Sunday, 24 August 2014
Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan
salam.
Gambar2 ni saya dapat dari google, then saya edit, save as PNG. Jadi saya upload semula untuk kegunaan bersama bagi yang memerlukannya.
Untuk makluman JPN Kelantan telah berpindah ke bangunan sendiri di Jalan Kuala Krai. Alamat terkini ialah :
Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan
Bandar Baru Tunjong
16010, Kota Bharu
Kelantan
Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan terdiri daripada 10 sektor. Hanya 6 sektor yang berpindah ke Bandar Baru Tunjong iaitu :
1. Sektor Khidmat Pengurusan dan Pembangunan
2. Sektor Pengurusan Sekolah
3. Sektor Pengurusan Akademik
4. Sektor Pengurusan Pembanguna Manusia
5. Sektor ICT
6. Sektor Jaminan Kualiti
4 sektor yang masih berada di Jalan Doktor, Kota Bharu, Kelantan ialah :
1. Sektor Pendidikan Islam
2. Sektor Penilaian dan Peperiksaan
3. Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas
4. Sektor Psikologi dan Kaunseling
Alamat bagi sektor yang masih beroperasi di bangunan persekutuan :
Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan
Jalan Doktor,
15000, Kota Bharu
Kelantan
Sebagai perkongsian disertakan gambar Pengarah Pendidikan Negeri Kelantan : Hj. Hussain Bin Awang dan gambar logo terbaru Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan. Gambar Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia : Datuk Dr.
Khair Bin Mohamad Yusof dan Menteri Pendidikan II : Dato' Idris Bin
Jusoh. Sempena menyambut hari kemerdekaan Malaysia yang ke 57 : logo Hari Kebangsaan ke 57.
![]() |
| Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan (2014) |
![]() |
| logo Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan (2014) |
![]() |
| Menteri Pendidikan II (2014) |
![]() |
| Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia |
![]() |
| Logo Hari Kebangsaan Malaysia ke 57 |
Thursday, 5 June 2014
salam 2014
salam.
Dah tengah tahun 2014 baru nak ucap salam 2014. Dah berbulan tak update blog. Langsung tak jengok laman nih!!!
Tapi itu tak bermakna IsyraQrEsTHouse dah tak beroperasi. Kami masih menjalankan operasi macam biasa. Jadi bagi sesiapa yang nak sewa IsyraQrEsTHouse boleh call bila-bila masa.

Thursday, 19 December 2013
Kurniaan Allah
salam.
Rentetan dari kehilangan purse dua hari lepas, jam tiga petang semalam kami terima panggilan telefon meminta kami mengenalpasti satu purse yang dijumpai dalam tong sampah di blok yang sama tempat kehilngan dilaporkan.
Sebaik kami membuka pintu bilik kawalan ternampak purse bewarna merah di dalam bag plastik bewarna hitam. Kami kenal sangat dengan purse tu. Setelah dibuka dan memeriksa barangan di dalam nya memang sah purse yang hilang.
Alhamdulillah semua dokumen penting seperti lesen kenderaan, myKid anak-anak dan kad bank masih ada di dalam purse tersebut. Semua wang kertas lesap, yang tinggal hanya duit syiling. Resit teksi airpot masa pegi Putrajaya Khamis lepas pon ada ~ emmm kena buat claim cepat nih, takot hilang lagi !!!
Syukur Alhamdulillah Ya Allah Yang Maha Pengasih. Kami redha dengan ujian ini, terima kasih Ya Allah kerana mengingatkan kami yang alpa.
Pagi ni, jam 9.30 pagi kami sekali lagi menapak ke Maybank untuk membuat kad bank yang baru. Walaupon kad telah ditemui semula kad tersebut tidak boleh digunakan lagi kerana telah diBLOK. Selagi lagi harapan tinggal harapan bila kaunter memperbaharui kad tidak dibuka kerana masalah teknikal. Insya Allah bila ada kelapangan akan diusahakan lagi, mungkin juga terpaksa ke cawangan yang lain.
Sekali lagi Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah
Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah Ya Allah segala puji hanya pada Mu pencipta seluruh alam.
** berbillion-billion terima kasih juga kepada semua kenalan yang bersusah payah membantu mencari purse yang hilang dan bagi suport.

Wednesday, 18 December 2013
Bila Musibah Bertimpa-timpa
salam.
Lately ni kesempatan menulis agak terhad, pack dengan kerja-kerja harian. Kejadian semalam membuatkan saya berfikir panjang. Ia berlaku kerana keegoan, kebodohan, kelalaian dan kemarahan yang berkuasa dalam diri. Akhirnya musibah yang menimpa.
Mengimbas kembali peristiwa di pagi hari yang sedikit kedinginan, membuatkan kami lewat bangun. Ditambah pula dengan jam yang kekurangan bateri, jarumnya menunjukkan angka 6.40 (waktu sebenar tidak diketahui). Kami bergegas mandi dan menyiapkan anak-anak ke rumah pengasuh. Bila hidupkan enjin kereta, jam di situ menunjukkan angka 8:03. Baru tersedar kami tertipu dengan jam dinding. Niat untuk datang awal ke pejabat hanya tinggal niat.
Kami tiba di pejabat jam 8:23 pagi, punch card merah menyala. Gagahkan diri memanjat tangga pejabat, hati hanya ingat nak ambil barang untuk persediaan mesyuarat dan terus ke bilik mesyuarat.
Semalam sebenarnya telah dijadualkan mesyuarat dari jam 8.00 pagi hingga 4.00 petang. Sewaktu masing-masing telah bersedia untuk bermesyuarat, tetiba tuan pengerusi mengumumkan mesyuarat dibatalkan dan berlalu meninggalkan bilik mesyuarat. Kami semua terpinga-pinga dan memandang sesama sendiri.
"Apa nak buat ni ?? Balik ke opis ke atau terus tunggu di bilik mesyuarat ??? "
Disebabkan terlalu mengikut rasa hati dan keputusan bodoh, dengan alasan tak masuk akal serta emosi budak sekolah, seorang ketua yang sepatutnya menjadi contoh kepada kakitangan bawahan membatalkan mesyuarat.
Kami keluar dari bilik mesyuarat dengan seribu satu rasa. Bila fikiran berserabut dan hati marah, aku lalai. Aku tertinggal purse dalam bilik mesyuarat !!! Apa lagi .... HILANG semua dokumen penting dan juga wang belanja.
Selepas berusaha ke sana ke mari mencari barang hilang, aku kembali ke bilik mesyuarat yang di sambung semula jam 3.30 petang. Tak de ape sangat pon yg dia nak sampaikan, naper la nak emo sangat pagi tadi ~ Ya Allah jangan bagi dia terus berEMO macam tu, penat kami !!!
Balik rumah, bila pandang jam dinding tu rasa nak baling ke laut ..... jarum jam tu dah mati !!! Kalu dia mati camtu pagi tadi, takde lah aku lewat !!! Astagfirullahalazim 7X eeemmm tak baik berKALAU.
"Alhamdulillah, IC duk tempat lain, tak hilang sekali, so pagi ni boleh buat ATM Card lain dan ambil duit belanja. Urusan lain tu minggu depan boleh ambil cuti dan settle kan " ~ itu lah perancangan kami pagi tadi.
Selepas menunggu 2 jam di bank, kami dimaklumkan semua urusan tidak dapat dibuat sebab OFFLINE. Ya Allah sabarkan hati ini dengan dugaan ini. Dah lah pagi tadi nak basuh kain, washing machine hang !!!! sekarang bank Offline ADUSSSS !!!
Menapak balik ke opis dalam keadaan POKAI. On pc dan tulis blog. Ok .... sekarang hati dah kembali tenang, boleh sambung keje !!!! TQ ALLAH kerana mengingatkan aku yang lalai, ampuni aku ya Allah, amin.
Subscribe to:
Posts (Atom)