Saturday, 27 June 2020

Popia Simpul dan Popia Cheese

salam.

Cuti hujung minggu ni kita buat kerja-kerja menyimpul.  Kita buat simpulan popia, dengan inti serunding daging.  Isi serunding daging ni agak kasar, oleh itu, kami telah kisar halus menggunakan pengisar kering.

Lebihan kulit popia yang agak keras dan tidak boleh disimpul, bolehlah dipotong kecil dan digoreng.  Lepas tu bila dah sejuk, taburkan serbuk cheese.  Sedap.

Thursday, 11 June 2020

hilangkan batuk dengan bawang putih dan madu

salam.

2nd Day PKPP ..... apa yang berlaku sepanjang hari ni ..... emm pepagi masak sebelum ke tempat kerja sebab anak-anak dan en suami ada di rumah.  kami masih mengamalkan penjarakkan sosial, jadi semua duk diam-diam kat rumah.  nothing special, just make it simple, janji anak-anak suka dan makan dengan kenyang.  Alhamdulillah.

Jumpa resepi ni kat SirapLimau.  Terima kasih SirapLimau.

Cuba buat untuk minum. Moga dengan izin Allah, ramuan ni mujarab dan sesuai dengan pesakit serta tidak memudaratkan.  Amin.


Tips Mudah hilangkan batuk dalam 1 hari sahaja dengan bawang putih dan madu :

– 3 – 4 ulas bawang putih yang dikupas dan dicincang halus.
– 1 cawan madu
– Bawang putih yang dicincang halus dicampur dengan secawan madu
– 1 cawan madu dan bawang yang dicampur ditutup dan disimpan 3 jam sebelum dimakan.
– Selepas 3 jam boleh dimakan 1 sudu teh setiap 1 jam.

– Bawang putih mempunyai kandungan zat anti mikroba, antibakteri, antibiotik dan antivirus untuk menghilangkan pelbagai jenis batuk.
– Bawang putih membantu mengeluarkan bakteria yang berbahaya, melegakan saluran nafas dan mengeluarkan kahak yang terkumpul di saluran nafas dan paru-paru.

selamat mencuba.

Wednesday, 10 June 2020

1ST dAY PKPP

salam.
hari ni hari pertama PKPP.  Hari ini juga Menteri Kanan Pendidikan membuat pengumuman pembukaan semula sekolah secar berperingkat bermula 24 Jun 2020.  hari ini juga berduyun2 orang balik kampung.  Selamat Pulang ke kampung halaman masing-masing, jumpa mak ayah dan keluarga, hati-hati di jalanraya.

Covind-19 : KKM mengumumkan jumlah jangkitan terendah hari ni iaitu hanya 2 kes baru dengan 1 kes kematian menjadikan jumlahnya 118 kes kematian.  1 kes bukan warga negara dan 1 kes lagi kes import.  Maknanya tiada jangkitan warga tempatan.  Semoga angka akan terus menurun ke sifar.

Kebelakangan ni hujan hampir setiap hari, bila hujan apa lagi cik rain lily pasti menguntum.  Cantik.


Tuesday, 9 June 2020

Last Day PKPB

salam.

Hari ini 9 Jun 2020 merupakan hari terakhir PKPB, bermakna 3 bulan telah berlalu.  Selama 3 bulan Malaysia telah mengharungi pahit getir, suka duka dan pengalaman baru kesan dari Wabak Covind-19.

Esok 10 Jun 2020 hingga 31 Ogos 2020 akan bermula PKPP iaitu Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan.  Sungguh sembolik tarikh yang dipilih --- 31 Ogos 2020 hari kemerdekaan Malaysia.  Joms kita doakan bersama-sama pada tanggal 31 Ogos nanti kita akan merdeka dari Wabak Covind-19.  Kita boleh rayakan Double Celebration dan tentunya tarikh itu akan tercatat dalam sejarah negara kita Malaysia. 

Semalam hanya mecatatkan 7 kes baharu. Terima kasih PM, Terima Kasih Frontliner, Terima kasih Rakyat Malaysia. 

Dengan bermula PKPP bermakna Malaysia telah memberi kebenaran untuk rentas negeri.  Tentunya ramai yang berpusu-pusu balik kampung berjumpa keluarga masing.  Ada juga yang telah merancang untuk melancong setelah Perdana Menteri mengumumkan sektor pelancongan di dalam negeri telah dibuka.  Hotal-hotel di Langkawi dan pulau-pulau telah ditempah.

Selamat balik kampung dan selamat bercuti tetapi jangan lupa SOP yang telah diterapkan selama 3 bulan.  Kami sekeluarga tidak perlu balik kampung sebab kami memang berada di kampung.  Bab melancong pula, kami memilih untuk stay at home.  Kami punya anak kecil dan kami punya ayah yang melepasi umur 70 tahun.  Keselamatan mereka lebih utama daripada keseronokan untuk melancong terutama percutian yang memerlukan merentas negeri.

Insya Allah jika ada rezeki dan umur yang panjang, tahun depan boleh dirancang percutian yang lebih baik dan lebih selamat.  Sekarang kita buat saving dulu, kumpul dana pelancongan.

Monday, 8 June 2020

Keputeraan YDPA

salam
08 Jun: 07 kes

Tercatat dalam sejarah Malaysia tiada sambutan besar-besaran sempena Keputeraan YDPA pada tahun 2020.  Tarikh keputeraan yang telah diubah pada hari Isnin minggu ke dua bulan Jun.  Oleh itu pada tahun 2020, hari keputeraan jatuh pada hari ini Isnin, 8 Jun 2020.

Selamat bercuti.




Sunday, 7 June 2020

Rendang Daging Resepi bonda😋

salam

7 Jun 2020 : 19 kes baharu.

Rendang Daging Resepi bonda😋

Bahan2..
🥣1 sudu besar biji ketumbar *
🥣1 sudu besar jintan manis*
🥣1 sudu besar jintan putih *
😊sangai bahan2 bertanda*api slow je
😊tumbuk smpai halus(ketepikan)

🥣1kg daging(potong nipis)
🥣5 ulas bwg merah kecik*
🥣4 ulas bwg putih*
🥣2 inci halia*
🥣2 inci kunyit hidup *
🥣4 btg serai*
🥣1 inci lengkuas
🥣15 tangkai cili kering*(rebus dulu) nak pedas lg lebihkan
🥣4 sudu besar kerisik
🥣minyak masak secukupnya
🥣santan 1 kotak kecil
🥣garam,asam dan gula secukup rasa..
🥣Last sekali masukan..
daun kunyit(hiris halus)
Daun limau perut hiris
🥣kisar bahan2 bertanda *
Rebus daging dahulu..

😊tumis bahan2 kisar smp garing@pecah minyak
😊masukkan rempah yg dikisar halus td..masukkan daging..
😊dah agak kering masukkan santan msk smp pekat
😊masukkan kerisik.. tabur daun kunyit dan daun limau perut..
Tadaaa siapp😋
Selamat mencuba🥰
Selamat Hari Raya..Maaf zahir dan batin🥰

Kredit Resepi : dian nurfarah