Thursday, 28 March 2013

Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Kelantan 2013

salam.

20-23 Jamadil Awal 1434H Bersamaan 01-04 April 2013M

Isnin - Khamis 8.40 malam, Dewan Utama Kompleks Islam Jubli Perak, Sultan Ismail Petra, Panji, Kota Bharu



Majlis Perasmian (01 April 2013)
YAB Tuan Guru Dato' Bentara Setia Menteri Besar Kelantan

Majlis Pengurnian Hadiah (04 April 2013)
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V

Semua dijemput hadir....

sumber : fb suk kelantan

Monday, 25 March 2013

Pertandingan MURAL 2013

salam.



Untuk menyertai, setiap sekolah perlu:
  • Menghasilkan satu esei bertajuk “Keselamatan Jalan Raya, Tanggungjawab Kita Bersama” yang tidak melebihi 300 patah perkataan.

  • Hantarkan esei bersama borang penyertaan yang lengkap ke alamat yang tertera sebelum 30 Mac 2013.
Hanya 50 esei terbaik daripada 50 buah sekolah yang terpilih akan layak untuk menyertai Pertandingan Mural Antara Sekolah-Sekolah Peringkat Kebangsaan 2013 PLUS -
Rakyat Malaysia Bersatu Untuk Keselamatan Jalan Raya.

Tarikh tutup penyertaan ialah pada 30 Mac 2013.

Untuk sebarang pertanyaan, sila e-mel kepada muralmufors2013@gmail.com atau hubungi Afiza di 019 7533529atau Nazren di 013 2531843.

Sumber : http://mufors.org.my/Pertandingan_MURAL_2013.aspx

Pembelian MS Office Pro 2013 melalui Home Use Program

Salam.

Adalah dimaklumkan bahawa pihak Microsoft telah menawarkan pembelian lesen MS Office 2013 kepada warga KPM untuk kegunaan komputer hak milik peribadi dengan harga USD9 di bawah Program Home Use secara online. Yang berminat boleh ikuti langkah berikut :

1. Layari official website di url berikut :

http://www.microsofthup.com/hupasia/home.aspx?country_id=MY&culture=en-US

2. Register menggunakan emel peribadi anda. Sila gunakan samada emel moe / gmail / hotmail / yahoo sahaja. Sekiranya anda menggunakan emel sekolah dengan domain sendiri sila berurusan dengan Puan Noor ‘Atiqah di talian 03-8884 3575.

3. Masukkan program code bagi pembelian tersebut melalui pakej KPM.

Program code : 8D9FA96AC4

4. Ikuti langkah selanjutnya dan buat bayaran.

5. Pihak tuan/puan juga boleh menghubungi Puan Normaria Zainal di talian 019-6688096 (SoftwareOen Expert Sdn. Bhd) sekiranya terdapat sebarang masalah mengenai Program Home Use tersebut.

sumber FB : http://www.facebook.com/GM1MALAYSIA

Wassapada Pengguna HRMIS

Salam.

Untuk makluman YBhg. Datuk/Dato'/YBrs. Dr./Tuan/Puan, GCERT MAMPU telah menerima maklumat mengenai satu aplikasi mobile dengan nama "My HRMIS & JPA Demo" boleh dimuat turun di Google Play dan dipasang pada telefon pintar berasaskan sistem pengoperasian Android.

Hasil semakan GCERT mendapati aplikasi ini merupakan aplikasi bersifat malicious yang bertujuan untuk mencuri data dan contact pengguna Android. Pihak Google telah memadamkan aplikasi ini dari Google Play namun berdasarkan siasatan GCERT, aplikasi ini telah dimuat turun oleh 100 hingga 500 pengguna. Maklumat lanjut berkenaan perkara ini boleh dirujuk di URL http://www.securelist.com/en/blog/845/Hello_from_Malaysia .

Sehubungan dengan itu, YBhg. Datuk/Dato'/YBrs. Dr./Tuan/Puan dipohon untuk memaklumkan perkara ini kepada pengguna di agensi masing-masing agar memadamkan aplikasi tersebut dari telefon pintar (jika berkaitan).

Pihak agensi juga disarankan untuk mengadakan program pembudayaan keselamatan maklumat pada telefon pintar seperti berikut:
Memasang nombor PIN dan katalaluan pada telefon pintar.
Tidak melakukan sebarang pengubahsuaian terhadap konfigurasi ciri keselamatan telefon pintar.
Pastikan hanya memuat turun aplikasi mobile dari sumber yang dipercayai. Pengguna seharusnya melakukan semakan dan mengkaji terlebih dahulu untuk memastikan aplikasi tersebut adalah dari sumber yang betul.
Menyemak dan memahami "app permission" yang diperlukan sebelum memasang mana-mana aplikasi mobile.
Melaksanakan update dan patch telefon pintar dari sumber yang dipercayai.
Sentiasa berwaspada dalam menggunakan Wi-Fi di tempat awam bagi mengelakkan session hijacking dan serangan Man-in-the-Middle (Disarankan menggunakan encrypted VPN bagi akses Public Wi-Fi)
Pastikan melaksanakan data wipe sebelum menukar & menjual telefon pintar anda bagi memastikan maklumat sulit tidak bocor kepada pihak ketiga.
Melaporkan kehilangan telefon pintar(kod IMEI) kepada syarikat telekomunikasi.
Memasang aplikasi antivirus yang sah untuk mengimbas aplikasi yang telah/akan dipasang pada telefon pintar.

Untuk makluman YBhg. Datuk/Dato'/YBrs. Dr./Tuan/Puan, sebarang maklumat lanjut berkenaan aplikasi/inisiatif terbaru myGov Mobile boleh di rujuk di portal MAMPU (www.mampu.gov.my). Sebarang pertanyaan atau kemusykilan berkenaan perkara ini, dipohon untuk menghubungi GCERT, MAMPU melalui emel gcert@mampu.gov.my atau di talian 012-3312205

Kerjasama YBhg. Datuk/Dato'/YBrs. Dr./Tuan/Puan dalam hal ini amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.
"BERSAMA MELAKSANA TRANSFORMASI"
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Government Computer Emergency Response Team (GCERT)
Bahagian Pematuhan ICT
b/p Ketua Pengarah MAMPU
Jabatan Perdana Menteri



sumber dar FB PESIMA

Hancus Berderai

salam.

 Akhirnya semalam berjaya ambil cuti rehat sehari (cuti sehari pon kecoh).  Asalnya berangan nak bercuti ke Bukit Keluang.  Dah cari hotel dan survey jalan nak ke sana.  Tapi sayang tak kesampaian.  Anak-anak demam so bercuti di rumah saje. Hancus berderai angan-angan ku !!!


Bukit Keluang, tunggu kami datang .... bila masa tu tak tau la.  Insya Allah, ada rezeki sampai lah kami ke sana.  Sebenarnya dah lama benar tak ke sana, dah bebelas tahun.  So terasa nak tengok perubahan di Bukit Keluang yang khabarnya makin cantik dan glemer .... apa taknya lokasi penggambaran merong mahawangsa.

Kepada kawan-kawan yang sedang bercuti tu selamat BERCUTI !!!! Happy Holiday !!

Yang pasti sekarang ni perut terasa lapar .... perlukan secawan kopi dan roti bakar. Cukup ke perut orang kampung dengan roti bakar !!!

Thursday, 21 March 2013

Kekosongan F29 di agensi gov dan skop tugas

salam.

Makluman untuk semua PPTM yang hendak bertukar :

  1. 2 Kekosongan. Skop, helpdesk dan multimedia(adobe photoshop+update portal) - MOSTI
  2. 1 kekosongan (unit teknikal) - MPIC
  3. 1 kekosongan (Multi task) - Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Selangor
  4. 1 kekosongan ( Aplikasi ) - KPDNKK, Putrajaya
  5. 1 kekosongan. (  ) - KPKK, Putrajaya
  6. 1 kekosongan (Multitask) - Planetarium Negara, Agensi Angkasa Negara

  7. 1 kekosongan (Xdijelaskan) - Hospital Miri
  8. 1 kekosongan(Network) - JKWPKL,Jln Cenderasari
  9. 1 kekosongan (aplikasi) - UAP, BPM, KPM putrajaya
  10. 2 kekosongan (Multimedia & Teknikal) - Kementerian Kerja Raya, KL
  11. 2 Kekosongan (Multimedia & Teknikal) - MPIC, Presint 2, Putrajaya
  12. 1 kekosongan ( Multitask) - Jab. Kesihatan Labuan
  13. 1 kekosongan(Aplikasi) - BPM,Kementerian Pertahanan
  14. kekosongan (maintain sistem yg dibuat oleh Vendor) - JKPTG HQ, NRE Putrajaya
  15. 2 kekosongan di jbtn kerajaan negeri Pahang- penempatan akan dibuat oleh SUK Pahang. lokasi blh jadi di kuantan or di mane2 daerah dlm Pahang.
  16. 1 kekosongan F29 di Hospital Kepala Batas, Pulau Pinang. (Multitasking)



      petikan dari FB PESIMA.

      e-Filling 2012


      salam.

      e-Filling 2012 telah mula dibuka pada 1 Mac 2013.  So camnerrr korang dah isi dan hantar ke ?? emmm masih ada dalam 5 minggu lagi untuk diisi dan hantar.  Jangan lewat hantar nanti kena denda.   Selamat mengisi borang e-Filling bagi yang belum mengisi dan tahniah kepada yang dah siap.




      Info Cukai

      Kursus GiHub - ahli berdaftar PESIMA

      salam.

      Satu lagi pengumuman. Kursus GiHub akan dilaksanakan pada 7 April 2013 (Ahad) pada jam 9.00 pagi. Kehadiran dijemput pada ahli-ahli berdaftar PESIMA dan keutamaan akan diberikan kepada ahli yang sudah lama berdaftar.





      Wednesday, 20 March 2013

      SISTEM PROFIL KOMPETENSI

      salam.

      SISTEM PROFIL KOMPETENSI atau SPK dari MAMPU

      Sistem Profil Kompetensi (SPK) ini dibangunkan untuk Pegawai Teknologi Maklumat (PTM) dan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat (PPTM) mengemukakan profil kompetensi dan pengalaman kerja sepanjang tempoh perkhidmatan. Antara lain, maklumat ini juga akan digunakan oleh Urusetia Jawatankuasa Teknikal ICT (JTKICT) untuk urusan pencalonan PTM Cemerlang. Maklumat yang perlu dimasukkan ke dalam sistem ini adalah Maklumat Peribadi, Perkhidmatan, Pendidikan dan Maklumat Kompetensi Pegawai yang terdiri daripada Bidang Kepakaran Pilihan, Penglibatan Projek, Khidmat Perundingan/Konsultansi, Khidmat Nasihat yang berkaitan dengan bidang ICT, Penghasilan Produk Ilmiah/Pembentangan kertas, Pensijilan Profesional /Pengiktirafan Profesional dan Pembangunan Kompetensi.

      JPA dengan kerjasama MAMPU sedang mengemaskini maklumat profil kompetensi Pegawai Teknologi Maklumat (PTM) Gred F54 Sektor Awam bagi tujuan mengisi kekosongan jawatan Perunding Gred Khas C . Sehubungan ini, semua PTM Perkhidmatan Gunasama Persekutuan Gred F54 (lantikan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam) adalah dipelawa untuk mengemaskini maklumat ke dalam Sistem Profil Kompetensi ini sebelum atau pada 8 Januari 2013.

      Maklumat projek yang perlu didaftarkan di dalam SPK adalah maklumat projek yang telah siap dibangunkan sepenuhnya ATAU yang siap sepenuhnya secara berfasa pada tahun semasa . Sekiranya ia siap secara berfasa, maklumat yang didaftarkan ke dalam sistem perlulah berkisar kepada fasa yang berkenaan sahaja. 

      bagi yang dah terlepas dan baru tau pasal SPK, bersedia untuk sertai pada tahun depan. GUD LUCK.

      maklumat dari : http://spk.mampu.gov.my/index.html



      Toyssss Febveret Anak2

      salam.

      ni plak icon2 toys feveret anak-anak.  seje save n print buat tatapan anak-anak. Kalu dapat alih perhatian diorang dalam 5 minit pon jadi lahhhh time diorang bad mooood.

      di paste kan icon dari http://www.iconshock.com










      Berangan di Petang Hari

      salam.

      berangan bukan sebarang berangan ... mencari-cari icon untuk sistem baru emmm biasa terjumpa benda-benda lain.  benda lain tu bukan apanya actually icon yg cuit miut.

      meh paste kan kat sini untuk tontonan dan tujukan bersama.  (tuan punya ikon : http://www.iconshock.com)

       Bila nampak air dalam cawan tu ... terus terasa nak menenguk nescafee panas ..... so apa lagi terus bancuh semug nesscafeee ... Bismillah slurrrpp.  Alhamdulillah.

       Sesambil tu mengetip kacang tanah rebus dan pinachio ... nyum nyum.   ada plak kentang goreng McD yang FREE sure lagi BESTTT.

      Kalu ada plak orang belanja ais krimm stoberi bersama stoberi segar dari Cameron Highlandsss ... perrrgggh
       
       Lepas tengok icon-icon ni, korang plak berangan ya...

       Baiiiiii

      Dah Berabuk

      salam.

      Dah lama benar tak update blog. dah berabuk. tak de kesempatan langsung nk mengarang. busy dengan rutin-rutin harian.  ada satu lagi benda yg bertangguh selain blog iaitu CUTI ku ... emmm dah berlonggok.  Kalu boleh jual nak juga saya jual CUTI REHAT TAHUNAN :-P

      Cuti sekolah nanti nak cuba amik cuti.  Ikutkan kerja mmg tak abis.  So just take off to what ever destination.  Jalan-jalan menimba pengalaman baru.