Showing posts with label Tanaman. Show all posts
Showing posts with label Tanaman. Show all posts
Monday, 27 January 2020
Wednesday, 15 May 2019
Rain Lily
![]() |
| Rain Lily pada petang 12 Mei |
Pada 12 Mei - Rain Lily mula menampakkan kudup2 kecil dan hanya 2 kuntum yang kembang. Pelbagai usaha telah dilakukan agar pokok ini berbunga antaranya letak baja bunga, potong botak dedaun dan bubuh baca kopi tetapi tidak berjaya. Buntu juga, asik duk fikir kenapanya, nak buat macam mana lagi nak bagi Cik Lily berbunga. Teringin sangat nak tengok Cik Lily berjuntai2 ditiup angin.
Bila balik kerja terpandang kudup2 kecil, ya Allah sukanya tengok. Betullah sebagaimana namanya Rain Lily, bunga yang hanya akan berbunga bila hujan. Sememangnya beberapa hari lepas hujan telah turun membasahi laman yang kekeringan. Dan dia pun menguntum.
![]() |
| Rain Lily pada pagi 13 Mei |
Bila hujan turun walaupun hanya renyai-renyai, Cik Lily akan mula mengeluarkan putik-putik bunga tak kira warna merah atau putih, sama sahaja sifatnya.
![]() |
| Rain Lily pada petang 13 Mei |
Balik dari opis, kami melawat Cik Lily sekali lagi. Semua dah menguntum kecuali 3 kudup, kita tunggu esok hari. Semasa snap gambar dah lewat petang, bunga-bunga Cik Lily sudah sedikit mengucup, lagipun cuaca panas terik.
Friday, 26 April 2019
Bakawali
as-salam.
Pokok Bakawali telah ditanam lebih 2 tahun tetapi tak pernah berbunga. Kami telah letak baja bunga dan baja kopi. Daunnya memang hijau merimbun, nampak subur tetapi tetap tidak mengeluarkan bunga. Kami ada mencari maklumat di group tanam-tanaman, ada yang memberi tips supaya pokok ini diletak mengadap cahaya matahari pagi yang penuh dan juga kurangkan air siraman. Nampaknya kami perlu pindahkan pokok bakawali ke tempat yang menghadap matahari. Insya Allah selepas selesai renovation di belakang rumah.
Walaubagaimanapun dua (2) minggu lepas tetiba pokok bakawali telah mengeluarkan kudup atau putik bunga. Dan pada malam 23 April 2019 akhirnya kudup bunga telah berkembang. Semalam (24 April) masa kelam kabut nak ke pejabat terpandang bunga bakawali yang sedikit layu. Dalam hati - Mana la nak tau kau nak kembang malam tadi. Walau hanya sekuntum, akhirnya engkau berbunga juga.Bakawali kami warna putih. Bunga bakawali ada 2 warna iaitu putih dan merah.
Tak sempat nak snap gambar. pinjam kat alam maya je lah, tq kepada ipgmktar yang share gambar bakawali. Banyak info boleh baca kat ipgmktar berkenaan bunga bakawali.
Pokok Bakawali ni merupakan pokok tanaman hiasan, nama botaninya adalah Epiphyllum anguliger dari keluarga Cactaceae.[1]
Pokok bunga bakawali berasal dari amerika selatan-mexico. Ianya mampunyai pelbagai khasiat terutama bagi penjagaan mata. Bakawali dikatakan sebagai pokok yang mempunyai 'penjaga' terutamanya semasa ianya sedang kembang. (Pokok bakawali kembang bermula pukul 7 petang dan kembang penuh pada pukul 12 malam sebelum layu sebelum subuh. Satu bunga pokok bakawali hanya akan berkembang sekali sahaja).
Sejak dibangku sekolah saya teruja denga pokok bunga bakawali. Kisah bunga bakawali yang diceritakan oleh seorang guru semasa di sekolah rendah membuatkan saya selalu tertanya-tanya bagaimana sebenarnya rupa pokok dan bunga bakawali, seharum manakah baunya dan macam-macam persoalan lagi. Pernah juga terlintas di fikiran betulkah bunga bakawali ni wujud. Kedengaran macam cerita dongeng sahaja. Sehinggalah terbaca dan ada melihat gambarnya di dunia maya. Bila dah kenal bagaimana rupa pokok dan bunganya, barulah perasan apabila ternampak pokok dan bunganya dalam perjalanan. Dan akhirnya kami dapat tanam pokok bakawali pemberian jiran kami.
Pokok Bakawali telah ditanam lebih 2 tahun tetapi tak pernah berbunga. Kami telah letak baja bunga dan baja kopi. Daunnya memang hijau merimbun, nampak subur tetapi tetap tidak mengeluarkan bunga. Kami ada mencari maklumat di group tanam-tanaman, ada yang memberi tips supaya pokok ini diletak mengadap cahaya matahari pagi yang penuh dan juga kurangkan air siraman. Nampaknya kami perlu pindahkan pokok bakawali ke tempat yang menghadap matahari. Insya Allah selepas selesai renovation di belakang rumah.
Walaubagaimanapun dua (2) minggu lepas tetiba pokok bakawali telah mengeluarkan kudup atau putik bunga. Dan pada malam 23 April 2019 akhirnya kudup bunga telah berkembang. Semalam (24 April) masa kelam kabut nak ke pejabat terpandang bunga bakawali yang sedikit layu. Dalam hati - Mana la nak tau kau nak kembang malam tadi. Walau hanya sekuntum, akhirnya engkau berbunga juga.Bakawali kami warna putih. Bunga bakawali ada 2 warna iaitu putih dan merah.
Tak sempat nak snap gambar. pinjam kat alam maya je lah, tq kepada ipgmktar yang share gambar bakawali. Banyak info boleh baca kat ipgmktar berkenaan bunga bakawali.Pokok Bakawali ni merupakan pokok tanaman hiasan, nama botaninya adalah Epiphyllum anguliger dari keluarga Cactaceae.[1]
Pokok bunga bakawali berasal dari amerika selatan-mexico. Ianya mampunyai pelbagai khasiat terutama bagi penjagaan mata. Bakawali dikatakan sebagai pokok yang mempunyai 'penjaga' terutamanya semasa ianya sedang kembang. (Pokok bakawali kembang bermula pukul 7 petang dan kembang penuh pada pukul 12 malam sebelum layu sebelum subuh. Satu bunga pokok bakawali hanya akan berkembang sekali sahaja).
Sejak dibangku sekolah saya teruja denga pokok bunga bakawali. Kisah bunga bakawali yang diceritakan oleh seorang guru semasa di sekolah rendah membuatkan saya selalu tertanya-tanya bagaimana sebenarnya rupa pokok dan bunga bakawali, seharum manakah baunya dan macam-macam persoalan lagi. Pernah juga terlintas di fikiran betulkah bunga bakawali ni wujud. Kedengaran macam cerita dongeng sahaja. Sehinggalah terbaca dan ada melihat gambarnya di dunia maya. Bila dah kenal bagaimana rupa pokok dan bunganya, barulah perasan apabila ternampak pokok dan bunganya dalam perjalanan. Dan akhirnya kami dapat tanam pokok bakawali pemberian jiran kami.
Sunday, 24 March 2019
Bunga Bawang atau Fairy Lily
as-salam.
Rosepink Zephyrlily telah setahun bertapak di Isyraq Test House. Kami tanam dalam pasu gantung tetapi sangat jarang berbunga, terutama tahun ni, sekali berbunga hanya dua tiga kuntum sahaja. Nak kata tak subur. daunnya rimbun menghijau. Apa masalah awak ni cik lily bawang. Mari kita kenal pokok bunga Lily atau bunga bawang ni. Lepas tu mesti kita jumpa tips atau petua untuk subur dan meriah berbunga.

Nama Biasa: Bunga bawang, rosepink rainlily
Nama Botani: zephyranthes carinata
Keluarga : Amarillydaceae
Zephyranthes grandiflora (pandai tulis je, tak pandai nak sebut) adalah sejenis tumbuhan bebawang dengan bunga yang cantik pelbagai warna berasal dari Mexico dan Guatemala. Senang tumbuh dan boleh bertahan dalam keadaan kemarau.
Dikenali juga rain lily ( lili hujan) kerana bunganya akan kembang dengan meriahnya apabila disiram hujan setelah lama kemarau.
Pembiakan biasa melalui bebawang dan pecahan rumpun. Ia juga boleh dibiakkan melalui biji benih
Petua supaya banyak berbunga, biarkan kering selama 2,3 hari dan siram dengan banyaknya ( drought treat)
Ada juga yang bagi petua supaya trim atau gunting daunnya selepas habis berbunga. Tunggu lebih kurang 2/3 minggu bunga akan merimbun. Jadi minggu lepas kami telah gunting kasi pendek dedaun bawang yang menghijau. Siram dengan baja roti. Kita tunggu meriah atau tidak bebunga bawang di Isyraq Rest House.
Pagi ni nampak keluar bunga sekuntum. Lupa pula nak biarkan kering 2,3 ari tanpa siram. OK, mulai hari ni kita tak payah siram, selasa baharu kita siram, tengok meriah ke tak bunga-bunga bawang.
Semasa trim rambutnya ternampak ubi bawang yang tertunjul keluar. Jadi kami keluarkan ubi2 atau bawang2nya dan tanam dicelah-celah pokok cempaka. Pagi semalam ada sekuntum bunga mekar di di bawah pokok cempaka putih. Oh ya, bunga cempaka putih dah kembang sekuntum 2 hari lepas. Walaupun sekuntum wanginya manis sangat. Sekarang kita tunggu kuntuman lain pula mengembang.
2/3 minggu lagi kita tengok betapa meriahnya cik bunga lily membawang di bawah pepohon cempaka. (Harapan yang tinggi menggunung). Moga cik lily bawang terus membiak dan menguntum.

Tuesday, 12 March 2019
Bunga Burung Kecil
as-salam.
Pokok Bunga Burung Kecil - comey sungguh anak-anak burung bertenggek. Selalu tengok gambar bunga ni dalam alam maya. Sekali pergi nurseri di Panglima Bayu, jalan lama Rantau Panjang - Pasir Mas terjumpa pokok ni, apa lagi terus beli. Kami tanam kat celah-celah pokok cempaka. Kita tunggu Little Bird membiak dan bertenggek di Isyraq Rest House.Little Bunga ni mudah untuk ditanam dan dijaga, hanya perlu air yang sederhana, cahaya matahari penuh dan tanah yang kering. Mengikut kepercayaan kaum cina, bunga ini membawa tuah.
Namun begitu pokok ini beracun, jadi hati-hati ya. Kelopak bunga dan daunnya beracun, jangan bagi sesiapa petik dan termakan kerana boleh menyebabkan kulit gatal-gatal atau alergik. Spesis yang hampir sama adalah Red Bird Flower, bunganya lebih kecil dan bewarna merah. Tak pasti Red Bird Flower ni ada di Malaysia ke tak. Nanti kita cuba cari.
Rujukan : indonesianplants
Sunday, 3 March 2019
My Bagawak Murado
![]() |
| Bagawak Murado di Isyraq Rest House |
Bagawak Murado, memula dengar namanya memang pelik. Bila search kat Google rupanya memang betul nama pokok ni Bagawak Murado. Mula berbunga bila tiba bulan Februari, jadi ada yang memanggil pokok ni sebagai pokok bunga Februari.
Bagawak Murado di tanam di Isyraq Rest House pada tahun lepas, 2018 sebanyak 2 pokok, hadiah dari kawan "pokok ubat katanya". Pokok ini tumbuh dengan subur dan sangat cepat membesar. Daunnya merimbun hingga kami terpaksa buang sebahagian daun-daun sebab seakan tidak dapat ditanggung oleh batangnya yang masih kecil.
Beberapa bulan selepas ditanam pokok ini seakan 'beranak'. Ada 3 pokok kecil yang tumboh berhampiran pokok asal. Pokok ini boleh mencapai 2-5 meter tinggi dengan lebar daunnya 15-20cm.
![]() |
| Bagawak Murado menngumtum di Isyraq Rest House |
Kami pindahkan anak-anak pokok ke lokasi yang lain apabila ianya bersesuaian untuk dipindahkan. Pada masa ni kami tidak tahu macam mana rupa bunganya.
Sehinggalah datangnya bulan Februari 2019, pokok ini mengeluarkan kudup2 kecil. Agak lama juga kami tunggu dan melihat kudup2 semakin panjang dan mula mengembang di akhir Februari. Sekarang makin banyak yang mengembang.
Kami tidak pasti dari mana asal pokok ini, mungkin dari Filipina. Mungkin juga ada spesis yang sama di Malaysia. Melihat pada namanya bunyi macam Filipina.
(Bagawak morado belongs to family Lamiaceae and is native to Papua New Guinea and the Philippines.)
![]() |
| Gambar dari PicBon |
Rujuk gambar dari PicPon untuk lihat bagaimana bunga pokok Bagawak Murado berkembang. Bunga-bunga Bagawak Murado kami masih belum menguntum sepenuhnya seperti gambar dari PicPon tetapi tetap cantik.
rujukan :
1. newsgra
2. pinoytrees
3. makiling.center
Saturday, 2 March 2019
Khasiat Bunga Cempaka
![]() |
| Cempaka Merah |
Cempaka atau Michelia mempunyai 3 spesis dengan warna bunga yang berbeza iaitu warna putih (michelia alba)[1], warna kuning,dan warna merah (michelia champaca)[2].
Bunga Cempaka Merah merupakan bunga yang jarang ditemui. Bunganya berwarna merah muda dan tumbuh di ujung ranting. Ukuran bunganya antara 5-7 cm dengan kelopak yang tersusun rapi.
Aroma bunga cempaka ini sangat tajam dan menyengat. Banyak digunakan sebagai aromaterapi.
Daun cempaka putih mempunyai permukaan yang licin. Minyak pati cempaka di dapati dari ekstrak bunga, daun dan kayunya.
Pengarah Pusat Penyelidikan Strategik, Alam Sekitar dan Sumber Semula Jadi MARDI, Serdang, Dr. Ahmad Zamzam Mohamed (berdasarkan rujukan pihak MARDI pada buku-buku dan pengakuan pengamal perubatan tradisional tempatan) :
1. Bunga cempaka kuning, khasiatnya adalah sesuai untuk wanita selepas bersalin, kencing tidak lawas dan demam selsema.
a. wanita selepas bersalin
Kegunaan dan penyediaan bagi pokok cempaka kuning untuk wanita selepas bersalin adalah dengan cara mengambil beberapa helai daun dan bersihkannya terlebih dahulu.
Kemudian rebuslah sehingga mendidih dan setelah airnya suam kuku barulah diminum.
b. Kencing tidak lawas
Ambil beberapa kuntum bunga dan bersihkan terlebih dahulu.
Selepas itu rebus sehingga mendidih dan kemudian tunggulah sehingga suam untuk diminum.
c. Demam selsema
Ambil akarnya dititik atau pech-pecahkannya.
Kemudian direbus sehingga mendidih dan tunggulah ia suam dulu barulah diminum perlahan-lahan.
2. Cempaka putih pula, berguna untuk merawat pitam, bisul dan bronchitis atau radang tengkok.
a. Merawat pitam
Ambil beberapa kuntum bunga untuk direbus.
b. Merawat bronchitis
Sama caranya dalam merawat pitam. Cuma ia ditambah dengan madu sebelum diminum.
c. Penyakit bisul
Ambil beberapa helai daunnya yang segar dan ditumbuk sehingga lumat.
Setelah itu tepekkan ia ditempat yang kena bisul tadi.
Sumber Blog fazlisyam.com
Thursday, 28 February 2019
Tanam Bunga Cempaka
![]() |
| cempaka putih |
Kita sambung cerita bunga cempaka. Pokok bunga dah ada, kita cari lokasi yang sesuai untuk tanam. Kami tanam belakang rumah tepi dapur, biar dapur wangi semerbak.
Alhamdulillah setelah ditanam, pokok bunga cempaka putih, cempaka kuning dan cempaka telor dapat menyesuaikan diri. Nampak segar. Hari ni hampir seminggu pokok tersebut ditanam. Cempaka kuning dan cempaka putih telah mengeluarkan kudup bunga.
![]() |
| cempaka kuning |
Sekarang masa untuk kita tunggu bunga-bunga berkembang dan menwangi.
Bila dicari maklumat, rupanya banyak khasiat pokok bunga cempaka ni. Tak rugi tanam.
Salah satunya dapat menyembuhkan perut yang kembung.
Bunga cempaka jenis bunga yang memiliki aroma yang sangat wangi, oleh itu boleh dimanfaatkan untuk menghilangkan atau mengurangi bau badan yang tidak sedap.
Masalah keputihan yang boleh diubati dengan menggunakan bunga cempaka. Bunga cempaka memiliki sifat antibakteri yang dapat mengatasi berbagai masalah yang berkaitan dengan infeksi bakteri termasuk keputihan.
![]() |
| cempaka telor |
Bunga cempaka juga dapat menghilangkan atau mengatasi masalah batuk berkahak.
Penyakit vertigo iaitu terasa pening atau berpusing secara tiba-tiba, seolah-olah kehingan kesimbangan badan juga boleh diubati dengan bunga kenanga.
Keringkan bunga cempaka, kemudian hasil pengeringannya, boleh jadikan ubat. Caranya bunga cempaka tersebut dicampur dengan air hangat dan madu. Ramuan ini selain dapat membantu mengatasi masalah bronchitis, juga dapat membantu meredakan batuk dan penyakit asma.
Sila dapatkan maklumat lanjut dari orang-orang yang tahu dan mahir penggunaan ubat herba. Kami sekadar berkongsi maklumat yang amat terbatas.
sumber : legendflowers.com
Tuesday, 26 February 2019
Bunga-Bunga Wangi
![]() |
| Kenanga Kuning |
Hari ni kita sembang pasal bung-bunga wangi. Kami sedang buat projek tanam bunga-bunga wangi di sekeliling rumah.
Bunga kenanga kuning dan melur telah lama menginap di Isyraq Rest House, begitu juga dengan ros. Namun tak banyak. Oleh itu, kami bercadang mencari dan menanam pokok-pokok bunga yang berbau wangi agar sekitar rumah berbau wangi.
Dua minggu lepas kami ke Panglima Bayu, Rantau Panjang, Kelantan. Semasa melalui jalan lama Rantau Panjang - Pasir Mas terdapat banyak nurseri tanam-tanaman. Selepas melepasi beberapa nurseri, kami singgah untuk intai-intai bunga yang berkenan.
Hasil meninjau dapat bunga cempaka putih, cempaka kuning dan cempaka telor. Wah puashati. Murah pulak tu rm5 je sepokok, cempaka telor rm8 sepokok. Mana nak cari dik non oooi.
Monday, 23 October 2017
Khasiat Cendawan Bunapi dan Shimeji
as-salam.
Original Sources : http://www.hokto-kinoko.com/health-benefits/
Mushrooms are the only produce that contains Vitamin D
Vitamin D can help you absorb calcium which as you may know is the main building block of your skeletal system and your bones. Besides mushrooms, fish oil, fatty fish and beef liver are high in vitamin D. However, mushrooms are low calorie and delicious, so they are a great choice for increasing vitamin D in your diet. Lack of vitamin D may cause health problems such as osteomalacia (in adults) or rickets (in children). - Vitamin D
The vivacity of Vitamin B
Mushrooms are undoubtedly loaded with vitamin D, but did you know, they are rich in vitamin B too? You’ll be surprised to know that the B vitamins have a huge impact on our over-all health. - Vitamin B
Vitamin B1
Vitamin B1 or Thiamine helps to promote a healthy and active nervous system, and also improves the functioning of heart in the body. - Vitamin B1
Vitamin B2
Vitamin B2 or Riboflavin plays an important role in the energy production in the body. It also promotes manufacturing of red blood cells. - Vitamin B2
Vitamin B3
Vitamin B3 or Niacin(Nicotinic acid) aids in efficient functioning of your nervous system, digestive system and skin. - Vitamin B3
Vitamin B12
Vitamin B12 or Cyanocobalamin are not abundantly found in a lot of veggies, so vegetarians or vegans resort to vitamin B12 supplements, or fortified food items. - Vitamin B12

Thursday, 24 August 2017
Sayur Tebu Telur
as-salam.Masa menjelajah mencari gambar ketupat daun tebu, kami terserempak dengan gambar Sayur Tebu Telur. Wah mengamcamnya. Nampak sedap. Tak pernah makan. Mana nak dapat tebu telur ni ya.
Meh kita tempek gambar dari Blog Masakan Mama, ada resepi dan kisahnya sekali.
Terima kasih Blog Masakan Mama.
Monday, 7 August 2017
Wednesday, 22 March 2017
Tuesday, 22 December 2015
Khasiat buah Mulberry
As-salam.
Zulkifli Alias to Laman Herba Dapur, Perubatan, Lanskap & Alam Sekitar
Khasiat buah Mulberry ialah :
1. Pokok Mulberry adalah makanan utama ulat sutera terutama daunnya. Maka disebabkan itulah jika di Malaysia, daun pokok Mulberry dikenali sebagai daun ulat sutera atau besaram.

2. Buah Mulberry mengandungi asid sitrik, gula dan vitamin C. Daun
Mulberry pula mengandungi adenin, amilas, asid suksinik, karotena dan
kolin. Biji Mulberry mengandungi ureas.
3. Kulit akar pokok mulberi mengandungi beta-amirin, minyak meruap, resinotanol dan sitosterol.
4. Bagi masyarakat di negara China, selain buahnya boleh dimakan segar atau dibuat jem, terdapat juga kegunaan lain. Secara tradisionalnya, buah Mulberry telah digunakan sebagai agen ubatan bagi memberi khasiat kepada yin dan darah, memberi kebaikan kepada buah pinggang dan merawat masalah lemah, keletihan, anemia dan masalah rambut beruban.
5. Buah Mulberry turut digunakan untuk merawat masalah ketidak-bolehan mengawal keluarnya air kencing, pening dan masalah sembelit warga tua.
6. Buah yang telah dikeringkan juga boleh dijadikan sebagai pengganti raisin.
7. Buah Mulberry juga dikatakan mampu memberi khasiat dan merangsang penghasilan cecair badan. Mereka yang mengalami masalah kekurangan cecair, mulut mereka anak kering dan lidah terasa panas. Elok juga mereka makan buah ini bagi memberi khasiat dan menambahkan cecair badan.
8. Buah mulberi ini juga sesuai kepada mereka yang mempunyai masalah mata kering akibat keletihan mata dan akibat bekerja dengan cara mengambil jus mulberi .
9. Buah mulberi juga mengandungi unsur-unsur khasiat seperti mineral dan vitamin. Dikatakan dengan memakan buah Mulberry, mampu membantu menyembuhkan penyakit kronik pada saluran pencernaan, merangsang rembesan cecair gastrik, menguatkan kebolehan bagi mencerna dan menyerap, memperbaiki selera makan dan membuang kembung perut dan sembelit.
10. Wanita yang mengalami simptom-simptom seperti anemia, kepucatan, rasa , sukar untuk tidur dan jantung berdebar-debar dengan kerap terutamanya selepas melahirkan bayi, bolehlah mengambil jus mulberi dengan kerap bagi mengurangkan simptom-simptom tersebut. Ubat kebas tangan dan kaki.
11. Daun mulberi pula dikatakan boleh direbus dan digunakan sebagai ubat mencuci mata yang merah dan bengkak. Daun yang telah kering pula dikatakan boleh dicampur dengan air mendidih atau direbus. Air ini dikatakan boleh diminum untuk tujuan membersihkan tubuh badan, merangsang peluh, ubat batuk, demam panas dan selsema. Daun yang telah dipanaskan pula dikatakan boleh disapu minyak dan dijadikan sebagai ubat tampal pada luka yang parah.
12. Bagi mereka yang mengalami masalah gigitan atau sengatan serangga, daun yang telah ditumbuk lumat boleh dijadikan sebagai ubat tampal pada bekas gigitan atau sengatan serangga tersebut.
13. Jika mengalami masalah tangan atau kaki yang , bolehlah mengambil getah daripada daun atau ranting mulberi, kemudiannya gosokkan pada bahagian yang kebas.
14. Akar pokok boleh direbus dan dijadikan sebagai air minum bagi merawat asma, batuk, busung, melawaskan pembuangan air kecil dan radang. Air rebusan kulit pokok mulberi pula dikatakan boleh diminum untuk merawat sistem pernafasan, asma, batuk, bronchitis, busung, menyingkirkan kahak dan hingus, tekanan darah tinggi, kebas tangan atau kaki.
15. Ranting kering pokok mulberi pula dikatakan boleh direbus dan dijadikan sebagai air minum bagi merawat demam panas dan mengatasi rasa sakit.
Cara penanamannya, potong keratan batang yang telah tua (berwarna coklat) lebih kurang 5-6 inci (pastikan mata tunas tidak rosak) kemudian tusukkan serong (tegak pun boleh,ikut suka) ke dalam tanah /tapak semaian/polibag/pasu. (boleh juga gunakan penggalak akar jika ada duit lebih). Kemudian pastikan pada peringkat permulaan perlu disiram atau mesti kena air sentiasa bagi mempercepatkan proses percambahan/pembentukan tunas (mengambil masa 3-5 hari untuk bercambah bergantung penjagaan). Dah besar tak perlu siram lagi cukup air hujan je.Boleh juga guna apa-apa baja organik yang murah2 .

Thursday, 29 January 2015
Bunga-bunga Liar
As-salam.
Hari nak rasa nak tengok bunga-bunga liar yang cantik dan jarang jumpa walaupun di alam maya.
Pelik tetapi sangat cantik dan menarik perhatian sesiapa sahaja yang melihat.
Pasti kita teeeertanya-tanya bunga jenis apa dan kat mana boleh tengok secara life.

Kredit kat jurufoto yang ambil gambar-gambar ni dan kongsikan pada tatapan umum.

Tuesday, 26 August 2014
Projek Tanam Bunga !!!
salam.Hari ini kita kongsikan tanaman bunga-bungaan di kediaman IsyRAQ Rest House. Kami tanam pokok bunga yang senang hidup dan senang untuk diurus SEBAB kami jarang berada di rumah a.k.a kurang kerajinan - heheheh
Bunga balung ayam : merah baldu cantik sangat, makin hari makin besar saiz bunga, terpaksa ikat pada pagar rumah supaya tidak patah atau tumbang.Bunga kemboja : walaupon kecil tapi berbunga lebat.
Pokok kemunting cina bewarna putih dan merah : sangat senang tumbuh dan hidup subur
Walaupon taman kami tak cantik dan dalam proses ubah suai, bunga-bunga yang bewarna-warni menaikkan seri di persekitaran rumah.
Thursday, 27 June 2013
Pokok Dukung Anak
salam.
Nama Saintifik: Phyllanthus Niruri
Famili: Eurphorbiaceae
Nama Biasa: Dukung Anak
Nama lain: Kelek anak, meniran(indonesia),Bhuaionla, kiranelligida(india)
Lokasi dijumpai: Di tepi longkang dan di kawasan pertanian
Dikenali dengan nama meniran bagi masyarakat indonesia , tumbuhan ini termasuk dalam keluarga Eurphorbiaceae. Selalunya tumbuh di kawasan yang tanahnya agak keras, seperti di celah retakan simen. Juga boleh didapati di kawasan kebun-kebun sayur dan tanah terbiar. Daun pokok ini adalah dari jenis majmuk bipinat, daunnya kecil berwarna hijau yang agak gelap dan tersusun berselang seli dengan jarak lebih kurang 6-10mm. Ia adalah herba tahunan(annual) dengan ketinggian lebih kurang 30-60 cm. Ia mempunyai bunga yang berwarna putih kekuningan dan satu tangkai bunga mempunyai bunga-bunga kecil yang banyak . Terdapat dua jenis bunga iaitu bunga jantan dan betina. Kapsul bijinya sangat kecil, berpermukaan licin dan dari jenis 3-gonous. Kitaran dari satu biji ke biji yang berikutnya adalah 2 hingga 4 minggu. Dukung anak tumbuh di kawasan yang beriklim tropika seperti Malaysia, Indonesia,Thailand. Juga terdapat di China, India dan dalam kawasan antara Filipina dan cuba. Di kebanyakan tempat ia mendatangkan masalah kepada petani kerana selalunya tumbuh di kawasan pertanian dan dianggap rumpai yang sukar dikawal.

Keterangan

Kegunaan
Akar, daun, buah, jus dan keseluruhan tumbuhan ini mempunyai nilai perubatan. Perubatan ayurveda ia digunakan sebagai penghilang dahaga, bronchitis, kusta, anemia, penyakit kelenjar kencing, anuria dan asma. Boleh juga digunakan untuk mengubat penyakit berak berdarah (dysentery) yang kronik (mengikut kaedah perubatan unani dari India).
Buahnya digunakan untuk mengubati luka, kerengsaan, penyakit kudis buta (scabies) dan kurap. Akarnya pula (yang masih segar) adalah penawar yang berkesan untuk penyakit kuning (jaundice) terutamanya pada bayi yang baru lahir.
Daun yang telah dilumatkan dan dicampur dengan sedikit garam dapur boleh merawat jangkitan kudis buta(scabies). Jika tidak dicampur garam ia boleh ditampal pada luka dan lebam. Ia juga boleh digunakan untuk merawat bisa gigitan ular.
Tumbuhan ini juga boleh digunakan sebagai tuba(racun) ikan.
Kaedah perubatan ayurveda banyak menggunakan tumbuhan ini samaada dalam bentuk tumbuhan ini dikeringkan dan dijadikan serbuk atau terus menggunakan tumbuhan ini dalam bentuk tumbuhan segar.
Walaupun masih sukar untuk menentukan apakah kandungan dalam tumbuhan ini yang menyebabkan ia mempunyai nilai perubatan yang tinggi, ada kajian yang menunjukkan ia memberikan kesan positif untuk mengubati penyakit hepaptitis B, dalam satu kajian, didapati 22 daripada 37, iaitu sebanyak 59% dari pembawa virus hepatitis B yang dirawat dengan persediaan herba dari tumbuhan ini selama sebulan telah kehilangan antigen hepatitis B setelah di uji selepas 15 hingga 20 hari selepas rawatan selesai.
Jika menggunakan rawatan biasa hanya 4% dari pembawa akan kehilangan antigen untuk tempoh yang sama. Persediaan herba ini hendaklah di amalkan selama sebulan atau lebih untuk mendapatkan hasil yang terbaik. Jika digunakan secara biasa, tiada kesan sampingan didapati setakat ini. Namun anda dinasihatkan mendapatkan pandangan doktor sebelum memulakan rawatan.
Walaupun ia membantu mengurangkan jumlah virus hepaptitis B yang dijumpai didalam darah, ia masih tidak dapat menghilangkan kesemuanya, jadi ia bukanlah penawar kepada penyakit ini, namun mengambilannya dapat mengurangkan dan mengawal pertumbuhan dan pertambahan virus hepatitis B. Kajian lanjut masih dijalankan oleh para saintis mengenai kegunaan dukung anak untuk merawat hepatitis B.
Khasiat Pokok Sambung Nyawa
salam.
TUMBUHAN HERBA: Pokok Sambung Nyawa
NAMA SANISTIFIK: Gynura Procumbeus
Daun pokok sambung nyawa ini agak berlendir sedikit tetapi mempunyai rasa yang lemak terutama di bahagian pucuk, ianya sesuai sekali dimakan mentah sebagai ulam ataupun digoreng sebagai sayur. Bagi masyarakat cina, daun daun itu enak dimasak sup.
Antara khsiat perubatan yang terdapat pada pokok sambung nyawa ini ialah, selain dari dibuat ulam sebagai awet muda, herba itu juga boleh menambahkan tenaga metabolisma, menurunkan tekanan darah tingi, kencing manis serta melegakan sakit kepala dan migrain, mengikut petua orang dulu2 seelok eloknya dimakan antara satu hingga tiga helai sehari (.. seperti herba jarum tujuh bilah) agar kesihatan sentiasa terpelihara.
TUMBUHAN HERBA: Pokok Sambung Nyawa
NAMA SANISTIFIK: Gynura Procumbeus
Tumbuhan herba yang berprestasi tinggi ini berasal dari negeri China, tak hairanlah di kebanyakan kediaman kaum cina mempunyai tanaman ini, dari segi perubatan, tumbuahan ini mempunyai nilai perubatan yang tinggi.
Terdapat dua jenis tumbuhan ini satu mempunyai batang yang agak kehitaman dan satu lagi agak kehijauan, kedua duanya mempunyai daun yang berwarna hijau dan bergerigi sedikit di bahagian tepi.
Daun pokok sambung nyawa ini agak berlendir sedikit tetapi mempunyai rasa yang lemak terutama di bahagian pucuk, ianya sesuai sekali dimakan mentah sebagai ulam ataupun digoreng sebagai sayur. Bagi masyarakat cina, daun daun itu enak dimasak sup.
Antara khsiat perubatan yang terdapat pada pokok sambung nyawa ini ialah, selain dari dibuat ulam sebagai awet muda, herba itu juga boleh menambahkan tenaga metabolisma, menurunkan tekanan darah tingi, kencing manis serta melegakan sakit kepala dan migrain, mengikut petua orang dulu2 seelok eloknya dimakan antara satu hingga tiga helai sehari (.. seperti herba jarum tujuh bilah) agar kesihatan sentiasa terpelihara.
Cara penanaman pokok ini ialah hanya menyucuk sahaja bahagian yang di kerat ke atas tanah yang agak lembab dan terlindung, seelok eloknya keratan tersebut biarlah yang sedang, tidak terlalu muda atau tua.
sumber : 1001-petua
Atasi Masalah Cacing
salam.
Sumber : xpresi
Delima, sejenis buah berasal dari kawasan Mediterranean, banyak digunakan dalam perubatan tradisional untuk mengubati pelbagai jenis penyakit. Kulit buah delima mengandungi asid tannin yang amat berkesan untuk menghapuskan masalah cacing di kalangan kanak-kanak, termasuk cacing gelang, cacing peniti dan cacing kerawit. Selain daripada asid tannin, delima yang dikenali sebagai Punica granatum dari segi saintifik, juga mengandungi zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, magnesium, vitamin A dan vitamin C. Ia berkesan untuk meredakan cirit-birit yang kronik, termasuk cirit-birit berdarah dan enteritis atau bengkak usus. Di beberapa kawasan di Iran dan di Iraq, air buah delima digunakan sebagai ubat kumur untuk mengatasi masalah penafasan berbau. Buasir merupakan satu lagi penyakit yang boleh dirawati menggunakan buah delima kerana airnya dapat bertindak sebagai astringen. Ia juga dipercayai berkesan untuk mengatasi kemandulan.

Sumber : 1001 Petua
Cara untuk mengatasinya selain dari memberi makan ubat cacing yang diperoleh dari klinik, hospital atau farmasi, ibu bapa juga boleh mencuba ubat tradisional ini yang mudah dan senang diperoleh terutamanya di kawasan perkampungan iaitu daun pokok petai belalang.
Daun dan ranting pokok petai belalang, dibasuh bersih dan direbus. Kemudian diembunkan semalaman. Selepas itu, panaskan kembali air tersebut dan dimandikan pada waktu pagi sebanyak tiga kali. Diberi minum seteguk jika boleh, insyaAllah dapat membantu.
Sumber : xpresi
Sunday, 4 November 2012
Kacang Botol
Salam.
Kacang botol atau kelisa memang sedap dibuat ulam mentah atau celur. Best juga bila dimasak sayur lemak putih atau kuning. Kadang-kadang digoreng dengan daging atau udang atau apa-apa saja yang sesuai. Boleh juga dibuat kerabu dan pelbagai masakan lagi.
Buah kacang botol paling banyak berbuah bila musim hujan seperti sekarang. Sebenarnya kacang botong ni perlukan air yang banyak untuk berbuah, so petua kalu nak tanam pokok kacang botol, tanam lah ditempat yang sentiasa ada air supaya akar pokok dapat air yang secukupnya dan sudah semestinya akan sentiasa berbuah. Pokok kacang boto1 juga perlukan cahaya matahari yang cukup, jadi pastikan anda menanam di tempat yang terang, jangan sesekali menanam di tempat yang redup dan terlindung dari cahaya matahari.
Cara-cara menanam kacang botong secara ilmiahnyer di sini
Cara-cara menanam kacang botong secara ilmiahnyer di sini
Subscribe to:
Posts (Atom)