Wednesday, 10 June 2020

1ST dAY PKPP

salam.
hari ni hari pertama PKPP.  Hari ini juga Menteri Kanan Pendidikan membuat pengumuman pembukaan semula sekolah secar berperingkat bermula 24 Jun 2020.  hari ini juga berduyun2 orang balik kampung.  Selamat Pulang ke kampung halaman masing-masing, jumpa mak ayah dan keluarga, hati-hati di jalanraya.

Covind-19 : KKM mengumumkan jumlah jangkitan terendah hari ni iaitu hanya 2 kes baru dengan 1 kes kematian menjadikan jumlahnya 118 kes kematian.  1 kes bukan warga negara dan 1 kes lagi kes import.  Maknanya tiada jangkitan warga tempatan.  Semoga angka akan terus menurun ke sifar.

Kebelakangan ni hujan hampir setiap hari, bila hujan apa lagi cik rain lily pasti menguntum.  Cantik.


Tuesday, 9 June 2020

Last Day PKPB

salam.

Hari ini 9 Jun 2020 merupakan hari terakhir PKPB, bermakna 3 bulan telah berlalu.  Selama 3 bulan Malaysia telah mengharungi pahit getir, suka duka dan pengalaman baru kesan dari Wabak Covind-19.

Esok 10 Jun 2020 hingga 31 Ogos 2020 akan bermula PKPP iaitu Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan.  Sungguh sembolik tarikh yang dipilih --- 31 Ogos 2020 hari kemerdekaan Malaysia.  Joms kita doakan bersama-sama pada tanggal 31 Ogos nanti kita akan merdeka dari Wabak Covind-19.  Kita boleh rayakan Double Celebration dan tentunya tarikh itu akan tercatat dalam sejarah negara kita Malaysia. 

Semalam hanya mecatatkan 7 kes baharu. Terima kasih PM, Terima Kasih Frontliner, Terima kasih Rakyat Malaysia. 

Dengan bermula PKPP bermakna Malaysia telah memberi kebenaran untuk rentas negeri.  Tentunya ramai yang berpusu-pusu balik kampung berjumpa keluarga masing.  Ada juga yang telah merancang untuk melancong setelah Perdana Menteri mengumumkan sektor pelancongan di dalam negeri telah dibuka.  Hotal-hotel di Langkawi dan pulau-pulau telah ditempah.

Selamat balik kampung dan selamat bercuti tetapi jangan lupa SOP yang telah diterapkan selama 3 bulan.  Kami sekeluarga tidak perlu balik kampung sebab kami memang berada di kampung.  Bab melancong pula, kami memilih untuk stay at home.  Kami punya anak kecil dan kami punya ayah yang melepasi umur 70 tahun.  Keselamatan mereka lebih utama daripada keseronokan untuk melancong terutama percutian yang memerlukan merentas negeri.

Insya Allah jika ada rezeki dan umur yang panjang, tahun depan boleh dirancang percutian yang lebih baik dan lebih selamat.  Sekarang kita buat saving dulu, kumpul dana pelancongan.

Monday, 8 June 2020

Keputeraan YDPA

salam
08 Jun: 07 kes

Tercatat dalam sejarah Malaysia tiada sambutan besar-besaran sempena Keputeraan YDPA pada tahun 2020.  Tarikh keputeraan yang telah diubah pada hari Isnin minggu ke dua bulan Jun.  Oleh itu pada tahun 2020, hari keputeraan jatuh pada hari ini Isnin, 8 Jun 2020.

Selamat bercuti.




Sunday, 7 June 2020

Rendang Daging Resepi bonda😋

salam

7 Jun 2020 : 19 kes baharu.

Rendang Daging Resepi bonda😋

Bahan2..
🥣1 sudu besar biji ketumbar *
🥣1 sudu besar jintan manis*
🥣1 sudu besar jintan putih *
😊sangai bahan2 bertanda*api slow je
😊tumbuk smpai halus(ketepikan)

🥣1kg daging(potong nipis)
🥣5 ulas bwg merah kecik*
🥣4 ulas bwg putih*
🥣2 inci halia*
🥣2 inci kunyit hidup *
🥣4 btg serai*
🥣1 inci lengkuas
🥣15 tangkai cili kering*(rebus dulu) nak pedas lg lebihkan
🥣4 sudu besar kerisik
🥣minyak masak secukupnya
🥣santan 1 kotak kecil
🥣garam,asam dan gula secukup rasa..
🥣Last sekali masukan..
daun kunyit(hiris halus)
Daun limau perut hiris
🥣kisar bahan2 bertanda *
Rebus daging dahulu..

😊tumis bahan2 kisar smp garing@pecah minyak
😊masukkan rempah yg dikisar halus td..masukkan daging..
😊dah agak kering masukkan santan msk smp pekat
😊masukkan kerisik.. tabur daun kunyit dan daun limau perut..
Tadaaa siapp😋
Selamat mencuba🥰
Selamat Hari Raya..Maaf zahir dan batin🥰

Kredit Resepi : dian nurfarah

Sunday, 17 May 2020

1st Day Kerja

salam.

1st day kerja lepas PKP dilaksanakan.  Bekerja secar bergilir atau berjadual.  Hari ni datang selesaikan tugasan yang perlu diselesaikan di pejabat.



Saturday, 16 May 2020

Friday, 15 May 2020

Ramadhan – Day 23


15 Mei 2020 (END OF PKP4)

Ramadhan – Day 23 – Selamat berpuasa semua.

Hari ni cuba masak teresek kacang panjang, ikut resepi Azie Kitchen.  Tetapi kita tukar ayam kepada daging.
Lepas tu kami buat apam balik. Tepung/adunan apam perlu diperap sejam, jadi kalu sesapa nak cuba buat pastikan buat tepung awal-awal.  Resepi apam balik dari perkongsian FB.
Selepas siram pokok pagi tadi hati masih musykil dengan bunga ros yang dibeli, terbelek-belek kot-kot bertukar ke warna PINK.  HAHAHA.
Kes baharu Covind -19 di Malaysia hari ni HANYA 36 kes, ALHAMDULILLAH.  Well done Malaysia and TQ Frontliner.