Thursday, 22 August 2013

Kreatif Sliding Door

salam.

Semasa mencari bahan-bahan di dunia maya, terjumpa sliding door yang cantik dan kreatif.

Sliding yang pertama ni tempat simpanan barang-barang pelbagai guna.  Agak-agak la kat ruang mana nak diletakkan kat rumah kami ya ???












Sliding yang ke dua ni plak, terletak diruangan dapur.  Boleh sorokkan mesin basuh yang terletak bersebelahan dengan ruang makan.  Sure lah tak cantik ruang makan ada mesin basuhkan, nak-nak plak mesin yang lengkap dengan bunyi dentum-dentam.












Sliding yang ke tiga pula memisahkan ruang rehat keluarga.  Time melepak dengan keluarga bolehlah ditutup dan nampak kemas macam dinding je, tetamu pon tak perasan ada pintu.

Bila perlukan ruang yang lapang dan besar, pintu ni boleh dibuka.  Sila masukkan dalam list keperluan utama bila nak bina rumah idaman korang.









Sotong Raya

salam.

Kisah Pada Petang Raya ke Dua :

Bila berkumpul reramai pelbagai cerita dikongsikan bersama.  Bila akak bercerita pasal akak berjaya dalam cubaan membuat ketupat sotong, apa lagi memasing bersuara sedapnya ... lama tak makan.  Nanti boleh la akak buatkan emmm kantoi plak.

So pada petang raya kedua tu kami pon beramai-ramai menyumbat sotong dengan pulut yang telah direndamkan dengan santan.  Bila dah siap, masak jab atas api.  Tak banyak pon sotong yang ada dalam sekilo je, lebih kurang 15 ekor, hahaha sorang sekor pon tak cukup.

Bila dah masak apa lagi makan la.  hehehe sib baik sedap.  Cuma ada beberapa ekor yang pecah perut sebab isi pulut banyak sangat.  Biasalah kalu buat keje beramai-ramai sambil bercerita, fokus pada kandungan sotong tu kurang sikit.  Lagi pon sotong ada telor, jadi sebenarnya tak leh isi pulut banyak sangat. Ketua dan tukang bantu pon baru belajar kan ... First time la katakan.

Apa-apa pon insya Allah, akan dibuat lagi pada masa akan datang.  Terima kasih tuan punya resepi, mabeles.

Disebabkan gambar sendiri tak snap, so pinjam gabar dari blog lain.  Terima kasikh tuan punya gambar dan blog.

Agar-agar Laksam (Kering)

salam.

Tengok je gambar tu sure korang tertanya apa kebendanya kan?  Itu lah agar-agar laksam yang dalam proses pengeringan.  Rasanya memang sedap, rangup diluar lembut di dalam.  Akak menulis pon meleleh ayaq liur.

"Master Chef" yang buat agar-agar ni mertua adik akak, akak ni tumpang makan je.  Hanya orang yang teror dan penyabar je boleh buat agar-agar kering laksam ni.

Rasenya kalu nak belajar buat cenggini, elok pegi kursus dulu nga "Master Chef".




"Master Chef" bagi sebagai buah tangan semasa kami pegi beraya pada hari raya ke dua.  Satu lagi buah tangan special dari beliau ialah pulut panggang berintikan serunding ... perhhh memang sedap sangat.  Terima kasih banyak-banyak, lain kali sila bagi lagi hahahaha muka tak malu betul lah.

Agar-agar ni dipotong kecil-kecil sebelum dihidangkan.  Disebabkan kami mendapat stok yang banyak, so kami masukkan dalam puding coktail berkuah bersama sumi.  Memang sedap.  Cuba korang letak agar-agar kering dalam puding coktail kalu nak tau camne rasanya.

Salam Raya

salam.

Hari ni dah 22 Ogos eeemmm lama benar tak menulis.  Beraya sakan.  Bukan beraya sakan tapi tak berapa rajin.  Sebelum terlupa diUCAPkan selamat hari raya aidilfitri MAAF ZAHIR dan BATIN.  Mohon halalkan ilmu dan resepi serta pengalaman tuan/puan yang dikongsikan semula kat blog nih.

Tak banyak perkara original dari saya yang dipaparkan kat sini, Rasanya 85% adalah perkongsian dari rakan2 FB, Blog dan sumber-sumber internet atau hardcopy yang lain.  Blog ini lebih kepada rujukan dan peringatan untuk diri saya sendiri selain dari tujuan asalnya mempromosikan 
IsyRaqRestHouse.

Alhamdulillah rezeki perusahaan IsyRaqRestHouse bertambah sepanjang cuti sempena Aidilfitri.  Terima kasih kepada semua penghuni IsyRaqRestHouse.  Jika ada kekurangan mohon maaf dan akan diperbaiki dari semasa ke semasa.

Antara perancangan yang masih tertangguh adalah menaik taraf ruang tepi dan belakang IsyRaqRestHouse.  Insya Allah akan diusahakan dalam sebulan dua lagi.  (Skang nih akak masih verangan ada laman rumah yang cun dan menenangkan).

Menarikkan ada meja santai kat sudut or bucu rumah, batu-batu tu menimbulkan rasa sejuk.

Gambar bawah tu ada plak shower luar rumah, lepas anak2 main waktu petang or pagi leh terus mandi-mandi kat situ.  Budak-budak tak dapat kolam pon tak pe janji ada air, mengopak-gopak macam itik la jadinya.

Ruang laman paling atas tu akak suka deco tang lantainya, kreatif kan.  Kalu korang berkenan sila salin  ;-) a.k.a tiru.

Akak akan berkursus pada 26-29 Ogos, then akan terus bercuti sehingga 1 Sept.  Kalu ada kesempatan nanti boleh le upload cerita kursus dan percutian.

Kisah beraya masih belum sempat upload lagi dah berjanji nak upload kisah percutian plak.  Jangan janji tinggal janji sudah laaaa.

wasssalammmmm.

Monday, 5 August 2013

Popia Basah

salam.

Dah beberapa hari mengidam nak makan popia basah tapi tak jupe plak orang jual.  Nak buat sendiri ... dah le tak pernah buat seumur hidup, tak de masa plak tu.

Resepi dah banyak jupe kat internet ...nampak gayanya takat tatap gambo je lah




Khasiat Durian

salam.



Kek Batik

pinjam resipi dan gambar sekali. TQ owner.
salam.

Dah lama berzaman tak buat kek batik ni, 1st time belajar buat masa 2nd year kat UPM dulu2, resepi dari housemate.  Lepas tu every year dah jadi resepi wajib hingga last2 nya macam dah muak makan heheheh

Tah bila kali terakhir aku ngadun kek batik nih ... emmm cam terasa nak buat la plak raya nnt.

Jab lagi kuar pegi cari bahan, tak buat tuk raya tuk buka poser pon OK gak.


Kek Batik Lapis
Oleh: Hazwani Abdul Halim
cc : www.facebook.com/bukuresepi

250 gm biskut marie
200 gm Milo
3/4 tin susu pekat
2 sb serbuk koko
150 gm butter
3 biji telur A
1 sk serbuk nescaffe (sy pakai coffee oil)
1 sk esen vanilla
2 sb air (optional)

1. Sediakan loyang dan alaskan dasar serta bahagian tepi loyang dgn baking paper/greasproof paper.
2.Satukan semua bahan dalam periuk kecuali biskut dan butter,kacau rata.
3.Panaskan bahan tersebut dgn api kecil..Apabila sudah agak sebati,masukkan butter dan kacau lagi hingga adunan pekat dan berbintil2.
4.Matikan api,tuang sesenduk adunan ke dalam loyang,ratakan dgn sudu dan aturkan biskut marie menutupi adunan coklat tersebut..Ulang proses melapis sehingga kesemua adunan habis diakhiri dgn lapisan coklat.
5.Selesai lapisan terakhir,ambil lebihan baking paper dan tekan permukaan kek supaya kek rata dan padat.
6.Sejukkan kek,seelok-eloknya semalaman sblum dipotong menggunakan pisau tajam yg dicelup air terlebih dahulu..Sedia dihidang.