Sunday, 16 June 2013

Ayam Panggang

salam.

Duk mengintai resipi kat blog DuniaCikguWan, terjumpa plak resipi ayam golek emmm memang tengah berkira-kira nak cuba masak ayam golek.  Jadi simpan dulu resipi kat sini hehehe senang nak rujuk bila nak buat nanti.  Harap-harap satu hari nanti boleh post kat blog ni ayam golek IsyRaQResTHouse.

Sebelum lupa terima kasih cikgu wan sebab sharekan resipi dan gambarnya sekali.

Bahan-bahannya;
1 ekor ayam saiz sederhana/kecik dibersihkan. Cuci dengan sedikit cuka dan toskan.
3 ulas bawang putih-mesin
1 inci halia-mesin
10 biji lada hitam-mesin
2 sudu sos tiram
2 sudu madu
1 kiub pati ayam
2 sudu rempah stik-yg saya punya ni dah bergaram, jadi saya dah tak masukkan garam lagi.
2 sudu butter
Sedikit air untuk mesin bahan
Ubi kentang-potong
1 batang celery-potong
1 biji tomato-potong dua
1 biji lemon-potong
1 batang karet-potong
1 labu bawang besar-potong

Cara-cara;

Mesinkan bawang putih, halia dan lada hitam.
Lumuskan pada ayam luar dan dalam.
Lumurkan juga sos tiram, madu, kiub pati ayam,rempah stik dan butter.
Perap dalam peti ais sekurang-kurangnya 2 jam.
Masukkan ayam dalam mangkuk untuk dibakar.
Gaul2kan sayur tersebut dengan sos rempah beserta ayam tadi dan susun semula di sekeliling ayam sebelum dibakar
Masukkan sebahagian sayur terutama lemon ke dalam ayam.
Saya gunakan microwave oven suhu 250 C selama 2 jam .
Setiap setengah jam saya keluarkan ayam tadi dan ambil airnya untuk disiram di atas ayam dan sayur supaya tidak kering.
Bila dah masak dan ada sedikit kesan hangus di atas ayam, keluarkan.
Susun ayam dan sayur di atas pinggan hidangan.
Siap untuk dipotong. Tuangkan sos yang terhasil dlm mangkuk pembakarke atas ayam dan sayur. Done.Wallaaa.
Boleh dinikmati dengan salad/coleslaw dan sos blackpepper, tapi tadi saya cuma hidangkan dengan nasi hujan panas simple serta salad timun dan tomato



Ketupat Sotong

salam.

pinjam gambo dari blog duniacikguwan
sedap plak nampak ketupat sotong ni padahal saya tak suka makan !! emmm camne tu ekkk tetiba mengidam nak makan ketupat sotong nih, nak jugalah belajar buat nanti, simple je resipinya.  


Bahan-bahan :

Sekilo sotong segar
Secawan beras pulut
santan(cukup untuk menutupi sotong masa merebusnya nanti)
2 keping gula melaka(kampung punya)
2-3 sudu besar gula
Sedikit garam
Daun Pandan
Beberapa kuntum bunga cengkih


Caranya
1.Terlebih dahulu rendam pulut yang telah siap dibersihkan bersama dengan santan lebih kurang 10 minit.
2.Masukkan beras pulut tadi kedalam sotong yang telah siap dibersihkan. Masukkan lebih kurang separuh penuh sahaja.
3.Masukkan ke dalam periuk dan masukkan juga lebihan santan tersebut, daun pandan, bunga cengkih dan gula melaka dan sedikit garam. Apabila mula mendidih, kita masukkan gula dan dengan api yang perlahan biarkan ia sampai kuahnya agak pekat.

Resipi diambil dari blog DapurKakYah, terima kasih kak yah.

tips tambahan dari blog DuniaCikguWan plak :

1. atur sotong diatas daun pandan untuk direbus.

2. Masak dan bila santan jadi separuh baru masukkan gula melaka.


KeiK2013 di KBMall

salam.

Disertakan jadual atau tentatif program Karnival Kerajaan Elektronik & Inovasi Negeri Kelantan 2013 pada 17 hingga 19 Jun 2013 bertempat di KBMall untuk rujukan bersama.  Sebarang pertanyaan tanya pihak penganjur ya, magri pakat gi KBMall !!


Tuesday, 11 June 2013

Hijau Mengadun Dengan Pink

salam.

Musim cuti sekolah dah berlalu, seperti biasa banyak majlis kenduri yang dihadiri dengan pelbagai tema.  Saya tertarik dengan tema yang dipilih oleh keluarga pengantin yang mengadakan majlis pada 1 Jun 2013, tema warnanya hijau dan pink.  Yang menjadikannya lagi comel bila warna hijau pucuk pisang dan pink lembut bergabung mengadun .... sweet sangat.

Pelbagai hiasan dan pakaian diadunkan dengan dua warna ini menwujudkan satu combinasi yang sangat harmoni.  Dari pakaian pengantin perempuan yang bewarna pink garang ke pakaian pengapit bewarna hijau pucuk pisang lembut diolah bermasa kumtuman bunga pink.  Diserikan lagi dengan tudung pelbagai warna dan gaya memukau mata tetamu yang hadir.


Korang tengoklah gambar-gambarnya yang boleh jadikan rujukan untuk korang pulak nannnnti atau mungkin boleh membuahkan idea yang lagi bernas dan sweetttt sebagai kenangan seumur hidup.



Di sudut gazebo diletakkan tirai dan dihiasi gambar-gambar serta tagging seperti HEY HENSEM, SI CANTEK dan sebagainya.  Ramai yang ambil kesempatang bergambar di gazebo dengan memegang tagging-tagging yang diletakkan di situ.



Di satu ruang lagi diletakkan meja untuk menulis dalam buku tetamu, so cute catatan perkahwinan untuk pengantin baru.




Meja tulis di hiasi dengan gula-gula, marsmallow, coklat, apam pokodot, cookiessss dan pelbagai pensel warna !!!  So boleh la mencoret buku tetamu sambil mengunyah mashmallowww.

SELAMAT PENGANTIN BARU
SEMOGA BERBAHGIA
KE AKHIR HAYAT
DAN
SENTIASA DALAM
RAHMAT ALLAH




answers in my room

salam.

sharekan sebab i LIKE !!!!

FINALLY.....
I found the answers in my room:
Roof said: aim high.
Fan said: B cool.
Clock said: every minute is precious.
Mirror said: reflect before you act.
Window said: see the world.
Calender said: B up-to-date.
Door said: push hard to achieve your goals.


tempekkkaan gambar ruang tamu yang kecil tapi sangat comel, berangan nak ada wall yang boleh letak TV cenggituuuu.

Gambar ke dua plak : bercita-cita angan-angan nak renovate bilik kat rumah saya yang kecil supaya jadi cute begini !!!

Monday, 10 June 2013

SOS STEAMBOAT ALA JOHNNYS


salam.

semasa jumpa resipi kak fida pasal steambot, banyak komen minta sos ala johnys, so terjumpa plak blog Belog emak-emak yang ada SOS ala Jonhny, eeemm pastekan untuk rujukan.


Terima kasih kepada dua-dua tuan punya resepi.

SOS STEAMBOAT ALA JOHNNYS ;

* ini penyedap dalam stimbot ni..kalau sos failed... hancus la semuanya..tapi ni resepi hasil google kemudian mumy olah balik ikut suka hati dan naluri...

BAHAN :

8 tangkai lada merah
4 ulas bawang putih
5 sb minyak bijan
5 sb apple cider * nak pakai cuka biasa pun boleh
5 sb sos ikan
2 sb sos tiram
2 sb kicap * mumy pakai kicap manis jalen..i loikeee
1/2 cawan air
1/2 sb sunquick * mesti pelik kan..hehe..kat sini la yang bagi rasa masam n pekat dia...
Bijan * disangai dulu yer
1 sb tepung jagung * dibancuh dgn sedikit air suam untuk pekatkan sos..kalau sos mcm da pekat takyah letak pun takpe ye..
Daun ketumbar * racik halus
Garam dan gula secukup rasa * yang ni takde sukatan..korang kene rasa n tambah sendiri..penat la mumy nak tolong rasakan.. muehehe

CARA :

Kisar lada bersama bawang putih..
Masak atas dapur bersama air, minyak bijan,sos ikan,apple cider @ cuka, kicap,sos tiram..
Masak sampai pekat then baru masuk sunquick dan bancuhan tepung jagung ( kalau perlu je ) .
Perasakan dengan garam n gula...kalau rasa dah okey..masukkan sikit bijan yg dah disangai dengan daun ketumbar ..letak sikit je 2 bahan ni..coz nanti masa hidang nak makan baru letak lagi dalam mangkuk sos tu..

** cuba membayangkan aku memasak kat dapur yang comel cenggitu, rasa-rasa tahap kerajinan memasak aku akan naik 500%.  Tiap-tiap hari menghabiskan masa dengan MELEPAK bersama periuk belangga dan set pingan mangkuk yang comel macam set dari blog Mat Gebu.  Kat dapur ni juga akan ada susuk tubuh aku yang sure montok abis !!!!





SteamBoat (Soup n Sos)

masak steambot kat sini sure dapat tambah semangat memasak
salam.

Resepi asal dari Kak Fida myresipi  (dipastekan semula disini untuk rujukan) :

Bahan-bahan ( 1 famili )
SUP A :- (yang mudah)
1/2 kilo tulang ikan atau tulang ayam
2 ltr air
1 kiub pati ikan bilis atau 1 genggam ikan bilis dikisar
3 sk pes bawang putih
2 sk pes halia
garam dan gula secukup rasa
SUP B :- (Korean Style)
200 g kacang soya
1/2 kilo kepak ayam atau tulang ayam
5 ulas bawang putih - diketuk
1/2 jari halis - diketuk
2 kiub pati ayam
secukup air untuk merebus
agar- agar laut (seaweed) secukupnya
garam,gula secukup rasa
BAHAN SOS :-
3 sb cili kisar
sambil masak, layan chat chat ngan anak-anak
3 ulas bawang putih kisar
6 sb sos tomato
3 sb sos cili
5 sb gula perang (boleh dilebihkan atau dikurangkan ikut selera)
secubit garam
2 sb cuka atau 1/2 cawan jus limau kasturi
1 cawan air

Cara-cara
Untuk cara2 SUP A :-

Rebus tulang2 ikan atau ayam dengan air,dijadikan stok.Setelah mendidih,tapis dan buang semua tulang2.Jerang semula stoknya dan masukkan kesemua bahan2 yang lain dan rebus dengan api sederhana.Tambah air jika kurang dan perasakan lagi dengan garam dan gula secukupnya.

SUP A ini akan bertambah sedap setelah dicelur atau dimasukkan bahan2 seperti udang,sotong,bebola ikan dll...

dah abis makan,
apa lagi emmm lepak kat bilik yang
COOOLLL begini fuhhh lena terusss
Untuk cara2 SUP B(Korean Style) :-

Semua bahan2 kecuali agar2 laut/seaweed direbus dengan secukup air hingga kacang soya kembang,tambah air lagi jika perlu dan masak hingga mendidih.Matikan api dan tapis untuk dijadikan sup.Jerang semula sup dan masukkan agar2 laut/seaweed dan bolehlah dicelur dgn bahan2 steamboat yg telah disediakan.

CARA2 membuat SOS :-

Satukan semua bahan2 sos ke dalam periuk dan masak dengan api sederhana sehingga pekat.