Showing posts with label Umum. Show all posts
Showing posts with label Umum. Show all posts

Friday, 31 July 2020

Raya Aidil Adha

Assalamualaikum.

Selamat hari raya Aidil adha, raya tahun ni jatuh pada hari Jumaat.  Bagi yang buat ibadah qurban pada raya pertama, masa agak singkat sebab perlu bersiap-siap untuk solat Jumaat.  Oleh itu perlu buat di awal pagi supaya boleh selesai sebelum 12 tengah hari.  Sebahagiannya ambil langkah selamat dengan buat penyembelihan pada hari raya ke dua. Apa pon pilihan anda, pastikan sentiasa menjaga SOP.


Thursday, 23 July 2020

TEKANAN DARAH *Specially *40 n Above

as-salam

simpan sini untuk rujukan

------------------------------------------------------------------

PERHATIAN... Utk ingatan para sahabat dan diri sendiri... *Specially *40 n Above
TEKANAN DARAH
           BP tinggi
         
120/80 - Normal
130/85 - Normal (Kawalan)
140/90 - Tinggi
150/95 - Terlalu Tinggi

PARAS GULA

3.7- Hipo (gula rendah) / Hyper
4.0 - Normal
5.0 - Normal (kawalan)
5.7 - Tinggi
6.0 - 7.0 - Terlalu Tinggi

Jika bacaan gula terlalu tinggi, awas anda bakal stroke...

DENYUTAN NADI
         
72 per minit (standard)
60 --- 80 p.m. (Biasa)
40 - 180 p.m. (tidak normal)

SUHU BADAN
        
98.4°F = 36.8°C (Normal)
99.0°F = 37.2°C Ke atas (Demam)

Tolong bantu saudara-saudara anda, rakan dengan berkongsi maklumat ini...

Serangan Jantung Dan Minum Air Panas

Ini adalah artikel yang sangat baik. Bukan sahaja mengenai air suam selepas makan, tetapi mengenai Serangan Jantung.

Org2 Cina dan Jepun minum teh panas dengan makanan, bukan air sejuk, mungkin sudah tiba masanya kita mengamalkannya tabiat minum air panas semasa makan.

Bagi mereka yang suka minum air sejuk, artikel ini boleh digunakan untuk anda. Ia sangat memudaratkan untuk minum air semasa makan. Kerana, air sejuk akan menguatkan barangan berminyak yang anda baru sahaja makan. Ia akan perlahankan penghadaman.

Apabila enapcemar ini bertindak balas dengan asid, ia akan rosak dan menjadi lebih cepat diserap oleh usus daripada makanan pepejal. Ia akan merangkumi usus. Tidak lama lagi, ini akan menjadi lemak dan membawa kepada kanser. Lebih baik minum sup panas atau air suam selepas makan.

Kentang goreng dan burger adalah musuh kesihatan jantung terbesar. Coke selepas itu memberi lebih kesan yg lebih buruk. Elakkan mereka.

Untuk jantung & Kesihatan anda

Minum satu gelas air suam apabila sebelum anda hendak tidur mengelakkan pembekuan darah pada waktu malam untuk mengelakkan serangan jantung atau strok.

Ahli kardio berkata, jika semua orang membaca mesej ini dan menghantarnya kepada 10 orang, anda boleh yakin bahawa kami akan menyimpan sekurang-kurangnya satu nyawa.

Bergembira dan nikmati hidup...

https://t.me/bicaraperawat

💉 KUMPULAN DARAH YG SERASI

Jenis Darah Serasi

O- boleh menerima O-
O+ boleh menerima O+, O-
A- boleh menerima A-, O-
A+ boleh menerima A+, A-, O+, O-
B- boleh menerima B-, O-
B+ boleh menerima B+, B-, O+, O-
AB- boleh menerima AB-, B-, A-, O-
AB+ boleh menerima AB+, AB-, B+, B-, A+, A-, O+, O-

Ini adalah mesej penting yang dapat menyelamatkan nyawa! Kehidupan boleh diselamatkan...

KESAN AIR

💐Kami tahu air adalah penting tetapi tidak pernah tahu mengenai perkara itu waktu khas anda perlu minum...!!!


Adakah anda???

💦 Minum air di masa yg betul. ⏰Memaksimumkan keberkesanan pada badan manusia;

1️⃣ 1 gelas air 1 minit selepas bangun - 🕕⛅ membantu aktifkan organ-organ                              dalaman.

2⃣ 1 gelas air 30 minit 🕧 sebelum makan - membantu penghadaman.

3⃣ 1 gelas air sebelum mandi 🚿 - membantu menurunkan tekanan darah anda.
             
4⃣ 1 gelas air sebelum pergi tidur - 🕙 menghindari stroke atau serangan jantung.

Apabila seseorang berkongsi sesuatu nilai dengan anda dan anda mendapat manfaat daripadanya, anda mempunyai moral kewajiban untuk membaginya dengan yang lain. 



Tuesday, 9 June 2020

Last Day PKPB

salam.

Hari ini 9 Jun 2020 merupakan hari terakhir PKPB, bermakna 3 bulan telah berlalu.  Selama 3 bulan Malaysia telah mengharungi pahit getir, suka duka dan pengalaman baru kesan dari Wabak Covind-19.

Esok 10 Jun 2020 hingga 31 Ogos 2020 akan bermula PKPP iaitu Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan.  Sungguh sembolik tarikh yang dipilih --- 31 Ogos 2020 hari kemerdekaan Malaysia.  Joms kita doakan bersama-sama pada tanggal 31 Ogos nanti kita akan merdeka dari Wabak Covind-19.  Kita boleh rayakan Double Celebration dan tentunya tarikh itu akan tercatat dalam sejarah negara kita Malaysia. 

Semalam hanya mecatatkan 7 kes baharu. Terima kasih PM, Terima Kasih Frontliner, Terima kasih Rakyat Malaysia. 

Dengan bermula PKPP bermakna Malaysia telah memberi kebenaran untuk rentas negeri.  Tentunya ramai yang berpusu-pusu balik kampung berjumpa keluarga masing.  Ada juga yang telah merancang untuk melancong setelah Perdana Menteri mengumumkan sektor pelancongan di dalam negeri telah dibuka.  Hotal-hotel di Langkawi dan pulau-pulau telah ditempah.

Selamat balik kampung dan selamat bercuti tetapi jangan lupa SOP yang telah diterapkan selama 3 bulan.  Kami sekeluarga tidak perlu balik kampung sebab kami memang berada di kampung.  Bab melancong pula, kami memilih untuk stay at home.  Kami punya anak kecil dan kami punya ayah yang melepasi umur 70 tahun.  Keselamatan mereka lebih utama daripada keseronokan untuk melancong terutama percutian yang memerlukan merentas negeri.

Insya Allah jika ada rezeki dan umur yang panjang, tahun depan boleh dirancang percutian yang lebih baik dan lebih selamat.  Sekarang kita buat saving dulu, kumpul dana pelancongan.

Sunday, 2 February 2020

Today is 02 02 2020

as-salam.

Today is Sunday, 02 02 2020 lets mark this date, hour, minute and second ...

2nd February 2020 at 2am 2min and 20second

02.02.2020 ~ 02:02:20


TQ Allah.

Thursday, 10 October 2019

Watch Out

as-salam.

Today is Thursday...end of this week.  eh eh talk talk english plok dia.  Sekejab je kan. abis satu minggu.  Apa perancangan hujung minggu ni.  Layan mata zzzzzzzzzzzzzzz.  atau nak ke mana ?? nak buat apa ???

Kalau tak ke mana dan bosan duk rumah, bolehlah ke Gong Kedak .... Ha ah Hari Terbuka  Pangkalan Tentera Udara Gong Kedak, Besut.

Ada helikopter, pesawat pejuang dan pelbagai aset lain.  Bukan senang nak tengok benda tu semua.  elok sangat bawa anak-anak ke sana.

Selamat bercuti ya ..... happy holiday......



Watch your Thoughts for they become Words

Watch your Words for they become Actions

Watch your Actions for they become Habits

Watch your Habits for they become Character

Watch your Character for they become
YOUR DESTINY....

             ..........wise man said

Monday, 7 October 2019

Belanjawan 2020

Assalamualaikum w.b.t
Salam Sejahtera,

Belanjawan 2020 akan dibentangkan oleh YB Tuan Lim Guan Eng, Menteri Kewangan seperti ketetapan berikut:
 

Tarikh             : 11 Oktober 2019 (Jumaat)
Masa               : 4.00 petang
Tempat           : Parlimen Malaysia

Liputan siaran langsung akan disiarkan di stesen RTM1 dan RTM2 serta secara webcasting melalui Portal Belanjawan 2020 di http://www.treasury.gov.my. Siaran langsung ini juga boleh didapati dalam dua versi iaitu Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Manakala, teks ucapan Belanjawan 2020.

Friday, 27 September 2019

Wise Talk

as-salam.

Salam Jumaat 27 September 2019. Kita telah berada penghujung Muharam... Ya Allah pantasnya masa meninggalkan kita.

Syukur kita masih disini, masih diberi rezeki kesihatan yang baik, rezeki gelak tawa keluarga, rezeki masih boleh bernafas dan menyedup udara bersih walaupun tercemar dengan jerebu.  Alhamdulillah kita masih punya kemudahan untuk bergerak, makanan untuk dimakan, bekalan air bersih untuk diminum dan sebagainya.  Bertuahnya kita masih dibumi merdeka.  Hargailah setiap apa yang kita miliki hari ini sebelum semua ini ditarik oleh Allah.



Ya Allah sesungguhnya engkau Maha Pemurah dan Maha Mengasihani.  Pemberian dan kurniaan MU maha luas, tak terhitung oleh kami.  Terimalah Ya Allah ibadat kami, taubat kami.  Kami umatmu yang lemah .... yang sentiasa lalai.  Ampuni kami, redhai kami dunia dan akhirat.  Amin.



Wise Men Talk because they’ve something to say
but
Fools Talk because they’ve to say something

           ............wise man said

Thursday, 26 September 2019

Life is like a book


as-salam.

Hujan turun mencurah-curah sejak malam tadi.  Seharian ni mendung, kadang-kadang hujan renyai-renyai.  Dah akhir September kan, dah masuk musim tengkujoh.

Life is like a book.
Some chapters are sad, some are happy while some exiting...But if you NEVER TURN the PAGE you’ll never know what the next chapter holds

So, dont judge a book by it cover.

Perumpamaan ini tidak sesuai digunapakai untuk buah seperti buah durian ... walau kulit tajam menikam isinya D24, musang king .. nyummy.



Wednesday, 25 September 2019

Dream for a Better

as-salam

Masih tak boleh nak move on dengan Pulau Rhu.  Penat pun belum hilang.  Terbayang-bayang air yang membiru, pokok-pokok rhu melambai-lambai.

Moga kami dapat ke sana lagi, enjoy bersama keluarga.

                ======================

Pain makes you stronger
Tears make you braver and
heartbreaks make you wiser
so thank to the past for a brighter better future

            ...........wise man said

Wednesday, 28 August 2019

CINTA & ANUGERAH

As-salam.

Dgn CINTA & ANUGERAH...

CINTA bukanlah sekadar ucapan, namun harus disertakan dgn pengorbanan...

Mencintai dan dicintai merupakan
ANUGERAH terindah dariNYA.

Love u all my respected teachers
Love you too my friends
Love you soooo much my family
Thank you to
All my teacher
All my friends
All my family
Proud to knowing you, being with you.
You are my greatest GIFT.


 

Thursday, 4 July 2019

HEBAHAN: MISI KORBAN, AKIKAH & DANA PENDIDIKAN KEMBOJA 2019

as-salam.

KHAMIS 01 ZULKAEDAH 1440H/04 JULAI 2019M

Joms kita sama-sama jayakan MISI KORBAN, AKIKAH & DANA PENDIDIKAN KEMBOJA 2019 yang dianjurkan oleh Pertubuhan Kegiatan Dakwah Islamiah Sekolah-sekolah Malaysia (PEKDIS) Pusat

di alamat :
d/a Bahagian Pendidikan Islam, KPM,
Aras 2, Bangunan Mustapha Kamal, Jalan Usahawan 1,
63000 Cyberjaya, Selangor

Tel : 03-83217200
Faks : 03-83217193

Tarikh Tutup 31 Julai 2019

Don’t educate your children to be rich but educate them to be happy so they know the value of things not the price
            ...........wise man said



Borang  KORBAN, AKIKAH & DANA PENDIDIKAN KEMBOJA 2019


😊 Jangan BANGGA dgn apa yg dimiliki di dunia ini...
Semua itu hanya PINJAMAN sementara, sedangkan pengakhirannya tdk kita ketahui

Sunday, 16 June 2019

PeKa B40

as-salam




Layari laman sosial PeKa B40 https://facebook.com/pekab40 

Selain itu, bahan promosi PeKa B40 boleh dimuat turun di pautan berikut:

http://bit.ly/2KYWAhR - PeKa B40 Pamphlet

http://bit.ly/2IR1ZEV - PeKa B40 Poster

http://bit.ly/2GEdIFt - PeKa B40 Tent Card


Saturday, 15 June 2019

Qurban dan Akikah Untukmu

as-salam.

Kepada sesiapa yang ingin menyumbang bagi tabung Qurban dan Akikah sila berhubung dengan pihak MAPIM.




Thursday, 13 June 2019

Projek Pembinaan Masjid Kg Atas Pinggir, Pasir Mas, Kelantan



as-salam.

Mohon sumbangan bagi Projek Pembinaan Masjid Kg Atas Pinggir, Pasir Mas, Kelantan.

Untuk pertanyaan sila hubungi Hj. Ariffin selaku pengerusi pembinaan masjid di talian 012-9893746.




Wednesday, 12 June 2019

TAWARAN TERBUKA KEPADA PELAJAR-PELAJAR LEPASAN MATRIKULASI, TINGKATAN 6, DIPLOMA DAN IJAZAH SARJANA MUDA UNTUK MENGIKUTI KURSUS AMBILAN JULAI 2019 DI APPLE DEVELOPER ACADEMY, NAPLES, ITALY

copy & paste
----------------------------------------------------------------------------------
Assalamualaikum wbt. dan Selamat Sejahtera,

HEBAHAN : TAWARAN TERBUKA KEPADA PELAJAR-PELAJAR LEPASAN MATRIKULASI, TINGKATAN 6, DIPLOMA DAN IJAZAH SARJANA MUDA UNTUK MENGIKUTI KURSUS AMBILAN JULAI 2019 DI APPLE DEVELOPER ACADEMY, NAPLES, ITALY

YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan,

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.  

2.            Untuk makluman YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan, Kementerian Luar Negeri telah memanjangkan tawaran permohonan kursus selama 9 bulan di Apple Developer Academy, Naples, Itali bagi sesi pengajian tahun 2019/2020.  Antara bidang kursus yang ditawarkan adalah dalam bidang aplikasi dan perkhidmatan IT, rekaan digital dan model perdagangan digital. Maklumat lanjut tawaran tersebut juga boleh dilayari melalui di laman sesawang https://www.developeracademy.unina.it/en.

3.            Tawaran kursus ini adalah terbuka kepada semua pelajar yang berusia 18 tahun dan ke atas dari serata dunia dan kuota pengambilan kemasukan ke akademi tersebut adalah sebanyak 400 orang pelajar. Tarikh tutup permohonan adalah 21 Jun 2018 (Jumaat) jam 1400 (GMT+1). Maklumat lanjut dari segi tatacara dan syarat permohonan boleh dicapai di laman sesawang https://www.developeracademy.unina.it/wp-content/uploads/2019call_everyone_en.pdf.

4.            Sehubungan itu, kerjasama dan jasa baik pihak YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan adalah dimohon untuk menghebahkan tawaran ini kepada institusi-institusi pengajian di bawah seliaan pihak YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan. Sebarang pertanyaan lanjut mengenai tawaran kursus ini,  pihak YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan  boleh berhubung terus dengan pegawai seperti butiran berikut:

Nama                   :           Prof Ing. Giorgio Ventre
Emel                     :           giorgio@unina.it  
Telefon                :           +39 081 768 3908 / +39 380 767 9372
Laman web         :           http://www.dieti.unina.it

5.         Perhatian, kerjasama dan komitmen pihak YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan dalam perkara ini adalah amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

Salam hormat,

Bahagian Hubungan Antarabangsa
Kementerian Pendidikan Malaysia

Bercuti Di Pulau

as-salam.

Bercuti Di sebuah pulau..... kami ke sana semasa cuti 1 Mei.  Hari ni baru berkesempatan menulis coretan pengalaman semasa di sana.

Sebagai "orang baru" di PULAU tersebut banyak yang kami tak tau eemmmm bak kata orang "terkena" juga dengan pihak2 yang cuba mengambil kesempatan terhadap "orang baru" macam kami.

tayar kereta yang bertampal dan xde bunga
Cerita kecantikan dan keunikan PULAU berkenaan memang dah banyak terpampang di pelbagai media sosia, jadi kami tak nak cerita bab tu.  Kami menulis berdasar pengalaman kami selama 3 hari 2 malam di sana.  Bukan nak bercerita tentang keburukan PULAU itu, kami menulis sebagai peringatan kepada kami sendiri supaya di masa akan datang samada di PULAU itu atau di mana jua kami pergi, kami akan lebih berhati-hati.

Kisah ini kisah sebahagian kecil sikap manusia yang kurang prihatin dan cuba mengaut keuntungan di atas kesusahan orang lain.

Kami menyewa sebuah kenderaan untuk kemudahan di sana.  Bila kami di bawa ke kenderaan tersebut, kami sedih melihat kenderaan yang kami sewa, tayarnya bertampal tidak berbunga.  Tetapi atas dasar "kami dah bayar awal" kami ambil juga kenderaan tu.  Pemilik kenderaan meminta deposit sebanyak RM50.00 sebelum menyerahkan kunci kenderaan .  Kami bertolak dari "Pekan A" ke "Pekan B" menaiki kenderaan tersebut sekitar 30 minit perjalanan.  Sesampai di "Pekan B" tayar kenderaan bocor.  Kami call pemilik kenderaan bertanya apa yang harus kami lakukan dengan tayar yang bocor dan dengan harapan pemilik kenderaan akan ganti kenderaan lain. Tetapi ... jawapan pertama yang kami dapat "Awak kena ganti harga tayar tu .... bla bla " .... aduh pedihnya.  Dalam hati "Korang hanya nampak DUIT je".  Tau nak untung je.  Kami matikan panggilan tersebut sebab malas nak dengar ucapan yang menyakitkan hati.

Kami minta tolong pekerja di "Pekan B" untuk menukar tayar tersebut dengan bayaran RM20.00 dan kami bergerak ke tempat penginapan kami.  Sepanjang 3 hari di sana kami sengaja tidak menelefon balik pemilik kenderaan untuk bagitau berkenaan status tayar yang bocor sebab kami ingin lihat sejauh mana pihak pemilik kenderaan mengambil berat "masalah kami". Ternyata masalah kami diabaikan begitu sahaja.

Kami rasa amat sedih dan terkilan dengan sikap tidak ambil peduli pemilik kenderaan.  Kawan-kawan ..... berhati-hatilah bila menyewa kenderaan walau di mana jua tempat kita melancong.


Tuesday, 11 June 2019

Sumbangan Telaga Air

As-salam.

Di sini saya kongsikan gambar-gambar telaga air sumbangan rakyat Malaysia di Kem Pelarian Rohingya di Bangladesh.

Semoga sumbangan ini dapat membantu mereka yang memerlukan.




KELANTAN BRANCH OFFICE
International Relief And Humanitarian Outreach (iReach)
5437-B, Jalan Dusun Muda, 15200, Kota Bharu,
Kelantan Darul Naim, Malaysia.
 http://www.mapim2u.org/staff/contact-us/

Monday, 10 June 2019

6 Syawal : Kerja

as-salam.

Syawal 6 .... raya lagi keeeee .... kami mula kerja dan anak-anak mula sekolah.  Dapat mesej dari cikgu majlis raya sekolah anak pada hari khamis 13 Jun 2019.  Kami dah sediakan biskut raya yang dibeli di Giant Supermarket.  Senang gitu kan.


Ada 2 jenis biskut yang kami biasa beli kat Giant Supermarket sebab anak-anak suka makan.  Biskut Tart Nenas dan Biskut Nestum, harga dalam RM17.90 kalau tak silap.  


Friday, 7 June 2019

3 Syawal : Kuah Lodeh

as-salam.

Salam Aidilfitri di pagi 3 Syawal.  Hari ni kami sediakan juadah istimewa ....... Nasi Berlauk Bungkus.  Disebabkan telah ada yang menjual, kami beli je nasi bungkus untuk sarapan.  Selepas tu jam 10.30 pagi kami keluar beraya ke rumah bapa saudara.

gambar dari santanukay.com

Di rumah bapa saudara kami dihidangkan dengan kuah lodeh, sambal bilis, nasi impit dan kek lapis sarawak.  Alhamdulillah.

Petang selepas Jumaat, kami ke rumah sepupu yang membuat kenduri aqiqah anak ke duanya.  Kami dihidangkan dengan nasi, ayam masak merah, singgang daging, kerabu perut,  kambing bakar dan banyak lagi.

Terima kasih kepada santanukay.com, pinjam gambar.   Kalau sesapa nak buat kuah lodeh, resepi ada kat situ.

Tuesday, 4 June 2019

Tangisan Wanita

as-salam.

buat mu wanita...memang unik huhuhu.... byeee.......

👸Renungan sepintas lalu. Mengapa WANITA sering menangis?
👸Jawab Allah :
Karena WANITA itu unik.
👸Aku ciptakan ia sebagai makhluk istimewa.
👸AKU kuatkan bahunya utk menjaga anak2nya,
👸AKU lembutkan hatinya utk memberi rasa aman,
👸AKU kuatkan rahimnya utk menyimpan benih manusia,
👸AKU teguhkan peribadinya utk terus berjuang saat yg lain
menyerah,
👸AKU beri dia naluri utk tetap menyayangi, walau dikhianati oleh pasangannya.
👸Walau disakiti oleh orang yg disayangi.
WANITA makhluk kuat.
👸Tapi jika suatu saat dia menangis, itu karena AKU beri air mata utk membasuh luka batin & memberi kekuatan baru.
🍁WANITA sangatlah istimewa......


 We make a LIVING by WHAT WE GET but we make a LIFE by WHAT WE GIVE
           ...........wise man said