Wednesday, 25 March 2015

Roses Pizza

As-salam.

Roses Pizza - cubaan membuat pizza berbentuk bunga ros.

Seperti biasa bakar dengan my Noxxa !!!



Monday, 23 March 2015

Pesta Orkid & Flora 2015 di RTC Kelantan

As-salam.

Joms pakat-pakat berkunjung ke RTC Kota Bharu sebabnya sekarang sedang berlangung Karnival RTC Kelantan.  Karnival ini akan berakhir pada 19-31 Mac 2015, jadi masih banyak masa untuk meneroka tapak-tapak jualan.

Ada pelbagai jenis pokok herba, orkid dan tanaman lain dijual di sana.





Teruja tengok orkid pelbagai warna !!!


Pelbagai saiz dan rupa bentuk yang unik serta tersendiri.


Walaupon kecil-kecil tetapi warnanya merah menyala dan sangat lebat !!!

Suppa Duppa di Putera Valley Resort

As-salam.

Pakej kunjungan ke Putera Valley Resort pada Isnin 16 Mac 2015 dengan kos RM220.00  ialah sebuah bilik penginapan dengan dilengkapi dua queen bed (berhadapan dengan kolam renang), kolam renang dan Suppa Duppa.

Kunjungan anda ke
Suppa Duppa Putera Valley Resort akan disambut oleh
sang Gajah Yang Perkasa.




Permainan gelongsor bagi
pelbagai peringkat umur
menambah
kemeriahan dan keseronokan.








Gelongsor Zirafah menarik minat kanak-kanak.










Kami berpuas hati dengan kemudahan di Putera Valley Resort, Terima Kasih semua !!!





Pertandingan Bonsai Di Pesta Orkid & Flora, RTC Kelantan

As-salam.



Pertandingan Bonsai yang sedang berlansung di Pesta Orkid dan Flora di RTC Kelantan sehingga 31 Mac 2015.

Sangat cantik dan kreatif.

Pelbagai jenis pokok yang dijadikan bonsai.


Joms pakat-pakat berkunjung ke RTC Kota Bharu sebab sekarang ini sedang berlangsung Karnival RTC sehingga 31 Mac 2015.  Pelbagai permainan disediakan untuk menambah kemeriah Karnival RTC.

















Berendam Di Putera Valley Resort

As-Salam.

Cuti Sekolah lepas sempat bawa anak-anak bercuti ke Putera Valley Resort yang terletak di Tanah Merah, Kelantan.

Anak-anak seronok sangat sebab kolam luas dan landai, selesa sangat.







Kolam ini menyediakan kemudahan dua buah gelongsor terapung, iaitu satu untuk di kolam kanak-kanak dan satu lagi di kolam dewasa.

Bola dan pelampung juga disediakan untuk aktiviti dalam kolam.





Thursday, 12 March 2015

Putera Valley Resort

ATV

Obstacle Course












As-salam.

Jumpa di Putera Valley Resort !!!
Putera Valley Resort menyediakan kemudahan seperti chalet, dormitori, dewan seminar, dewan banquet dan training centre serta perkhemahan.

Aktiviti luar (outdoor) seperti flying fox, abseiling, paintball, obstacle course, swimming pool dan bounce house fun park ( suppa duppa).

Resort ini juga menyediakan kemudahan untuk Program Hari Keluarga dan pakej perkahwinan.

water crossing
 

Picture










Pejabat     : 017 - 9601007
EN. NIK   : 019 - 9590007


NO. 1, Jln Kenerak, Highway Machang - Jeli, 17500 Tanah Merah, Kelantan, Malaysia.
http://www.puteravalleyresort.com/
atau
http://www.facebook.com/puteravalleyresort

Wednesday, 11 March 2015

Lima Minit Selepas Kelahiran

As-salam.

Lima Minit Selepas Kelahiran
Proses melahirkan bayi mengambil masa yang lama bagi sesetengah ibu. Keadaan yang sudah tidak bermaya selepas melahirkan bayi membuatkan ibu tidak tahu apa proses seterusnya yang dilakukkan kepada bayi dan diri anda sendiri.
Sebenarnya lima minit sejurus selepas bayi lahir, ada beberapa perkara penting yang dilakukan oleh doktor iaitu
1. Tali pusat bayi dipotong.
2. Doktor akan menunjukkan bayi kepada ibu. Anda boleh menentukan sama ada mahu memegang bayi sebaik dilahirkan atau selepas dia dibersihkan.
3. Anda boleh memilih untuk menerima suntikan untuk mempercepatkan pengeluaran uri dari dalam rahim.
4. Keadaan, pernafasan dan denyutan jantung bayi akan diperiksa dalam tempoh satu minit selepas dia selamat dikeluarkan dan diperiksa sekali lagi lima minit kemudiannya.
5. Selepas uri berjaya dikeluarkan, anda mungkin perlu dijahit jika keadaan perineum memerlukan jahitan.
Mengazan dan mengqamatkan anak
Bayi yang baru lahir, telinganya berfungsi dengan baik. Islam menganjurkan diazankan di telinga kanan dan diqamatkan di telinga kiri. Tujuannya ialah untuk mengingatkan kembali anak tentang perjanjian yang pernah dikaitkan dengan tuhan di alam Rohani. Membaca Surah Al-Qadar dan Surah Al-Ikhlas
Suami hendaklah juga membanyakkan bacaan surah Al-Qadar di telinga kanan dan surah Al-Ikhlas di telinga kiri bagi tujuan memohon kepada Allah supaya anak yang dilahirkan terselamat dari melakukan perzinaan dan memohon juga supaya dikuatkan iman, jauh dari menyeleweng fahaman akidahnya dari landasan Ahlus Sunnah Wal Jamaah.
Hadis Rasulullah S.A.W. bermaksud :
“Sesiapa yang mendapat cahaya mata maka diazankan pada telinga kanannya dan diiqamahkan pada telinga kirinya maka akan dijauhkan dari gangguan Ummu Sibyan (sejenis jin yang membawa penyakit).”
JOM KITA KONGSIKAN utk PENGETAHUAN BERSAMA
"Barang siapa menyampaikan (1) satu ilmu saja dan ada orang yang mengamalkan, maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.


Mimie Hj Mustamam
 

Karnival Pertahanan Awam 2015

As-salam.

Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) akan menganjurkan Karnival Pertahanan Awam sempena Hari Ulangtahun Pertahanan Awam ke-63 di Putrajaya,sepanjang Mac ini.
 
Acara ini dianjurkan bagi menyemarakkan lagi sambutan ulangtahun dan memberikan pendedahan kepada orang ramai mengenai aktiviti dan peranan JPAM.

 

Thursday, 5 March 2015

FLORIA DiRaja Putrajaya 2015

As-salam.

Perbadanan Putrajaya dengan sokongan Kementerian Wilayah Persekutuan menganjurkan Festival Bunga dan Taman DiRaja atau FLORIA DiRaja Putrajaya 2015 untuk kali ke-8 pada 30 Mei hingga 7 Jun 2015 di Anjung Floria, Presint 4, Putrajaya



Semua dijemput hadir.

Layari
http://www.floriaputrajaya.com.my/ untuk maklumat lanjut. 














Festival ini bertaraf antarabangsa dan FLORIA DiRaja Putrajaya 2015 memilih Bunga Lily (Lilium) sebagai bunga tema manakala Alunan Pancarona (Tapestry Of Hues) sebagai tema acara kali ini.





Wednesday, 4 March 2015

Roti Boy - Mexican Bun

As-salam.

Kami copy paste dari tempat lain untuk rujukan sendiri, tapi maaf ya tuan punya resepi, kami terlupa nak copy link asal.  Apa pon JUTAAN terima kasih kepada TUAN ASAL resepi sebab kongsikan resepi INI.


Bahan DOH roti :

  1. 500g tepung high protein
  2. 250ml susu segar (sejuk)
  3. 1 biji telur
  4. 6 sudu gula biasa (ni dah kurang manis)
  5. 60g buttercup
  6. secubit garam
  7. 3/4 peket yis mauripan
Masukkan segala mak nenek tadi ke dalam bekas breadmaker. Dimulakan dengan bahan cecair, bahan kering dan atas sekali yis. Set doh. (1jam 30minit)


Owhhh, sementara tunggu doh roti tu, korang perlu siapkan TOPPING.

Bahan topping:

  1. 200g butter (100g)
  2. 160g gula halus (80g)
  3. 3 biji telur (1 1/2 biji)
  4. 200g tepung gandum (100g)
  5. 1 peket nescafe 3in1 @ coffee 3in1 @ nescafe kosong
  6. perasa /pewarna coklat (untuk warna bagi gelap siket)


** yang berwarna pink tu aku guna untuk buat topping setengah adun. Sebab makan untuk 2 orang kan.. malas nak membazir kalau banyak lebih. 

Cara-cara:

  1. Mix butter bersama gula.
  2. masukkan telur
  3. masukkan nescafe 3in1 
  4. masukkan perasa/pewarna coklat
  5. Gaulkan dengan tepung.
  6. masukkan ke dalam bekas piping. 
  7. masukkan ke dalam peti sejuk. Biar dia rehat dalam tu.
  
Untuk Filling, boleh gunakan pilihan korang sendiri :  

Hirisan Buttercup @
Hirisan coklat bar @
Jem 


Aku suka yang lite lite je. Nanti masukkan je Buttercup dalam doh kecik-kecik tu. Yang ni akan diajar kat bawah. 
  1. Okey berbalik dengan doh tadi, Bila doh dah siap, keluarkan doh dari acuan breadmaker tu. Then korang kene tumbuk-tumbuk doh tu guna penumbuk tangan korang. Biar kasi angin keluar. 
  2. Bahagikan doh tadi menjadi 15 biji (50g) setiap 1.
  3. Ambil doh kecil tu, buat kepingan di tapak tangan korang, dan masukkan sedikit BUTTERCUP sebagai filling. Then korang buat bulat-bulat.
  4. letak 4 biji dalam 1 tray. Kalau tak nanti melekat pulak kalau letak rapat-rapat.
  5. Biarkan doh yang dah letak filling tu naik 2x ganda.
Bila doh dah naik 2x ganda, baru boleh pipe kan topping ke atas doh tadi.
Dah siap piping, masukkan ke dalam oven. Make sure korang dah panaskan oven dulu tau. 170 celcius. Bakar selama 20 minit.
Yeayyyyyyy!!!! dah siap..! Topping tu memang akan melimpah ruah macam tu. sebab aku pipe topping tebal-tebal and banyak. Kalau korang tak nak melimpah macam ni, korang pipe la topping tu nipis-nipis je. Eceli yang macam ni lagi sedappp ohhhh! nyum nyum nyum..

Tips :

** Kalau nak buat roti pastikan cuaca pada hari tu panas. Baru doh naik dengan cantik.

** Kalau lah korang dah puas makan, tapi mexican bun ni ada lagi balance, konon nak buat breakfast pulak untuk esok pagi, make sure korang panaskan semula roti ni kat dalam oven tau. Barulah rangup semula. Hihihi..