Showing posts with label Perkahwinan. Show all posts
Showing posts with label Perkahwinan. Show all posts

Tuesday, 11 June 2013

Hijau Mengadun Dengan Pink

salam.

Musim cuti sekolah dah berlalu, seperti biasa banyak majlis kenduri yang dihadiri dengan pelbagai tema.  Saya tertarik dengan tema yang dipilih oleh keluarga pengantin yang mengadakan majlis pada 1 Jun 2013, tema warnanya hijau dan pink.  Yang menjadikannya lagi comel bila warna hijau pucuk pisang dan pink lembut bergabung mengadun .... sweet sangat.

Pelbagai hiasan dan pakaian diadunkan dengan dua warna ini menwujudkan satu combinasi yang sangat harmoni.  Dari pakaian pengantin perempuan yang bewarna pink garang ke pakaian pengapit bewarna hijau pucuk pisang lembut diolah bermasa kumtuman bunga pink.  Diserikan lagi dengan tudung pelbagai warna dan gaya memukau mata tetamu yang hadir.


Korang tengoklah gambar-gambarnya yang boleh jadikan rujukan untuk korang pulak nannnnti atau mungkin boleh membuahkan idea yang lagi bernas dan sweetttt sebagai kenangan seumur hidup.



Di sudut gazebo diletakkan tirai dan dihiasi gambar-gambar serta tagging seperti HEY HENSEM, SI CANTEK dan sebagainya.  Ramai yang ambil kesempatang bergambar di gazebo dengan memegang tagging-tagging yang diletakkan di situ.



Di satu ruang lagi diletakkan meja untuk menulis dalam buku tetamu, so cute catatan perkahwinan untuk pengantin baru.




Meja tulis di hiasi dengan gula-gula, marsmallow, coklat, apam pokodot, cookiessss dan pelbagai pensel warna !!!  So boleh la mencoret buku tetamu sambil mengunyah mashmallowww.

SELAMAT PENGANTIN BARU
SEMOGA BERBAHGIA
KE AKHIR HAYAT
DAN
SENTIASA DALAM
RAHMAT ALLAH




Monday, 13 May 2013

Petua Untuk Lelaki Yang Bakal Menjadi Bapa

salam.

source : FB ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA's

1. Biasakan berjaga malam. Tiada alasan untuk tidur nenyak dan berdengkur sepanjang malam. Jangan mengharapkan isteri anda sahaja untuk berjaga. Sebaliknya tunjukkan kesungguhan anda untuk bangun bersama dan beri perhatian kepada anak anda yang baharu lahir.

2. Kejutan kasih sayang. Inilah detik terbaik untuk melakukan kejutan terbesar buat isteri yang telah berkorban bertarung nyawa untuk melahirkan zuriat anda. Apa kata anda pula yang mengambil peranannya ketika isteri dalam pantang. Mungkin anda boleh mulakan dengan menyediakan sarapan, membantu isteri menguruskan dirinya, menyediakan keperluan si bayi dan sesekali hadiahkan bunga tanda kasih sayang.

3. Ringan tulang. Jika sebelum lahirnya si kecil, anda dimanjakan oleh isteri. Kali ini, anda harus beralah dan mengambil alih peranan menjaga isteri dan anak. Memadailah dengan membantu menyediakan makanan, membasuh pinggan atau mengasuh si kecil.

4. Sedia untuk kotorkan diri. Terimalah hakikat bahawa anda harus membersihkan najis bayi dan belajar memakaikan lampinnya. Fikirkan bapa anda juga dahulu pernah melakukan perkara yang sama ketika anda masih kecil dahulu. Mungkin agak kekok pada permulaannya, namun, alah bisa tegal biasa.

5. Dapatkan petua orang tua. Ketepikan ego serta sikap tahu seba-serbi. Sebagai bapa yang masih muda, anda perlu mendapat banyak nasihat dan petua daripada orang yang lebih berpengalaman. Guru terbaik untuk mendapatkan maklumat ialah ibu bapa serta saudara-mara atau kenalan yang lebih arif mengenai soal penjagaan bayi dan kanak-kanak. Tidak perlu malu kerana maklumat yang diberi akan memudahkan urusan menjaga si kecil. Lebih baik lagi, anda dapatkan petua daripada Ensaiklopedia Petua Melayu di Facebook bersama Farit Ismeth Emir.

6. Sediakan pengasuh. Jika mampu, dapatkan pengasuh untuk meringankan tugas anda dan isteri di rumah. Pengasuh bukan sahaja boleh menguruskan isteri yang sedang berpantang, malah pada masa yang sama boleh menjaga si bayi yang memerlukan perhatian hampir 24 jam sehari.

7. Belajar berhadapan dengan tekanan. Bohonglah jika anda tidak tertekan terutamanya apabila tiba saat si comel 'mengamuk' atau menangis tanpa henti. Jika waktu siang, mungkin anda tidak terasa, tetapi di kala tengah malam, tentu haru biru anda dibuatnya. Usah panik, uruskan saat itu dengan tenang dan penuh motivasi. Selidik punca bayi menangis, mungkin kerana kembung perut atau berasa panas atau mungkin juga kesejukan. Belajarlah bersabar!

9. Kawal nafsu. Sudah namanya lelaki, tidak dapat tidak, nafsu selalu bergelora. Jangan gelojoh dan akurlah pada detik yang sesuai untuk bersama isteri dalam hubungan intimasi. Fikirkanlah yang isteri anda sudah bersusah-payah menggendong si kecil ke sana ke sini selama 9 bulan 10 hari tanpa keluh kesah dan kini dalam pantang pula. Tentulah mengambil masa untuk pulih seperti sedia kala. Fikirkan juga yang kini ada orang ketiga yang harus diutamakan.

10. Pastikan tabungan mencukupi. Ayah muda perlu memastikan tabungan sentiasa mencukupi bagi menghadapi saat-saat kecemasan terutamanya bila membabitkan si kecil yang mungkin diserang demam serta perlu mendapatkan rawatan segera di hospital. Peruntukan sebahagian daripada pendapatan bulanan untuk memenuhi keperluan kecemasan si kecil dan isteri sepanjang bergelar ayah.

Sunday, 21 April 2013

fuhhh mmg berpuluh nak mengenal hati budi

salam.

Kisah ni di SHARE dan disimpan di blog ini untuk ingatan diri sendiri.  Walaupon tak melalui perkara yang sama, tapi banyak BENDA yang BENGGANG sangat masa baru-baru kawen, ya la kan bukan mudah nak adjust life single to married,  fuhhh mmg berpuluh nak mengenal hati budi masing-masing. hehehe

========================================
GELAGAT ORANG MUDA BARU KAWIN

Bila aku teringat balik cerita ni, aku mesti tergelak sorang-sorang. Alkisahnya, aku ni ditakdirkanlah kahwin dengan sorang mamat nih. Entah dari mana la datangnya. Mak aku yang suruh, dia kata budak ni baik la, alim la pandai la. Lepas tu terus kami kahwin.

Masa first time kahwin tu, memang kucar-kacir jugak la rumah tangga kami. Dan yang aku paling tak tahan tu dia memang selalu saja buat aku sakit hati. Eiiiii… geramnya aku!!!

Mana taknya, aku basuh baju dia sekali la dengan baju aku. Then lepas basuh nak dijadikan cerita, ada lah pulak baju dia yang turun warna melekat kat baju aku. Haihhh… memang sakit hati. Baju baru kot, mahal lagi!!!

Then bila aku tanya dia, kenapalah tak bagitau aku yang baju dia ada yang turun warna. Dengan slumber dia kata.. ”Lah… awat tak tanya…” Eiii… geramnya aku!!!

Selang beberapa hari, dia ada ajak aku pergi shopping. Ok, fine. Aku ikut je la. Weekend la katakan. Lepas tu nak jadikan cerita, dia punyalah excited nak pergi shopping sampai aku kalih-kalih belakang.. dia hilang!!..

Aku cari gak dekat-dekat area situ kot2 ada tapi memang hampeh. Aku try call, tak angkat. Call lagi pun tak angkat. Huhh. Tension betul! Then, aku amik keputusan tunggu kat kereta je.

Seminit… lepas tu dua minit… lepas tu…. SEJAM KOT!! Huhh. Memang sakit hati betul!! Then bila dia sampai dekat kereta, aku tanya, pergi mana? Kenapa call tak angkat??!! Yang aku tak tahan, dia dengan slumber jawab.. “Lah.. gi shopping la sayang…

Owh, awak ada call ekk?? Alah, lupa nak bagi tau, terlupa bawa handset… hehe..” Eiiii… geramnya aku!!!!

Seminggu lepas tu dia kata teringin nak makan masak ayam berempah dengan masak lemak cili api. Ok fine. Aku masak je. Tapi memang la aku ni tak la pandai masak sangat tapi bolehlah kalau setakat nak makan kan. Aku hidang bagi dia makan.

Masa first time dia suap kat mulut tu aku bajet dia nak kata apa-apa. Tapi dia diam. Memang tak kata apa-apa pun sampai dia habis makan. Habis makan pun tak kata apa. Aku pun confius.

Dia ni takde respons. Sedap ke tak?? Ehmmm.. kalau ikut aku la, aku rasa ok je lah. Tapi tak tau la orang yang makan nak kata apa..

Huhhh….. Esoknya, time aku on the way nak balik dari tempat kerja, kereta aku plak buat hal. Tak boleh start. Panik gak la aku time tu. Malam dah ni, nak masuk Isyak dah. Haihh…

Time aku balik kerja lewat-lewat lah kereta nak buat hal. Then, aku call dia. Yang aku tak boleh tahan tu....

Dia dengan slumber kata.. “Lah awat la call saya… call la mekanik… ingat call saya kereta awak boleh jalan ke??….” Eiii… geramnya aku!!! Tapi dia datang jugak lepas tu.

Ada lah dia check apa entah kat depan but tuh. Dan lepas start terus boleh… Hmmm.. dalam hati aku kata, “Boleh la jugak mamat ni nak diharap. Mekanik kecil-kecilan, janji free”…

Satu hari, dia ada bagitau yang dia kena pergi outstation kat overseas. Dia kata pergi sekejap je. 2 MINGGU!! Hmm… aku memang no komen lah.

Dia nak pi buat keja dia. Takkan nak kata tak boleh kot. Kerja arkitek biasalah. Busy la kot. Tapi memang agak sakit hati jugak lah. Boleh dia lesap macam tu je.

Lepas-lepas naik flight, kot2 la dia nak call bagitau dah sampai ke, ada kat mana ke. Tapi memang hampeh!!. Langsung dia tak call!! Kot2 la nak bagi emel ke tapi memang tak de. Kosong inbox!!

Eiii… geramnya aku!!!

Pagi tu aku basuh baju. Ok sekarang aku dah tau dah baju mana yang turun warna. Aku ambik satu persatu dalam bakul nak basuh. Sampai la aku jumpa bungkusan misteri dekat bahagian bawah baju-baju tu.

Jeng Jeng Jeng.......Huishh siap dengan surat lagi. Suratnya berbunyi begini:

Kehadapan isteriku yang tersayang...Semoga berada dalam keadaan yang sihat sentiasa.

Jangan marah-marah ek.. hehe.. Saya bukannya apa, saja tulih surat nih..

Bosan… Tak tau nak buat apa… hihi Pertama sekali saya nak bagi tau lah.

Mungkin awak tak kenal saya tapi saya kenal je awak. Sejak awak darjah 6 lagi kot!! Haha..

Eh...awak tak ingat ke anak Pak Mail kawan ayah awak yang datang beraya kat umah awak time tuh??!!

Masa tu saya nampak awak duk main masak-masak kat belakang umah… hahaha…

Memang lucu sangat. Saya nampak awak macam ‘anak patung’. Comel sangat… Iskk..

Awak ni.. tak perasan ke??

Keduanya, sorry la pasal hal shopping tuh. Memang saja je saya tak mau bawa handset time tuh… hihi..

Takut terkantoi. Ye la saya pi cari baju awak kot!! Ingat baju yang awak kata terkena warna tuh??

Huh… memang tension. Susah betul nak cari. Memang patut la mahal dan memang patut la awak bengang satu hari… hihi…

Ketiganya, pasal ayam berempah dengan masak cili api yang awak masak… hmm… Mesti awak bengang kan sebab saya takde respons… huhu… Sebab SEDAPPPP SAAANGAT sampai saya jadi tak terkata. Eh, saya makan dalam masa 5 minit je kot. Ikut jam dinding kat rumah kita. Iskk..awak ni.. tak perasan ke??

Keempatnya time keta awak rosak… hmm.

Awak tau tak saya CANCELLLL appointment saya dengan klien penting dari overseas sebab nak pergi kat awak??!! Lepas-lepas tu jenuh saya nak pujuk diorang balik. Tau tak saya langgar semua traffic light merah!! Baju saya basah dengan peluh masa saya sampai kat awak?? Iskk..awak ni.. tak perasan ke??

Tapi lepas saya tahu saya kena pergi outstation kt overseas. Saya lagi seronok. Happy gile sebab saya tau awak mesti rinduuu kat saya kan..kan2?? Saya memang saja je tak call awak…hihi… Tapi saya ok je.

Saya rasa saya dah sampai dah kot lepas awak baca surat nih… “Wow, look at the Eiffel Tower!! Fuyoo!!! Cantik kot!! “ Hahahahahaaaaaaaa..jangan jeles..(^-^)

Last but not least. Awak… awak jangan nakal-nakal ekk…sebab saya saaaaayang awak…

p/s: Try tengok sama tak dengan baju awak yang rosak hari tu “bungkusan” ni… hihi

Love,

Suamimu.......

♥ Silakan LIKE ( Keharmoniaan Rumahtangga Dan Keluarga Muslim) untuk TIPS/PETUA/DOA SUAMI ISTERI &RUMAHTANGGA ♥

SILAKAN SHARE ♥

Monday, 15 April 2013

Panduan Suami Isteri

salam.

Petikan dari Fatimah Syarha

Isteri tak sempurna. Suami juga tak sempurna.

Isteri perlu dididik. Suami juga perlu dididik.

Hidup berumah tangga jadi lebih bermakna, apabila suami dan isteri saling mencintai 'islah' (membaiki diri).

Isteri sedia dinasihati suami.
Suami juga rendah hati dinasihati isteri.

Intonasi 'nasihat' mesti penuh seni. Jika tidak, nasihat jadi debat.

Jom, jadikan program 'post moterm' sebagai program wajib dalam keluarga kita setiap hari.

Jangan lama-lama. 7 minit saja.

Biar kita dapat lelapkan mata setiap hari dengan senyuman dan lapang dada kepada pasangan kita.

Ini kemahiran melatih komunikasi berkesan.

Hidup biar beragenda. Setiap hari.

Hari ini?:)

Thursday, 11 April 2013

SUNNAH NABI SETELAH MAJLIS AKAD NIKAH

salam.

check balik diri kite apa yang kita amalkan ikut sunnah atau ikut TV.
(copy paste dari FB)
--------------------------------------------------------------------------------

SUNNAH NABI SETELAH MAJLIS AKAD NIKAH

Tidak ramai orang mengamalkan sunnah ini. Bacalah doa ini sambil menyentuh atau meletakkan tanganmu diubun-ubun isterimu selepas akad nikah, ini disunnahkan sebagaimana yang tersebut dalam hadith:

“Apabila salah seorang dari kamu bernikah dengan seorang wanita, hendaklah dia memegang bahagian depan kepalanya (isteri) sambil menyebut nama Allah dan mendoakan keberkatan baginya dan hendaklah mengucapkan:

‘Ya Allah, aku memohon kepada-Mu dari kebaikannya dan kebaikan apa yang Engkau tetapkan kepadanya, dan aku berlindung kepada-Mu dari kejahatannya dan kejahatan yang Engkau tetapkan padanya. Ya Allah berkatilah isteriku ini atasku dan lindungi dirinya dari segala keburukan perbuatan orang-orang yang dengki dan perbuatan tukang sihir apabila dia telah melakukan sihir dan perbuatan orang-orang yang suka melakukan tipu daya.’ “ (Riwayat Abu Daud).

#jangan amalkan cium diubun2 isteri selepas majlis akad nikah kerana seperti acara agama lain
-ALS

Thursday, 22 November 2012

Dan Akad Terlafaz

Salam.

Majlis perkahwinan yang bermula dari majlis pernikahan, diikuti dengan persandingan dan seterusnya menyambut mempelai telah dirancang dengan rapi dan berjalan dengan jayanya. Alhamdulillah.  Sekarang terpulang kepada yang empunya diri dalam melayari hidup berumah tanggan.
 
Namun begitu dalam semua aturcara, acara atau majlis yang wajib adalah majlis pernikahan yang di dalamnya terkandung upacara akad nikah.

Pengantin tentu terase resah selagi akad nikah tidak terucap.  Sewaktu pak imam sampai dan berbual seketika sambil memberi nasihat, kami yang memerhati juga berdebar.

Terdengar pak imam mengajar cara-cara menjawab akad ....... dan selepas itu satu persatu akad dilafazkan  heheheh actually 2 kali lafaz baru sah.  Semasa akad yang pertama tu agak terputus-putus skit, jadi pak imam ulang lagi sekali dan dijawab dengan lancar ... Alhamdulillah. Sahlah tunangan tersayang menjadi isteri dengan disaksikan seluruh ahli keluarga kedua-dua belah pihak. Restu kami sekeluarga sentiasa mengiringi kalian berdua.
Mas kawen diberi dalam bentuk MAS DINAR KELANTAN, inilah yang paling istimewa disertakan juga sebentuk cincin.  Ringkas tapi penuh berkat.

Wednesday, 21 November 2012

Biru vs Pink .. Hentam Sajelah

salam.

Hari ni kite kembali ke entry bab kawen iaitu persediaan menyambut kedua mempelai di rumah pengantin lelaki.
Mula-mula kite cerita pasal tema : haaa tema kami biru pink ... dari hiasan, doogift dan pakaian cuba dikaitkan dengan biru dan pink.  Doorgift dah kira ok lah ada biru dan pink. Settle.

Tapi tah mana silapnya khemah makan tetamu dan meja makan beradab dihias pink putih manakala bilik pengantin biru putih .... Blur gak le kejab, ni terjadi bila kami booking 2 pembekal yang berlainan.  Satu tuk khemah tetamu dan makan beradab, satu lagi tuk bilik pengantin.  Ditambah mengelirukan lagi bila yang mengambil tempahan orang lain dan yang datang pasang plak orang lain.
Jalan penyelesaiannya : nak bagi nampak keserasian antara biru dan pink, tuk meja makan pengantin kami tambahkan hiasan dengan bunga-bunga kaler biru.  Cuba dapatkan bunga pink tuk bilik pengantin pon tak berjaya.  So hentam je lah, dah tak boleh nak adjust lain. hahahah tak kisah la asalkan ada biru dan ada pink.


Bila Pengantin Bersantap

salam.

Persediaan santapan kami simple, sebahagian set makan pengantin kami tempah je.  Antara menu yang ditempah ikan siakap masam manis, udang goreng dan telur puyoh serta buahan-buahan dalam bakul tembikai.

Asalnya nak juga tembilai yang berukir cam kat rumah pengantin perempuan tapi chef surrender tak sempat buat, so jadi le bakul dari buah tembakai.

Menu tambahan dari dapur sendiri pulak ayam masak pedas, sayur lemak kuning keladi dan daging gulai kawah.  Pencuci mulut plak kami buat sendiri : Koktail Berkuah + Sumi + Laici + Nata De Coco.

Bonda pengantin berselera sungguh dapat makan sayur keladi masak lemak kuning dicampur dengan udang segar.  Terliuq plak bila tingat sayur keladi hari tu.  Memang manjadi pilihan ramai tetamu yang datang !!!!

Sori le masa snap gambo ni plastiknya belum dibuka, so tak clear sangat gambo buah-buahan, telur puyuh dan ikan siakapnya.

Gubahan telur puyuh juga simple, next time nak buat sendiri pon boleh.  Telur puyoh direbus dan dicucuk dengan lidi kat nenas. Hujungnya dihiasi dengan cili merah.  Hati-hati makan jangan sampai tergigit cili tu !!!

Di kepala ikan siakap dihiasi dengan bunga kantan yang dibentuk seakan-akan kepala ikan.  Pastu ada plak hiasan berbentuk bunga ros dibuat dari lobak merah atau carrot,  hiasan yang lelain tu daun salad dan lada merah yang dipotong membentuk bunga lily.

Minuman untuk pengantin, kami sediakan air sunquick je, asalnya nak hiaskan dengan potongan buah oren tapi lupo nak beli.

Udang ni pon senang je, cucuk udang yang dah diperap dengan garam kunyit kat lidi dan goreng garing, pastu cucuk-cucuk je kat nenas.  Hiasanya parutan carrot, so nampak berambu-rambai. Penyincah udang pula dimasukkan dalam sebiji cili benggala merah yang agak besar dan dipotong kat atas, pastu diletak kat tepi udang.  Alamak terlindung plak cili benggala heheheh.

Sunday, 18 November 2012

Makan Beradab

Salam.
Makan beradab adalah antara acara yang ditunggu-tunggu dalam majlis kawen.  Tempat makan di letakkan di depan pintu masuk utama mengadap tetamu yang hadir.  Cantik gubahan tempat yang disediakan oleh pihak pengantin  perempuan, gabungan warna pink, peach dan putih menyerlah walaupun gambo disnap masa malam akad nikah.

Ada bunga-bunga warna pink,  pengikat kerusi plak diselang-selikan antara warna pink dan oren (peach).  Memang tampak ceria dan welcoming.  Terima kasih pihak pengantin perempuan !!!!
Petang 12 Nov 12, sewaktu majlis bertandang penganti disajikan dengan sekor udang galah yang besar.  Kami hanya sempat mengintai dari jauh jer hukhukhuk .......

Time jenguk2 kali kedua lepas pengantin makan, tinggal kepala je hahahaha patut le lama pengantin makan, bukan senang nak sembelih udang galah yang besar tu ...
Meja pengantin takkan berseri tanpa hidangan gubahan dari buah-buahan.  Tembakai diukir bentuk bunga ros dan diletak dalam satu raga besar.  Dalam bakul tu juga ada buah anggur merah dan hitam, epal merah dan hijau serta gubahan buah betik.

Dedaun hiasan plak, dedaun paku pakis yang segar, tabik spring le kat tukang gubah buah-buahan.  Kami hanya leh jeling-jeling dari jauh, teliuq dengan tembikai yang merah segar tu .... nyum nyum ....
Kami bagi pihak pengantin lelaki sangat bebesar hati atas layanan pihak pengantin perempuan.

Akhir kata, kepada pengantin perempuan, welcome to our famili, just be yourseft to make our big family more colourful .....

Gubahan Hantaran Yang Cun Melecun

Salam.

pulut kuning buah gelugur dengan tema hijau pink
Hantaran perkahwinan dah jadi agenda penting dalam majlis kawen.  Bagi majlis kami, kami bawa 7 dulang barang hantaran.  Antaranya pulut kuning yang digubah menjadi buah gelugur.  Tempah dengan mak sepupu kami. Mmg cantik n teliti sangat hasil kerja tangannya.

Tiap kali ada majlis sebegini, kami memang tempah dengan beliau.  Bagi majlis kami sebelum ni, beliau pernah gubah jadi buah strawberi, buah kecupu emmm apa lagi tah heheeheh dah lupa.

Bagi entry ni kami letak gambo2 hantaran yang agak special je, kalu nak letak kesemua tu cam banyak sangat plak kan.  Bagu gubahan buah-buahan kami guna epal merah, buah salak (dipetik fresh dari kebun sendiri) dan hiasannya cili padi (juga petik fresh dari tepi rumah).  Simple je kami buat hehehe buah epal merah diletak mengelilingi setangkai buah salak, nak bagi ceriakan lagi buah salak, kami selit-selitkan cili merah kat celah-celah buah salak. So warna buah salak yg agak malap tampak lebih menyerlah.  Nak bagi berkilat buah2 tu semua disapu dengan minyak masak.

agar-agar kering bunga ros
Gubahan hantaran dari belah pengantin perempuan plak pulut kuning dengan telur dijadikan burung, ditabur dengan telur dadar yang di buat kaler pink, kuning dan hijau serta dipotong halus2.  Gubahan yang paling special dan jarang ditemui ialah sejambak bunga ros dari agar-agar kering, ditempah khas dari KL.  Bunga ros warna pink dan oren diselitkan dedaun warna hijau juga dari agar2 kering, cantik n sedap sangat.  Apa-apa pon temanya tak lari iaitu pink, oren/kuning dan hijau. Dah kena ngap dah ros-ros comel tu walaupun rase sayang sangat nak makan.