Showing posts with label Drama. Show all posts
Showing posts with label Drama. Show all posts

Tuesday, 26 August 2014

Tuan Rumah Pembantu Rumah


salam.

Kalu sebut je pasal Tuan Rumah Pembantu Rumah semua dah terbayang-bayang pelakon yang comel dan hensemkan.












Memang BEST drama bersiri Tuan Rumah Pembantu Rumah, kelakar.  Saya suka tengok sebab jalan ceritanya menarik dan lucu.  Satu lagi sebab ialah saya berkenan dengan deco dalam dan luar RUMAH Tuan Rumah kepada Pembantu Rumah.







Hampir semua ruang atau bilik kat rumah ini ada pintu cermin dan diluarnya ada taman atau ruang rehat yang cantik.

Apalah yang dibebelkan oleh ASHA tu....


Contohnya ruang tepi dapur (kalu tak silap) ... siap ada tempat main basketball.

Tempat Asha main dan enjoy !!








Gambar ini pula dalam dan luar bilik IM.











Bilik Dr. Emir Jihan di sebelah bilik IM.








Wednesday, 2 January 2013

Cinta Qaseh

salam.

Minggu lepas berakhir sudah kisah Mimpi Cinderella (like the ending - walaupon terasa cam tercepat sangat habisnya).   Malam tadi 1 Jan 2013, jam 9.00 malam di TV3 slot ni membawa kisah baru iaitu Monumen Cinta Qaseh.

Sinopsisnya boleh tengok kat blog-blog lain, cari je pasti berlambak.  Cerita ni ada nak seiras dengan cerita yang disiarkan jam 7.00 petang setiap Isnin-Khamis di TV3.  Cerita kawen paksa erkkk Terlanjur Cinta pon kisah kawen paksa.  Pastu ada kes terPREGNanT.  Gitu le kalu asalnya dari novel !!!  Kembar tak seiras.

Apa-apa pon tahniah lah kepada tuan punya novel, penerbit, pengarah, pelakon dan semua yang terlibat.  Cerita-cerita rekaan korang memang BEST tak kisah lah sama ada novel atau script drama/telemovie dsb.

Petang nanti jomsss kita layan sesama kisah Setia Hujung Nyawa.  Sesambil melayan keletah anak-anak,   boleh hilangkan stress menEDIT program PHP nih.   eeeiii buhsan nyerrr dengan programming niiii !!!


Sunday, 9 December 2012

Mimpi Vs Impian

Salam.
Mimpi Cinderella Slot Lestary mengisahkan tentang kehidupan Saleha (Eina) seperti citer dongeng CinderellaBila teringat citer ni, boleh tergelak sorang-sorang, ilang stress keje jab.

Sinopsis:..Bila dah abis pengajian, Saleha sukar mendapatkan pekerjaan. Ibu tiri, Karimah. sentiasa membebel menganggap Saleha menjadi beban.  Saleha mempunyai 2 orang adik tiri.  Saleha telah ditawarkan bekerja sebagai pembantu peribadi Lorna.  Lorna yang suka membuli sentiasa cemburu bila tunangannya berlembut hati dengan Saleha.  Akhirnya Saleha turut di buli oleh adik Lorna a.k.a Hero citer ni.

Nak download citer Mimpi cenderella ..pegi sini ya : Ceritamaster.com ... boleh download semua episod.

Ni la hero malaya masa kini, putera a.k.a hero dalam Mimpi Cinderella.  Not bad lah lakonan nya, boleh bawa watak dalam citer ni dengan baik.  gambo ni amik n paste dari tuan punya official room le, maaf ya pastekan kat sini. suka gambo ni.

Thursday, 29 November 2012

Terlanjur Cinta

Salam.

20 November lepas Slot Ratu TV9 menayangkan siri baru bertajuk Terlanjur Cinta. Lakonan, Siti Saleha dan Aqasha.  Termiss plak 1st episode.

Isnin malam 2nd episode telah ditayang - baru le berkesempatan melayan TV.  hehehe tu pon sebab anak-anak dah tidur.  Malam tadi 3rd episode plak ..... sib baik sempat emm nampak cam best citer nih.   Slot Ratu ditayangkan setiap isnin dan selasa di TV9 jam 8.30 malam.  Kami ni hanya menonton bila berkesempatan jer, so pilih2 citer yang best, kadang citer best pon tak sempat nak ngadap.  Tak kisah lah, bukan benda wajib sekadar hiburan semata dan sekiranya ada pengajaran boleh lah diambil iktibarnya.  Setiap cerita yang direka kekadang ada kebenarannya dengan realiti kehidupan seharian kita.


Bagi yang nak download boleh le pegi ke ceritamaster .

Sipnopsis dari Blog Kelab Rasmi Siti Saleha

Ini page baru Terlanjur Cinta, page asal terpaksa dibuang sebab ada text yang mengacau banner !!!  ( lost beberapa HITS dari page asal :(  )

Tuesday, 6 November 2012

Sudah Cukup Sudah

Salam.

Ahhahahaha tetiba pagi ni teringat lagu Nirwana yang menjadi lagu tema Drama Julia di TV3. layan TV time maghrib plak dia.  Lirik lagu ni kena sangat dengan jalan cerita.  Petang2 sesambil layan anak2, terbuai sayu je dengar lagu ni, kalu hayati citer tu leh meleleh ayaq mata .... heheheh jiwang la plak.


Suka tengok Fouziah dalam citer ni, cantik sangat n wataknya waktu awal siaran tu best, dah last2 ni watak Fouziah cam malap plak. Cerita Julia ni boleh dikategorikan menarik kan, kena plak heronya si Fizo tu, cumil jerk.  Dengan watak Sofea yang separuh psiko la kiranya ehhh tertinggal plak watak utama Julia : Nabila Huda.  Kira boleh la layan sedang elok nak merehatkan badan lepas keje.

Sinopsis citer dan maklumat asal kat sini ya dan lagi maklumat di EDtv

Dah nak abis pon citer ni, arap2 sempat le tengok episod akhir sbb 8 Nov Khamis tu agak busy ngan keje luar.  Copy paste gambo dari EDtv, maaf ya tuan punya gambo tak minta izin secara direct.

 Lirik lagu Sudah Cukup Sudah-Nirwana Band (Lagu Tema Drama Julia TV3)
Download lagu Sudah Cukup Sudah-Nirwana Band (Lagu Tema Drama Julia TV3)-weblagu

Inikah caramu membalas cintaku
Kau nodai cinta yang ku beri
Inikah caramu membalas sayangku
Kau lukai sayangku untukmu

Teganya kau menari di atas tangisanku
Kau permainkan ku sesuka hatimu

Sudah cukup cukup sudah
Cukup sampai di sini saja
Daripada hati gelisah
Cintaku kau balas dengan dusta

Sudah cukup cukup sudah
Cukup sampai di sini saja
Daripada batin terseksa
Lebih baik ku pergi saja

Telah berulangkali ku coba mengalah
Ternyata sabarku tak berarti untukmu