Showing posts with label Tips ICT. Show all posts
Showing posts with label Tips ICT. Show all posts

Tuesday, 21 March 2017

How to Disable Directory Browsing on Website


as-salam.

How to Disable Directory Browsing on Website : this is for my own referrence,  the original write-up at ehowstuff, thank you for the owner who write the solution and share it.

Here are the solution :

There are two ways to disable or turn off the directory browsing in on your linux server. The main reason for this is to secure your websites and prevent anyone from simply access your installation folders and directories. If the directories or files are exposed to view, this will bring serious security risk.
Follow below steps to disable directory browsing:
1. Turn off directory browsing using httpd.conf:-
–>Open your httpd.conf, vi /etc/httpd/conf/httpd.conf
–>on your Virtual Host and your documentroot setting, find “Options Indexes”
–>Modify exisitng Indexes to -Indexes if any. Else add the Options -Indexes
–>Restart your apache server

/sbin/service httpd restart


–>Finish


Options All -Indexes
 
 
note :
 

How To Start, Stop, Restart And Check The Status Of Apache And MySQL On Centos

How to Start Apache

/etc/init.d/httpd start


How to Stop Apache

/etc/init.d/httpd stop


How to Restart Apache

/etc/init.d/httpd restart
 refer to oginal write up at mixeduperic.com


How to Check apache version
httpd -v


another tips on security :
http://www.tecmint.com/apache-security-tips/
 
 
 


Thursday, 4 June 2015

Turning off SSL engine in Apache for CentOS

as-Salam.
Ini nota untuk diri sendiri :)


A. Turning off SSL engine in Apache for CentOS

1.  Edit ssl.conf  in /etc/httpd/conf.d/ssl.conf

2.  Find a line SSLEngine and turn it to off

# SSL Engine Switch:
# Enable/Disable SSL for this virtual host.
SSLEngine off

3.  Restart the Httpd Services

# service httpd restart

B.  To close SSL Port, COMMENT or REMARK LISTEN 443 in /etc/httpd/conf.d/ssl.conf

1.  Change from :
# When we also provide SSL we have to listen to the
# standard HTTP port (see above) and to the HTTPS port
#
Listen 443

change  to :
# When we also provide SSL we have to listen to the
# standard HTTP port (see above) and to the HTTPS port
#
# Listen 443
 
 2.  Restart the Httpd Services
# service httpd restart

3.  Check status

#service httpd status

ref :
http://linuxtoolkit.blogspot.com/2012/04/turning-off-ssl-engine-in-apache.html
http://centoshelp.org/security/apache-httpd-with-ssl-https-secure-socket-layer/
https://www.centos.org/forums/viewtopic.php?f=17&t=49029
http://unix.stackexchange.com/questions/162478/how-to-disable-sslv3-in-apache

Tuesday, 21 May 2013

PPTM GAMES TOURNAMENT 2013

salam.

Hai geng-geng proggrammer semua, inilah time nak tunjuk bakat-bakat terpendam korang, meh sertai GAMES nih.  Tinggalkan sekojab laptop n PC korang tu, alihkan pandangan ke padang yang sebenar.  Hadirkan diri korang ke dunia realiti sekejab bagi keluar peluh ( time ngadap sistem pon kadang berpeluh jugak walaupon aircond di bawah paras beku sbb terdelete data atau data/file kena HaCK!!!! ).

PPTM GAMES TOURNAMENT 2013
June 9 at 8:00am
Kompleks Rakan Muda Puchong in Puchong


Monday, 22 April 2013

Gooooooooooooooogle Celebrating Earth Day

salam.

Sebut je google, jutaaan orang tau, satu eenjin carian yang termasyur dan cepat.  Sure ramai yang perasan imej-imej yang selalu google letak kat atas kotak carian.  Selalu ikut tema harian dan sangat kreatif.  Saya sangat tertarik dengan imej hari ni. So play n capture skrin.  gini le lebih kurang hasilnya. tengok life kat google lagi cantik.   So try la play around with it.

Open up Google today and a beautiful green landscape complete with streams, a bright sun, birds and trees greets you. It's time for a doodle again and today folks at Google are celebrating Earth Day with this interactive, animated doodle.



ICT Fair 2013 di KBMALL

salam.

ICT Fair 2013 akan berlangsung di KBMALL pada 25-27 April 2013 dari jam 10 pagi hingga 11 malam.  So jommmsss kite pakat gi serbu ICT Fair.

Tuesday, 2 April 2013

PIKOM PC Fair 2013

salam.

4-6 April 2013 di Kota Bharu, Kelantan – Kelantan Trade Centre (KTC).

pakat gi ramai-ramai !!!

Bagi yang duk di Negeri lain atau berkinjung ke negeri lain dan terserempak dengan PIKOM PC FaIR, meh semak jadual diorang :
5 - 7 April 2013
Kuching, Sarawak - Borneo Convention Centre Kuching (BCCK)
Melaka - Hall A, Melaka International Trade Center (MITC), Ayer Keroh
Miri - Miri Indoor Stadium

12 - 14 April 2013
Kuala Lumpur - KL Convention Center
Batu Pahat, Johor - Square One Shopping Mall, Batu Pahat

3 - 5 Mei 2013
Kuantan, Pahang - Berjaya Megamall, Kuantan
Nilai, N.Sembilan - Nilai 3 Street Mall
Pulau Pinang - Penang International Sports Arena (PISA)

Nak tau lebih lagi, pegi lah ke PIKOM Portal di http://www.pikom.org.my/cms/

Nak tinjau-tinjau peta lokasi sila klik : http://www.pikom.org.my/cms/PCFair2013-1/Floor_Plan/KTC.pdf

Permohonan Peperiksaan : SBBITPS

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia,

Tuan,

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.

2. Perbendaharaan Malaysia telah menyediakan sebuah sistem atas talian yang dikenali sebagai Sistem Permohonan Menduduki Bengkel Bimbingan Peperiksaan Bayaran Insentif Tugas Pengurusan Stor atau SBBITPS. Sistem ini dibuka kepada semua calon-calon peperiksaan BITPS yang telah berdaftar dengan Jabatan Perkhidmatan Awam di bawah KOD PEPERIKSAAN AWAM 8001 BAYARAN INSENTIF TUGAS PENGURUSAN STOR (BITPS)

3. Sistem ini telah dimuatnaik ke laman sesawang Kementerian Kewangan untuk di capai oleh pemohon. Sila lihat di ruangan pemberitahuan pada laman sesawang tersebut atau terus ke alamat url http://bitps.treasury.gov.my/ untuk mengisi permohonan.

4. Oleh yang demikian, dimohon jasa baik dan perhatian tuan untuk memanjangkan maklumat berhubung dengan sistem ini kepada semua jabatan/pusat tanggungjawab/agensi di bawah seliaan dan kawalan tuan. Perkara tersebut akan membolehkan calon - calon yang telah berdaftar untuk menduduki peperiksaan BITPS bagi tahun 2013 berpeluang mengikuti sesi bengkel bimbingan peperiksaan tersebut sebagai persediaan sebelum menduduki peperiksaan yang dijadualkan pada 27 Mei 2013. Tempat adalah terhad.

5. Sekadar makluman, tarikh tutup permohonan untuk menduduki peperiksaan awam bagi KOD PEPERIKSAAN 8001A Bayaran Insentif Tugas Pengurusan Stor adalah pada 12 April 2013. Pegawai berkelayakan boleh membuat pendaftaran melalui laman sesawang Jabatan Perkhidmatan Awam di http://www.kompetensi.jpa.gov.my/peperiksaan/#.

6. Segala jasa baik dan perhatian tuan berhubung dengan perkara di atas amat dihargai.

Sekian, terima kasih.


Mohd. Roszaimy Bin Musa
Penolong Setiausaha
Unit Aset 2
Seksyen Pengurusan Aset
Bahagian Kawalan dan Pemantauan
Perbendaharaan Malaysia

Tel. No. : 03-8882 3705
Fax. No. : 03-8882 3724
Email : roszaimy.musa@treasury.gov.my


Monday, 25 March 2013

Pembelian MS Office Pro 2013 melalui Home Use Program

Salam.

Adalah dimaklumkan bahawa pihak Microsoft telah menawarkan pembelian lesen MS Office 2013 kepada warga KPM untuk kegunaan komputer hak milik peribadi dengan harga USD9 di bawah Program Home Use secara online. Yang berminat boleh ikuti langkah berikut :

1. Layari official website di url berikut :

http://www.microsofthup.com/hupasia/home.aspx?country_id=MY&culture=en-US

2. Register menggunakan emel peribadi anda. Sila gunakan samada emel moe / gmail / hotmail / yahoo sahaja. Sekiranya anda menggunakan emel sekolah dengan domain sendiri sila berurusan dengan Puan Noor ‘Atiqah di talian 03-8884 3575.

3. Masukkan program code bagi pembelian tersebut melalui pakej KPM.

Program code : 8D9FA96AC4

4. Ikuti langkah selanjutnya dan buat bayaran.

5. Pihak tuan/puan juga boleh menghubungi Puan Normaria Zainal di talian 019-6688096 (SoftwareOen Expert Sdn. Bhd) sekiranya terdapat sebarang masalah mengenai Program Home Use tersebut.

sumber FB : http://www.facebook.com/GM1MALAYSIA

Wassapada Pengguna HRMIS

Salam.

Untuk makluman YBhg. Datuk/Dato'/YBrs. Dr./Tuan/Puan, GCERT MAMPU telah menerima maklumat mengenai satu aplikasi mobile dengan nama "My HRMIS & JPA Demo" boleh dimuat turun di Google Play dan dipasang pada telefon pintar berasaskan sistem pengoperasian Android.

Hasil semakan GCERT mendapati aplikasi ini merupakan aplikasi bersifat malicious yang bertujuan untuk mencuri data dan contact pengguna Android. Pihak Google telah memadamkan aplikasi ini dari Google Play namun berdasarkan siasatan GCERT, aplikasi ini telah dimuat turun oleh 100 hingga 500 pengguna. Maklumat lanjut berkenaan perkara ini boleh dirujuk di URL http://www.securelist.com/en/blog/845/Hello_from_Malaysia .

Sehubungan dengan itu, YBhg. Datuk/Dato'/YBrs. Dr./Tuan/Puan dipohon untuk memaklumkan perkara ini kepada pengguna di agensi masing-masing agar memadamkan aplikasi tersebut dari telefon pintar (jika berkaitan).

Pihak agensi juga disarankan untuk mengadakan program pembudayaan keselamatan maklumat pada telefon pintar seperti berikut:
Memasang nombor PIN dan katalaluan pada telefon pintar.
Tidak melakukan sebarang pengubahsuaian terhadap konfigurasi ciri keselamatan telefon pintar.
Pastikan hanya memuat turun aplikasi mobile dari sumber yang dipercayai. Pengguna seharusnya melakukan semakan dan mengkaji terlebih dahulu untuk memastikan aplikasi tersebut adalah dari sumber yang betul.
Menyemak dan memahami "app permission" yang diperlukan sebelum memasang mana-mana aplikasi mobile.
Melaksanakan update dan patch telefon pintar dari sumber yang dipercayai.
Sentiasa berwaspada dalam menggunakan Wi-Fi di tempat awam bagi mengelakkan session hijacking dan serangan Man-in-the-Middle (Disarankan menggunakan encrypted VPN bagi akses Public Wi-Fi)
Pastikan melaksanakan data wipe sebelum menukar & menjual telefon pintar anda bagi memastikan maklumat sulit tidak bocor kepada pihak ketiga.
Melaporkan kehilangan telefon pintar(kod IMEI) kepada syarikat telekomunikasi.
Memasang aplikasi antivirus yang sah untuk mengimbas aplikasi yang telah/akan dipasang pada telefon pintar.

Untuk makluman YBhg. Datuk/Dato'/YBrs. Dr./Tuan/Puan, sebarang maklumat lanjut berkenaan aplikasi/inisiatif terbaru myGov Mobile boleh di rujuk di portal MAMPU (www.mampu.gov.my). Sebarang pertanyaan atau kemusykilan berkenaan perkara ini, dipohon untuk menghubungi GCERT, MAMPU melalui emel gcert@mampu.gov.my atau di talian 012-3312205

Kerjasama YBhg. Datuk/Dato'/YBrs. Dr./Tuan/Puan dalam hal ini amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.
"BERSAMA MELAKSANA TRANSFORMASI"
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Government Computer Emergency Response Team (GCERT)
Bahagian Pematuhan ICT
b/p Ketua Pengarah MAMPU
Jabatan Perdana Menteri



sumber dar FB PESIMA

Thursday, 17 January 2013

Mencapai Tergapai-gapai

salam.

Hari ni masih lagi dalam proses installing driver ... baru je siap install driver printer dan dalam proses intall samsung Kies.  Dah terasa pening-pening lalat tengok 2 pc nih. Copy sana Paste sini ... lahai jangan le tertinggal fail2 yang penting !!!


Kepala otak ni tengah pikir dan mengapai apa yang hendak dicapai emmm makin terasa berat kepalaku ini.  Nak kena alihkan perhatian ke tempat lain sekejab.  Bagi clear point-point yang blok di otak.  Menulis blog pon caca merba dah.

Dalam busy mencari driver dan software yang sesuai dengan windows7-64bit (banyak kena download dulu).     Bila dah start buat keje baru le perasan ada fail-fail dan software serta driver yang termiss.  Payah le nak capai sesatu perkara dengan cepat. 

Pastu cuba buat update SKT di HRMIS emmm duk hanging gitu je !!!!



Wednesday, 16 January 2013

Got New PC

salam.

selepas beroff day...langsung tak berupdate blog heheheh.  duk buat-buat busy dengan koje-koje ofis.  Tengah hari tadi dapat PC baru...so try test update blog dari pc baru.  emmm banyak benda lagi tak install dan setting.  Rase penat n pening-pening lalat kena install macam-macam software lepas PC korupt belum abis lagi ... n today sekali lagi membuat keje instalasi dan menyeting (jangan rujuk kat blog ni tuk buat karangan bahasa melayu korang ya). fuuhhhh !!!

Sekarang ni tengah berserabut kepala (sesambil tu tengah copy fail2 keje ke dalam pc baru) ...  lahai kena dua kali copy ni yang tak berapa nak rajin.  Copy masuk dalam extenal dulu baru pindah ke PC baru ... kalu fail dua tiga boleh le ... ni tak terkira. adeh sakit kepalaku walaupon pc baru n lama yang kena keje hehehehe aparaaaa !!!  kalu dua2 ada network kan senang.

Tuesday, 1 January 2013

Bila Google Menterjemah

salam.

Google Translate ni memang banyak membantu bila nak buat terjemahan terutama bagi kami yang memang tak pandai omputeh ni tetapi kekadang tu jadi kelakar dan makin tak paham pon ada.

Selalu juga la guna bila nak translate apa-apa yang pendek dan ringkas.  Biasanya tulis je dalam Melayu pastu copy paste kat Google translation.  Dah dapat hasilnya tu copy balik ke tempat asal (biasanya kami baiki balik bila ada yang tunggang langgan - nak2 plak bila kite menaip dalam bahasa rojak gini dan menggunakan singkatan - HANCUS).  Ya la mesin, mana ada tolak ansur, dia keluar takat yang ada dalam simpanan (memory) dia je lah.  Kite manuasia yang flexsible n bijak ni lah kena menambahbaik lagi supaya apa yang hendak disampaikan tercapai ... bak kata orang yang tersirat jelas tersurat.

Walau bagaimana pon memang kami guna, dengan bantuan google cepat skit le dari kami translate sendiri yang terkial-kial mencari sesatu perkataan, kekadang tak jupe/terpikir plak words yang sesuai pon hehehehe.  Bila google dah tolong translate pepandai le plak baiki ayat tu jadi bahasa omputeh yang lebih proper (pada tahap pembacaan aku le).

Agak-agaklah apa hasilnya kalu kami copy paste yang tercatat kat atas tu bagi google translate ??? nak tengok ...JOMS cuba (hehehe ni hasilnya translate satu perenggan pertama je nih) :

Google Translate is a lot of help when ni nak for translation, especially for us who are not clever but kekadang omputeh ni tu be banter and increasingly do not understand pounds there.

selepas di tambah baik : 
Google Translate give a lot of help when using it to translate, especially for us who are not good but sometimes it be funny and totally do not understand.

selepas copy paste dan translate ke Malay semula  hasilnya (hampir menyamai yang asal) :
Google Translate memberi banyak bantuan apabila menggunakan ia untuk menterjemahkan, terutama bagi kita yang tidak baik tetapi kadang-kadang ia menjadi lucu dan benar-benar tidak faham. 

Kesimpulannya : 
Kite kena usaha untuk menambahbaik beberapa kali bagi memastikan apa yang kite nak sampaikan tercapai.

selamat mencuba !!

  

Sunday, 23 December 2012

Ulang Kaji Photoshop

salam.

pagi ni rase nak mengulang kaji photoshop.  Buat sekerat jalan pastu dah datang moooood tak berapa nak rajin tuh ... lahai hasilnya tak berapa nak cumillllll.

Dua layer disatukan dengan menggunakan Linear Light dan Difference.  Perbezaan antara dua gambar yang terhasil dari kesan berlainan.

2 layer yang berbeza disatukan dengan menggunakan Hard Light dan Vivid Light menghasilkan kesan yang tersendiri.








Yang ni pula, 1 layer gambar awan dan 1 lagi layer gambar bangunan, disatukan dengan HARD LIGHT.  So terhasillah satu gambar bangunan dengan awan yang terbentuk cantik.



Thursday, 20 December 2012

Terima Kasih Sifu

salam.

Semalam dah GRADUATE as Photoshop CS5 student ... huhuhu KONVO dah le kite.  Dalam entry sebelum ni tak sempat nak maklumkan nama SIFU yang mengajar Photoshop.  So buat entry khas untuk ucap TERIMA KASIH CIKGU a.k.a MASTER SIFU.  Walaupun bukan hari guru, tak slaah nak uap terima kasih CIKGU !!!!!

Nama cikgu kite special skit, lain dari yang lain .... SINAN BIN ISMAIL dari DIGITAL DURIAN.  Nama syarikatnya pon special kan?  Bagi yang berminat nak kursus / buat iklan / montage /3D animation / e-Learning dsb boleh lah contact SIFU Sinan.   Maklumat lanjut boleh tengok kat portalnya www.digitaldurian.com.  



Print Screen portal Digital Durian and paste kat Photoshop, pastu crop ---- hehehe apply apa yang cikgu ajar ;)  sebagai rujukan bagi yang nak merujuk.

Kalendar Abadi MemoFacebook dan YouTube plak :

facebook.com/didiandfriends
youtube.com/didiandfriends

Terjupe juga Syarikat Durian Kahwin, khusus bagi tempahan doorgift dan yang berkaitan, maklumat lanjut kat portalnya : http://duriankahwin.com

Kursus ni merupakan kursus Photoshop ke dua,  sebelum ni pernah berkursus dulu-dulu, dalam 7/8 tahun lepas semasa di opis lama.  Dah menggunakan photoshop sejak 10 tahun lalu tapi tak pernah mendalami dan menjiwai HEHHEEH.  Buat time bos suruh je (bagi portal, buku program, banner, banting dsb) dan sesekali je mengedit imej-imej personal.  Pastu sekarang guna tuk blog ni ... tu pon asik tak berapa nak rajin, lately ni main boh je

Maaf ya cikgu tak maklum kat cikgu nak siarkan nama dan contact nama serta copy paste portal cikgu.  TERIMA KASIH SEKALI LAGI SEBAB MENGAJAR, HALALKAN ILMU YANG DIAJAR.

Wednesday, 19 December 2012

Final Day : My Photoshop Projek

salam.

tak de idea dan tak berapa nak rajin, so main belasah je.  sori ya CIKGU !!!  Gini le hasil bila kurang kerajinan :

My Project
Untuk my projek ni guna satu background imej, 2 gambar (gambar orang dan tablet with tools - tepi-tepi imej guna blur tools dan smugde tool); yang lelain tu just text pelbagai jenis font dan font effect.
Tengok gambar or banner ni jangan plak korang call nak training Photoshop ngan kami, ni just imej bagi projek photoshop saje HEHEHEH


1. Combain 2 layer, then guna tukar kat layar dari Normal ke HUE.
2. Combain 2 layer (masih guna layer 1 dan 2), tukar ke SCREEN.

Cuba pelbagai effect pada bahagian layer untuk dapatkan effect yang sesuai dengan imej yang kita pilih.  Setiap gambar yang berlainan akan mendatangkan kesan atau effect yang berbeza.




Bagi nak hilangkan kesan chiken pox dan jerawat serta parut, guna HEELING tool.

Heeling Tools
Selepas ditouch up, muka baby dah bersih dari kesan chiken pox.  heheheeh lepas ni sure tak de lagi kesan parut kat muka ku ;)

patch tool
Bagi nak hilangkan benda-benda yang kite tak nak kat dalam sesatu gambar contoh seperti nak buangkan batang yang berwarna hitam supaya nampak satu laman yang bersih dan lapang, kite guna PATCH tools.  Klik dan select tempat yang hendak dibuang, then bawa ke tempat lain gambar tu di tampal ke tempat yg dibuang (bulih paham ke ayat aku ni).  So hasilnya seperti disebelah.

red eye tool
Untuk membuang mata merah, guna red eye tool.