Tuesday, 28 August 2018

ANDAI AJAL DALAM TIDUR

as-salam.

EMPAT PERKARA SEBELUM TIDUR WALAU SESIBUK MANAPUN DENGAN TUGAS HARIAN.

Rasulullah berpesan kepada siti Aisyah ra.
“ Ya, Aisyah! Jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara yaitu :

1. Sebelum khatam al-Quran.

2. Sebelum menjadikan para nabi bersyafaat untukmu di hari kiamat.

3. Sebelum para muslimin meredhai engkau.

4. Sebelum engkau melaksanakan haji dan umrah".

Bertanya Siti Aisyah :
“Ya Rasulullah ! bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika? “

Rasulullah tersenyum dan bersabda :

1. “Jika engkau akan tidur,bacalah surah al –Ikhlas tiga kali
Seakan-akan engkau telah meng-khatamkan Al-Quran
” Bismillaahirrahmaa nirrahiim,
‘Qul huallaahu ahad’ Allaah hussamad’
lam yalid walam yuulad’
walam yakul lahuu kufuwan ahad’ ( 3x ) “

2. "Bacalah shalawat untukku dan untuk para nabi sebelum aku" maka kami semua akan memberimu syafaat di hari kiamat
“ Bismillaahirrahmaa nirrrahiim, Allaahumma shallii ‘alaa saiyyidina Muhammad wa’alaa aalii saiyyidina Muhammad ( 3x ) “

3. “Beristighfarlah” untuk para mukminin maka mereka akan meredhai engkau
“ Astaghfirullaah hal 'adziim al lazhii laa ilaaha illaa huwal hayyul qayyuum wa atuubu ilaih ( 3x )

4. Dan perbanyaklah “bertasbih, bertahmid , bertahlil dan bertakbir” maka seakan-akan engkau telah melaksanakan ibadah haji dan umrah
“ Bismillaahirrahmaa nirrrahiim
Subhanallaah Walhamdulillaah Walaa ilaaha illallaah hu wallah hu akbar "
( 3x )

Sampaikanlah kepada orang lain,
maka ini akan menjadi sedekah jariah pada setiap orang yang anda kirimkan pesan ini, dan apabila kemudian dia mengamalkannya, maka kamu juga akan ikut mendapat ganjaran pahalanya insha Allah...

Jangan jemu saling mengingatkan
copy paste dari rakan2.

Friday, 24 August 2018

Jaga Anak Perempuan Kita

as-salam.

Suka atau tidak satu masa nanti anak perempuan akan malu pada ayah, berbual bila perlu sahaja dan tak mahu lagi mengadu masalah pada ayah. Mereka lebih selesa mengadu pada mak.

Sebelum masa ini tiba, luang lah seberapa banyak masa yang ada bersamanya, beri lah perhatian kepadanya dan korban lah tenaga apabila diperlukan.

Kerana bila masa ini tiba, Ayah pasti akan menyesal kerana tidak memanfaatkan peluang ini.

Jasad sahaja tak cukup kalau mata dan hati di tempat lain. Menghadap handphone, menonton televisyen atau sibuk dengan kerja di rumah.

Sudah lah seharian duduk di rumah orang asing pengasuh atau taska, bermain dengan orang asing, makan dengan orang asing dan tidur dengan orang asing.

Malamnya pula ayah sibuk dengan urusan lain. Tidak di tanya anak makan apa hari ini, buat apa hari ni, main apa hari ni, yang ayah tahu hanya marah kerana buat bising masa dengar berita, di tegur kerana makan berterabur dan di tengking kerana mainan bersepah.

Anak perempuan sangat special, mereka sangat perlu akan kasih sayang seorang lelaki bagi memenuhi keperluan emosi mereka.

Ayah beri lah kasih sayang yang anak ini perlukan sebelum mereka menagih kasih sayang dari lelaki lain.

#Luangkan Masa Bersama Anak
▪ Belajar, bermain atau beriadah bersama yang boleh kuatkan bonding ayah & anak.
▪ Cari aktiviti kegemaran bersama supaya anak kita tak cari aktiviti di luar rumah dengan orang lain.

#Ajar Sifat Malu
▪ Pentingnya sifat malu di dalam diri mereka agar malu itu menjaga mereka agar terhindar dari melakukan perkara-perkara yang terlarang.
▪ Supaya mereka tahu batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim.

#Beri Pujian Pada Anak
▪ Manjakan anak perempuan dengan pujian dari ayah seperti cantik, rajin, kuat, berani dan pandai.
▪ Bila dah biasa dengan pujian dari ayah baru anak perempuan kita tak mudah termakan dengan pujian lelaki lain.

#Beri Hadiah Sebagai Penghargaan
▪ Tunjukkan penghargaan kita bagi setiap pencapaian baik anak di sekolah, di rumah atau di luar rumah.
▪ Berikan hadiah seperti tudung, kasut, baju dan beg sebagai tanda kita bangga dengan dia supaya anak perempuan kita tak berahi bila dapat hadiah dari orang lain.

#Pegang Tangan Anak Masa Berjalan.
▪ Pimpin tangan anak perempuan ketika di shopping mall, pasar malam, melintas jalan atau ke kedai runcit.
▪ Supaya anak perempuan kita tahu kita prihatin pada dia dan boleh melindungi dia barulah mereka tidak mudah termakan janji dari lelaki lain.

#Sentiasa Nasihat Dengan Kata Manis
▪ Nasihat dalam bergurau pada anak perempuan supaya nasihat kita itu di dengari dan di ingati.
▪ Selit kata-kata manis seperti lawa kakak pakai tudung, kakak comel pakai baju kurung, kakak baik nanti Allah sayang.
▪ Penuhi hati anak dengan tarbiah supaya anak kita sentiasa ingat pesanan ayah.

#Jangan Malu Teman Anak Perempuan Ke Tandas
▪ Ketika di tempat awam ada masa ayah yang kena bawa anak ke tandas, jangan risau anak perempuan boleh di bawa ke tandas lelaki asalkan tandas ada bilik air.
▪ Ini masa untuk kita buktikan bahawa kita ada di saat mereka perlukan kita.

.

Manjakan lah anak perempuan kita sementara kita masih boleh.. kerana sampai satu masa mereka akan pergi kepada lelaki lain.

Besar amanah menjaga anak perempuan, besar juga risikonya..

Silap cara didikan boleh memakan diri kita.

Sebaliknya ganjaran mendidik anak perempuan sangat besar..

مَنِ ابْتُلِيَ مِنْ هَذِهِ الْبَنَاتِ بِشَيْءٍ فَأَحْسَنَ إِلَيْهِنَّ كُنَّ لَهُ سِتْرًا مِنَ النَّارِ

"Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu dari anak-anak perempuan lalu ia berbuat baik kepada mereka maka mereka akan menjadi penghalang baginya dari api neraka"
(HR Al-Bukhari no 1418 dan Muslim no 2629)

Didiklah anak perempuan kita sebagai jambatan kita untuk meraihkan syurga.

Sabar, tawakal dan kasih dalam mendidik supaya anak perempuan kita jadi wanita dewasa yang cerdik beza halal & haram.

Kongsikan jika bermanfaat..😊

#CoretanFhais

Wednesday, 22 August 2018

Agar-agar Santan di Pagi Aidil Adha

as-salam.
Salam Aidil Adha.
Hari ni hari raya korban.  Kami tempah satay ayam untuk juadah pagi raya, makan anak-beranak.
Kami hanya masak agar-agar santan dengan gula melaka.

3 pack agar-agar tali (30gm/pack)
1.4 liter air bagi 1 pack agar-agar (sukatan air ni kena tolak sukatan santan)
1/2 kg santan pekat (sukat dalam liter dan jangan lupa tolak jumlah air kat atas ya)
5 keping gula melaka versi kelate (ikut tahap kemanisan masing-masing)
2 biji telor ayam
1 sudu teh garam (tambah/kurangkan ikut rasa memasing ya)

cara2:

1. basuh agar2, masukkan dalam periuk bersama sukatan air.
2. masak agar2 hingga hancur.
3. masukkan gula melaka, masak hingga gula melaka hancur semua.
4. blend santan bersama telur sekejab.
5. masukkan santan tersebut ke dalam agar2 dan kkacau perlahan2.
6. masukkan garam. pastikan manis/masam/lemak secukup rasa.
7. biarkan hingga mendidih dan tutup api.
8. masukkan dalam acuan. biarkan sejuk dan beku. masuk dalam peti ais jika nak sejuk.
9. yum yum yum. sila makan


Friday, 17 August 2018

Assalamu'alaikum 🌻 Jom Pantun

Assalamu'alaikum 🌻
Selamat pagi 😊

Burung nuri terbang tinggi🌹
Burung puyuh masuk jerat❤🌻
Hamba nak ucap slmt pagi🌹
DiDoakan semuanya sihat❤🌻

Bunga raya bunga melati🌹
Mari ditanam tepi perigi🌺🌹
Syukur selalu pada Illahi🌹
Diberi rezeki bernafas lagi🌺🌹

Thursday, 16 August 2018

Jomss Cuti-cuti Malaysia

as-salam.

Senarai cuti Utk Ogos n September 2018...heheheh

Cuti Pertengahan Penggal 2
18/8 Sabtu
19/8 Ahad
20/8 Isnin
21/8 Selasa
22/8 Rabu
23/8 Khamis
24/8 Jumaat
25/8 Sabtu
26/8 Ahad

Sekolah 4 hari...pastuuu....

Cuti Merdeka
31/8 Jumaat
1/9 Sabtu
2/9 Ahad

Sekolah 5 hari...pastuuuu....

Cuti pertabalan Agung, Awal Muharam
8/9 Sabtu
9/9 Ahad
10/9 Isnin
11/9 Selasa

Sekolah 3 hari, pastuuuuu....

Cuti Hari Malaysia
15/9 Sabtu
16/9 Ahad
17/9 Isnin

Tuesday, 14 August 2018

Tarikh Untuk 2018 Waktu ARAFAH

as-salam.

Tarikh Untuk 2018 Waktu ARAFAH, Waktu Yang Paling Mustajab Untuk Berdoa. Rugi Sangat Kalau Kita Tertinggal.

Di Arafah Asar pada tarikh 9 Zulhijjah 1438H hingga ke Maghrib pada tarikh 10 Zulhijjah 1438H itu dikira waktu ARAFAH.

Ustazah kata waktu paling mustajab berdoa. Tarikh di Malaysia adalah pd 21.08.2018 kira2 pd jam 8.48pm-11.30pm pd masa ni semua kita di Malaysia pun boleh sama2 berdoa sekali.

INGAT dr jam 8.48pm-11.30pm doa, doa dan doa. Jgn putus berdoa. Ulang2 doa yg sama pun x apa. Masa tu nak menangis puas2 pun menangislah. Minta bersungguh2 ALLAH swt ampunkan dosa2 kita & ibu bapa kita semua.

Moga ALLAH swt makbulkan segala doa2 kita semua.

Aamiinnx3 ya rabbal alamin.

Pls inform pd ahli keluarga, sanak saudara & sahabat2 yg lain agar mereka juga turut sama berdoa ya.

Tolong panjangkan info ini kpd seluruh muslimin & muslimat. Jaazakumullahu Khair.

Thursday, 9 August 2018

BANTUAN MENGURUS JENAZAH BAGI PESARA KERAJAAN

as-salam


Adalah dimaklumkan bhw pesara kerajaan yg meninggal dunia pada @ selepas 15.10.2010 adalah layak menerima Bantuan Mengurus Jenazah (BMJ) sebanyak RM3000.

Tuan/puan diminta sampaikan dan panjang2kan informasi ini kpd keluarga, saudara mara dan kenalan yg bergelar PESARA KERAJAAN dan waris mereka supaya kemudahan ini dpt dituntut.

Borang permohonan boleh dimuat turun di http://www.jpapencen.gov.my/bmj.html atau ke kaunter JPA di :

Jabatan Perkhidmatan Awam, Bahagian Pasca Perkhidmatan, Aras 2-5, Blok C2, Kompleks C, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62510 Putrajaya

PANJANG2KAN KE GROUP LAIN

Wednesday, 8 August 2018

UNDANGAN KHAS HARI JUMAAT

as-salam.

Dimohon kehadiran semua kaum adam beragama Islam didalam group ini :

Hari.        : Jumaat
Tarikh      : 3 Ogos 2018
Jam         : 1.00 ptg@lg cepat lg bagus terbaikkk
Tempat   : Masjid-masjid terdekat
Acara.     : Solat Jumaat

Demikian undangan ini, atas kehadirannya semoga Allah SWT menerima segala amal ibadah kita.

: Harap datang sebelum
        khutbah dimulakan
        dan tidak boleh diwakilkan.

Allah SWT berfirman:

يٰۤاَيُّهَا الَّذِيْنَ اٰمَنُوْۤا اِذَا نُوْدِيَ لِلصَّلٰوةِ مِنْ يَّوْمِ الْجُمُعَةِ فَاسْعَوْا اِلٰى ذِكْرِ اللّٰهِ وَذَرُوا الْبَيْعَ   ۗ  ذٰ لِكُمْ خَيْرٌ لَّـكُمْ اِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُوْنَ

"Wahai orang-orang yang beriman! Apabila telah diseru untuk melaksanakan solat pada hari Jumaat, maka bersegeralah kamu mengingat Allah dan tinggalkanlah jual beli. Yang demikian itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui."
(Surah Al-Jumu'ah 62: Ayat 9)

Monday, 6 August 2018

14 AMALAN SEBAGAI PERSEDIAAN UNTUK PERGI

as-salam.

Catatan peringatan untuk diri sendiri :

14 AMALAN SEBAGAI PERSEDIAAN UNTUK PERGI..

Apakah amalan2 yg perlu dilakukan... yang amat diinginkan oleh ahli kubur?

1. Perbanyak membaca al Quran.

2. Perbanyak membaca surah al-Zahrawayn (dua cahaya yang bersinar). Melazimi membaca surah al Baqarah dan Ali Imran, kelak mendapat syafaat di Padang Mahsyar.

3. Perbanyak selawat ke atas Nabi SAW.

4. Melazimi membaca surah Al-Mulk sebelum tidur setiap malam.

5. Melazimi membaca Ayatul Kursi selepas solat fardhu.

6. Perbanyak membaca Sayyidul Istighfar.

7. Sentiasa beristigfar dan bertaubat kepada Allah Taala.

8. Perbanyakkan bersedekah dan berwakaf.

9. Melazimi membaca doa Nabi Yunus a.s 40x ketika sakit menjelang kematian, pasti diberikan pahala orang yang mati syahid.

10. Mengamalkan solat sunat Dhuha setiap hari yang dihapuskan dosa2 terdahulu.

11. Menghidupkan akhir malam dengan solat Tahajjud.

12. Menghadiri majlis ilmu (taman syurga). Antara kelebihan mendapat ketenangan dan rahmat, dipermudahkan jalan menuju syurga, beroleh ganjaran pahala.

13. Menziarah kubur dan duduk disisinya sambil mendoakan si mati.

14. Amalkan doa 3x sehari seperti yang diamalkan oleh Rasulullah S.A.W:

"Subhanakallahumma wabihamdika astaghfiruka wa atubu ilaih."

Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani

Sunday, 5 August 2018

Mari belajar kamus dewan kelantan.

as-salam.

Mari belajar kamus dewan kelantan.

1. Agah = sombong
2. Aloh la = mengeluh
3. Bekok = bergurau
4. Bekwoh = kenduri,biasanya kenduri kawin
5. Bera = lari bertempiaran
6. Beso = biasa
7. Blana = banyak-kuantiti yg banyak
8. Blana-kokna = terlalu banyak
9. Blarok = berarak semasa majlis kawin
10. Bleber = berleter
11. Blengah = rasa tidak selesa-melekit
12. Blikat = bahagian belakang badan
13. Bojen = fesyen atau style rambut
14. Borak = semakin parah-sakit
15. Brehi = menyukai atau minat
16. Brembah = bergaduh- utk haiwan
17. Brona = membuat perangai-menangis
18. Brunga = berlari
19. Cakduh = mereka yg kurang kemas
20. Cakpuh-cakpuh = perbuatan melompat2
21. Cedung = bersawah
22. Cekak = larat
23. Cetong = gayung
24. Cok = cangkul
25. Cokek = mencucuk jari ke pinggang org lain
26. Cokoh = duduk
27. Colek = pencicah
28. Come-lote = terlalu cantik
29. Culah = liar,tidak jinak(haiwan)
30. Derak = keluar bersiar-siar
31. Dumoh = rumah
32. Ejas = memikat
33. Gege = bising
34. Glecoh = tergelincir
35. Glegaa = lantai
36. Gorek = pengasah pensel
37. Grentok = jambatan
38. Gubak/Gussuk = kedudukan yg terakhir
39. Hambak = mengejar
40. Hudoh-banga = sangat hodoh
41. Igak = tangkap
42. Itee-lege = terlalu hitam
43. Jelo = terlebih
44. Jenero = tertido
45. Jerik = menangis
46. Jet = perbuatan menendang
47. Jolo = betul
48. Jula = dahan pokok
49. Kalar = pensel warna
50. Kale = pensel
51. Kekoh = gigit
52. Kelik = balik
53. Kemah-kemim = ikatan yg terlalu ketat
54. Kerah-kejun = kaku
55. Khenak = membuat jahat
56. Kicik = membuang air besar tidak sengaja(sedikit)
57. Kore = sejenis alat utk memarut kelapa
58. Kube-lembe = berselerak
59. Kuca-bara = berselerak
60. Kura = menconteng
61. Lak’eh = tidak bermaya
62. Lorak = melakukan kerja kelam kabut(nak cepat)
63. Manis-letin = amat manis
64. Mase-purik = amat masam
65. Masin-perak = amat masin
66. Meroh-mere = merah padam
67. Meroh-nyalo = merah yg sgt terang
68. Meta = sekejap
69. Mokte = rambutan
70. Mongek = pembonceng motosikal
71. Mulo = masa lampau
72. Nacar = terlajak
73. Ngelik = mengelak dari sesuatu
74. Ngenkok = menyenkeh
75. Ngolek = gelecek bola
76. Nyetok = kejang
77. Pahit-lepe = terlalu pahit
78. Panah-cen-cen = amat panas(cuaca)
79. Parok = parah
80. Pekong = membaling sesuatu
81. Perik = serik
82. Pitih = duit
83. Prange = tempat letak ikan utk dibakar
84. Puteh-lepuk = amat putih
85. Ralik = berkhayal atau mengelamun
86. Rekngan-napun =ringan sangat
87. Repih = mematahkan
88. Royak = beritahu
89. Samah = 50 sen
90. Sengonti = betul-betul(tidak tipu)
91. Sokmo = selalu
92. Suloh = dahi yg luas
93. Sumbak = tertekan
94. Tawa-leba = tawar
95. Tebolah = cuai
96. TIDO MAPUH = TIDO MATI
97. Tiok = menangis
98. Tok rok = tidak larat
99. Trembe = benda yg tergantung tp tidak kemas spt baju
100.  Tubik = keluar
101.  Turik = sakit telinga akibat bunyi bising

Wednesday, 1 August 2018

CARA BETUL DOAKAN ANAK KAMU

as-salam.

Untuk peringatan diri sendiri.

CARA BETUL DOAKAN ANAK KAMU

Cara Habib Qasim bin Ahmad Baharun  mendidik anak-anaknya yang semuanya menjadi Ulama.

Suatu hari ada seorang muhibbin (kawan beliau) bertanya kepada Beliau.
Ustaz, Ustaz ini kan MaaSyaa Allah sekali, punya anak dan semuanya menjadi ulama', bermanfaat untuk masyarakat, bukan hanya baik untuk diri sendiri, tapi juga bisa memperbaiki umat, itukan luar biasa.
Kalau boleh, apa tipsnya ustaz, apa rahsianya, apa caranya agar bisa punya anak MaaSyaa Allah semuanya.

Habib : Kamu berapa banyak mendo'akan anakmu?
Muhibbin : Tiap kali saya berdo'a untuk diri saya sendiri, saya juga mendo'akan anak saya ustaz.

Habib : Berapa banyak kamu berdo'a untuk dirimu sendiri?
Muhibbin : Tiap kali habis solat saya do'a, saya do'akan anak saya juga.

Ustaz: Hmmmm... kamu tahu...
Saya setiap kali melihat anak saya dari mulai bayi sampai dia sekolah.
Tiap saya lihat, saya do'akan anak saya.
~ Ketika lihat dia sedang main-main, Yaa Allah baguskan nasibnya.
~ Ketika lihat dia sedang nonton film kartun, Yaa Allah bahagiakan hidupnya dunia akhirat.
~ Saya lihat anak saya lagi makan, Yaa Allah kurniakan rezeki yang melimpah baginya yang berkah, yang bawa kebaikan.
~ Saya lihat anak saya sedang tidur, Yaa Allah pandang ia dengan pandangan kasih sayang-MU.
~ Tiap kali saya lihat anak saya, saya do'akan dia.
Do'akan apa saja yg baik2 yang terlintas difikiran kita, kerana saya yakin entah sekarang, entah lusa, pasti ada diantara do'a-do'a tersebut yang di ijabah oleh Allah.

BEGITU JUGA DGN ANAK2 DOAKANLAH UTK IBUBAPAMU

 Ustazah Halimah Al- aydrus..

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ