Showing posts with label Tips D'Terengganu. Show all posts
Showing posts with label Tips D'Terengganu. Show all posts

Thursday, 10 October 2019

Watch Out

as-salam.

Today is Thursday...end of this week.  eh eh talk talk english plok dia.  Sekejab je kan. abis satu minggu.  Apa perancangan hujung minggu ni.  Layan mata zzzzzzzzzzzzzzz.  atau nak ke mana ?? nak buat apa ???

Kalau tak ke mana dan bosan duk rumah, bolehlah ke Gong Kedak .... Ha ah Hari Terbuka  Pangkalan Tentera Udara Gong Kedak, Besut.

Ada helikopter, pesawat pejuang dan pelbagai aset lain.  Bukan senang nak tengok benda tu semua.  elok sangat bawa anak-anak ke sana.

Selamat bercuti ya ..... happy holiday......



Watch your Thoughts for they become Words

Watch your Words for they become Actions

Watch your Actions for they become Habits

Watch your Habits for they become Character

Watch your Character for they become
YOUR DESTINY....

             ..........wise man said

Tuesday, 8 October 2019

Hari Terbuka Pangkalan Udara Gong Kedak


as-salam

Hari Terbuka Pangkalan Udara Gong Kedak pada 12 Oktober 2019 bermula jam 8.00 pagi hingga jam 6.00 petang.

Jommmsssss kita pakat gi ramai-ramai sebab jarang-jarang dapat peluang seumpama ini.

Pelbagai aset negara akan dipamerkan.

Luangkan masa bersama keluarga. isi masa dengan perkara yang sihat.

Saturday, 28 September 2019

Cuti-cuti Malaysia


as-salam

Cuti-cuti ni ke mana kita ...emmm minggu ni kita duduk rumah je, kemas-kemas apa yang patut.  Hamboi asyik jejalan je dari selepas Aidil Adha.  Hari tu pegi ke D`Aur Beach, Pantai Melawi, Bachok, Kelantan ... masuk RM5.00 memang berbaloi.

Lepas tu kami buat trip belah Pantai Sabak pula.  Kami ke Pantai Sabak aka Nami.  Sebelah malamnya kami solat Maghrib di Masjid Ar-Rahman, Pulau Gajah, Sabak.  Selesai solat kami singgah makan di Restoran Acu Tera sebelum bertolak balik ke rumah.



Minggu berikutnya kami ziarah saudara-mara di Kg. Chenulang, Kuala Krai.  Kami dijamu dengan buah-buahan .... dah musim buahkan.  Alhamdulillah.

Cuti 19 September kami bertolak ke Kulim, Kedah.  Singgah pusing-pusing di Desaku, Kulim.  Esoknya kami bertolak ke Ikea Batu Kawan, Pulau Pinang.  Selepas kenyang makan meatball Ikea, kami ke Balik Pulai melalui Jambatan Ke 2 Pulau Pinang.  Kami singgah solat di Masjid Balik Pulau sebelum patah balik ke Sungai Tiram, Pulau Pinang.  Pepagi kami check out, makan pagi di kawasan yang sama sebelum ke Giant Supermarket.  Selepas itu kami meneruskan jelajah ke Batu Ferenggi.  Mandi-manda sekejab sahaja sebab hujan.

Kami balik ke tanah besar melalui Jambatan Pulau Pinang.  Singgah pekena cendol dan laksa pinang.  Petang kami ke Tanjong Dawai, Kedah.  Kami menaiki bot ke Pantai Merdeka dari Jeti Tanjong Dawai.  Selepas itu, kami kembali ke Jeti Tanjong Dawai dan solat Magrib di Masjid Tanjong Dawai.  Kami menjamu selera di Rumpun Mambu dan kembali ke Teluk Air Tawar, Butterworth, Pulau Pinang.  Esoknya pepegi lagi kami bertolak balik ke kampung halaman.




Minggu lepas pula minggu Pulau Rhu .....so this weekend just stay at home... the end.

It’s better to have heart without words than
words without heart because
no beauty shines brighter than a good heart

             ..........wise man said

Monday, 23 September 2019

Pulau Rhu : Day 2 ~ Morning ACtivity

as-salam.

Di pagi hari ke dua 21 September 2019 di Pulau Rhu, Besut, Terengganu, kami cari kayu api, masak air.  Buatkan teh panas, nescafe panas, kopi panas ... untuk breakfast.  Kami juga sediakan sandwich sardin, roti bakar dan roti kaya.  Alas perut sebelum turun berenang aka beremdam.

Kami juga buat nasi kerabu hitam dan nasi kerabu kuning untuk makan bersama ikan bakar, kambing bakar dan ayam bakar.  Tumis dan sambal nasi kerabu kami dah buat siap-siap dari rumah.


Pagi ni air pasang, air paras dada, jadi seronok mandi-manda dan sangat sesuai untuk snorking.  Penat mandi kami bergilir-gilir mengayuh kayak.

Bila terasa lapar kami naik makan nasi kerabu yang baru siap masak.  Makan panas-panas sedap.

Selepas tu sebahagian daripada kami pegi panjat bukit di Pulau Rhu.



Sunday, 22 September 2019

Pulau Rhu : Day 1 ~ Makanan Paling Uhmmmm

Kambing Golek
as-salam.

Day 1 ~ 20 September 2019 :  Jom cerita pasal makanan pula.

Tengahari :
Nasi Lemak
Nasi Goreng
Meehun Goreng
Nasi Air Dingin
Teh O Ais
Jagung dan Sosej Bakar













Petang :
Ayam BBQ
Kambing Golek
Sosej

Jagung
Ikan Cencaru
Teh O Panas
Kopi O Panas




Malam :
Ayam BBQ
Kambing Golek
Sosej
Nasi Putih
Ulam
Maggi Telor
Teh O Panas
Kopi O Panas
Kopi Panas


Saturday, 21 September 2019

Pulau Rhu : Day 1 ~ Here We're

as-salam.
Our Camp for 2 day

Day 1 ~ 20 September 2019 : Akhirnya kami dapat menjejakkan kaki ke Pulau Rhu, Besut, Terengganu.  Agak lewat juga kami tiba, maklumlah nak berkumpul semua seramai 50 orang...pelbagai ragam.  Anak-anak yang paling teruja dan tak sabar nak mandi-manda di Pulau Rhu.  Airnya yang jernih sentiasa menggamit memori.



Sebenarnya ini kali ke 2 kami sampai ke Pulau Rhu.  Trip pertama ke pulau inilah yang membuka hati kami untuk merancang kunjungan ke 2.  Sesiapa sahaja yang menjejakkan kaki ke sini pasti akan datang lagi.  Kejernihan air yang hanya paras dada ketika pasang dan melandai memberi keselesaan untuk mandi-manda.  Pantai memutih diserikan lagi dengan pokok rhu yang merendang, batu karang dan ikan-ikan yang boleh dilihat dengan mata kasar dari permukaan air, sentiasa bermain dilayar ingatan.

Kehadiran kami kali ke 2 disambut dengan hujan renyai-renyai sebagaimana laporan Jabatan Meteorlogi Malaysia, disambung dengan angin yang agak kencang, menerbangkan khemah-khemah yang baharu siap dipasang.  Kami bernasib baik kerana kami telah mengikat khemah ke pokok rhu dan ada juga yang telah memasukkan beg-beg ke dalam khemah semasa hujan tadi.  Setelah hujan dan angin reda, kami sambung mengemas barang-barang sambil makan sebab masing-masing kelaparan.  Selesai makan dan solat, apalagi .... kami turun ke laut yang jernih walaupun air tengah surut hingga paras lutut sahaja.  Berenang, snoorkling....beremdam yang lebih tepatnya sebab air makin surut.  Yang paling penting seronok.

Friday, 20 September 2019

Pulau Rhu : Day 1 ~ On The Way

as-salam.

Kami bertolak dari rumah pada 9.00 pagi ke Jeti Kg. Raja di Kuala Besut.  Perjalanan kami memakan masa lebih kurang satu jam untuk sampai ke Kuala Besut.  Jalan agak sesak di Kuala Besut disebabkan Pasar Pagi.  Menarik juga pasar pagi di sini ... terasa nak pegi menjelajah pasar pagi tetapi memandangkan masa kurang mengizinkan kami meneruskan perjalanan kami mengikut jadual.





Setelah sampai di jeti yang berhampiran pasar Kg. Raja, kami berkumpul dan menaiki bot laju ke Pulau Rhu yang telah ditempah sebanyak 3 buah bagi memuatkan 50 orang dan barang-barang keperluan dan makanan sepanjang dua hari perkhemahan keluarga kami.


Semua orang teruja menaiki bot laju.  Kami melalui bawah jambatan Kuala Besut sambil  menikmati angin laut.  Perjalanan ini mengambil masa dalam 30 minit.

Thursday, 19 September 2019

Pulau Rhu : Semakan terakhir n packing

as-salam.

Esok Jumaat, 20 September 2019, adalah hari perjalanan ke Pulau Rhu, oleh itu hari ini 19 September 2019 merupakan hari terakhir untuk membuat persiapan dan semakan barang-barang keperluan.

Antaranya adalah tempahan Baju 10XL ke Pulau Rhu ... Alhamdulillah sempat siap walaupun sedikit senteng hihihihi

Untuk makanan ayam BBQ dicadangkan 8 ekor, ikan, kambing dan pelbagai jenis sosej.

Manakala bagi persiapan keluarga kecil kami :

1 Khemah kecil = RM39.00 beli kat Giant Supermarket, 1 lagi tempah dengan Owner Pulau Rhu.

3 Set Pakaian : Baju Mandi, Baju Tidur dan Baju Untuk Balik.
Jaket/Baju Sejuk.
Berus gigi, Ubat gigi, Sabun.
Ubat Nyamuk Serai - beli kat DIY (penghalau nyamuk, lalat, lipas dll)
2 Lampu picit bersama bateri tambahan
Tuala setiap seorang.
2 Helai selimut.
3 bidang tikar - 2 untuk khemah, 1 untuk berkelah - guna tikar lipat beli kat pasar RM13 sebidang.
Sepit baju.
2 buaian - beli RM10 satu.
Tali pengikat buaian dan tali penyidai baju.
Pelampung Donut dan pelambung baring - beli di DIY.
Google untuk anak2 - Beli di DIY <>RM29.90.
Plastik letak HP.
Bekas Air, Periuk, Pinggan, Cawan, Sudu, Garpu, Sudip, Penyepit.

Jangan lupa SUNBLOCK ya.

2 ekor ayam yang telah siap perap.

2 pack kecil sosej biasa.
1 pack besar sosej bercheeessssss.
1 tin sardin.
1 bungkus roti.
2 botol air minuman 5 liter.

2 pack mee segera (1 pack ada 5 bungkus).

Beberapa pack makanan ringan dan biskut.

wow boleh tahan kan senarai barang.....jangan lupa yang kami ni akan menaiki bot, bukan boleh buka bonet kerete sampai ke tempat perkhemahan .... aduhai.


Wednesday, 18 September 2019

Pulau Rhu : Persiapan Cuti-cuti Keluarga

as-salam

Sebagaimana yang dijanjikan baju untuk perkhemahan keluarga telah siap ..... sila ambil mengikut tempahan masing-masing dan membuat bayaran semasa di Pulau Rhu.  Baju ini hendaklah dipakai dari rumah pada pagi 20 September, kain yang digunakan sangat sesuai untuk mandi-mandi di pantai..... begitulah lebih kurang pesanan dari pihak pengurusan baju.  Alhamdulillah.

Kepada saudara-mara yang ingin membuat tempahan .... tempahan masih dibuka sehingga esok... Khamis 19 September 2019.

Tuesday, 17 September 2019

Pulau Rhu : Tempahan Baju Keluarga

as-salam.


Sambung pasal merancang untuk bercuti di Pulau Rhu, Besut Terengganu, yang berbentuk perkhemahan bersama keluarga pada 20-21 September 2019.  Tarikh semakin hampir, jadi kami perlu recheck senarai barang-barang yang hendak dibawa bagi memberi keselesaan, keseronokan dan yang mengenyangkan.

Tempahan baju t-shirt untuk 50 orang ahli yang terdiri daripada warga emas, orang dewasa, remaja dan kanak-kanak telah dibuat.  Harga tempahan baju yang asalh adalah RM15 sehelai. Selepas selesai dicetak CAPTION harga bertambah RM2.00 sehelai menjadikan harga baju RM17.00.  Untuk baju kanak-kanak pula RM13.00 seorang.  Memang berbaloi. Cantik.


Esok Rabu 18 September, diharap semua baju yang ditempah siap dan boleh diagihkan kepada saudara-mara mengikut saiz yang ditempah.


look forward to what’s coming ....  Pulau Rhu

Thursday, 22 August 2019

Pulau Rhu : Ready Set GOooo ~ Camping

Pasar Pagi di Kuala Besut
as-salam.

Keluarga kami merancang untuk bercuti di Pulau Rhu, Besut Terengganu.  Percutian berbentuk perkhemahan bersama keluarga ini melibatkan 50 orang ahli iaitu warga emas, orang dewasa, remaja dan kanak-kanak. Persiapan menyertai perkhemahan keluarga tentunya perlu dibuat awal.


Keindahan Pulau Rhu - sunrise dalam jerebu
Antara persiapan yang pertama ialah menentukan tempat dan tarikh, keduanya jumlah penyertaan.  Setelah berbincang, kami menetapkan Pulau Rhu, Besut, Terengganu sebagai lokasi perkhemahan dan tarikhnya pada 20-21 September 2019.  Tarikh ini dipilih memandangkan adanya anak-anak yang menjalani peperiksaan UPSR.  Bila tarikh telah ditetapkan, 50 orang ahli keluarga bersetuju untuk mneyertainya.

Persiapan barang-barang keperluan untuk perkhemahan iaitu khemah, tikar, periuk, cerek, pisau, pinggan, mangkuk, cawan, bekas minuman, selimut, 1 pakaian mandi, 1 pakaian untuk tidur, 1 pakaian untuk balik, sepit baju, tali, buaian, google, pelambung, pam angin, arang, sepit makanan, senduk, sudu, garfu ...... to be continue .... fuhhh banyaknya.

Persiapan makanan seperti ayam bbq 8 ekor, sosej dan lelain makanan sejuk beku yang sesuai, beras, sardin, roti, mee segera, garam, susu, gula, teh, milo, nescafe, sunquick, sirap, air mimunan.....betul ke nak gi berkhemah ni ...

Ketibaan di Pulau Rhu

Persiapan tempahan bot laju 3 buah, tempahan tapak perkhemahan, tempahan khemah, kayak, google jika perlu.

Khemah dan google ada ahli yang bawa sendiri dan ada yang pinjam dengan tapak perkhemahan.  Jadi perlu ditempah dengan betul bagi memastikan semua orang dapat khemah dan enjoy.


We’ll never forget  what’s gone
appreciate what still remains and
look forward to what’s coming next

           .........wise man said



Tuesday, 9 April 2019

Penarik, Terengganu

Antara rumah penginapan
As-salam.

Lawatan kami ke Penarik, Terengganu pada Februari 2019, tanpa plan, just go for vocation. Horeeey. Kami hanya ambil kesempatan cuti-cuti hujung minggu.  Penarik yang terletak di Terengganu
terkenal dengan udang celup tepung.  Memang tujuan utama nak makan udang celup tepung puas-puas.  Kami sempat merasa udang celup tepung di beberapa kedai/restoran di sana.  Semua sedap.

Kolam mandi Pandan Laut Beach Resort
Kami bertolak dari rumah selepas solat Jumaat dan tiba di Pantai Penarik lebih kurang 4.30 petang.

Kami menginap di Pandan Laut Beach Resort, yang beralamat Lot 390, Kampung Sekeping, 21010, Terengganu.  Nombor telefon untuk tempahan 013-681 2495.

Kami pilih bilik dengan 2 katil queen. Harga RM180. Berbaloi sangat sebab ada kolam dan pantai yang cantik.

Selesai solat asar kami basahkan sisik di kolam renang.  Hilangkan penat travel.  Kami bungkus udang celup dan air coconut shake dari kedai berdekatan resort untuk makan-makan selepas mandi.
Kami sarapan kat Bikers Cafe

Malamnya selesai solat Magrib kami keluar untuk makan malam.  Pusing-pusing sepanjang pantai Penarik mencari restoran yang sesuai.
Menu malam kami cari sotong dan ikan celup tepung.

 
Pagi esoknya, kami bersarapan di Bikers Cafe, tidak jauh dari Pandan Laut Beach Resort.  Kueh-mueh yang murah dan sedap.  Nasi berlauk daging gulai memang kena dengan selera kami.

tepian pantai di Pandan Laut Beach Resort


Selepas bersarapan kami menyusuri pantai yang memutih di sekitar Pandan Beach Resort .  Kami jalankan aktitivi mengutip kulit siput dan kerang-kerangan.  Banyak juga hasil kutipan kulit siput dan kerang-kerangan, ada pelbagai bentuk dan corak.  Yang penting kami happy dan seronok.

Selesai aktiviti di pantai, kami kembali berehat di tepi kolam, hilangkan penat sekejab sebelum meneruskan aktiviti beremdam di situ.  Sejuk dan selesa bila dapat basahkan badan selepas berjemur di pantai.

Kami check out jam 12.00 tengahari.  Sebelum balik kami singgah di Restoran Ombak Pantai pekena sotong, udang dan ikan celup tepung.  Sebagai penyejuk tekak kami pilih Air Kelapa Muda dan Coconut Shake.

Dalam perjalanan pulang kami singgah beli keropok lekor di Besut sebagai buah tangan untuk keluarga yang lain.

Harap dapat repeat lagi percutian yang simple dan santai.  Insya Allah.


 

Thursday, 13 September 2018

keindahan pulau perhentian

as-salam.

💠💠💠💠💠💠
Bila aku fikir betapa miskinnya hidupku, aku teringat pada baginda
Muhammad ï·º
yang begitu cinta pada orang miskin dan ingin bersama si miskin di syurga, ia menaikkan semangatku
💠💠💠💠💠💠
Bilaa aku kecewa pada mereka yg banyak menyakiti aku, aku teringat pada baginda
Muhammad ï·º
yang sentiasa memaafkan sesiapa shj yg berbuat jahat padanya
💠💠💠💠💠💠



💠💠💠💠💠💠
Bila aku berfikir tentang mereka yg membenci aku, aku teringat pada baginda
Muhammad ï·º
yang sentiasa berdoa untuk orang-orang yang telah menghina nya.
💠💠💠💠💠💠




💠💠💠💠💠💠
Bila orang lain tidak berterima kasih pada tiap kebaikan yang aku lakukan pada mereka, aku teringat pada baginda
Muhammad ï·º
yang mengingatkan aku bahawa ganjaran yg hebat hanya dari Allah SWT.
💠💠💠💠💠💠

Saturday, 6 January 2018

Cabaran Menuruni Bukit Keluang

as-salam.

Maaflah agak lewat berkongsi cerita, terPOST dulu tanpa cerita.   Setelah kami sampai kepuncak, rehat dan posing sekejab, kami mula melangkah turun.  Pemulaan menuruni bukit agak landai dan dapat turun dengan cepat. 

Beberapa minit kemudian kami tiba di tebing yang curam. Wow .... terhenti kejab melihat sayup2 ke bawah.  Otak mula ligat berfikir, bolehkah kami turun dengan budak-budak ni ????  Nak patah balik memang taklah sebab dah jauh kami mendaki ..... !!!







Rupanya Bukit Keluang agak curam.  Terdapat tali sepanjang cerun tetapi masih sukar bagi kami yang pertama kali mendaki.  Ada ketikanya kami terpaksa duduk !!  BERTABAHLAH WAHAI HATI.

Sedikit-sedikit akhirnya kami nampak tangga...fuh lega.   Tetapi tahap kecuraman Bukit Keluang untuk sampai ke tangga tidak berkurang.  Hati lega sesangat bila jejak kaki di atas tangga dan nampak tempat parking.

Tangga Bukit Keluang pun curam.  Kalaulah pendakian tadi bermula dari tangga, rasanya kami hanya naik sampai anak tangga terakhir dan berpatah balik.  Keyakinan untuk memanjat bersama kanak-kanak memang tiada langsung.  Alhamdulillah kami semua selamat tanpa kecederaan.

Kepenatan terubat bila terkena angin pantai dan bermain ombak.  Sampai jumpa lagi.





Sunday, 31 December 2017

Mendaki Bukit Keluang


As-salam.

Pagi 30 Dis 2017, tanpa perancangan kami telah mendaki Bukit Keluang.  Sukar memang sukar bagi kami yang telah lama tidak mendaki dan membawa bersama-sama kanak-kanak dari umur 4 tahun, 6 tahun, 7 tahun dan 8 tahun.  Tapi budak-budak cukup bersemangat mendaki, itu yang menguatkan semangat kami untuk terus mendaki hingga ke puncak dan turun kembali.










Pantai Bukit Keluang


as-salam.

Pantai Bukit Keluang, kami tiba pada tengahari 29 Disember 2017.  Ombak besar, maklum sahaja musim tengkujuh di Pantai Timur belum berakhir.  Hujan lebat sepanjang perjalanan kami ke Bukit Keluang membuatkan kami rasa sedikit down.  Dalam hati "emm, tak dapatlah nak ronda-ronda pantai".   Sebaik kami tiba di Kg Raja, cuaca cerah, Alhamdulillah .  Memang reseki kami dapat menyusuri pantai yang memutih dengan buih-buih ombak.

Anak-anak terus ke playround untuk bermain.  Sementara kami membeli makanan dan minuman di gerai.  Kemudahan tandas dan bilik mandi juga disediakan sepanjang pantai.  Jadi tidak perlu risau untuk mandi dan menyalin pakaian selepas bermain air di pantai.  Peluang mandi manda di pantai yang cantik dihiasi dengan berbatu batan memang sukar untuk dilepaskan. 

Ramai juga yang datang berkelah dan mendaki bukit, ada yang camping dan BBQ.







Bukit Keluang Beach Resort

As-salam.

Kami tempah penginapan ke Bukit Keluang Beach Resort -berada di Kampong Raja, 3.8 batu iaitu 6.1 km dari Kelab Golf Desa Besut dan 4.4 batu atau 7 km dari Jeti Kuala Besut. Tok Bali Beach dan Bachok Pool hanya 25 batu atau 40 km.

Hampir 30 tahun tidak menjejakkan kaki ke Pantai Bukit Keluang, terlalu banyak perubahan.  Bukit Keluang telah membangun, Alhamdulillah.

Kenapa kami memilih Bukit Keluang Beach Resort ???

Bukit Keluang Beach Resort terletak di kaki Bukit Keluang, kita boleh berjalan kaki untuk ke pesisiran pantai atau mendaki.   

Di Bukit Keluang Beach Resort juga terdapat 4 kolam renang untuk aktiviti air bersama anak-anak dan keluarga.  

Kemudahan bilik yang luas, selesa dan cantik.

Di pinggiran pantai juga terdapat playround untuk anak-anak bermain.
 
Kedai makan dan gerai-gerai juga banyak di sepanjang pantai.

Mandi manda di pantai yang cantik dihiasi dengan berbatu batan yang memukau sesiapa sahaja. 

Aktiviti riadah lain tentunya mendaki Bukit Bendera.

Bukit Keluang Beach Resort memang pilihan yang tepat untuk kami sekeluarga.

Trip Ke Kuala Terengganu

as-salam.

2 bulan lepas ke Kuala Terenganu atas urusan kerja, Kami bertolak seawal 6.30 pagi dan sampai di sana lebih kurang 9.30 pagi.  Selepas selesai urusan kerja sempat melawat ke Pasar Payang dan Batu Buruk.  Telah banyak perubahan di persekitan Pasar Payang dan Batu Buruk.  Maklumlah dah lama tidak menjejakkan kaki ke Bandar Kuala Terengganu.