Showing posts with label Bank Negara. Show all posts
Showing posts with label Bank Negara. Show all posts

Tuesday, 18 June 2013

400,000 yuan Jadi Makanan Anai-anai

salam.

16 Jun 2013

Wang dalam jumlah yang besar seharusnya disimpan di dalam bank, tetapi berbeza dengan wanita ini yang memilih untuk menyimpan wangnya di laci kayu. Yang paling membuatnya bingung dan terkejut, apabila dia memeriksa wang simpanannya kerana ingin menghia, ianya bukan hilang akibat dicuri, tetapi lesap dimakan oleh anai-anai.
 
Wanita dari Guangdong di China itu telah menyimpan wang berjumlah 400,000 yuan atau hampir RM200 ribu di dalam beg plastik yang kemudiannya dimasukkan ke dalam laci kayu. Wanita itu yang menyembunyikan identitinya ini terkejut lantaran wang simpanannya habis dimakan anai-anai. Menurutnya lagi, wang itu adalah hasil kiriman dari anak-anaknya yang bekerja di luar negara. Wanita ini lebih memilih menyimpan wangnya di laci berbanding di bank dengan alasan tertentu.

Wanita ini segera membawa kesemua wangnya ke bank dengan harapan supaya ia dapat ditukarkan.Akan tetapi daripada simpanan 400,000 yuan, hanya 340,000 yuan sahaja dapat diselamatkan iaitu kira-kira RM170,000.

Jika anda tidak mahu bernasib sama dengan wanita ini, sebaiknya anda memikirkan simpanan wang dalam jumlah yang besar ditempat yang lebih selamat seperti bank.

sumber : wanista dan timesofindia
rujukan tukaran wang yang rosak dari Bank Negara Malaysia

Wednesday, 19 September 2012

Wang Kertas Dimakan Anai-anai

salam.

ini entry ke 2 pasal duit yang dimakan anai-anai. sambungan kepada entry yg terdahulu.  Pada entry yang lalu kami telah hantar duit ni ke CIMB untuk dihantar ke bank negara.  Selepas 2 minggu kami bertanya khabar dengan CIMB berkenaan dengan status pemulangan balik oleh bank negara.  Jawapan yang kami terima mendukacitakan apabila CIMB tak dapat nak hantar dan minta kami ambil semula wang tersebut.  So dengan berat hati kami bawa pulang wang sebanyak RM2000 yang dimakan anai-anai.



Fikir punya fikir dan bincang, kami ambil keputusan hantar sendiri ke bank negara.  Dalam kes kami, bank negara yang paling dekat ialah di Terengganu.  So pepagi kami bertolak ke Kuala Terengganu dengan harapan menggunung.  Duit walaupon sikit berharga, nak2 pulak pada orang2 macam kami nih.... rm2000 tu banyak, duit modal nak buat niaga plak tu.


Berbekalkan alamat Bank Negara di Terengganu sebagaimana di bawah, kami mengalas duit RM2000 mengorak langkah ke sana :

Bank Negara Malaysia Kuala Terengganu
Jalan Sultan Mohamad
21100 Kuala Terengganu
Terengganu Darul Iman
Tel: 609-622-0571


Hasilnya ni yang nak kami kongsikan bersama,  sampai di sana setelah diserah dan dinilai, kami dapat semula RM 1800...Alhamdulillah, syukur sangat-sangat pada ALLAH. MMg kami tak sangka dapat balik sebanyak itu. tak sia2 usaha kami menampal wang kertas rm50 kat kertas dan mengharung perjalanan yang jauh ke Kuala Terengganu.

Moral yang dapat dikutip ialah : bila jadi pada korang keaadaan yang sama, usaha lah buat macam kami dan hantar sendiri kat Bank Negara, di mana-mana cawangan yang berdekatan.

(ini ialah kisah RAKAN IsyraQRestHouse, warga IsyraQRestHouse tolonh tampal wang kertas kat kertas putih je - n di belanja makan PIZZA lepas dapat pulangan,  TERIMA KASIH belanja PIZZA !!! )