Thursday, 29 March 2018

DOA BUAT SAHABAT SEMUA

as-salam.

Bismillahi Rahmanirrahim ...

1. Ya Allah aku memohon dengan keagungan AsmaMu
2. Muliakanlah sahabatku yang membaca doa ini.
3.  Lapangkanlah hatinya, tentramkan jiwanya, sehatkan fisiknya, sembuhkan penyakitnya.
4. Bahagiakan keluarganya.. jadikan anak anaknya Soleh/solehah
5. Luaskan rezekinya seluas lautan yang Engkau ciptakan. Lepaskan dia dari hutang piutang.
7. Mudahkanlah segala urusannya ,
8. Kabulkanlah cita-citanya, dan harapannya
9. Jauhkan dia dari segala penyakit, fitnah, prasangka keji, perkataan kasar dan
10. Jauhkanlah dia dari segala musibah, serta
11. Terimalah semua amal ibadahnya dan ampunilah segala dosa2nya.
12. Jadikanlah dia  penghuni SyurgaMu

           ‎      آمين يا الله
‎               آمين يا رحمن
‎               آمين يا رحيم
‎           أَمِيْن يَا رَبَّ العَالَمِينْ.     

# Saudaraku ... kirimkanlah doa ini seluas2nya ... kerana kita tak tahu dari lisan siapa doa kita ini akan dikabulkan Allah swt ...

Saturday, 24 March 2018

Magnet menarik rezeki

as-salam.

Magnet menarik rezeki

✅ 1. Letakkanlah sedikit makanan kucing dan semangkuk air di luar rumah utk kucing2 yg datang..
....................................
✅ 2. Sisihkanlah sedikit dari hasil gaji @ upah jerih payahmu, untuk di sumbangkan kepada anak yatim & orang miskin.
....................................
✅ 3. Sentiasa sediakan wang kecil di dalam dompet utk diberikan kepada yg memerlukan.
....................................
✅ 4. Letakkanlah di bilikmu sebuah kotak. Setiap kali kamu merasa melakukan dosa, masukkan wang kecil kedalamnya. Genap 1 bulan, buka kotak itu & sedekahkan wang tersebut.
....................................
✅ 5. Jika kamu hadir dalam acara keramaian (keluarga & kerabat atau sahabat), belilah 1 @ 2 kotak air mineral, niatkan utk sedekah kepada orang2 yg memerlukannya (orang tua, sakit, kanak2 dan lain2).
....................................
✅ 6. Jika kamu membeli barang dari peniaga2 kecil kemudian kemudian peniaga ingin mengembalikan wang baki, biarkan baki wang itu untuknya (sedekah atau hadiah).
..................................
✅ 7. Belilah mushaf (al quran) letakkan di salah satu masjid. Bayangkan berapa pahala yg akan kamu dapat daripada setiap huruf bagi mereka yg membacanya.
..................................
✅ 8. Berikanlah perasaan gembira kepada setiap orang, khususnya kpd mereka2 yg sedang ditimpa kesedihan, dengan senyuman dan ucapan doamu yg tulus.
....................................  
✅ 9. Lemparkanlah senyuman kepada orang yg kamu temui, berilah salam kepada orang yg duduk & bertuturlah dengan ucapan yg baik kerana semuanya adalah sedekah.
....................................
✅ 10. Jangan biarkan kamu tertidur, melainkan telah kamu ampuni setiap orang yg telah berbuat jahat kpdmu dari menghinamu, menyebarkan fitnah & menzalimimu.
....................................
✅ 11. Setkan pada handphone kamu, penggera peringatan pada masa masa tertentu untuk anda baca surah Al-Fatihah @ Al-Ikhlas untuk di sedekahkan kepada kedua ibubapa kita, sama ada masih hidup atau telah meninggal dunia...
....................................
✅ 12. Kirimkan mesej ini ke semua kenalan. Siapa tahu ada yg mahu mengamalkan. Moga kita pun akan diberi pahala kerananya.

Selamat bersedekah..
Semoga kita dilimpahkan rezeki..Aamiin..

Monday, 19 March 2018

Sayur Pedas Bersama Cendawan Shimeji

as-salam.

Hujung minggu, gotong royong anak beranak cuci keliling rumah.  Tengok pucuk ubi kayu gemuks2, petik buat celur cicah budu sedap juga kan. Pucuk ubi keledek pon segar2, sebelahnya pokok bunga Ros Jepun (RJ) tumbuh menghijau.  RJ ni bila tempat redup memang menghijau, kurang berbunga.  Kita petik-petik buat sayur sedap.  Pokok sireh cina juga sedap buat sayur, petik sikit yang tumbuh celah-celah pasu bunga.  Saja simpan pokok sireh cina yang tumboh dalam pasu.  Kadang-kadang petik makan daunnya.  Kami selalu juga petik buat ulam nasi kerabu.



Resepi Sayur Pedas Cendawan Shimeji

2 ulas bawang merah (ketuk2)
1 sk lada hitam (pecahkan dalam mangkuk dan kacau dengan sudu)
1 ekor ikan sardin (rebus/ bakar kejab) - boleh juga guna 2 sb ikan bilis
1 pack cendawan Shimeji
Pelbagai sayur campuran (Pucuk ubi keledek, pucuk ubi kayu, pucuk Ros Jepun)
garam secukup rasa.
1/2 liter air (kalu nak banyak kuah boleh tambah lagi)

1. tumbuk bawang merah, lada hitam dan ikan hingga lumat.
2. masukkan air dan bahan tumbuk.
3.  bila mendidih masukkan sayur dan cendawan.  4. Perasakan dengan garam.
5. Dah masak boleh makan dengan nasi atau makan begitu sahaja. Yumyum sedap.  eloklah untuk yang menjaga badan.

Saturday, 17 March 2018

JADILAH SEPERTI SEPASANG KASUT

as-salam.

Just share.. Menarik!! Cerdik org yg menulisnya.. Bacalah 😊

JADILAH SEPERTI    SEPASANG KASUT


1. Bentuknya  sama,
    berdampingan bersama
    👞👞👠👠

2. Waktu berjalan tidak
     pernah Serentak tapi
     distinasinya sama - 👣

3. Tidak pernah ganti
     posisi, namun saling
     melengkapi - 👥

4. Tidak pernah ganti
     pasangan walau
     sudah usang dan
     dimakan usia

5. Sederajat, tidak ada
     yang merasa lebih
     tinggi atau lebih
     rendah -👢👢👟👟

6. Bila yang satu hilang,
     yang satu lg sudah
     tidak bermakna 
                                         
7. Tidak pernah saling
     injak atau pun saling
     menendang

8. Walau tidak pernah
    jalan bergandingan
    selalu 1 depan yang
    satu lg dibelakang,
    tapi juga tidak pernah
    tinggalkan 1 sama
    yang lain

KASUT =
 KA kasih sayang
 SUT sampai usia tua*

Sepasang KASUT boleh menjadi contoh terbaik bagi persahabatan dan pasangan kita ..
Semoga kita senantiasa dalam ikatan keikhlasan ..

Thursday, 15 March 2018

Buah letup kelambu

as-salam.

Buah letup kelambu, cabut sepokok, basuh cuci dgn akar, batang, daun dan buah. Rebus dgn tiga gelas air sampai tgl satu gelas. Amalkan minum pagi dan ptg selama tiga hari...insha allah, stroke (lumpuh) akn pulih. Ikhtiar kita,  allah jua yg menyembuhkan

MEMANG AJAIB … !!! Inilah Ubat STROKE Paling Berkesan,, Kongsikan Jangan Sampai Terhenti Di Tangan Anda Mungkin Teman Yg Lain Sangat Memerlukannya

Wednesday, 14 March 2018

apa yang sedekahkan akan menjadi kebaikan yang kekal

 as-salam.

Ketika Aisyah r.a menghidangkan makanan kesukaan Rasulullah iaitu paha domba (kambing)

Rasulullah bertanya, ” Wahai Aisyah, apakah sudah engkau telah berikan kepada Abu Hurairah tetangga kita ?

Aisyah menjawab, “Sudah ya Rasulullah.”

Kemudian Rasulullah bertanya lagi, ” Bagaimana dengan Ummu Ayman?”

Aisyah kembali menjawab, “Sudah ya Rasulullah.”

Kemudian Rasulullah bertanya lagi tentang tetangga-tetangganya yang lain, adakah sudah di beri masakan tersebut

Sampai Aisyah merasa penat menjawab pertanyaan-pertanyaan Rasulullah.

‘Aisyah kemudian menjawab, sudah habis ku berikan , Ya Rasulullah, yang tinggal apa yang ada di depan kita saat ini....

Rasulullah tersenyum dan dengan lembut menjawab,

​”Engkau salah Aisyah, yang habis adalah apa yang kita makan ini dan yang kekal adalah apa yang kita sedekahkan. ”​ (HR. At-Tirmidzi)

Rasulullah SAW bersabda,

​Kelak di hari akhirat manusia akan berkata “Inilah harta bendaku! Padahal tidak ada harta benda yang di perolehnya di dunia kecuali tiga hal, apa yang ia makan akan keluar dari tubuhnya menjadi kotoran, apa yang ia pakai akan menjadi rusak, dan apa yang sedekahkan akan menjadi kebaikan yang kekal baginya"​ (HR. Muslim )

Tuesday, 13 March 2018

Nasihat bagi yg sudah mencapai umur 40an', 50an, 60an

as-salam.

Nasihat Emas dari Ustaz Ahmad Dusuki bagi yg sudah mencapai umur 40an', 50an, 60an***

Nasihat pertama

Cubalah berurut urat saraf 7 kali setahun untuk lancar perjlnan darah. walaupun ketika itu kita tidak mengalami kesakitan saraf.

Nasihat kedua

Banyakkan minum air kosong kerana kebanyakan penyakit berpunca dari kurang air di dalam badan.

Nasihat ketiga

Cuba bersenam walaupun hanya berjalan kaki menaiki tangga.

Nasihat keempat

Kurangkan kuantiti makanan kerana makin banyak kita mengambil makanan maka kita akan makin cepat sakit.

Nasihat kelima

Jauhi kemarahan atau kegusaran, belajarlah melupakan perkara yang remeh temeh.

Nasihat keenam

Biarkan harta pula berbakti kepada kesenangan kita, sudah lama kita cari harta kini tiba masanya harta bersusah untuk kita.

Nasihat ketujuh

Jangan memarahi atau berdendam dengan sesiapa, tempuhlah hidup ini dengan seadanya dan gembira.

Nasihat kelapan

Banyakkan gurau senda dengan keluarga dan kenalan, kurangkan tekanan dan nikmatilah hidup dengan pergaulan.

Nasihat kesembilan

Banyakkan masa untuk duduk dengan Allah kerana kita mula menuju kepada-Nya.

Nasihat kesepuluh

Bersedekah,berzakat  dan berinfaqlah sebahagian harta kita ke jalan fisabillilah semoga saham2 ini membantu kita di akhirat kelak. In syaa Allah..

Nasihat kesebelas

Makanlah makanan sunnah .Dengan usia dalam lingkungan  ini macam2 penyakit mengejut boleh datang.Ingatlah orang yang tersayang..Duit boleh dicari tapi tanpa kesihatan yang baik duit yang banyak tiada makna jua..

Semoga bermanfaat

Thursday, 8 March 2018

Tazkirah Pagi

as-salam.

"Payung tidak mampu memberhentikan hujan tetapi dengan berpayung kita mampu berdiri di dalam hujan tanpa menjadi basah
  
Begitu juga dengan keyakinan mungkin tidak membawa kejayaan tetapi ia mampu memberi kita kekuatan untuk menghadapi cabaran”

🍂🍁selamatpagi☘🌿







Petikan ucapan Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Buat teman2 @ sahabat semua

Sedap kata-katanya :
"Apabila anda tua, rebut setiap peluang untuk bersama rakan-rakan lama, kawan sekolah dan rakan sekerja kerana peluang itu akan berkurangan dari semasa ke semasa. Air yang mengalir ke hilir tidak balik ke hulu. Begitulah dengan kehidupan. Sahabat adalah umpama bintang. Walau berjuta batu jauh dari bumi tetap bercahaya. Meskipun kadang-kadang menghilang, dia tetap ada. Dia tidak mungkin dimiliki, tapi tidak dapat dilupakan kerana sahabat yang baik sentiasa ada dalam hati dan dalam kenangan.”

Walaupun byk kali baca tapi kata2 ini amat memberi kesan... 😊😊


Sunday, 4 March 2018

AKU BELAJAR

 as-salam.

Aku belajar bersabar dr sebuah kemarahan...
Aku belajar mengalah dr sebuah keegoisan...
Aku belajar tersenyum dr suatu kesedihan....
Aku belajar tegar dr suatu kehilangan...

Hidup adalah BELAJAR.....
Belajar bersyukur meskipun tak puas...
Belajar ikhlas meskipun tak rela....
Belajar taat meskipun berat...
Belajar memahami meskipun tak sehati...
Belajar sabar meski terbebani...
Belajar memberi meski tak seberapa...
Belajar mengasihi meski tersakiti....
Belajar tenang meski gelisah....
Belajar percaya meski susah....
Belajar tabah meski cobaan menerpa...



.. ​Aku belajar....
bahwa tidak selamanya hidup ini indah,
kadang ALLAH menyapaku melalui derita. Tetapi aku tahu bahwa IA tidak pernah meninggalkanku, sebab itu aku belajar menikmati hidup dengan bersyukur.

.. Aku belajar....
bahwa tidak semua yang aku harapkan akan menjadi kenyataan,
kadang ALLAH membelokkan rencanaku. "(1)"
Tetapi aku tahu bahwa itu lebih baik dari yang kurencanakan,
sebab itu aku belajar menerima semua itu dengan sukacita.

Saudaraku...
• Ketika "Kaki" sudah tak kuat berdiri... "BERSIMPUHLAH".
• Ketika "Tangan" sudah tak kuat menggenggam... "LIPATLAH"
• Ketika "Kepala" sudah tak kuat ditegakkan... "MENUNDUKLAH"
• Ketika "Hati" sudah tak kuat menahan kesedihan... "MENANGISLAH.
• Ketika "Hidup" sudah tak mampu untuk dihadapi... "BERDOALAH"


ALLAH selalu setia bersama kita...
dan apa saja yang kita minta dalam DOA dengan penuh keyakinan, pasti Ia akan menerimanya...
ALLAH mendengar lebih dari yang kita katakan...
ALLAH menjawab lebih dari yang kita minta...
ALLAH memberi lebih dari yg kita inginkan...




Karena...
di belakang kita ada kekuatan yang tak terhingga...
di hadapan kita ada kemungkinan tanpa batas...
di sekitar kita ada kesempatan yang tiada akhir...
Lebih dari itu, di atas kita ada ALLAH yang selalu menyertai...

.... Ingatlah saudaraku tercinta... Cinta kasih ALLAH itu abadi, seperti lingkaran, tak berawal & tak berakhir.......






ASSALAMUALAIKUM
SELAMAT PAGI SAHABAT KU
DARI SY INSAN YANG LEMAH LAGI KERDIL

MARUAH 💚 KASIH SAYANG 💚KEBAJIKAN
BERSATU 💚 TEGUH 💚 SEIRING
🌿🍁🌷🎋🎋🎋🎋🎋

Thursday, 1 March 2018

Bangunkan Anak Solat Subuh

as-salam.

perkongsian dari rakan2 moga memberi manfaat.

====================================================

Ada seorang wanita bertanya kepada mufti :"Bagaimana caranya membangunkan anak-anak saya yang sedang tertidur nyenyak untuk sholat Subuh ?" Mufti menjawab dengan balik bertanya kepada wanita tersebut :"Apa yang akan kamu lakukan jika rumahmu terbakar dan pada saat itu anak-anakmu sedang tidur nyenyak ?" Wanita tersebut berkata :"Saya pasti akan membangunkan mereka dari tidurnya." Mufti menjawab :"Bagaimana jika mereka sedang tertidur nyenyak sekali ?" .

Wanita itu kemudian menjawab :"Demi ALLAH! Saya akan membangunkan mereka sampai bener-benar bangun, jika mereka tidak bangun juga, saya akan menarik menyeret mereka sampai keluar dari rumah." Mufti kemudian menjawab :"Jika itu yang kamu akan lakukan untuk menyelamatkan anak-anakmu dari api dunia, lakukanlah hal yang sama untuk menyelamatkan mereka dari api neraka di akhirat kelak." Dari : Abuya As-Sayyid Muhammad Bin Alawi Al-Maliki

Boleh di share biar lebih bermanfaat buat orang banyak

Rasulullah S.A.W bersabda :”Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yang mengamalkannya,maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)