy'
πŸ‘πŸ½Soopa Doopa
πŸ‘πŸ½Fun Fair
πŸ‘πŸ½Pameran Jabatan & Agensi Kerajaan
dan banyak lagi aktiviti menarik yang disediakan…

Jadi jangan lupa hadir bersama keluarga dan sahabat beramai-ramai...Datang dan nikmati sendiri kemeriahan #festivalkesenianrakyatkelate

Ada pertanyaan atau mahu maklumat lebih lanjut?
Hubungi JKKN Kelantan di talian πŸ“ž09-741 7000 (Waktu Pejabat)
Atau ikuti info terkini di πŸ“± https://www.facebook.com/JkknKelantan

Sunday, 19 May 2019

Buah Tal Atau Kelapa Laut

isi ni boleh di makan terus
as-salam.

Sabtu lepas, kami ke pasar Wakaf Bharu, Tumpat, Kelantan untuk membeli keperluan dapur.  Biasalah macam-macam ada jual kat pasar, kelabu mata nengok, rasa nak beli semua.  Tau apa yang menarik perhatian kami ---- tada ---- buah tal atau kelapa laut.  Lama betul tak makan ... kecur liur ... Allah puasa ni.

Harganya sekarang RM7.00 satu bungkus, dalam tu ada dalam 10-12 biji.  Petua beli buah ni ialah pilih yang kecil dan nampak muda.  Jangan duk ngairah beli yang besar, sebab biasanya buah yang tua dan keras.

Malam tu apa lagi, kita buang kulit dia, basuh bersih-bersih dan ngap laaaa .... sedap.  Buah ni sedap di makan dengan cendol dan air kelapa.  Semalam kami makan terus je.  Buah yang unik tapi sedap.  Rugi kalau tak pernah cuba.

Thursday, 16 May 2019

PANTUN TAZKIROH VERSI KELANTAN πŸ˜‰

as-salam.
 
Akok kkedut tepong pelitoKepe' idung butir nako
Allah kabul doa kito
Buwi hidup buley poso

Koleh ubi bubur jagung
Taik itik tteri mandi
Sapo beramal dio brutung
Kalu tidok sangatlah rugi

Lopattikey sigho pisey
Pisey nako buat pengat
Buat amal siye maley
Moga selamat dunia akhirat

Ubi sigho tepong tukey
Jjeput bawe kuih nekbat
Syukur kito kepada Tuhey
Buwi peluwe utk betobat

Ondey ondey tepong boko
Warno hija warno putihSiye hari kito poso
Maley pulok smaye terawih

Lepat pisey lepat ubi
Roti telo roti jalo
Bacolah Quran setiap hari
Dapat pahalo berlipat gando.



Monday, 22 April 2019

KALA FEST 2019

πŸŽ‰ JOMMM kita ke KALA FEST 2019 🎊
"Kelantan Authentic Lifestyle & Arts"
MASUK PERCUMA‼

πŸŽͺ TEMPAT: Pusat Transformasi Bandar UTC Kelantan, sebelah KB Mall, Kota Bharu, Kelantan
πŸ“† TARIKH: 24 - 28 April 2019
⏳ MASA: 10:00 pagi – 10:00 malam

πŸ“’ Semua dijemput hadir‼
Pelbagai Aktiviti Menarik untuk Disertai:
• πŸ‘©πŸΌ‍🎨 Bersama Selebriti
• πŸŽ“ Seminar Keusahawanan Percuma
• πŸ› Pameran & Jualan Usahawan
• πŸ›’ Jualan Murah Daging Lembu Tempatan RM 25/kg, Ayam Kampung RM 10/ekor Dan Ikan Segar
• πŸ† Sukan Traditional : Gelek Paro, Batu Selambut Dan Congkak
• 🎑 Pelbagai Aktiviti Menarik Menanti Anda

Pengunjung yang bertuah akan menerima HADIAH MENARIK! Jom ramai-ramai memeriahkan KALA FEST 2019
Untuk keterangan lanjut dan jualan booth, sila hubungi Puan Siti Esah Idris (09-741-4194) / En Zaidin Mustafa (09-741-4028).

Thursday, 11 April 2019

Dekad Membaca Kebangsaan

as-salam.

Dekad Membaca Kebangsaan pada 23 April 2019 jam 11.00 pagi hingga 11.10 pagi iaitu program membaca secara serentak selama 10 minit sahaja.

Tandakan tarikh dan masa tersebut untuk kita sama-sama membaca.  Insya Allah.


----------------------------

Bertabahlah..
Dunia tempat beramal bekerja dan berpenat,
Akhirat tempat berehat, dan tempat merasai segala nikmat.. 😊

Monday, 1 April 2019

Celoteh Pagi di Klate FM

 as-salam

1 April 2019 ~ April Fool.  Biarkan April yang fool, jangan kita, betul tak?

Pepagi dengar radio Klate FM, ada slot Abe Mat membebel atau pun ngepek, biasalah Abe Mat memang suka berceloteh.  Abe Mat atau Nor Hamidi bin Mohd Nadzir adalah pengasas D'Rias Bridal Collection, Kok Lanas, Ketereh, Kelantan.

Kalau nak dengar Abe Mat berceloteh boleh ke FB ABE MAT hahaha macam-macam ada.  Teguran yang membina dengan cara yang tersendiri, omputeh kata straight forward.  Mohon jangan terasa tapi ambillah teguran Abe Mat secara positif.

Kepada bakal-bakal pengantin sila ke FB D'Rias Bridal ya, contact Abe Mat.


Thursday, 28 March 2019

Pesta Orked dan Flora Kelantan 2019


as-salam.

Pesta Orked dan Flora Kelantan 2019 di RTC, Bandar Baru Tunjong, Kelantan telah bermula pada 21 Mac 2019 dan akan berakhir pada 31 Mac 2019.  Jadi apa lagi jomsss kito pakat gi ke RTC Tunjong blako.

Gerai-gerai mula beroperasi bermula jam 10.00 pagi hingga 12.00 malam.
Pelbagai flora dan fauna ada.  Penggemar orked jangan lepaskan peluang ini.

Kami telah berkunjung Pesta Orked dan Flora Kelantan pada 26 Mac 2019.  Setelah berpusing-pusing, kami beli bunga melur jepun, warna putih, bunganya bersusun seperti bunga ros dan sangat wangi. Harganya hanya RM5.00.





Orked-orked yang bermacam-macam warna, oren, putih, purple, hijau dsb.  Cantik sangat.
Masa kami pegi dah lewat petang, jadi tak dapat la nak tengok bunga ros jepun berkembangan. 
Insya Allah hari lain kami akan berkunjung lagi.


Monday, 25 March 2019

PDRM KELANTAN NIGHT RUN 212 POLICE DAY 2019

πŸ‘¨πŸ»‍✈πŸ‘©πŸ»‍✈ PDRM KELANTAN NIGHT RUN 212 POLICE DAY 2019 πŸ‘¨πŸ»‍✈πŸ‘©πŸ»‍✈
"POLIS DAN MASYARAKAT BERPISAH TIADA" 🀝🀝🀝

TARIKH : 26 APRIL 2019
FLAG OFF : πŸ•—8.00 MALAM
MULA/TAMAT : PERKARANGAN IPK KELANTAN 🏁
KATEGORI : πŸ’₯TERBUKA LELAKI
& πŸ’₯TERBUKA WANITAπŸƒπŸ»‍♂πŸƒπŸ»‍♀
JARAK LARIAN : 7KM🚩
HADIAH : 1 - 20 (L&P) πŸŽπŸ’Έ
LUCKY DRAW : BARANGAN ELEKTRIK, BASIKAL,HAMPER DLL πŸŽπŸš²πŸ’°πŸŽ‰
GRAND PRIZE LUCKY DRAW : SEBUAH MOTORSIKAL πŸ›΅πŸ’­
YURAN PENDAFTARAN : RM45.00
TARIKH TUTUP : 10 APRIL 2019

PESERTA AKAN MENDAPAT SIJIL PENYERTAAN, T-SHIRT, MEDAL,BIB & PERSEGARAN

SILA HUBUNGI : *MR. RANO 017-7065053, MS ZANA 017-9822284, MR AZMI 013-5295144 UNTUK PERTANYAAN & PENDAFTARAN / BAYARAN

ANJURAN : KELAB POLIS IPK KELANTAN

Mohon panjangkan kepada rakyat Kelantan, t kasih

Friday, 25 January 2019

Misi Fly With Me

Team yang menjayakan Misi Fly With Me
Penerbangan penuh harapan demi masa depan negara
as-salam.

24 Januari 2019 ~ Sekalung tahniah di atas kejayaan Misi Fly With Me ~ usahasama membawa keluar anak-anak orang asli gi Gua Musang, Kelantan untuk hadir ke sekolah.


Bersiap sedia sebelum berlepas.


Usahasama yang membawa kejayaan


Usahasama, kerjasama yang tidak berbelah bagi dari semua pihak membuahkan hasil yang tidak ternilai harganya demi masa depan anak bangsa Malaysia.

Tahniah ~ Fly With Me.

Wednesday, 5 December 2018

PENGUMUMAN CUTI PERISTIWA NEGERI KELANTAN PADA 9 DISEMBER 2018

Assalamualaikum

KENYATAAN MEDIA YAB USTAZ DATO’ BENTARA KANAN MENTERI BESAR KELANTAN

PENGUMUMAN CUTI PERISTIWA NEGERI KELANTAN PADA 9 DISEMBER 2018

Sempena dengan Himpunan Aman Rakyat Bantah ICERD di Dataran Merdeka pada 8 Disember 2018 (Sabtu), saya menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia untuk sama-sama menghadiri himpunan tersebut bagi menzahirkan kecintaan kepada negara Malaysia dengan mesej yang jelas supaya keharmonian masyarakat pelbagai kaum di Malaysia dijaga dan dipelihara.

Sehubungan dengan itu, Kerajaan Negeri Kelantan mengisytiharkan cuti peristiwa untuk Negeri Kelantan pada 9 Disember 2018 (Ahad) bagi memberi ruang kepada rakyat Kelantan menguruskan perjalanan dengan lancar dan selamat ketika menghadiri himpunan tersebut. Berhati-hati di jalan raya dan jagalah keselamatan diri dan keluarga.

InsyaAllah, kita akan berhimpun secara aman dan berakhlak mulia tanpa sebarang bentuk provokasi serta mengikut segala panduan dan arahan pihak berkuasa.

YAB USTAZ DATO’ HAJI AHMAD BIN YAKOB
(Dato’ Bentara Kanan)
Menteri Besar Kelantan
27 Rabiul Awal 1440H/5 Disember 2018

sumber