Showing posts with label Pendidikan. Show all posts
Showing posts with label Pendidikan. Show all posts

Friday, 20 December 2019

Salam Jumaat

Sempena cuti hujung minggu dan hari Jumaat kita berehat dan bersantai bersama keluarga.  Kemas-kemas rumah .... emmm banyak lagi nak kena sediakan untuk BACK to SCHOOL.

Urusan pindah sekolah anak telah selesai. Alhamdulillah.  Just for sharing .... untuk pertukaran sekolah anak yang bersekolah di sekolah kebangsaan, yang pertamanya kena mohon pertukaran dengan sekolah asal (sekolah A). 

Day 1
Buat Permohonan Pertukaran dengan sekolah asal.

Day 2
Langkah ke dua ialah tunggu surat kelulusan pertukaran dari sekolah.  Selepas mendapat kelulusan / kebenaran pertukaran dari sekolah A,  sila hantar surat berkenaan ke Pejabat Pendidikan Daerah yang berkenaan.

Day 3

Selepas mendapat surat kebenaran / kelulusan dari PPD, sila bawa surat berkenaan ke sekolah baharu.  Selepas sekolah baharu terima .... Alhamdulillah selesai urusan pertukaran sekolah anak.


The Ultimate Measure of a man is not where he stands in a moments of comfort and convinience but where he stands at times of Challange and Controversy

         ............wise man said

Monday, 25 March 2019

Sambutan Hari Guru 2019

as-salam.

Sempena sambutan hari guru tahun 2019, Unit Komunikasi Korporat, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memaklumkan Logo dan Tema sebagaimana berikut :
 



Selamat Hari Guru kepada semua "GURU-GURU" samada secara rasmi atau tidak kerana sesiapa sahaja yang menjadi pendidik, pembimbing, pendorong dsbnya adalah penyumbang kepada pendidikan masyarakat yang maju dan berdaya saing, pendokong agama, bangsa dan negara.

Love You All "Guru-Guru" 


Sunday, 26 March 2017

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN AWAM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SESI 1 TAHUN 2017

as-aslam.

Pengumuman dari KPM, Malaysia :
 
Semua calon yang telah menduduki Peperiksaan Perkhidmatan Awam Kementerian Pendidikan Malaysia Sesi 1 Tahun 2017 pada 21-23 Februari 2017 boleh menyemak keputusan mulai 23 Mac 2017 jam 10.00 pagi di laman sesawang www.sisppa.moe.gov.my.
 
Sebarang pertanyaan lanjut boleh berhubung dengan Unit Peperiksaan Perkhidmatan, Bahagian Pembangunan dan Penilaian Kompetensi di talian 03-8317 9000.

Thursday, 28 May 2015

TIDUR

As-salam.

saya kurang pasti berkenaan saranan di bawah, tapi satu perkongsian yang baik untuk dicuba.  Tak rugi apa2 pun.

Sekadar pengalaman saya yang sering tertidur selepas solat isya' sekitar jam 9.30 malam, saya akan terjaga samada pukul 12 malam, 2 pagi dan kadang-kadang 3 pagi.  Masa terjaga tu memang rasa cergas dan cukup tidur, tidak rasa mengantuk langsung, biasanya saya akan siapkan mana-mana kerja rumah yang belum selesai a.k.a mengemas rumah hehehe.

Ini perkongsian daripada Cikgu Shaini :

Bila Dr Noorhisam dari Tahfiz Medic menukilkan dapatannya bahawa dalam sehari, kita hanya memerlukan tidur selama 3jam, saya cuba...saya tidur sebelum jam 12 dan cuma bangun semula pukul 3pagi tetapi saya bangun dengan rasa mengantuk dan letih. Kekadang saya tertidur semula dan bangun jam 4.30 pagi. 

Saya syak, mungkin sistem badan saya yang tidak berfungsi dengan baik..menyebabkan saya tidak dapat bangun dengan cergas seperti yang dirancang.

Tetapi saya pelik, bilamana ada hari-hari tertentu, tika saya "tanpa rela" sering tertidur pada pukul 9malam.....seterusnya secara otomatik, sekitar jam 2pagi saya pasti akan terjaga. Biji mata saya segar....lalu saya pun bangun untuk melakukan aktiviti2 rutin saya....tanpa mengantuk! Saya pelik!
Rupa-rupanya apa yang berlaku pada saya bukan suatu yang abnormal....saya menemui artikel karya Dr Hamza Al-Hamzawi.

Menurut kajian beliau, untuk bangun dengan cergas, kita tak perlu tidur selama 8jam seperti kajian barat. Tetapi cukup dengan tidur selama 3jam sahaja. Tetapi waktu tidur itu mestilah dari pukul 9 malam hingga 12 malam (tapi kita di zaman skrg ni kalau kita dapat tidur tepat pukul 10 dàn bangun jam 2pagi...itu dah lebih dari baik).

Berdasarkan sunnah, Rasulullah saw sememangnya tidur di awal malam kerana tidur pada waktu ini adalah waktu tidur yang paling bermanfaat. Seseorang itu boleh dapat 80% daripada tidur yang nyenyak pada waktu ini. Waktu ini juga terdapat 'Baraka' di dalamnya iaitu sejam waktu tidur bersamaan dengan tiga (3) jam waktu tidur.

Pada masa ini kelenjar pineal mengeluarkan hormon melatonin iaitu membantu kita untuk tidur.

👉Tidur dari pukul 12 pagi hingga 2 pagi
Waktu ini terdapat 20% waktu tidur nyenyak dan selebihnya iaitu 80% adalah 'dream sleeping' yang tidak berguna. Pada masa ini tidur sejam bersamaan dengan sejam waktu tidur.

👉Dari dari pukul 2 Pagi hingga 5 Pagi sebelum Subuh (Fajr)
Ini sebenarnya bukan lagi waktu tidur tetapi adalah waktu yang paling sesuai untuk menghafal, mengingati Allah, berzikir, Istighfar dan penumpuan mental.

👉Tidur pada waktu siang (selepas Fajr)
Tidur pada waktu ini adalah waktu tidur yang tidak bermanfaat kerana tiga (3) jam tidur bersamaan dengan sejam waktu tidur, ditambah dengan kelesuan, kekeliruan, dan hilangnya fokus.

👉Tidur dari Fajr hingga terbitnya matahari
Kelenjar pineal mengeluarkan hormon lain iaitu 'serotonin' iaitu dari Fajr sehingga terbitnya matahari dengan syarat seseorang itu mestilah sudah bangun.

Bagi mereka yang solat Subuh dengan 'Jamat' dan duduk mengingati Allah.
Pada waktu ini adalah sangat sesuai untuk berzikir dan melakukan aktiviti harian.
Pembebasan 'melatonin' oleh kelenjar pineal berkurangan selepas 40 tahun dan berhenti selepas 50 tahun. Kemudian seseorang itu harus memanfaatkan apa yang telah tersimpan dalam badan sehingga sepanjang hayatnya.

Jadi, jika seseorang mendapat 'Alzheimer' dan permulaan 'Dementia', bermakna dia telah tidur lewat sepanjang hidupnya.

Wallahualam.

Tuesday, 24 February 2015

Tawaran Bursary Pelajar Cemerlang (9A+) SPM 2014

As-salam.

1. Bursary KPM adalah merupakan penajaan di peringkat persediaan sebelum pelajar melanjutkan pengajian Ijazah Pertama dalam pelbagai bidang di universiti sama ada di dalam atau luar negara.

2. Bursary ini bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada pelajar cemerlang lepasan SPM 2014 yang memperoleh keputusan SPM 2014 9A+ dan ke atas.



Thursday, 27 June 2013

Tips Power Pumping

salam.

Apa itu Power Pumping?

Bagi yang tidak pernah mendengar, power pumping adalah salah satu teknik mengepam yang boleh membantu ibu-ibu tingkatkan penghasilan susu. Teknik ini adalah merupakan sesi perahan intensif selama satu jam.

Bagaimana Caranya untuk melakukan Power Pumping?
ok, power pumping ini terbahagi kepada 2 cara :-

1) Single Pump - pump breast kanan terlebih dahulu selama 10 minit, kemudian rehat 10 minit, sambung pam sebelah kiri pula 10 minit, then rehat 10 minit (lakukan berulang kali sehingga 1 jam)

2) Double Pump - pump kedua-dua breast secara serentak juga selama 10 minit dan berehat 10 minit kemudian sambung lagi 10 minit (ulang hingga 1 jam)


Bila Waktu Paling Sesuai untuk buat Power Pumping?

Dicadangkan pada waktu tengah malam hingga subuh / sebelum tido..kerana hormon prolaktin (hormon susu) ibu adalah sangat tinggi pada waktu ini.

Bergantung kepada keselesaan ibu-ibu dan waktu yang sesuai.
Apa yang perlu ditekankan adalah ibu-ibu perlu melakukan teknik PP ini dalam keadaan tenang dan terkawal. Jika kurang stress, hormon oksitoksin juga mudah keluar.

Dinasihatkan ibu-ibu masukkan sesi PP ini dalam jadual seharian Pengepaman. Insya-Allah, mudah-mudahan hasil susu perahan ibu-ibu akan meningkat perlahan-lahan.


Berapa lama perlu buat Power Pumping?

Ibu-ibu harus maklum bahawa hasil perahan setiap ibu tidak sama, malah mungkin ada sesetengah ibu tidak dapat hasil seperti yang diinginkan pada 1-2 hari pertama. Jadi, berilah masa untuk diri sendiri juga untuk dapatkan hasil yang lumayan, ditambah pula dengan berkat kesabaran, tidak give-up, berdoa memohon agar dipermudahkan -NYA...Teruskan misi pump dan tekad dalam hati.

Selamat Mencuba =)

Sumber : susuibuidamansimanja.blogspot.com/

Thursday, 25 April 2013

Semakan keputusan permohonan kemasukan Matrikulasi Sesi 2013/2014

salam

KPM telah memaklumkan Semakan keputusan permohonan kemasukan ke Matrikulasi bagi sesi 2013/2014 akan mula dibuka pada hari ini 25 April 2013 jam 4.00 petang.

Sehubungan itu, bagi sesiapa yang telah memohon kemasukan ke Matrikulasi, anda boleh mula menyemak hari ini dan jika berjaya, anda dikehendaki mencetak sendiri statement itu untuk dibawa bersama ketika mendaftar di Kolej Matrikulasi.

Semakan Secara Online

Sila layari laman ini : http://apps.moe.gov.my/matrikulasi/tawaran/ (Link akan dikemaskini dari semasa ke Semasa oleh pihak KPM)


Semakan Melalui SMS

SMS dengan menaip MOE<jarak>MAT<jarak>NO.K.P dan hantar kepada 15888
Contoh : MOE MAT 951223125431 dan hantar ke 15888


Berikut ialah senarai tarikh pendaftaran bagi setiap Kolej Matrikulasi yang terdapat di Malaysia:

Kolej Matrikulasi Labuan – 19 Mei 2013
Kolej Matrikulasi Sarawak – 26 Mei 2013
Kolej-kolej matrikulasi seluruh semenanjung – 27 Mei 2013Bagi calon yang tidak berjaya, rayuan boleh terus dibuat melalui laman sesawanghttp://www.moe.gov.my mulai 25 April 2013 hingga 9 Mei 2013. Rayuan yang dibuat selepas tarikh tutup berkenaan tidak akan dilayan dan dipertimbangkan.

Talian bantuan Bahagian Matrikulasi 03-8884 4036/4040/4100/4083 boleh dihubungi dari jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang (hari bekerja sahaja).