Showing posts with label Dessert. Show all posts
Showing posts with label Dessert. Show all posts

Monday, 11 March 2019

Order Sekarang : Coklat SEDAP

as-salam.
Choc n Nut

Alhamdulillah, stok coklat sedap telah sampai.

Choc n nut - rm6
Coconut - rm5.50
Fruits - rm 7.50

Order Sekarang : Coklat SEDAP

 http://014532557.wasap.my

sapa cepat dia dapat. sebelum kehabisan stok !!


Friut Bar

Coconut Bar

In Pack

Promotion

Sunday, 21 January 2018

Joms Jala Sukat Cawan

roti jala lobak merah oleh fatihah,
bagus idea kreatif
as-salam.

Kisah hari minggu, terasa nak makan roti jala.  Apa lagi, ambil bahan-bahan dan bancuh.  Kebetulan ada gulai ayam (kami beli je RM5.00).

Bahan-Bahan;
- 2 Cawan Tepung Gandum (kami guna tepung pau)
- 2 1/2 Cawan Air
- 1 Biji Telur
- 1/2 Sudu Teh Pewarna Kuning
- 1/2 Sudu Teh Garam
- 1 sudu besar minyak zaitun

Cara-Cara;

1. Masukkan semua bahan ke dalam bekas dan kacau sebati (guna whisk).
2. Pastikan kacau rata2 supaya tidak berketul.
3. Test dulu sama ada adunan mudah keluar dari acuan atau tidak.
4. Jika susah keluar, tambahkan lagi sedikit air dan kacau sebati.  Jika cair tambah sedikit tepung, juga rasa, pastikan cukup masinnya (ikut selera memasing).
5. Bakar adunan di atas kuali leper hingga garing di bawahnya. (hingga tiada lagi tepung yang cair)
6. Bila dah masak angkat, masukkan ke dalam pinggan.
7. Kemudian lipat atau gulung roti jala tu ikut citarasa memasing.

ini pula roti jala tembikai karya fatihah
cantikkan, nnt nak cuba menjala
mcam idea fatihah

Dulu rasa ngeri je bila ingat menjala.  Alhamdulillah sekarang dah cantik, lembut dan sedap. Telur tu atas pilihan ya, optional. Kalau tak makan telur tak perlu letak.

Anak-anak apa lagi sambil kita menjala, diorang dah makan !!!


http://www.rasa.my/cara-cara-buat-roti-jala-tembikai-comel-kan/ 

Monday, 20 November 2017

Red Velvet Cake oleh Azie Kitchen

as-salam.

Red Velvet Cake
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
2 1/2 cawan all-purpose flour
1 sk garam 
2 sb cocoa powder 
1 1/3 cawan vegetable oil 
1 cawan buttermilk - suhu bilik (atau 1sb jus lemon + 1 cawan susu)
2 sb red food colouring
1 sk vanilla extract
2 biji telur gred A - suhu bilik 
1 1/4 cawan gula kaster
1 sk white distilled vinegar
1 sk baking soda 

Cara-cara:
Pukul minyak dan gula sehingga sebati dan masukkan telur, pukul lagi sehingga kembang dan ringan selama 2-3 minit.

Satukan dan ayak tepung gandum, serbuk koko dan garam.

Dalam mangkuk lain, satukan buttermilk, pewarna merah dan esen vanila.

Menggunakan kelajuan sederhana, masukkan tepung berselang-seli dengan larutan buttermilk dimulai dan diakhiri dengan tepung (masukkan 1/2 tepung dulu, kemudian semua buttermilk dan seterusnya semua tepung yang masih berbaki). 

Dalam satu mangkuk kecil, campurkan cuka dengan baking soda. Campuran akan berbuih atau berbusa. Dengan segera tuang ke dalam adunan dan terus kaup balik.

Masukkan adunan ke dalam loyang bulat saiz 9 inci dan bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170C selama 1 jam atau sehingga kek masak. Sekiranya ingin membakar menggunakan 2 loyang yang sama besar, bahagi adunan kepada 2 bahagian yang sama banyak dan bakar pada suhu 170C selama 20-30 minit. Kami hanya membakar selama 25 minit untuk 2 loyang.

Setelah masak, biarkan kek sejuk di dalam loyang selama 10 minit. Kemudian keluarkan kek dan sejukkan sepenuhnya di atas redai.

Akhir sekali, balut kek dengan plastik dan simpan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 1 jam atau sehingga semalaman untuk memudahkan proses menghias kek. (Kalau tak ikut langkah ni pun tak apa. Boleh saja terus menghias kek. Cuma langkah ni memang membantu).

Nota:
Cupcake dibakar selama 15 minit pada suhu 170'C.



Best Ever Cream Cheese Frosting
Sangat sedap dan saya sangat menyukai rasanya.  

Bahan bahan:
8 oz cream cheese - sejuk
5 sudu besar butter - lembut (70.8 gm/2.5 oz)
2 sk vanilla extract
2 cawan gula ising - ayak


Putar cream cheese dengan butter dan vanilla extract sehingga sebati.

Sedikit demi sedikit, masukkan gula ising sehingga mencapai konsistensi dan kemanisan yang disukai.

Simpan di dalam peti sejuk sehingga agak stiff sebelum menggunakannya. Boleh disimpan di dalam peti sejuk sehingga 3 hari.

Thursday, 2 November 2017

Vietnam Spring Roll

as-salam.

simpan untuk rujukan di kemudian hari.
==========================================================




Jom share resepi ni dekat wall anda . Pada masa yg sama anda membantu orang yang memerlukan resepi ini ..
Admin share resepi vietnam spring roll dan resepi sos popia vietnam style saya. InsyaAllah semua custemor suka dan cakap sedap. Kena dgn selera. 😍👍🏻👍🏻👍🏻
Sape nak buat jualan or makan boleh la amik. Saya halalkan dunia dan akhirat. 👌🏻
Mohon doakan biz saya dan suami smga dimurahkan rezeki kerana inilah mata pencarian kami...dan spnjg mgandung ni diberi kesihatan yg baik utk terus mencari rezeki. 👌🏻👇🏼

Bahan2

Kulit vietnam spring rolls secukupnya
Salad
Timun batang jepun(hiris panjang)
Carrot (hiris panjang)
Daun pudina
Daun ketumbar
Bihun @ suhun (celur)
Udang (celur)
Crab stick (celur)
Bahan sos
Separuh ketul nisan@gula melaka
5 cawan air
3-4 sudu besar penuh tepung jagung (kacau dgn sedikit air)
3-4 biji cili api merah yg pedas byk biji tu cincang halus
3 senduk kecik sos plum
3 senduk kecik sos cili thai
2 senduk kecik jus limau siam dlm botol
7-9 sudu besar penuh gula( boleh rasa sndiri nanti)
2-3 sudu kecik garam(boleh rasa sendiri)
3 ulas bwg putih cincang halus
Cara2
1. Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk kecuali tepg jagung.
2. Dah mendidih masukkan tepg jagung. Kacau sehingga pekat.
3. Rasa masam, masin, manis, pedas. Biar secukup rasa.
Cara gulung
1. Celup kulit popia ke dalam air suam sekejap terus angkat.
2. Letakkan salad dahulu sbg alas, kemudian baru bahan2 lain.
3. Last skali ltk crab stick dan udang.
4. Gulung seperti gulung popia biasa.
Maaf cara gulung secara gambar or video saya x sediakan. Boleh tengok you tube jika tak pandai. Cara gulung macam gulung popia saja.
Rujuk pic untuk tgk gmbr sudu dan senduk yg saya gunakan.
Selamat mencuba👌🏻😍
Kredit to Tuan Adriana Alissya
Sumber gambar : suehomemade

Wednesday, 4 October 2017

Sup Cendawan Telur

as-salam.

Bahan-bahan ( 3-4 orang )

1/2 pack Enoki / Cendawan Jarum Emas potong kecik2 guna gunting je
1/2 karot, potong kecil-kecil.
Isi ayam
2 sb tepung jagung
Sebiji telur

Cara-cara
1.  Cendawan, isi ayam dan karot dipotong nipis-nipis
2.  Didihkan air di dalam periuk dan masukkan isi ayam tadi
3.  Masukkan cendawan, karot.
4.  Bancuh tepung jagung dengan sedikit air.
5.  Masukkan ke dalam masakan tadi. Pastikan kuah sedikit likat.
6.  Tambah garam secukup rasa dan masukkan putih telur sambil dikacau.
7.  Bolehlah dimakan begitu saja atau dimakan bersama nasi atau roti

Sup Cendawan ala Pizza

as-salam.

Bahan-Bahan :-

1 pack Enoki / Cendawan Jarum Emas potong kecik2 (pakai gunting je)
3 sb minyak masak
1 biji bawang besar Holland- dipotong dadu kecil
2 ulas bawang putih – diketuk
Isi ayam potong dadu
1/2 batang karot (potong kecik2)
5 cawan (xde susu punya pasal)
5 sudu besar tepung gandum.
Lada hitam dan garam secukup rasa.


Penyediaannya

1. Panaskan minyak di dalam periuk dan masukkan bawang besar dan bawang putih tadi. Goreng seketika sampai bawang layu dan jangan sampai bawang bertukar warna.

2. Masukkan ayam dan kacau selama 2-3 minit.

3. Campurkan tepung gandum dalam air, kacau sebati. Kemudian masukkan tepung gandum dalam periuk dan kacau sehingga sebati.

5. Masukkan cendawan dan karot – kacau sebati dan biarkan mendidih.

6. Masukkan lada hitam dan garam secukup rasa.


7. Matikan api dan hidangkan ketika panas.

Tuesday, 20 June 2017

Peanut Butter Banana Brownies

bahan2 :

2 ripe bananas
1 cup sugar
½ cup, plus 1 tablespoon unsalted butter, melted
1 teaspoon vanilla extract
¾ cup flour
¼ cup, plus 1 tablespoon cocoa powder
⅛ teaspoon salt
½ cup smooth peanut butter

PREPARATION

1. Preheat oven to 350°F/180°C.
2. In a bowl, use a fork to mash the bananas. Add the sugar, ½ cup of butter, and vanilla, and whisk until combined. Add the flour, salt, and cocoa powder, and whisk until fully incorporated.
3. Use the remaining 1 tablespoon of butter to grease a 9x9-inch baking tray.
4. Use the remaining 1 tablespoon of cocoa powder to dust every side of the baking tray.
5. Pour batter into prepared baking dish.
6. Use a spoon to add dollops of peanut butter on top of the batter. Use a butter knife to swirl the peanut butter into the brownie batter.
7. Bake for 25-30 minutes, until center no longer jiggles when pan is shaken.
8. Allow brownies to cool completely before cutting.

resepi asal

Wednesday, 17 May 2017

RESEPI HOKKAIDO GEBU GEBAS

as-salam.

RESEPI HOKKAIDO GEBU GEBAS HAKAK SHERY (sumber pendapatan hakak shery)
🍎sory xsempat nk bls sorang2 yg pm hakak shery, ni resepi yerr)
STEP 1
1. Pecahkan 4 biji putih telur (KUNING TELUR LETAK DALAM BEKAS LAIN)
2. 4 sudu besar gula halus
* mixer smpai bertanduk yer..meringue

🍎letak tepi dlu yg meringue
Note : meringue tu jgn ada bercampur sedikit air atau kuning tlur atau apa2 jelaa..hihi..nnti xjdi lerrr meringue awk2 semue..nnti xjdi frust pulak
STEP 2
1. 4 biji Kuning telur (yg dah ada dlm bekas tadi)
2. 3 sudu besar gula
* kacau2 je guna whisk (godek2 mcm tu)
3. Masukkan susu cair setengah cawan( saya guna dutch lady)
4. Minyak masak 5 sudu besar
* smbung kacau guna whisk sampai sebati
STEP 3 ( ayak dulu)
1. 1/2 cawan gandum
2. 2 sudu besar tpung jagung/kastard
3. Stgh sudu kecil baking poder
🍎 masukkan step 3 ni ke dalam step 2..kacau2 guna whisk
🍎 lepas tu campurkan dgn step 1 tdi..kacau2 sampai sebati
🍏JOM KITA BAKOR
GUNA API ATAS BAWAH YER SUHU 160..DALAM MASA 20 MINIT..TGK LA KALO DAH MASAK..X LEKAT LERR KAT LIDI BILA KITA CUCUK2
JGN LUPA PANASKAN OVEN DULU DLM 10 MINIT SUHU 170
FILLING TU:
1. marjerin 1 sudu
2. Susu cair 200 ml
* panaskan dlu utk cairkan marjerin
Masukkan
3. 1 sudu besar tpung gandum
4. 1 sudu besar kastard
5. 1 biji telur
6. 4 sudu besar gula
Masak jer semua..sentiasa kacau guna api kecil
Note🍬jangan masak lama2..nti keras la gamaknya...menangis x berlagu...sekadar pekat2...

Kek tu..amk chopstick utk buat lubang di tgh..bru pipe filling kastard tdi.
=Guna telur gred A utk dpt byk biji
=Tabur gula ising utk hiasan
Jom sama2 try..

Wednesday, 3 May 2017

Serimuka pandan

as-salam.

Perkongsian dari Resepi Sedap, TQ Owner.


*Serimuka pandan*

Pulut 1 cwn(rendam 2jam)
Santan cair 1/2 cwn
Garam secukup rasa
(Kukus sampai masak)


Lapisan atas
-Santan pekat 1/2 cwn
(Nk lg senang pakai santan kotak 1 kotak)
-Daun pandan 5helai blend dgn 1/2 cwn air
-Gula 1/2 cwn(xnk manis kurang kan sikit yer)
-telor gred A 4biji
-tpg gandum 3 sudu besar membukit yer
-Garam secubit nk bg lemak2 tpg tu
-blend je semua ni
-kemudian blh tuang trus atas pulut yg dah siap tanak td,,kukus 40minit api besar
Dah masak biar skjp dlm periuk kukus tu
Dah sejuk boleh la potong😉😉

Kredit resepi: Nooriah Mohamad

kredit resepi kepada ‎Nur Aini‎ via Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)

Sunday, 13 September 2015

Kek Milo


 
1 adunan...

4 sudu mkn tpg gdm/kek
4 sudu mkn gula (kurangkn gula klu x nk manis)
2 sudu koko
4 sudu minyak msk
4 sudu susu segar
1 biji telor
Sedikit Serbuk penaik
Coklat chips (optional)

Bakar 20m - dah naik bau cocok dgn lidi x melekat.... enak di mkn masa panas2.

Monday, 22 June 2015

Agar-agar Santan Gula Melaka

As-salam.
kipnap gambar dari blog Kamsiah Yusuff

Jumaat lepas kami buat agar-agar santan yang menggunakan gula melaka.

Bahan-bahan :

2 paket agar-agar tali 18g

1800 ml Air

Santan Kelapa RM2.00

3 Keping Nise sederhana besar (Gula Melaka)

1/2 sudu teh/kecil garam

1 Biji telor ayam (pecahkan dan kacau sikit)


Cara-cara :

1.  Masak agar-agar dengan air hingga hancur.
2.  Masukkan nise (gula melaka).
3.  Masukkan santan.
4.  Bila santan telah mendidih masukkan telor yang telah dikacau.
5.  Masukkan garam secukup rasa.
6.  Bila telah mendidih, masukkan dalam acuan yang telah dibasahkan.
7.  Biarkan sejuk dan membeku.
8.  Boleh juga masukkan dalam peti ais untuk dilebih sedap
9.  Bila azan, Nyum-nyum, tau-tau habis lupa nak snap gambar!!

Terima kasih tuan punya blog kamsiah-yusoff



Tuesday, 19 May 2015

Buat Ais Krim Kali Ke Tiga

As-salam.

Bila stok ais krim dalam peti sejuk habis, anak-anak warga Isyraq Rest House minta mengadun ais krim lagi.


Resepi ringkas sahaja :  1 tin susu cair, 1/2 tin susu pekat, 1 sudu besar ovellet, 1 sudu teh perisa strawberry dan sebiji telor ayam.

Bahan-bahan semua sudah siap, masukkan  semua dalam mixer dan putar dengan high speed selama 20 minit.

Hasilnya adunan kembang penuh mangkuk mixer.

 
Likat dan pekat, gebu hehehe suka tengok, makin semangat untuk buat di lain hari.

Kali ini masuk sahaja ke dalam bekas yang kecil, cukup-cukup untuk anak-anak sekali makan lebih kurang 2 senduk setiap bekas.

Buat warna putih sahaja tetapi berperisa strawberry.

Bila sudah beku esoknya, petang balik dari kerja dan anak-anak balik sekolah emmm masing-masing ambil sebekas dan masukkan bahan-bahan kesukaan masing-masing.

Yang sebelah ini, kami letak kacang yang telah dikisar, coklat rice dan coklat cip.

Untuk En. Suami, kacang tanah yang dikisar, sedikit roti yang dicarik-carik, dan 2 keping biskut oreo yang dipatah-patahkan.  Memang mabelosss sangat.


Thursday, 7 May 2015

Kali Pertama Buat Ais Krim Sendiri

As-salam.

Kali Pertama Buat Ais Krim Sendiri, guna resepi seperti di bawah :

1. Satu tin susu cair / susu full cream 400ml. - guna susu low fat pon boleh
2. 1/2 tin susu pekat - boleh adjust ikut tahap kemanisan masing2.
3. 1 sudu besar ovalette
4. 1 biji telur.
5. 1 sudu kecil esen vanila.

Caranya:

1.  Masuk semua bahan dalam mixer dan blend selama 20 minit.  Adunan akan naik mengebu.
2.  Tuang dalam bekas/acuan, tutup rapat.
3.  Masukkan dalam peti ais dan biarkan beku,

** lagi lama blend lagi bagus..sebab nak bg aiskrim gebu dan lembut.

Al-kisahnya, tersilap guna mata mixer. jadinya adunan tak naik-naik.  Akhirnya masuk je dalam acuan dan bekukan dalam peti ais.  Bila dah beku, mmg sedap dan lembut.

Bila buat cubaan kedua, guna resepi lain (1 cawan air, 1/2 tin susu pekat dan 1 sudu teh ovelet).  Adunan memang naik penuh mixer.  Bila dah bekukan rasanya kurang enak dan teksturnya tidak sehalus serta tidak segebu cubaan pertama.

Moral of the story, next time nak buat ais krim guna resepi yang ini dan pastikan guna mata mixer yang betul.  Pasti ais krim sedap dan gebu.


Tuesday, 5 May 2015

Cubaan Kedua Membuat Ais Krim

guna pewarna merah dan hiasi dengan coklat rice
As-salam.

Kami buat separuh RESEPI asal AIS KRIM NEAPOLITAN dari teratakjernih sebab mangkuk mixer kecil.












Taburkan biskut oreo yang dihancurkan. Hias dengan coklat rice
Bahan-bahan

1/2 tin susu pekat manis

1 tin air masak (sukat pakai tin susu)

1 sk ovalet

1 sk esen vanilla/strawberry

1 sb tepung jagung
(tepung jagung ditambah supaya ais krim tak cepat cair apabila dikeluarkan nanti)

Bahan pewarna :

2 sudu besar serbuk koko

pewarna merah jambu



1. Masukkan susu pekat manis dan air masak serta tepung jagung dalam periuk.

3 warna : merah hijau dan putih-warna asal, tabur coklat rice.
2. Kacau rata atas api hingga agak-agak tepung tadi masak (hingga mendidih sikit).

3. Tutup api dan biarkan sejuk, (boleh masukkan dalam peti sejuk smpai adunan tu SEJUK - 1/2 jam lebih kurang, jangan sampai BEKU ye.)

4. Setelah sejuk, masukkan adunan ke dalam mangkuk MIXER, tambahkan ovalet dan esen vanila/strawberry.

5. Pukul menggunakan mixer dengan kelajuan tinggi (high speed). Pukul hingga gebu dan ringan,  Adunan akan bertambah/ naik selepas dipukul. (Akak pukul 20 minit).  Teksturnya jadi lebih kurang adunan kek, sedikit likat.

Bahagikan kepada beberapa bahagian ikut warna yang disukai.
Masukkan dalam bekas atau cawan dan masukkan dalam peti ais.
Tunggu hingga beku n ngap !!

Sekian.






Monday, 4 May 2015

Joms Buat AisKrim

Pukul Sampai Kembang dan Likat
As-salam.

RESEPI AIS KRIM NEAPOLITAN

SUMBER RESEPI : teratakjernih

Bahan-bahan

1 tin susu pekat manis

2 tin air masak (sukat pakai tin susu)

1 sb ovalet

1 penutup esen vanilla

2 sb tepung jagung

2 sudu besar serbuk koko

pewarna merah jambu

sedikit perisa strawberry


1. Masukkan susu pekat manis dan air masak kedalam periuk

Masukkan tepung jagung, kacau rata (tepung jagung ditambah supaya ais krim tak cepat cair apabila dikeluarkan nanti)

Kacau atas api hingga agak-agak tepung tadi masak (kacau sekejap je, tapi saya kacau hingga mendidih sikit)

2. Biarkan sejuk,(saya masukkan dalam peti sejuk smpai adunan tu SEJUK, bukan BEKU ye.) setelah sejuk, Angkat adunan tadi dan masukkan kedalam mangkuk besar dan tambahkan ovalet esen vanila. kalau tuang dalam mangkuk mixer, pastikan mangkuk tu besar sebab adunan akan bertambah/ naik selepas dipukul.

3. Pukul menggunakan mixer dengan kelajuan tinggi (high speed). Pukul hingga gebu dan ringan,

Mula-mula adunan tu sikit je, lepas dipukul akan bertambah dan teksturnya jadi lebih kurang adunan kek , sedikit likat.

4. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian (ikut suka nak buh warna apa)

Saya bahagi kepada 3 adunan

- 1 adunan asal - vanila

- 1 adunan bubuh perisa strawberry dan pink colour - 1 penutup perisa strawberry & 1 penutup warna pink

- 1 lagi bubuh serbuk koko / perisa coklat - 1 penutup perisa coklat & 1 penutup pewarna coklat

5. Lepas tu boleh la dicorakkan macam aiskrim marble tu, tuang secara berselang seli sehingga habis.

Tutup bekas dan masukkan dalam peti ais. simpan seelok-eloknya semalaman. (saya tak tuang secara berselang-seli, saya tuang satu persatu warna vanila, coklat dan strawberry.)

Bila dah beku/keras, boleh la dinikmati


rujukan lain : sue-hasue