Monday, 29 May 2017

Cara Mudah Buat Laksam

as-salam.

Cara Mudah Buat Laksam added 2 new photos.
Resepi laksam (12 gulung)
3 cawan tepung beras
1/2 cawan tpg gandum
sedikit garam
4 3/4 cawan air suam
3 sudu besar minyak masak

campur semua bahan2 diatas sehingga sebati...ketepikan sebentar
* panaskan periuk kukusan..sediakan loyang atau penutup periuk aluminium yang disapu dengan minyak masak
* masukkan bancuhan tpg tadi dlm loyang atau tudung periuk ...jgn tebal jgn nipis...agak2 la ye..kalau saya guna 3 senduk setiap adunan ...kukus dlm 5 minit..
* angkat loyang/penutup periuk dan alirkan bawah dgn air paip supaya sejuk.
* guna hujung sudu atau bende yang boleh cungkil laksam ni kluar dr loyang...terus gulung dr loyang tersebut hingga habis..
* kukus lagi adunan laksam tadi shingga habis..
Kuah laksam 6 orang makan
3 ekor ikan kembung dibuang perut dan direbus hingga masak air rebusan paras ikan je ..air rebusan ikan jgn buang..digunakan tuk kuah nanti
2 biji bwang sederhana besar
2 ulas bawang putih..
sedikit je halia
1/2 sdu besar lada hitam kemudian ditumbuk halus
sedikit belacan
1/2 periuk santan pekat (agak2 6 org mkn + tambahan)
garam , gula
2 keping asam gelugur
* ikan yang direbus..diambil isinya sahaja dan air rebusan
* bawang besar dan bawang putih serta halia dipotong kecik, belacan dan di kisar bersama2 dgn isi ikan tadi serta masukkan sedikit air rebusan dlm blender supaya senang kisaran..
* masukkan bahan kisar dlm periuk yang ada santan tadi ..masukkan baki air rebusan ikan
* kemudian masukkan lada hitam yang ditumbuk halus,asam keping, garam dan gula
* masak hingga mendidih..dgn api sederhana
Nota: belacan bakar- jika suka masukkan dlm laksam
Dihiris halus :
ulaman
kacang panjang
timun
tauge
kobis
Sambal laksam :
Semuanya kisar/tumbuk halus
sambal lada
sedikit belacan
lada merah
cili api merah
garam sikit

Ikan caru sumbat

as-salam.


Ikan caru sumbat. Senang je! Sedapnya tengok ni, sempat lagi kalau nak buat untuk berbuka nanti.
Bahan2 ;
Lada kering sgenggam (klu xnk pdas kurangkn lada)
Bwg besar 1 1/2bj
Bwg putih 2-3 ulas
Halia sebesar ibu jari
Kunyit
Serai kecil 2btg
1sd kecil ketumbar sangai (taknak pen takpa)
1sd kecil jintan manis sangai (taknak pen takpa)
2sudu air asam jawa
Garam
Gula
Aji
Kelapa parut 1 bj (yg muda sikit)

Cara2 ;
Semua bahan dikisar kecuali kelapa..
Satukn semua bahan
Perasakan
Mayang2kan daun kunyit n daun limau gaulkn semua
Sumbat dlm ikn
(Xperlu panaskn @dimasak)
Blh bakar/ sangai dlm kuali / pemanggang ajaib
Kredit: Zana Suzanne

Puding Sagu

as-salam.

Share dari FB.
=======================================

akhirnyaaa.. puas dapat buat sendiri n makan puas2 sesejuk peti ais.. haha.. timekasih yg sudi share resepi arituuu!
nie resepi ya kawan2..
Bahan2
- susu cair / santan
- sagu speket (jenis kecik)
- gula melaka (prefer yg sebiji tu)
- rose sirap
- daun pandan

● Cara-caranya ●
Air Gula
- hancurkan gula melaka
- masak dgn daun pandan
- air jgn byk.. sbb nak bg pekat..
*klu x pekat gula tu, nnt tambah gula pasir putih tu sikit bg likat sikiit.. bukan likat banyak hehe..
- biarkan sejuk dlm 15 minit
Sagu
- rendam sekejap sagu dlm air (sementara duk karate gula melaka td)
- kemudian rebus sagu tu ngan air paras2 sagu. klu nak letak daun pandan pun bole..
- masukkan sirap rose tanpa gula tu 2 sudu besar
- standby air extra sbb takut air kering cepat..
- masak smpai hilang warna putih sagu tu & jd mcm lembut creamy2 cewah..
(x kuar krim tau.. tu perumpamaan je haha)
- biarkan sejuk dlm bekas lain
*sy letak dlm bekas aluminium siang ikan tu haha*
Okie Bab Mekap pulak,
- letak gula merah tu dulu dlm 3 sudu besar
*bole adjust klu xnak manis sgt*
- letak sagu timpa atas gula tu dlm 2 senduk nasik
- tuang susu cair atas sagu.. jgn byk sgt..
- klu guna santan, org kata letak garam sikiiit aje.. so lg sedap dr susu hehe
Pastu sejukkan dalam peti ais.. siap!
Oh bahan2 ni ngam2 dapat 5 cawan. hehe..
perkongsian resepi dari fb Nornathasha Mohd Isa
Selamat mencuba..
Jangan lupa share..

Air soda herbs

🍸Air soda herbs mmg terbaik rasanya. Sejuk tekak. Minum pula bersama kawan2 memang seronok😃
Resipi..
🍹2 btg serai d ketuk
🍹lemon dpotong bulat
🍹Daun pudina
🍹air bekarbonat aiskrim soda
🍹laici (dlm tin pun xpa)
🍹Asam boi
🍹Ais batu..

Campur semua bahan d atas dan kacau.. mmm segarr👍😉
resepi ini telah diambil dari fb ‎Teh Carls‎ yang telah dikongsikan melalui group Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)

Thursday, 18 May 2017

ROTI BUTTER GOLOK

as-salam.

ROTI BUTTER GOLOK VIRAL dari My Lovely Kitchen
Bahan
1 Cawan air suam
1 Peket yis
4 Sudu gula
2 Sudu susu pekat
2 sudu planta
3 1/2 cawan tepung
1 biji telur
Caranya
1. Campurkan yis dan air , biarkan yis rehat dan berbuih
2. Telur dipukul sedikit
3. Campurkan susu pekat, gula , planta dan telur ke dalam bekas berisi tepung. kacau sebati
4. Curah bancuhan yis sedikit-sedikit ke dalam tepung tadi ( Ikut pada keperluan tepung, ada masa tak perlu guna kesemua air bancuhan yis tadi. Asalkan uli menjadi doh yang lembut dan tidak melekat ditangan dah ok)
5. Rehatkan dalam sejam atau sehingga doh kembang 2 kali ganda.
6. Kemudian tumbuk2 doh yang sudah kembang tadi dan uli hingga cantik licin
7. Boleh lah dibentuk dan diletakkan dalam bekas
8. Rehatkan doh sekali lagi. Biar naik 2 kali ganda
9. Bakar menggunakan api atas dan bawah lebih kurang 20 minit atau sehingga masak dengan suhu 150c
10. Keluarkan dan sejukkan atas redai, kemudian sapu permukaan roti dengan marjerin atau butter cup dan tabur dgn gula halus...
Siap...

Wednesday, 17 May 2017

RESEPI HOKKAIDO GEBU GEBAS

as-salam.

RESEPI HOKKAIDO GEBU GEBAS HAKAK SHERY (sumber pendapatan hakak shery)
🍎sory xsempat nk bls sorang2 yg pm hakak shery, ni resepi yerr)
STEP 1
1. Pecahkan 4 biji putih telur (KUNING TELUR LETAK DALAM BEKAS LAIN)
2. 4 sudu besar gula halus
* mixer smpai bertanduk yer..meringue

🍎letak tepi dlu yg meringue
Note : meringue tu jgn ada bercampur sedikit air atau kuning tlur atau apa2 jelaa..hihi..nnti xjdi lerrr meringue awk2 semue..nnti xjdi frust pulak
STEP 2
1. 4 biji Kuning telur (yg dah ada dlm bekas tadi)
2. 3 sudu besar gula
* kacau2 je guna whisk (godek2 mcm tu)
3. Masukkan susu cair setengah cawan( saya guna dutch lady)
4. Minyak masak 5 sudu besar
* smbung kacau guna whisk sampai sebati
STEP 3 ( ayak dulu)
1. 1/2 cawan gandum
2. 2 sudu besar tpung jagung/kastard
3. Stgh sudu kecil baking poder
🍎 masukkan step 3 ni ke dalam step 2..kacau2 guna whisk
🍎 lepas tu campurkan dgn step 1 tdi..kacau2 sampai sebati
🍏JOM KITA BAKOR
GUNA API ATAS BAWAH YER SUHU 160..DALAM MASA 20 MINIT..TGK LA KALO DAH MASAK..X LEKAT LERR KAT LIDI BILA KITA CUCUK2
JGN LUPA PANASKAN OVEN DULU DLM 10 MINIT SUHU 170
FILLING TU:
1. marjerin 1 sudu
2. Susu cair 200 ml
* panaskan dlu utk cairkan marjerin
Masukkan
3. 1 sudu besar tpung gandum
4. 1 sudu besar kastard
5. 1 biji telur
6. 4 sudu besar gula
Masak jer semua..sentiasa kacau guna api kecil
Note🍬jangan masak lama2..nti keras la gamaknya...menangis x berlagu...sekadar pekat2...

Kek tu..amk chopstick utk buat lubang di tgh..bru pipe filling kastard tdi.
=Guna telur gred A utk dpt byk biji
=Tabur gula ising utk hiasan
Jom sama2 try..

Tuesday, 16 May 2017

CRISPY NUTS MELETOPSS

pinjam gambar asal tuan resepi, TQ SHARING
as-salam.

CRISPY NUTS MELETOPSS
Bahan2:-
250g mentega
1 sudu besar crisco shortening (meranggupkan biskut ) kalau tak ada crisco bole jer gunakan shortening biasa
100g gula caster
200g tepong gandum
80g tepung jagung
50g tepong susu full cream ( sya gantikan dgn whipping cream)
50g tepung kentang
80g coklat chip
100g almond nibbed
100g cornflakes ramas kasar
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh emplex ( bole digantikan dgn tepung BERAS
Secubit garam
coklat putih utk hiasan

Cara membuat:-
Pukul mentega, crisco dan gula caster hingga kembang ( jgn overbeat )
Lepas tu maskakn coklat chip, almond nibbed tepung gandum, tepung kentang, tepung jagong, tepong susu, cornflake, garam, emplex dan soda bikarbonate..gaul rata..dgn menggunakn senduk kayu .
Alaskan dulang dgn baking paper.
Gunakan sudu atau bulat bulatkan doh dan isi dlam dalm dulang dan bakar dgn suhu 170c selama 10 atau 13 minit atau sampai kekuningan dan masak ikut oven masing2
sedikit lembik apabila baru masak so jgn panik biarkan sejuk baru diangkat...bila sejuk paipkan coklat putih keatas cookies biarkan coklat mengeras baru disimpan didlm bekas kedap udara ..selamat mencuba.happy baking.
.
.
KALAU NAK SHARE,SILA KOMEN “SHARE”
(Supaya fanpage lebih aktif di News Feed Anda)
.
Pemilik Resepi - Anita Daniels

Thursday, 4 May 2017

Blouse / Kurung Moden yang COmeyyyyy

as-salam.

saje je nak share Blouse / Kurung Moden yang COmeyyyyy.
tapi dah lupa web asal.  Sori ya.



Buat Waffle Sendiri

as-salam.

dapat resepi dari pamapedia. TQ owner, share resepi.

Penyediaan : 15 minit
Masa memasak : 5 minit ( 2 minit/ setiap waffle)
Bahan- bahan :
1 biji telur gred A
1 cawan tepung serbaguna/gandum
2 sudu kecil baking powder
3/4 cawan susu segar
1/2 cawan butter yg dicairkan
1 1/2 sudu besar gula castor
1/2 sudu kecil vanila

cara kami buat, blend je smua bahan dalam blander. suka2 je sabotaj kan.

kalu nak ikut resepi asal pon ok juga, kami ni malas nak buat satu2 :P

hasilnya rujuk gambar, kami bakar guna sandwich maker jer, janji jadi n sedap : )
 





Wednesday, 3 May 2017

Serimuka pandan

as-salam.

Perkongsian dari Resepi Sedap, TQ Owner.


*Serimuka pandan*

Pulut 1 cwn(rendam 2jam)
Santan cair 1/2 cwn
Garam secukup rasa
(Kukus sampai masak)


Lapisan atas
-Santan pekat 1/2 cwn
(Nk lg senang pakai santan kotak 1 kotak)
-Daun pandan 5helai blend dgn 1/2 cwn air
-Gula 1/2 cwn(xnk manis kurang kan sikit yer)
-telor gred A 4biji
-tpg gandum 3 sudu besar membukit yer
-Garam secubit nk bg lemak2 tpg tu
-blend je semua ni
-kemudian blh tuang trus atas pulut yg dah siap tanak td,,kukus 40minit api besar
Dah masak biar skjp dlm periuk kukus tu
Dah sejuk boleh la potong😉😉

Kredit resepi: Nooriah Mohamad

kredit resepi kepada ‎Nur Aini‎ via Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)