Panduan Penyewa

Penginapan Homestay di Malaysia



Homestay adalah satu konsep penginapan jangka pendek bersama tuan rumah atau pengusaha homestay berkenaan. Penyewa boleh berinteraksi dan mengalami gaya hidup seharian dan terdedah kepada kebudayaan tuan rumah.

Hari ini semakin ramai menyewakan rumah mereka sebagai homestay, rumah rehat atau rumah tamu. Seluruh rumah yang tidak diduduki selalunya disewa tanpa tuan punya tinggal bersama.

Terdapat kelebihan tertentu tinggal di rumah-rumah seperti ini berbanding hotel.

Antaranya :

  • Kos penginapan lebih murah mengikut jumlah penyewa yang boleh diisi.
  • Tidak bercampur dengan orang lain.
  • Kenderaan boleh diletakkan dekat seperti rumah sendiri (apartment mungkin jauh sikit).
  • Lebih ramai saudara mara dan rakan taulan yang menginap bersama, maka lebih meriahlah pengalaman penginapan tersebut.


Beberapa soalan perlu ditanya apabila menempah rumah untuk disewa.

Antaranya:

  • Apakah tarikh dihajati masih kosong kerana jika hanya sebuah rumah untuk disewa mungkin sudah ditempah orang lain.
  • Fasiliti dan kelengkapan yang ada. Bantal dan tilam tambahan mungkin perlu dibawa jika tidak cukup.
  • Samada dibenarkan memasak atau membawa dapur/periuk sendiri.
  • Setengah homestay menyediakan makanan jika diminta.
  • Jumlah penghuni yang dibenarkan.
  • Lain-lain syarat atau terma jika ada.


Proses masuk ke rumah selalunya tidaklah rumit seperti di hotel. Yang perlu cuma menghubungi tuan rumah untuk kunci dan penghuni bebas untuk mendiami rumah tersebut.

Perkara yang perlu diambil perhatian cuma menjaga kebersihan dan peralatan yang ada seperti menjaga rumah sendiri. Peralatan elektrik mesti dipadamkan apabila meninggalkan rumah tanpa penghuni.

Aspek keselamatan juga harus dijaga. Barang-barang peribadi disimpan di tempat yang selamat kerana selalunya tuan rumah tidak menggaji pengawal yang mengawal rumah 24jam sehari.

Akhir sekali setiap homestay mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri mengikut lokasi, jenis rumah, fasiliti yang disediakan dan layanan tuan rumah. Oleh itu pengalaman dari satu homestay dengan yang lain sudah semestinya berbeza.

Petikan Asal dari : Seri Anggerik Direktori

No comments:

Post a Comment