Thursday 19 December 2013

Kurniaan Allah

salam.

Rentetan dari kehilangan purse dua hari lepas, jam tiga petang semalam kami terima panggilan telefon meminta kami mengenalpasti satu purse yang dijumpai dalam tong sampah di blok yang sama tempat kehilngan dilaporkan.

Sebaik kami membuka pintu bilik kawalan ternampak purse bewarna merah di dalam bag plastik bewarna hitam.  Kami kenal sangat dengan purse tu.  Setelah dibuka dan memeriksa barangan di dalam nya memang sah purse yang hilang.

Alhamdulillah semua dokumen penting seperti lesen kenderaan, myKid anak-anak dan kad bank masih ada di dalam purse tersebut.  Semua wang kertas lesap, yang tinggal hanya duit syiling.  Resit teksi airpot masa pegi Putrajaya Khamis lepas pon ada ~ emmm kena buat claim cepat nih, takot hilang lagi !!!
Syukur Alhamdulillah Ya Allah Yang Maha Pengasih.  Kami redha dengan ujian ini,  terima kasih Ya Allah kerana mengingatkan kami yang alpa.

Pagi ni, jam 9.30 pagi kami sekali lagi menapak ke Maybank untuk membuat kad bank yang baru.  Walaupon kad telah ditemui semula kad tersebut tidak boleh digunakan lagi kerana telah diBLOK.  Selagi lagi harapan tinggal harapan bila kaunter memperbaharui kad tidak dibuka kerana masalah teknikal.  Insya Allah bila ada kelapangan akan diusahakan lagi, mungkin juga terpaksa ke cawangan yang lain.

Sekali lagi  Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah
Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah  Ya Allah segala puji hanya pada Mu pencipta seluruh alam.


** berbillion-billion terima kasih juga kepada semua kenalan yang bersusah payah membantu mencari purse yang hilang dan bagi suport.

Wednesday 18 December 2013

Bila Musibah Bertimpa-timpa

salam.

Lately ni kesempatan menulis agak terhad, pack dengan kerja-kerja harian.  Kejadian semalam membuatkan saya berfikir panjang.  Ia berlaku kerana keegoan, kebodohan, kelalaian dan kemarahan yang berkuasa dalam diri.  Akhirnya musibah yang menimpa.

Mengimbas kembali peristiwa di pagi hari yang sedikit kedinginan, membuatkan kami lewat bangun.  Ditambah pula dengan jam yang kekurangan bateri, jarumnya menunjukkan angka 6.40 (waktu sebenar tidak diketahui).  Kami bergegas mandi dan menyiapkan anak-anak ke rumah pengasuh.  Bila hidupkan enjin kereta, jam di situ menunjukkan angka 8:03.  Baru tersedar kami tertipu dengan jam dinding.  Niat untuk datang awal ke pejabat hanya tinggal niat.

Kami tiba di pejabat jam 8:23 pagi, punch card merah menyala.  Gagahkan diri memanjat tangga pejabat, hati hanya ingat nak ambil barang untuk persediaan mesyuarat dan terus ke bilik mesyuarat. 

Semalam sebenarnya telah dijadualkan mesyuarat dari jam 8.00 pagi hingga 4.00 petang.  Sewaktu masing-masing telah bersedia untuk bermesyuarat, tetiba tuan pengerusi mengumumkan mesyuarat dibatalkan dan berlalu meninggalkan bilik mesyuarat.  Kami semua terpinga-pinga dan memandang sesama sendiri. 

"Apa nak buat ni ?? Balik ke opis ke atau terus tunggu di bilik mesyuarat ??? "
Disebabkan terlalu mengikut rasa hati dan keputusan bodoh, dengan alasan tak masuk akal serta emosi budak sekolah, seorang ketua yang sepatutnya menjadi contoh kepada kakitangan bawahan membatalkan mesyuarat.

Kami keluar dari bilik mesyuarat dengan seribu satu rasa.  Bila fikiran berserabut dan hati marah, aku lalai.  Aku tertinggal purse dalam bilik mesyuarat !!! Apa lagi .... HILANG semua dokumen penting dan juga wang belanja.

Selepas berusaha ke sana ke mari mencari barang hilang, aku kembali ke bilik mesyuarat yang di sambung semula jam 3.30 petang.  Tak de ape sangat pon yg dia nak sampaikan, naper la nak emo sangat pagi tadi ~ Ya Allah jangan bagi dia terus berEMO macam tu, penat kami !!!

 Balik rumah, bila pandang jam dinding tu rasa nak baling ke laut ..... jarum jam tu dah mati !!!  Kalu dia mati camtu pagi tadi, takde lah aku lewat !!!  Astagfirullahalazim 7X eeemmm tak baik berKALAU.

"Alhamdulillah, IC duk tempat lain, tak hilang sekali, so pagi ni boleh buat ATM Card lain dan ambil duit belanja.  Urusan lain tu minggu depan boleh ambil cuti dan settle kan " ~ itu lah perancangan kami pagi tadi.

Selepas menunggu 2 jam di bank, kami dimaklumkan semua urusan tidak dapat dibuat sebab OFFLINE.  Ya Allah sabarkan hati ini dengan dugaan ini.  Dah lah pagi tadi nak basuh kain, washing machine hang !!!! sekarang bank Offline ADUSSSS !!!

Menapak balik ke opis dalam keadaan POKAI.  On pc dan tulis blog.  Ok .... sekarang hati dah kembali tenang, boleh sambung keje !!!!  TQ ALLAH kerana mengingatkan aku yang lalai, ampuni aku ya Allah, amin.




Sunday 15 December 2013

Kebanggaan Ibu

salam.

dikongsikan dari FB :

Ibnu Batoota Owsem · 12,059 followers
6 hours ago via mobile · 
  • ~Kebanggaan Ibu~

    Dulu masa saya kecik-kecik, saya selalu dapat no 1 dalam kelas tadika dan sekolah rendah...

    Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya....

    Dulu saya dapat 5A UPSR...

    Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya....

    Dulu saya dapat tawaran masuk MRSM...

    Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya...

    Dulu saya dapat 7A dalam PMR...

    Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya....

    Dulu saya dapat tawaran buat kursus medic kat Indonesia...

    Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya....

    Tapi bila saya buang semua keduniaan itu dan berikrar untuk berjuang menjadi kebanggaan Rasulullah, saya tolak semua tawaran universiti, saya bawa beg dan merantau ke seluruh dunia, saya berhenti di Afrika untuk bertalaqqi ilmu agama, dan balik ke Malaysia dengan kesan-kesan Sunnah Rasulullah di badan saya...

    Semua orang mencemuh dan memandang rendah kepada saya....

    "Ada ke patut budak lulusan MRSM masuk pondok? Dah la sijil tak diiktiraf, belajar jauh-jauh sampai Afrika pulak tu? Nanti nak makan apa? Bodohnya... Memalukan mak bapak, peluang besar jadi orang besar dilepaskan pulak..."

    Kata mereka....

    Tapi...

    Pada suatu Subuh...

    Saya pergi ke masjid bersama ibu saya di mana saya merupakan imam di masjid itu...

    Saya bacakan surah Abasa...

    Dan sebak ketika sampai ayat:

    Yaumayafirrul mar'umin akhih.....

    Wa ummihi...wa Abih....

    Selesai solat, semasa perjalanan pulang...

    Ibu bertanya kenapa saya sebak ketika sampai di ayat itu?

    Saya jelaskan....

    Ayat itu menceritakan tentang huru hara mahsyar sehinggakan seorang insan itu akan lari daripada saudaranya...

    Ibunya...

    Ayahnya....

    Isterinya...

    Anak-anaknya...

    Saya katakan...

    Di dunia ini, bila kita jadi kaya, orang puji kononnya kita berjaya...

    Bila kita korbankan dunia untuk agama, orang akan kata kita gila...

    Sedangkan di mahsyar nanti, semua "kata-kata orang" tu langsung tak bernilai kerana ibu, bapa, anak, isteri, saudara yang di dunia ni sangat rapat dengan kita pun, kelak di mahsyar mereka akan saling melarikan diri daripada berjumpa kerana takut dituntut......

    Maka saya sebak kerana saya risaukan apa keadaan saya di mahsyar kelak...

    Pujian orang ramai selama berbelas-belas tahun tu langsung tak bagi manfaat pada saya...

    Kejian selama bertahun-tahun kerana mengorbankan dunia demi agama juga langsung tak bagi manfaat pada saya...

    Lalu kenapa manusia masih mengejar pujian orang ramai dan takut dengan celaan mereka?

    Ibu sekali lagi memeluk saya, tersenyum sambil menangis dan berkata....

    "Sejuk perut mama dapat anak macam bangcik..."

    Maka itulah kali pertama dalam hidupku saya berasa sangat gembira akan "pujian" ibuku...

    Pelbagai pencapaian demi pencapaian yang saya dapat DULU, saya tidak pernah merasa gembira seperti ini walaupun dulu juga saya dipeluk cium ibu dan dipuji....

    Wahai hamba Allah...

    Apa sebenarnya yang kalian kejar?

    Apa pula sebenarnya yang kejar kalian?

    Mengapa kalian masih mengejar pujian sia-sia manusia...

    Sedangkan malaikat maut pula tidak pernah lelah siang malam mengejar kalian?

    Wahai pembaca madahku ini...

    Apakah kalian sedar nafas kalian hanya berbaki beberapa lagi?

    Sebelum lubang kubur kalian akan digali?

    Apa yang aku dan kalian ada untuk Allah dan Rasul banggai?

    Note: Apa guna ibu bapa dan orang kampung korang bangga sebab korang dapat 100A, masuk U bagus, dapat kerja bagus, dapat gaji besar dan lain-lain sedangkan di mahsyar kelak tak ada satu kejadah pun daripada benda tu semua yang Nabi nak banggakan dari korang?

    Selama berbelas-belas tahun aku telah bazirkan masa aku untuk perkara sia-sia dan sibuk dengan sistem percaturan dajjal, dan aku tidak dapat apa-apa melainkan "pujian" ibu bapa dan masyarakat sahaja...

    "Pujian" tu semua tak boleh aku makan, tak boleh tutup aurat aku, tak boleh hilangkan dahaga aku, tak boleh sembuhkan penyakit aku.

    Ia semata-mata sesuatu yang langsung tak ada nilai samada di dunia atau akhirat....

    Nak beli gula-gula Hacks pun tak boleh dengan "pujian" tu...

    Bahkan nak kencing berak kat tandas awam yang kena bayar 30sen pun tak boleh dibayar dengan "pujian" tu....

    Totally damn useless...

    "Pujian" itu nilainya lebih rendah daripada najis dalam tandas...

    Maka adalah bodoh sejuta tingkat bagi orang yang siang malamnya didekasikan untuk dunia semata-mata untuk dapat pujian masyarakat...

    Melainkan jika ianya pujian kebanggaan daripada ibu kalian kerana khidmat kalian atas agama...

    "Pujian" itu menjadi sangat bermakna kerana kelak di akhirat juga ia akan menjadi sesuatu yang bakal Rasulullah banggakan....

    Maka aku menyeru, tak kiralah korang ni budak pondok ke, madrasah ke, pelajar U ke, doktor ke, pensyarah ke, Perdana Menteri ke...

    Janganlah jadi bodoh dengan merasa gembira akan pujian...

    Dan janganlah menjadi bodoh dengan merasa marah dengan celaan...

    Buatlah kerja masing-masing kerana keredhaan Allah...

    Dan untuk menjadi kebanggaan Rasulullah...

    Aku menangis untuk diriku,
    Kerana aku hidup ketika zaman itu,
    Bukan kerna aku salahkan zaman,
    Tapi kerna aku sedar akan kelemahan iman.

    Memang aku tak mampu mengubah umat...
    Tapi aku mampu mencoretkan sebuah tulisan...
    Ketika dunia ini semakin hari semakin tenat...
    Maka bersaksilah aku telah menyampaikan.....

    Selamat Tinggal Dunia . . .

Wednesday 11 December 2013

lelaki tidak boleh pakai emas

salam.

satu perkongsian yang berguna.

Kenapa dalam islam orang lelaki tidak boleh pakai emas mesti ada sebab musabab

-------------------------------------------

Something that i don't know
by @sharipaheyie

Zarah yg wujud dlm emas mampu menembus ke dalam kulit melalui pori2 dan masuk ke dalam darah manusia. Jika seorang manusia mengenakan emas dalam jumlah tertentu dan dalam jangka waktu yang lama, maka kesannya di dalam darah dan urine akan mengandung atom/zarah emas dalam kadar yang melebihi batas (dikenal dengan sebutan migrasi emas). Dan apabila ini terjadi dalam jangka waktu yang lama, maka akan mengakibatkan penyakit Alzheimer.

Ini adalah kerana zarah emas yg tidak di buang dalam jangka waktu yang lama dalam darah ini akan sampai ke otak dan memicu penyakit alzheimer. Alzheimer adalah suatu penyakit di mana orang tersebut kehilangan semua kemampuan mental dan fisik serta menyebabkan kembali seperti anak kecil. Alzheimer bukan penuaan normal,tetapi merupakan penuaan paksaan atau terpaksa. 

Antara yang terkena penyakit alzheimer adalah charles bronson, ralph waldo emerson, ronald reagan dan sugar ray robinson. Akan tetapi, mengapa Islam memperbolehkan wanita untuk mengenakan emas? 

Jawapannya adalah.. "Wanita tidak menderita masalah ini karena setiap bulan, partikel berbahaya tersebut keluar dari tubuh wanita melalui menstruasi." itulah sebabnya islam mengharamkan lelaki memakai emas dan membolehkan wanita memakai perhiasan emas. itulah antara sebab agama Islam melarang kaum lelaki memakai emas, ternyata hal ini telah diketahui Nabi Muhammad lebih 1400 tahun yang lalu padahal beliau tidak pernah belajar ilmu sains. 

Dlm satu hadis nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam telah melarang kaum lelaki memakai emas walaupun cincin yg kecil. Al-Bukhari dan Muslim masing-masing dari Al-Bara' bin Azib Radhiyallahu 'anhu, bahwa ketika Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam melihat seorang laki-laki memakai cincin emas di tangannya, maka beliau memintanya supaya menanggalkan cincinnya.
 (HR. Bukhori & Muslim) 

Wallahua'lam." via @InstaReposts


Makam Arwah Ahmad Ammar

salam

Makam Arwah Ahmad Ammar. Setelah 37 Hari meninggal dunia. Kuburnya diwarnai bunga mekar. Subhanallah...



Thursday 5 December 2013

Bayangkan

salam.

Bayangkan.
Kita ada anak kecil.
Umur 3 tahun.
Satu hari.
Kita tengah masak di dapur.
Si anak ternampak pisau.
Merengek-rengek dia menangis.
Nakkan pisau jadi mainan.
Agak-agak kita bagi?
Tentu lah tidak, kan.
Adakah ini tandanya kita tidak sayangkan anak?
Bahkan, kerana sayanglah kita enggan berikan.
Walaupun di mata anak.
Pisau itu 'menyeronokkan'
Tapi kita lebih tahu.
Ia merbahaya untuk anak kita.
Kita lebih tahu.
Anak tidak tahu.

Begitu juga.
Kita dengan Allah.
Kita 'merengek' nakkan sesuatu.
Tetapi Allah tidak izinkan.
Adakah Allah tidak sayangkan kita?
Bahkan, kerana sayanglah.
Kemahuan kita tidak diturutkan.
Malah diganti dengan yang lebih baik.
Kerana apa yang kita mahukan itu.
Mungkin kelihatan baik pada pandangan kita.
Tapi tidak pada pengetahuan Allah.
Allah lebih tahu.
Kita tidak tahu.

Dan.
Kasih sayang Allah kepada kita.
Jauh lebih besar.
Dari kasih sayang ibu atau ayah, kepada anaknya...

★★★
Peminat SEPAHTU jom bergabung di page Sepahtu 

Wednesday 4 December 2013

Bonda Arwah Ammar

salam.

Akhirnya aku tewas juga. 26 hari aku memendam perasaan, kesedihan, kepiluan akan pemergian Ammar, dalam Rancangan Pencetus Ummah, Astro Oasis malam tadi, aku tak dapat menahan sebak dan menangis 'live' di TV! Sesuatu yang luarbiasa telah berlaku dalam diriku!





Sedang aku telah bertekad dalam diriku bahawa sesi ini akan ku gunakan untuk menyuntik semangat agar meneladani Ammar, bukan untuk ditangisi.

Namun ketika aku menyebut, "saya mengharapkan agar Ammar yang akan menyembahyangkan jenazah ku nanti," tiba-tiba aku menjadi begitu sebak dan sayu sehingga tak terkawal lagi perasaan ku ini. Airmata jatuh berderai, suaraku menjadi sayup, hampir tidak kedengaran.

Aku dapat rasakan bahawa Dewan KUIS tempat berlangsungnya Rancangan Pencetus Ummah juga merasai akan kesedihanku yang terzahir tanpa dapat ku kawal.Aku memohon ma'af kerana gagal melawan perasaanku ini. Sepatutnya, aku yang terkenal sebagai pencetus semangat perjuangan umat di kalangan ahli PKPIM, ABIM dan juga GPTD akan menampilkan suatu citra yang hebat , gagah dan tidak menunjukkan emosi walau dalam keadaan apa sekalipun, tetapi kali ini aku pasrah, aku tewas!

Sebaliknya, isteriku Nur Azlina telah berjaya melakukan sesuatu yang sepatutnya aku lakukan. Dia begitu bersemangat menyampaikan isi hatinya dengan begitu berkesan sekali! Inilah sesuatu yang luarbiasa yang berlaku dalam keluargaku sejak peninggalan Ammar. Kalau isteri yang kehilangan anak menangis dan sebak, itu biasa! Kalau suami nampak tenang dan bersahaja, itu juga biasa! Tetapi kalau sebaliknya berlaku, itu luarbiasa!

Jauh di sudut hatiku, aku bangga dengan isteriku ini. (Kalau ada mana-mana pihak nak jemput berceramah lepas ini, jemputlah isteriku, aku malu nak menangis lagi dikhalayak ramai apalagi 'live' di television..hehe...)

Dari ibu Ammar, pakaian yang dipakai Ammar semasa kemalangan , langsung tiada setitik darah pun, memang tiada darah, cermin mata yang di pakai pun tidak pecah, baju pun tiada koyak sedikit pun, SubhanAllah kata ibu Ammar, Allah mmng perlihara Ammar.

Al-Fatihah buat arwah Ammar


SHARE kisah ini jika anda rasa ia bermanfaat kepada umat Islam...

Oleh Ya Muhammad

Video perkongsian dari Ibu dan ayah Ammar,

1) Perkongsian Dari Ayah Ammar Bhg 1 : http://youtu.be/FSXxBVEo5iU
2) Ammar Syahid Dalam Perjalanan Untuk Mengajar Ilmu " Bhg 2 :http://youtu.be/eQD3KQKczPA
3) Ammar "Aku Melihat BidadariKu Di Syurga " Bhg 3 :http://youtu.be/n29-DYaBH6g
4) Perkongsian Dari Ibu Ammar " Allah Pelihara Ammar :http://youtu.be/t8x56KR6-_A

Ayahanda Arwah Ammar

salam.

Ketika Ayah Ammar ditanyakan soalan..

Bagaimana Ustaz mampu mendidik Ammar sehingga dia menjadi seperti itu, sedangkan ustaz seorang yang sibuk dengan usaha dakwah di luar dan di dalam negara.

Kata Ayah Ammar,

Sebelum saya berkahwin dengan isteri saya, awal-awal lagi saya dah jelaskan kepada isteri yang saya nak buat kerja dakwah, jadi saya perlukan sokongan dan bantuan dari dia.

25 tahun kami berkahwin, itulah kehidupan kami, saya sibuk dengan urusan dakwah, dan ibunya sibuk dengan urusan dakwah juga..

Tapi saya dan isteri yakin dengan Janji Allah, apabila kita menjaga urusan dengan Allah, Allah akan bantu..

Sebenarnya Ibu dan ayah sendiri harus komited* dengan Allah, dan Allah sendiri akan uruskannya..

Untuk Ammar, saya hanya bagi dia wawasan ummatik , dia sendiri akan gerak, Allah yang bantu dia..

*Begitu kuat ayah & ibu Ammar percaya dan yakin kepada Allah.

Tidak mustahil Arwah Ammar jadi seperti ini skrg, kerana tarbiah daripada kluarga sejak awal lagi dengan misi dan matlamat yang jelas untuk wawasan ummatik..

Semuanya bermula daripada kluarga, tapi skrg ni, *sesetengah mak & ayah inginkan anak mereka jadi soleh dan solehah, tapi mak & ayah itu sendiri tidak memulakan sendiri dan tidak menunjukan usaha ke arah itu..

Al-Fatihah buat arwah Ammar..

Perkongsiaan ini ditulis oleh Ya Muhammad

Disember 2013

salam.

Bulan Disember 2013 ini ada 5 hari Isnin, 5 hari Selasa dan 5 hari Ahad.
(Jom semak kalendar...)

MasyaAllah............ betul kan ?

Dan kita satu-satunya generasi yang telah melihat ...

01/02/03
02/03/04
03/04/05
04/05/06
05/06/07
06/07/08
07/08/09
08/09/10
09/10/11
10/11/12

& akan menempuh tarikh 11/12/13 dalam masa seminggu saja lagi.......

Subhanallah, Alhamdulillah, LailahaillaAllah, AllahuAkbar !!!

Thursday 28 November 2013

Cottage Pie

salam.

Cottage Pie dari cannedfood.

Perbezaan antara Cottage Pie dan Shepherd Pie ialah

Shepherds (SHEEP) Pie secara teknikalnya dibuat hanya dari Daging Biri-biri atau kambing. Cottage Pie - Apa-apa daging lain, atau hanya sayur-sayuran.

Pelbagai resepi menarik boleh rujuk kat yesyoucancan.

bahan-bahan :

400g tin sayuran
300g tin lobak merah, toskan
250g daging kisar
1 kentang, dikupas dan dipotong kasar
2 keledek, dikupas dan dipotong kasar
2 sudu teh mustard gandum
1 sudu besar susu
mentega
50g Keju  cheddar, parut
1 sudu besar minyak
perasa (Seasoning)

Cara-cara :

1. Panaskan minyak dalam kuali yang besar. Masukkan daging cincang dan masak sehingga perang. Tambah sayur-sayuran dan lobak merah. Reneh selama 20 minit.
2. Sementara itu masukkan air dalam periuk dan didihkan, masukkan kentang dan keledek. Reneh selama 15 minit atau sehingga lembut. Buangkan air, lenyekkan dengan mustard, susu dan mentega.
3. Apabila daging cincang masak, masukkan perasa dan masukkan ke dalam acuan hidangan yang tahan ketuhar. Ratakan kentang lenyek atas daging dan taburkan dengan keju. Bakar selama 5-10 minit atau sehingga bahagian atas bertukar warna coklat.

Wednesday 27 November 2013

Taman Tengku Anis, Pengkalan Chepa Siri III

salam.

Sambungan kisah di Taman Tengku Anis PC.  Dekat sini ada PLAYGROUND untuk kanak-kanak.  Agak besar dan pelbagai permaian yang ada.

 



Feveret anak-anak adalah gelongsor dan main panjat-panjat.  Jambatan gantung pon ada.





Buaian pon ada disedaikan kalu nak berayun.

Tuesday 26 November 2013

Shepherd's Pie

salam.

sharekan resepi Shepherd's Pie dari blog Intai Dapur.

Jika guna selain dari daging kambing atau biri-biri akan jadi Cottage Pie.  Mengikut tradisi omputeh, makanan jenis ini dibuat dari lebihan makanan lain. Dicampur pelbagai bahan yang ada untuk diolah menjadikan pie yang sedap.

Bahan A (Untuk Inti):-

originally an English dish
  1. 500 gram daging kisar (mengikut tradisi english - daging biri-biri atau kambing)
  2. 1 labu bawang besar (dipotong dadu)
  3. 1 ulas bawang putih (dicincang)
  4. 1 cawan kacang panggang (akak xda stok)
  5. 8 biji cendawan butang (dibelah 4)
  6. 5 biji tomato masak (dipotong dadu)
  7. 1 batang lobak merah (dipotong dadu)
  8. 1 pokok daun parsli (dicincang) - akak x letak pun
  9. 1 sudu makan tepung jagung - dibancuh dgn 1 cwn air
  10. 1 sudu makan serbuk lada hitam - akak letak 1/2 sudu makan biji lada hitam yg dikisar
  11. 1 kiub stok daging
  12. 2 sudu makan minyak masak (akak guna minyak zaitun)
  13. Garam secukup rasa

Cara Memasak Inti:-

  1. Panaskan minyak, tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga wangi.
  2. Masukkan daging kisar dan cendawan butang, kacau rata hingga daging masak.
  3. Masukkan lobak merah, tomato dan semua bahan lain, kecuali bancuhan tepung jagung.
  4. Apabila daging mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung dan kacau hingga masak.
  5. Perasakan dengan garam dan bila daging sedikit kering, tutup api.
  6. Ketepikan. Sediakan bahan untuk membuat pai pula.

mini pie

Bahan B (Untuk Pai):-

  1. 1 kilogram kentang (dipotong kecil-kecil)
  2. 1/2 cawan susu segar
  3. 2 sudu makan mentega
  4. 1 sudu teh serbuk lada sulah
  5. garam secukup rasa
  6. Air untuk merebus kentang secukupnya

Cara Menyediakan Pai:-

  1. Kentang direbus dengan air dan sedikit garam hingga empuk/air rebusan kering.
  2. Ketika kentang masih panas-panas, lecek hingga hancur sebati.
  3. Gaulkan dengan susu segar (akak tuangkan susu sedikit-sedikit), serbuk lada sulah dan mentega.
  4. Masukkan adunan kentang ke dalam bekas alluminium kecil (akak letak dulu dalam semua ramkin untuk base kentang ni ).
  5. Masukkan pula inti daging tadi dan tutupkan pula dengan kentang semula (akak letakkan adunan kentang untuk topping ke dalam piping bag dan guna swirl nozzle yg besar sikit, paipkan kat atas daging tu hingga menutupi daging).
  6. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu dengan suhu 200C (akak set oven 190C je) selama 30 minit/hingga bahagian atasnya keperangan.
  7. Keluarkan dari oven dan hidangkan ketika suam-suam panas gitu....
Argentinian Shepherd’s Pie Pastries

Resepi lain Shepherd's Pie dari kraftrecipes dan juga simplyrecipes.

Bila mengeledah dalam internet terlalu banyak resepi Shepherd's Pie nih.

Resepi Argentina Shepherd Pie dari themadgastronomist.

Monday 25 November 2013

Taman Tengku Anis Pengkalan Chepa Siri II

salam.
Di Taman Tengku Anis juga ada aktiviti berkuda.  Pengunjung boleh menyewa dengan harga yang berpatutan untuk menaiki kereta kuda yang disediakan.  Menarikkan, terasa macam Cinderella lah plak bila duduk atas kereta kuda ni.  Heheeh berangan pula cik kak ni.


Sebenarnya kami tidak berkesempatan untuk naik kereta kuda sebab anak-anak takut, ibu je yang teruja nak naik !!!  Alasan yang kedua pula masa kurang mengizinkan, dah hampir waktu solat Jumaat.  Alasan yang ketiga emmmm banyak la alasannya, dah tak dpat naik tu diam sudah lah.  Chowwww dulu.

Sunday 24 November 2013

Allahyarham Akhi Ahmad Ammar

salam.

Akak copy paste dari FB sebagai pengajaran (moga dapat membesarkan anak2 akak menjadi seperti Allahyarham Akhi Ahmad Ammar - amin) :

Cerita tentang Allahyarham Akhi Ahmad Ammar (Perkongsian daripada Muhammad bin Ahmad Zahid Al-Hafiz)

Bismillah
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Oleh kerana ramai yang bertanya dan ingin mngenali lebih dekat siapa Al-Marhum Ahmad Ammar Bin Azam yang baru2 ini menggemparkn ummah dengan pemergian beliau menghadap Ilahi. Maka saya sebagai sahabat sepengajian beliau di Turki berasa bertanggungjwab untuk memperkenalkan serta mem 'promote' kan segala kebaikan yang beliau pernah lakukan semasa hayatnya mudah2an ia dikira ilmu bermanfaat yang ditinggalkan beliau (yang mana pahalanya berterusan sehingga kiamat). Harap kepada siapa yang baca, baca lah sampai tamat. Maaf ia agak panjang dan akan mengambil masa paling kurang 20 minit dengan banyak ayat yang tidak tersusun. 

Beliau antara student Malaysia terawal ( beliau batch ke 2, saya ke-4 walaupun sampai sekarang student Malaysia di Turki tak sampai 35 orang pun) yang melawan arus perdana apabila memilih Turki sebagai destinasi pengajian setelah SPM. Sebab tu kami panggil beliau Abang Long.




Agak aneh, seorang yang pernah dinobat sebagai pelajar kedua terbaik SPM 2010 di RMC dengan pencapaian 9A1 1A2 memilih untuk sambung belajar di Turki, Negara yang sering dilabel sebagai Negara Eropah yang 'sakit'. Patutnya beliau ke tempat yang lebih berprestij. Dah lah ambil Turki, ingatkan ambil medic ke, atau engineering, tengok2 ambil sejarah, bidang yang sering diambil oleh student gred C dan D, sejarah Uthmaniyyah pulak tu.

MashaAllah..... Bila pertama kali saya tanya beliau kenapa pilih Turki dan ambil sejarah. Jawapan beliau:

"Turki ni dulu pernah jadi pusat Dunia Islam 600 tahun, takde kuasa dunia yang lagi lama daripada itu, Negara lain pun respect dan tunduk dengan Turki, kenapa kita tidak bangga, itu sejarah kita? kita boleh kembalikan balik sejarah itu. Lepas itu kita ni dah belajar tinggi2 last2 orang yang belajar lebih2 kurang pulak control kita. sebab itu ana ambil sejarah".

Cukup tersentak dengan jawapan tajam beliau. Beliau seorang yang sangat pendiam, tapi sekali beliau cakap, semua orang nak dengar dan akan ingat apa yang beliau cakap. Beliau juga sangat susah nak gelak ketawa, tapi sekali beliau ketawa semua orang ingat bila dan apa yang buat beliau ketawa.

Beliau jangan haraplah nak bercakap dengan perempuan, sangat kekok kalau beliau dalam situasi tersebut. Pernah sekali beliau bawak student Malaysia overseas yang datang bercuti di Turki dan kebetulannya perempuan, oleh kerana beliau malu nak bagi tahu kat perempuan tersebut, beliau call seorang sahabat kami yang ambil master di Turki untuk tolong bagi tau perempuan itu apa yang dia nak bagi tau. Padahal beliau ada depan perempuan tersebut. Masha Allah...begitu sekali beliau menjaga dirinya.

Beliau seorang yang sangat rajin menolong, kalau ada apa2 program di rumah, beliau orang yang pertama sampai untuk bantu bentang tikar, sapu2, kadang2 masak dan hidangkan makanan. Beliau jugalah yang last sekali balik sebab nak bantu gulung tikar, sapu2 balik, basuh pinggan dan bungkuskan makanan. Sungguh luar biasa akhlak serta tingkah laku beliau. Beliau sangat sopan santun, sangat berjaga2 ketika bertanya dan sangat berdisiplin. sebab beliau pernah cakap :

"dulu masa kecik2 memang kuat ah main2 tapi lepas masuk RMC memang kena train habis".

Saya cukup rapat dengan beliau dan keluarga beliau malah saya mengenali bapa beliau Hj. Azam sudah 10 tahun. mana tidaknya masa first time saya mengaji depan orang umur 8 tahun, atas permintaan bapa beliau lah yang ketika itu masih Presiden ABIM, sejak itu lagi saya aktif dalam progarm ABIM dan WADAH sehingga kini.

Sejak saya sampai di Turki, kalau sabtu ahad, saya akan pergi ke rumah beliau dekat Fetih Mahallesi (hari2 lain saya di asrama Turki) ,makan sama2, beliau masak, bersukan, berdiskusi sampai tulis dekat whiteboard dan akan tidur di biliknya. Antara cara beliau ialah sebelum tidur dan bangkit dari tidur, beliau akan tepuk tilam dan baca 3 surah Qul, pada masa tu saya ingat mungkin dari sekolah menengah lagi kot dia macam ni.

Beliau sering tidur lewat kerana membaca buku (buku2 nya banyak yang dah ghabak dan banyak tulisan menunjukkan yang memang beliau membacanya). Bulan lepas, saya diminta untuk bentang mengenai sejarah Uthmaniyyah di laman Universiti Terbuka Anak Muda (UTAM), beliaulah yang saya jadikan rujukan utama. Beliau pun bagi lah buku2 dan article2 sebagai persediaan untuk saya.

Beliau juga cadangkan supaya setiap minggu mesti ada student yang akan present mengenai apa2 ikut bidang masing2. Ketika Eid Adha yang lalu, kami (student Malaysia) berkumpul bersama2 selama seminggu. Dalam seminggu tu ada 1 hari full progarm dari pagi sampai malam. kami dibahagi2 ikut kumpulan Ditakdirkan Allah, kumpulan saya diketuai oleh beliau. Tapi yang lawaknya nama kumpulan saya yang beliau bagi oleh sebab beliau sangat suka Sultan Muhammed Al-Fatih, maka nama kumpulan kami yang beliau bagi ialah 'Fatih Var Mı?' yang bermaksud Fatih ade ke? sangat kelakar sebab nama kumpulan kami soalan. Jadi setiap kali nama kumpulan kami dipanggil, semua akan ketawa terbahak2 termasuk kami dan beliau sendiri.

Tugasan kami adalah pergi ke muzium Atatürk dan buat sedikit research. Dalam muzium itu, beliau seolah2 jadi penceramah apabila segala gambar2 yang ada dalam muzium tersebut beliau terangkan dengan detail lebih daripada petugas2 muzium terangkan pada kami.

Ada sekali tu time makan malam di rumahnya, beliau cerita pengalaman beliau semasa mengikuti misi kemanusiaan di Syria. Beliau kata,"Ana ni bukannya reti Arab". semua orang yang menyertai misi ini tahu bahasa arab dan bila tentera Syria tanya dari mana datang, mereka jawab Syria (walaupun bukan sebenarnya). Bila sampai turn beliau ditanya, beliau jawab Maliziya, terus tak dapat masuk. Alhamdulillah beliau berjaya juga cari jalan belakang dan masuk pada waktu malam secara sembunyi.

Sebelum beliau pergi, beliau pernah kata "ana kalau tenguk perempuan2 Turki ni mesti rasa macam nak kena kawen dah ni, tak tau sebab apa".

ketika beliau bermalam di wad hospital Syria , beliau terdengar bunyi bom yang sangat kuat, terus beliau mengucap dan bersedia untuk syahid (kerana salah satu tujuan beliau ke Syria juga adalah untuk syahid). kemudian tak de apa2 berlaku beliau terus tidur. Dalam tidurnya beliau bermimpi bertemu bidadari. Ketika hari terakhir beliau di Syria, beliau ada bertanya dengan seorang pemandu di Syria (kebetulan driver tu boleh cakap inggeris sikit2) "kenapa pemuda2 kat sini berani betul dan nak syahid?" driver tu jawab "pemuda kat sini dah tak pandang dah harta benda dan wanita2, dia orang semua hanya tunggu syurga dan bidadari syurga, sebab tu dia orang nak syahid". Beliau pun ceritakan apa yang beliau mimpi, driver tu kata "awak ni boleh mati syahid ni".

Sekembalinya beliau ke Istanbul dengan selamat, kami pun (pasal baru habis baca buku 'Kemenangan yang Tertangguh oleh sdr Hasbie Muda) gelarkan beliau 'Syahid yang Tertangguh'. Bila beliau cerita pada kami yang beliau mimpi. kami semua gelak dan kata, "anta ni kuat sangat bergurau".

Namun hari2 berikutnya beliau memang berubah, setiap kali beliau pandang prempuan, tiada apa2 yang dirasainya. 'Ajeeb!!! Pernah juga beliau minta pada saya, "anta tolong ngaji time ana kawen nanti ye" saya pun jawab sambil tersengeh "dah dekat ke? dengan orang mana?" Beliau jawab "ana mintak ayah ana carikan, ayah nak cari orang bosnia" katanya sambil berseloroh.


Beliau juga cakap "nanti kalau kata ana meninggal kat sini pun anta tolong ngaji juga sikit paling2 pun Qul huAllah pun ok la" saya pun jawab "tak yah la cakap2 macam tu". Beberapa hari seblum beliau pergi mengahadap Yang Maha Esa, kami brtemu dalam satu majlis makan malam di Çamlıca. turut dihadiri oleh menteri pelancongan, Dato' Seri Nazri Aziz. Kebetulan beberapa hari sebelum itu pula, saya berkesempatan bertemu dengan Menteri Luar Turki, Dr. Ahmet Davutoğlu (nanti saya terangkan kenapa saya selitkan nama Dr. Davut). Beliau tanya saya macamana boleh jumpa Dr. Davut sebab beliau nak sangat jumpa dengannya. Saya jawab Dato' Seri Anwar Ibrahim yang bawak jumpa masa dia datang Beşiktaş hari tu. Beliau kata Dr. Davut seorang yang sangat bijak. Gandingan EGD (Erdoğan, Gül, Davutoğlu) sahaja dah boleh gerunkan musuh2 Turki. Pada malam itu beliau bercakap banyak lebih dari biasa.

HasbunAllahu wani'mal wakeel, Wallahi tak saya sangka2 itulah pertemuan perpisahan kami di ardhillah ini kerana 2 hari selepas itu, insan yang sudah saya anggap seperti abang dan murobbi telah dipanggil menghadap Tuhannya. Beliau pergi meninggalkan kami dan ummah buat selama2nya. Saat beliau ingin melintas di jalan raya, kaki beliau tergelincir kerana jalan memang agak licin, terus dilanggar sebuah ambulan kena bahagian bahu beliau (faham2lah ambulan Turki laju macamana). Kami terus ke hospital untuk urusan forensik.

Ibu bapa beliau tiba di airport pada besoknya dengan keadaan yang cukup tenang (saya tak pernah melihat wajah setenang mereka yang baru sahaja kehilangan seorang permata yang lebih awal dipanggil olehNya, malah beliau merupakan satu2nya anak lelaki dalam keluarga).

Saya masih tak dapat terima hakikat ketika itu, ia seperti mimpi. Setelah jenazah dimandikan, kelihatan peluh masih ada pada wajah beliau. Saya kenal muka beliau time tidur dan begitu lah wajah yang sama pada ketika itu, memang rasa macam nak kejutkan je. Namun Allah lebih menyayangi beliau.

Ketika jenazahnya di solatkan di Masjid Ayyub Al-Ansaari, ribuan yang hadir. Pada ketika itu, saya yakin beliau seorang yang tiada musuh. Rakan2nya sama2 ponteng kelas pada hari itu sebab lecture2 pun tak datang universiti semata2 untuk bersama solatkan jenazah beliau. Saat dikebumikan di perkuburan Eyyüp Sultan Camii, ramai yang tak sangka beliau boleh ditempatkan di situ (kerana perkuburan tersebut juga ada maqam sahabat Rasulullah S.A.W, Abu Ayyub Al-Ansaari serta para mukminin yang lain, jadi agak luar biasa kalau orang yang tiada kaitan dengan kerajaan tambahan pula foreigner untuk ditempatkan di situ) MasyaAllah....

Ketika itu, kawan2 universiti beliau turut memakai lencana gambar beliau pada pakaian masing2. Dalam video ini, sebenarnya bukan saya dijemput untuk baca surah Al-Ikhlas (tak seperti yang tertera dalam video), tapi sayalah yang minta untuk baca. Saya cakap dekat Hoca bahawa Al-Marhum pernah minta saya baca pada masa ini. Saya pun baca surah Al-Ikhlas sebanyak 3 kali (dalam video tu kali pertama), kali ke2 dan ke 3 saya sebak dan tak dapat menahan air mata yang mengalir mengenangkan permintaan beliau semasa hayatnya yang pada masa itu saya fikir beliau bergurau.

Setelah selesai urusan pengkebumian, bapa beliau jumpa dan kata pada saya sambil senyum "nanti baca lama2 lagi", saya terdiam, hati saya kata pakcik ni tak rasa sedih ke, saya lebih emosi dari bapa beliau ketika itu.


Pada keesokan harinya, bapa beliau mendapat panggilan telefon dari Dr. Davut yang turut mengucapkan takziah. SubhanAllah, siapa sangka orang yang teringin sangat beliau nak jumpa semasa hidup tapi tak berkesempatan. Namun saat beliau pergi turut mendapat pengetahuan orang itu.

Beberapa hari yang lalu, fakulti beliau di Universiti Marmara telah menanam sebuah pokok yang diberi nama sempena nama beliau. Papan utama di Marmara Univ tertera "AHMET AMMAR, BİZ ÇOK SEVİYORUZ" yang brmaksud " Kami amat merinduimu Ahmad Ammar". Bapa beliau tatkala melihat suasana tersebut kata pada saya sambil menggeleng kepala "ini bukan anak yang pakcik didik ni, mesti ada orang lain yang didik dia sampai ke tahap ini."

Last sekali sebelum beliau pergi, status terakhir beliau di FB surah Taubah ayat 111 yang mana Allah berfirman

"Sesungguhnya Allah membeli orang2 mukminin, diri mereka serta harta mereka dengan syurga"

cukup memberi kesan kepada sesiapa sahaja yang membacanya. Saya redha beliau tetap telah pergi. hanya ilmu, nasihat dan semangat yang beliau tinggalkan pada saya. kalau dulu orang sebut Fatih var mı? pasti akan ketawa terbahak2, namun kini kalau disebut lagi, hanya wajah beliau yang akan dikenang dan air mata akan mengalir.

Ramai diantara kami ingat apa yang jadi pada beliau akan menjadi kerisauan ibu bapa di luar untuk menghantar anak2 mereka ke Turki. Namun kuasa Allah rupa2nya beliaulah pencetus dan pembuka mata kepada masyarakat untuk mula mengenal apa itu Turki disamping menjalinkan hubungan yang erat antara Malaysia dan Turki. Sungguh, beliau hebat, hebat, memang hebat!!!.

Moga dengan hanya menonton video ini ramai lagi pemuda2 yang akan mengikut jejak wira uthmaniyyah ini. Saya pasti dan akan selama2nya mencemburui beliau.

"Abang Long Ammar Ağabey.Seni çok seviyorum".

Doakan beliau ditempatkan bersama para mukminin. Al-Faatihah.

MUHAMMAD BiN AHMAD ZAHiD
20/11/2013
Ä°STANBUL,TÃœRKÄ°YE

Tuesday 19 November 2013

Taman Tengku Anis, Pengkalan Chepa Siri I

salam.

Sepintas lalu di Taman Tengku Anis, Pengkalan Chepa.

Salah satu tarikan ialah Kolam Mandi yang terletak bersekali dengan Mini Taman Tema Air.  Bayaran masuk RM3.00 sahaja seorang.  Murah kan.


Bila berkunjung ke Kelantan dan berkesempatan bolehlah bawa anak-anak ke Taman Tema Air Taman Tengku Anis yang terletak berhadapan dengan Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negeri Kelantan (JKKN).




Taman temanya tidaklah besar, namanya pon mini kan.  Bolehlah anak-anak main gelongsor sambil mandi-mandi.

Jika tidak membawa bekalan makanan dan juga minuman, boleh beli di gerai-gerai jualan di pintu pagar masuk utama.

Walaubagaimanapon, tidak dibenarkan membawa masuk makanan ke dalam Taman Tema Air ini.


Terdapat juga wakaf tempat rehat berhampiran dengan kolam kanak-kanak.


Monday 18 November 2013

Progress Pagar Rumah

salam.

Pemasangan pagar rumah telah selesai 2 minggu lepas.  Sekarang ni sedang cari tukang untuk tampal plaster.  Memandangkan cuaca sekarang ni tidak menentu, hampir setiap hari hujan, maka kami tangguhkan niat untuk tampal plaster.



Tetapi tidak bermakna terhenti disitu saja, sesambil tu kami buat survey untuk membeli bata atau jongkong atau apa-apa hiasan taman yang sesuai

Pemasangan longkang juga telah selesai.  Terdapat 7 set longkang yang belum pasang sebab kurang sesuai dengan struktur tanah.  Oleh itu, kami ambil keputusan tidak memasang longkang tersebut.  emmm tak tau la nak letak mana lebihan longkang :(

Thursday 14 November 2013

Visi dan misi KPM 2013

salam.

Selain dari logo Kementerian Pendidikan juga telah mengumumkan visi dan misi terbaru, disertakan emel rasmi tersebut :

salam 1Malaysia,
YBhg Datuk/Dato'/Dato' Dr/Datin/YBrs Dr/Tuan/Puan
Mesyuarat Susulan Jemaah Menteri Bil.7 / 2013 yang diadakan pada 27 September 2013 telah membuat pemilihan visi dan misi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang baru. Visi dan misi KPM yang baru adalah seperti berikut:-

VISI
"Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera"


MISI

"Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara"
Sekian, terima kasih.
Bahagian Khidmat Pengurusan
Kementerian Pendidikan Malaysia

Wednesday 13 November 2013

Logo Kementerian Pendidikan Malaysia - Terbaru

salam.

Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengumumkan logo terbaru Kementerian.  Dengan itu, secara rasminya logo KPM yang digunakan sebelum ni diBATALkan.

Diharap blog ini membantu sesapa yang memerlukan logo baru Kementerian Pendidikan.  Logo baru ini dicipta setelah Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kementerian Pengajian Tinggi bergabung menjadi satu. Selepas pengumuman penyatuan, warga KPM telah menggunakan logo Kementerian yang sedia ada dan hanya mengubah nama dari PELAJARAN ke PENDIDIKAN.

Kementerian mengambil anisiatif merekacipta logo baru supaya dapat menggambarkan penyatuan dua Kementerian yang besar menjadi satu.











sebahagian salinan emel rasmi KPM pada 6 November 2013:

2. Mesyuarat Susulan Jemaah Menteri Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Bil. 8/2013 yang dipengerusikan oleh YAB Menteri Pendidikan Malaysia bertarikh 1 November 2013 telah bersetuju dengan cadangan logo baharu KPM seperti di Lampiran. Sehubungan dengan itu, semua Ketua Jabatan di Bahagian/ Jabatan/ Unit adalah dipohon supaya mengambil tindakan menyelaraskan papan tanda bangunan, papan tunjuk arah serta kenderaan jabatan menggunakan logo baharu tersebut seperti yang telah diarahkan oleh YBhg. Dato‘ TKSU(P) melalui surat Rujukan No. KPM.BKP.100-1/1/14 (30) bertarikh 13 Ogos 2013.

3. Kerjasama segera pihak YBhg. Tan Sri/ Dato‘ Seri/ Datuk/ Dato‘/ Datin/ Prof./ Dr./ Tuan/ Puan berhubung perkara ini amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

(HAJI AB LATIF BIN IBRAHIM)
Setiausaha Bahagian
Bahagian Khidmat Pengurusan (Sektor Pengajian Tinggi)
Kementerian Pendidikan Malaysia
Tel: 03-8870 6100
Faks: 03-8870 6823
Emel: ablatif.ibrahim@moe.gov.my

Sunday 10 November 2013

11.12.13

salam.

11.12.13 masih jauh tapi makin hampir. satu tarikh yang cantik !!! emmm ada sesapa plan apa-apa bagi mengingati tarikh yang cantik nih.

Pada 2010, tarikh duedate akak (jangka bersalin) ialah 10.10.10 tapi akak bersalin awal.  So tarikh tu hanya tinggal sejarah, walau apa pun masih terpahat kemas pada kulit buku kelahiran anak.

Thursday 7 November 2013

Rest 3 x 1/2 minit sebelum bangun dari tidur

salam.

Sedikit perkongsian dari blog Que Achmad

TIPS BERGUNA | Bagi Yang Terbangun Dari Tidur UNTUK BUANG AIR | Dari YB Dr Daroyah Alwi: saya nak kongsi very good tips - bg yg terbangun dr tidur utk buang air...... baca ya! Penting untuk diambil perhatian!!!


Tiga kali (1/2)

Para pakar selalu berpesan:
Setiap individu harus ambil perhatian tentang 3 x 1/2 minit.

Kenapa penting?
3 x 1/2 minit adalah suatu amalan percuma tetapi akan banyak mengurangkan angka kematian secara mengejut (sudden death)

Kerap kali berlaku seorang individu yang siang harinya masih nampak sihat, tetapi malam harinya meninggal.

Selalu kita mendengar cerita orang, kelmarin saya masih bersembang dengan dia, kenapa tiba-tiba dia meninggal?

Penyebabnya adalah ketika bangun malam utk ke bilik air kerap dilakukan secara terlalu cepat.
Sejurus kita berdiri, otak masih kekurangan aliran darah.

Knapa "3?1/2 minit" amat
penting?
Kerana pattern ECG .(Electro Cardiogram) seorang individu normal pada siang hari manakala pada masa tengah malam ketika terbangun nak buang air kecil contohnya, pattern ECG itu boleh berubah.

Kerana dgn bangun secara tiba-tiba otak akan jadi anaemic dan mengalami kegagalan jantung (heart failure) disebabkan kekurangan darah.

Dinasihatkan untuk mengamalkan amalan "3 kali 1/2 minit" ini, iaitu:

1.Bila terbangun drpd tidur jgn trus turun dri katil, tetapi berbaringlah dulu untuk tempoh 1/2 minit;

2. Duduk di katil utk tempoh
1/2 minit;

3.Turunkan kaki, duduk di tepi katil utk tempoh 1/2 minit.

Selepas 3 x 1/2 minit yg dilakukan secara percuma tanpa membayar sesen pun, otak tdk akan anaemic dan jantung tdk akan mengalami kegagalan, mengurangkan kemungkinan terjatuh dan meninggal ketika bangun tengah malam seperti yg sering kita dengar.

Pernah seorang tua menangis kesal kenapa beliau tidak mengetahui perkara ini drp dulu lagi setelah membaca pesanan ini.

2 tahun lalu dia bgun tengah malam utk buang air kecil, di bilik mandi tiba2 terasa dunia berpusing dan bliau terjatuh, akibatnya dia skrg mengalami lumpuh dan tak boleh bangun dri katil, punggunnya mengalami luka2 dikubitus..
Seandainya dia mengetahui perkara ini, beliau tdak seharusnya menderita seperti kini.

Share utk org2 yg kita syg utk menghindari perkara2 seperti ini terjadi. Ianya boleh berlaku tanpa mengira usia tua ataupun muda.

Sharing is caring.

Satay Bakar Dalam Oven

salam.

Satu lagi resepi menarik yang di copy paste dari Azie Kitchen ... Satay Bakar Dalam Oven

Bahan bahan:
600 gram daging batang pinang/isi dada ayam
1 cawan gula pasir
2 batang serai
2 sudu besar kacang tanah
1 sudu besar garam
1 sudu besar serbuk kunyit


Cara cara:
1.  Daging dibersih2kan urat urat dan lemaknya dan dihiris halus dalam sebesar ibu jari. Kacang tanah disangai tanpa minyak dan dibuang kulitnya.

2.  Ricik serai dan tumbuk halus, ketepikan dan tumbuk pulak kacang tanah. Masukkan dalam besen semua bahan seperti gula, garam, kunyit serbuk dan serai serta kacang tumbuk tadi. Gaul rata. Pastu masukkan daging tadi dan gaul sampai rata betul betul. 

3.  Perap selama dua jam. Jangan bubuh air sebab air daging tu akan keluar setelah diperap hampir dua jam.

4.  Panaskan oven ke tahap maksimum. Suhu 200C. Masukkan dulang berisi daging ke dalam oven.

5.  Pastu bakar di dalam oven dengan merenjis sedikit minyak di atas daging perap tadi (daging tak perlu dicucuk dengan lidi). 

6.  Sekali sekala dibalik-balikkan daging dan terus bakar lagi sehingga daging garing. Bolehlah diangkat dan dihidangkan.

7.  Hidangkan satay goreng ini dengan kuah kacang dan nasi impit. Serta jangan lupa hirisan timun dan bawang yang merupakan satu kemestian.


Terima kasih banyak-banyak kat Azie yang kongsikan resepi yang hebat dan idea yang bernas.

Pizza Dough By Azie Kitchen

salam.

Pizza !! Dah lama benar akak tak mengadun PIZZA.  Bila terserempak dengan resepi pizza dari Azie Kitchen, baca dan tengok gambar cara-cara mengadun dari Azie yang menggunakan PISAU, hati ni terpanggil-panggil nak mengadun PIZZA. Kita copy paste resepinya kat sini (TQ banyak-banyak Azie) :

Kacau guna pisau - pic by Azie Kitchen

Bahan bahan:
1.  1 1/2 cawan air suam
2.  2 sk yis mauripan
3.  Secubit gula
4.  4 cawan tepung gandum
5.  1/4 sk garam
6.  1/4 cawan olive oil
7.  Sedikit olive oil (lumur)






Cara cara:
1.  Campurkan gula ke dalam air suam dan masukkan yis. Kacau rata dan biarkan selama 5 minit tanpa dikacau lagi.

2.  Ayak tepung ke dalam mangkuk. Masukkan garam. Buatkan satu lubang di tengah tengah tepung. Tuangkan olive oil ke dalamnya, diikuti dengan air yis tadi.

3.  Ambil pisau dan dilalukan seolah memotong kek dari tepi ke tepi sehingga menjadi sebati.

4.  Dengan menggunakan kedua dua tangan, uli, gulung doh sehingga tidak melekat di tangan.

5. Taburkan tepung gandum atas papan pencanai. Uli doh sehingga rata dengan meletakkan tangan di kedua dua tepi doh, dilipat ke tengah dan ditolak ke depan dengan kedua dua tangan.

6.  Sapukan olive oil di mangkuk dan letakkan doh yang siap diuli di dalamnya. Sapu lagi olive oil di serata permukaan atas doh.

7.  Akhir sekali tutup dengan plastic wrap dan biarkan doh selama 30 minit. Keluarkan doh yang dah naik berkali ganda, tumbuk dan bahagi kepada 2 bahagian.

8.  Sapukan dulang pizza dengan butter. Leperkan doh pizza dan dicucuk cucuk sedikit dengan garfu bagi mengeluarkan udara. Bolehlah disapu dengan sos pizza dan letaklah apa apa topping pizza yang disukai.


Wednesday 6 November 2013

PUDING MILO OREO

salam.
Copy Paste resepi dan gambarnya sekali dari Blog Duhai Hati, TQ Kak Uda.
Sumber : AlongRoz

Bahannya:
1 bungkus serbuk agar2 (10gm)
750ml air
160gm gula pasir
1 tin susu cair (400gm)
3/4 cawan serbuk milo ~ saya campur 2sb serbuk koko
1 bungkus biskut oreo (137gm) ~ patah2kan dan biarkan sandwich 2 lapis

Caranya:
1. Masakkan serbuk agar2 dan air hingga larut. Masukkan gula dan masak lagi hingga larut. Masukkan susu cair dan kacau hingga mendidih.
2. Bila dah masak, bahagikan kepada 2 bahagian ( ambil 2 cawan untuk bahagian milo).
3. Dengan api sederhana, masak bahagian milo hingga serbuk milo hancur.
4. Dalam acuan pilihan, tuang adunan milo 1 cawan. Biarkan menggeras sedikit.
5. Tuang pula adunan warna putih dan tabur biskut oreo yg telah dipatah2kan.
6. Apabila dah mengeras sedikit, tuang baki adunan milo keatasnya.
7. Sejukkan dlm peti ais, baru boleh dipotong.


Apam Bakar

salam.

Pagi ni sempat berjalan ke blog Recipes from My Kicthen.  Berkenan plak dengan Apam Bakar.  Nampak senang, so copy paste resipinya.

bahan-bahannya :
1.  Tapai Ubi.
2.  Tepung Beras
3.  Serbuk Lada Hitam
4.  Air.
5.  Kelapa parut dan garam.

Cara-cara membuatnya :
1.  Perisikan tapai ubi dan hancurkan dengan sudip.
2.  Masukkan tepung beras, sedikit serbuk lada hitam dan sedikit air.
3.  Kacau sebati dan biar semalaman atau antara 5-6 jam sehingga nampak adunan mengembang dan menjadi ringan apabila dikacau.
4.  Sapukan kuali dengan minyak, panaskan dan masukkan sesenduk adunan ke dalamnya, ratakan seperti membuat lempeng dan tutup dengan tudung periuk. 
5.  Balikkan ia dan angkat apabila masak.
6.  Ulang proses ini hingga semua adunan habis dimasak.
7.  Apabila selesai dimasak, makan dengan kelapa parut yang telah digaul dengan sedikit garam terlebih dahulu. 

** Tak perlu ditambah gula kerana tapai telah sedia manis.

Akak tempekkan gambar Apam Bakar yang dimakan bersama kuah serawa durian dari Blog Zalekha Luvs Cooking, kat blognya ada resipi apam dan serawa durianya sekali.


Thursday 31 October 2013

Deco : Pagar Rumah

salam.

Pagi nak share sikit pasal pagar rumah.  Kami dah pilih pagar yang difikirkan sesuai dengan IsyRaQRestHouSe.  Kami beli dua set pagar simen yang dah siap, harga dalam RM90 sekeping.  Bentuknya seperti kayu tetapi dibuat dari simen, insya allah jangka hayat akan tahan lebih lama dari kayu.



Bahagian bawah telah dipasang jongkong simen tetapi masih belum siap sepenuhnya.  Masih ada satu part lagi yang belum dipasang iaitu panjang lebih kurang 5 kaki.