as-salam.
semoga kita dapat mengambil teladan yang baik dari kisah ini.
---------------------------------------------------------------------------------
MULTI BILLIONAIRE TANPA WANG!
Sebuah ladang kurma di Arab Saudi di kota Al-Qassim mempunyai lebih dari 200,000 pokok kurma dan diwakafkan untuk jalan Allah oleh orang terkaya Arab Saudi – Sulaiman Al Rajhi.
Terdapat 45 jenis kurma di kebun ini, pengeluaran tahunan adalah 10,000 tan buah kurma. Ladang ini adalah wakaf terbesar di bumi.
Pendapatan dari kebun ini digunakan untuk membina masjid di negara-negara lain, untuk kerja amal dan untuk Iftar di masjid Makkah dan Madinah.
Suleiman al-Rajhi lahir dalam kemiskinan. Ketika dibangku sekolah, satu hari sekolahnya merancang lawatan sambil belajar dengan kos 1 riyal. Tetapi orangtuanya tidak mampu berikannya 1 riyal. Beliau menangis kerana mungkin tidak dapat menyertai lawatan. Dalam peperiksaan suku tahunannya, beliau meraih kedudukan pertama di kelasnya dan seorang guru Palestin memberinya 1 riyal sebagai hadiah. Beliau menyertai program lawatan sekolah dengan 1 riyal ini.
Selepas menamatkan pendidikannya, beliau mulakan kerjayanya sebagai usahawan muda dengan penuh dedikasi dan kerja keras. Allah memberkati usahanya.
Dalam jangka waktu yang singkat, rangkaian banknya yang disebut 'Al-Rajhi' tersebar di seluruh Arab Saudi.
Suleiman al-Rajhi pergi mencari gurunya yang sudah pencen dalam keadaan miskin kini, Rajhi membawa guru Palestinnya dengan kereta dan memberitahunya, " Saya berhutang dengan Cikgu. "
Guru itu berkata, bagaimana mungkin memberi hutang sedangkan dia miskin, Rajhi mengingatkan gurunya bahawa bertahun-tahun yang lalu gurunya memberikan 1 riyal sebagai hadiah. Guru itu tersenyum dan berkata “Jadi kamu ingin mengembalikan satu riyal itu kepada saya?
Rajhi berhenti keretanya di hadapan sebuah banglo dan terdapat sebuah kereta mahal dihadapannya.
Rajhi memberitahu gurunya bahawa banglo dan kereta itu adalah milik cikgu itu sekarang.
Cikgu itu menitiskan airmata dan berkata pemberian ini terlalu mewah baginya.
Rajhi mengatakan bahawa kegembiraannya ketika menerima 1 riyal dulu lebih dari kegembiraan cikgu pada hari ini.
Pada tahun 2010 Suleiman al-Rajhi memanggil anak-anak, isteri dan orang tersayang dan membahagikan harta kekayaannya di antara mereka dan mewakafkan yang lain.
Pada ketika ini, nilai wakaf Sulaiman Al-Rajhi lebih dari 60 bilion riyal.
Beliau telah menyumbangkan 170 juta riyal untuk COVID dan menyerahkan dua hotel di Makkah kepada Kementerian Kesihatan.
Ladangnya disenaraikan dalam Guinness Book of World Records sebagai hasil usahawan yang terbesar.
Majalah Forbes telah menamakan beliau sebagai salah satu daripada 20 dermawan terhebat di dunia.
Kebanyakkan masjid-masjid di kota Arab Saudi adalah hasil keluarga Al-Rajhi, dengan pusat dakwah, badan amal al-Quran, dan lain-lain.
Dalam temu bual beliau berkata:
“Setelah kamu meninggalkan kehidupan ini, satu-satunya pelaburan yang penting adalah bekalan kamu bawa untuk kehidupan yang lain. "
“Saya berusia lapan puluhan! Apa lagi yang saya perlukan? Wakaf membayar bil saya, memberi saya penginapan, makanan, perubatan dan pengangkutan."
Seorang jutawan tanpa wang! "Bagaimana rasanya?".
Dia tersenyum dan berkata, “Saya merasa ringan! Saya berasa bebas! Saya merasa seperti burung ... dan ketika Allah memanggil saya, saya dapat menjawab panggilanNya tanpa ikatan harta!
FB KREDIT: ACAP ASYRAF
https://en.wikipedia.org/wiki/Sulaiman_Abdul_Aziz_Al_Rajhi