Wednesday, 21 October 2015

coklat sos sendiri

as-salam.

0:00/0:00
198,326 Views
 
Resepi Sheila Rusly
January 3 · 
 
Sedapnya kalau pandai buat coklat sos sendiri kan ?
Jangan risau , tgk je video ni , lps tu amek resepi ni, n buat.
Sedapnya makan dgn roti

2 cups milk
2 tablespoons of cocoa
1 tablespoon cornstarch
80g dark chocolate
4 tablespoons sugar
1 tablespoon butter

Thursday, 15 October 2015

home made whipping cream



whipping cream ~
Jom Belajar Buat Kek

Harga whipping cream skrg agak mahal di pasaran, jadi jom buat homemade whipping cream kita sendiri...

Resepi whipping cream
1/4 cawan air sejuk
10 grams gelatin
1 cawan susu full cream
1/2 sudu besar vanilla esen
1/4 cawan icing sugar

Cara-cara
-panaskan air atas api dan cairkan gelatin, biarkan selama 5 minit
-kacau sampai dissolve sepenuhnya

-dalam bekas lain, campurkan susu dan campuran gelatin, kacau
-masukkan esen vanila dan icing sugar, kacau lagi
-masukkan dalam fridge dalam 1 jam. Setiap 15 minit, kacau mixture tersebut
-selepas 1 jam, mixture anda akan bertukar menjadi thickened cream dan sedia utk diputar

RED VELVET



RED VELVET
Azlina Ina's post.



Bahan2
Buttermilk(susu masam)
1sb cuka makan atau cuka buahan
200ml susu segar kotak dutchlady je senang
3sk pewarna merah kalau nak effect merah kuat
satukan dan bia 10 mnt


Sementara tu boleh mix kan
1cawan butter atau 3/4 ketul butter
1 cawan gula castor
Bia sampai kembang baru masuk kn


4 biji telur gred B satu persatu
Sampai kembang mix ni dalam 5 hgga 10 mnt


Sementara tu boleh la ayak
2 cawan 1/2 tepung gandum
2sk baking powder
1sb serbuk koko


Masukkn dalam adunan mix beselang buttermilk td
Dah agak nmpak sebati masuk kan pulak
1sk soda bikarbonat letak sudu siap2 senang cara nye
Campur 1/2 sb cuka pd soda bikarbonat td
berbuih je terus masukn dalm adunan
Mix sebati ok oles loyang dgn majerin panaskan oven


Baka 160 masa 45 mnt begantung la oven korang 35mnt terakhir
Cek cucuk tgh kek dgn lidi agak xlekat adunan masak dah ok
Kua dr oven telangkup kan terus pd redai dah suam bukak loyang


Topping
1 cawan whipping
1/2 cawan susu pekat
1 cawan cream cheese
Putar smpai kental pekat
Leh topping kan.



update : 21 October 2015
Kami dah buat resepi ni, memang sedap dan lembut. 

Gambar tu kek red velvet yang kami buat.  Topping kami guna resepi lain.


Wednesday, 7 October 2015

MENANAM URI MENGIKUT ISLAM

As-salam.

Rahsia Hawa

MARI BELAJAR.....

Kita selalu terlupa benda2 cam ni.. kpd yg akan dpt anak... sila baca dan faham....

SEMUA LELAKI MESTI TAHU ILMU INI!


Antara tanggungjawab penting suami perlu tahu dan pelajari ialah menanam uri.MENANAM URI ANAK Uri atau dikenali sebagai placenta, dan juga disebut tembuni.Uri jangan dibuang atau ditinggalkan di hospital.

Uri adalah teman rapat/kembar bayi semasa didalam kandungan dan uri amat penting kepada bayi.Uri perlu ditanam dengan segera bagi mengelakkan uri busuk. Jangan disimpan uri hingga dua tiga hari baru dibasuh. Orang tua kata tidak elok. Kalau boleh, cepat-cepat basuh.Contohnya, kalau dapat uri pagi, petang dah tanam.

Simpan di peti ais beku jika tak sempat basuh uri tersebut pada hari yang sama/segera. Uri perlu diuruskan dengan baik.Jangan mengikut kepercayaan karut-marut masyarakat Melayu yang diwarisi turun-temurun. Semoga, kita dapat menghindarkan diri daripada amalan khurafat ini, yang dibimbangi boleh menjejaskan akidah kita tanpa sedar.

Cara menguruskan uri
1) Mulakan dengan baca Bismillahirahmannirrahim.
2) Cuci bersih-bersih hilangkan darah-darah. Jangan guna sabun/shampoo.
3) Bilas dengan air bersih sambil berselawat dan doa yang baik-baik (Untuk pastikan uri tersebut bersih dan suci)
4) Cuci uri dengan garam. Lumurkan garam dan cuci bersih-bersih.
5) Cuci uri dengan asam jawa. Lumurkan asam jawa dan cuci bersih-bersih. (Untuk hilangkan bau hanyir darah)
6) Perahkan 4 biji limau ke atas uri hingga naik bau limau dan untuk harumkan uri.
7) Letakkan dalam plastik/bekas mudah reput seperti plastic tesco/kotak mudah reput, letak garam kasar dan asam keping. Ikat seperti sup bunjut.***Mengurangkan bau hanyir yang menaruk perhatian binatang, yang mungkin akan menggali uri ini nanti
8) Letak dalam kain putih dan ikat kemas-kemas seperti sup bunjut.
9) Gali tanah sedalam mungkin, agak-agak tidak dibau/dikesan dan dikorek anjing nanti atau binatang –binatang lain nanti
10) Baca Bismillahirahmannirrahim dan selawat semasa letakkan uri dalam dalam dan timbus.
11) Tanam ditempat yang bersih dan selamat. Contohnya perkarangan surau/masjid.
12) Letak batu sebagai tanda bagi memastikan tidak digali oleh anjing dan binatang2 lain.
13) Jangan di letak lilin dan barangan sebagainya yang boleh mendatangkan syirik dan khurafat.Hukum menanam uri adalah HARUS. (JAKIM).

Uri tersebut perlu dibasuh dan ditanam di dalam tanah supaya ia tidak dimakan oleh haiwan. Uri orang-orang Islam adalah suci dan dengan itu tidak boleh di bakar atau dijual. Mana-mana orang Islam yang melahirkan anak di hospital dikehendaki membawa balik uri-uri itu untuk di tanam di tempat masing-masing.

Amalan menanam uri bayi dengan lada hitam, paku, pensil dan sebagainya adalah amalan khurafat

Sunday, 4 October 2015

Sos Coklat dari MyResepi

as-salam.


Bahan-bahan ( 2 litre ) :

2 cawan serbuk koko
150ml susu cair
110ml susu pekat
80gm gula

Cara-cara

Masukkan semua bahan dalam bekas/ besen besar, kacau sampai gula pecah/ sampai halus.
Guna senduk kayu pun boleh.