Thursday, 31 October 2013

Deco : Pagar Rumah

salam.

Pagi nak share sikit pasal pagar rumah.  Kami dah pilih pagar yang difikirkan sesuai dengan IsyRaQRestHouSe.  Kami beli dua set pagar simen yang dah siap, harga dalam RM90 sekeping.  Bentuknya seperti kayu tetapi dibuat dari simen, insya allah jangka hayat akan tahan lebih lama dari kayu.



Bahagian bawah telah dipasang jongkong simen tetapi masih belum siap sepenuhnya.  Masih ada satu part lagi yang belum dipasang iaitu panjang lebih kurang 5 kaki.







Wednesday, 30 October 2013

Kerabu Pucuk Ubi Kayu

salam.

bahan2:

1. secekak pucuk ubi kayu (bersihkan, potong kecil, celur hingga empuk, toskan air dan biarkan sejuk - Bahan A)
2. 1/3 cawan kelapa goreng (guna kelapa goreng yang dibeli je)
3. 1 ekor ikan sardin rebus/bakar (ambil isinya)
4. 1 biji mangga muda (dicincang halus/parut)
5. 1 biji cili merah (potong nipis2)
6. 3 ulas bawang merah
7. 1 sudu kecil lada hitam
8. 2 batang serai (hiris nipis)
9. garam secukup rasa
** kalu nak tambahkan rasa, boleh letak sesudu/dua BUDU dan pastikan kurangkan garam bila dah guna budu.









Cara2:

1.  Tumbuk bawang merah, lada hitam dan isi ikan hingga lumat (Bahan B).
2.  Gaulkan bahan A dan B bersama kelapa goreng serta mangga.
3.  Mesrakan dengan garam dan cili merah serta serai.
4.  Bila dah bergaul rata dan sesedap rasa, ngap je ngan nasi panas-panas.




Semasa menjelajah blog lain. terserempak dengan resepi Cukodok Pucuk Ubi Kayu dari blog Duhai Hati emmm nampak sedap je cucuq ni, dapat makan panas-panas dengan kopi O.  Kalu nak resepi klik ke Blog Duhai Hati.

Selain dari Cukodok, akak ternampak juga resepi pucuk ubi dalam daun pisang.  Kalu kawasan akak la, bila dimasak stail cenggini kami panggil PAIS.  Boleh tak akak letak nama baru Pais Pucuk Ubi Kayu bersama Udang.  Pecah liur ni haaaa.  Sila rujuk resepi kat Blog Aishah Hasan ~ Recipes from My Kitchen.









Deco : Backyards Design

salam.

Petang ni terasa nak verangan dengan rekabentuk belakang rumah atau backyards design.  Sejuk mata memandang.

Kali ni intai kerusi atau bangku untuk taman.  Haaaa kalu adalah bangku kayu macam gambar sebelah  ni, bestnya bersantai dengan anak-anak.






Cantikkan bila ada buaian kat laman rumah, boleh rehat-rehatkan badan sambil berbuai.  Bangku dan tempat unggun api tu sesuai sangat.  Kat Mesia ni tak de la nak buat tempat memanas badan tapi elok sangat kalu dapat diubah suai jadi tempat BBQ.





Tempat pemanas sekali dengan tempat menyimpan kayu api ... wah ! menarik kan.  Satu idea yang sangat kreatif.

Bangku dan meja simen juga menambah rasa nyaman bila menenangkan hati dan perasaan ... sejuk nyaman je rasa di hati.






Tuesday, 29 October 2013

Dinginnya Cameron Highland

salam.

Lewat petang 31 Ogos kami sampai di Simpang Pulai.  Sepanjang perjalanan hujan on/off, jalan licin dan kereta banyak ... semua tu menjadi penyebab kelewatan kami tiba di Tanah Rata.

Semasa mendaki ke atas, kesesakan teruk menyebabkan enjin kereta panas.  Kami terpaksa berhenti dan berehat di tepi jalan (Alhamdulillah ada gerai kat situ).  Masa tu jam dah mencecah ke pukul 8.30 malam, 8KM lagi untuk sampai ke Tanah Rata.  Setelah meneliti, mengkaji dan berbincang kami mengambil keputusan berpatah balik ke Kg. Raja dan bermalam di situ.

Kami bernasib baik masih ada bilik kosong di Kg Raja walaupon jam dah menghampiri pukul 10.30 malam. Kami semua kepenatan, sekecil pula dah lama lena.  Selepas angkat barang dan mandi ala kadar sebab dah sejuk sangat, kami lena sampai pagi.  Mujur la akak ada membeli roti semasa singgah di Stesen Petronas, itulah makan malam kami.


Pagi esoknya, semua malas nak bangun ~ sejuk wehhhh.  Memasing menggulung dalam selimut.  Akhirnya jam 9.30 pagi baru keluar (terus check out) cari kedai makan dan menyambung perjalanan ke Tanah Rata.  Tetapi memandangkan kami keluar lewat, pendakian kami tak sampai ke puncak.  Kami hanya sampai ke Taman Rama-rama dan kemudian berpatah balik.

Hajat hati untuk meneroka Tanah Rata terpaksa ditangguhkan.  Insya Allah ada rezeki kami akan ke sana lagi.

Miss U ~ Putrajaya

salam.

Pada Ogos lepas, akak ada buat janji nak stori pasal berkursus di Putrajaya.  Alkisahnya, sebagaimana yang dirancang akak telah menghadiri kursus di Putrajaya selama 4 hari.  Kami (angkut anak-anak sekali) bertolak pada pagi Ahad dan tiba agak lewat petang di Gombak (rumah adik).  Lepak-lepak kat situ kejab (dah lama tak jumpa kan sempat lah bertanya kabar).  Plan asalnya anak-anak stay kat Gombak sepanjang akak berkursus dan akak akan berulang-alik je ke Putrajaya.  Tapi setelah difikir-fikirkan balik, jalan terbaik adalah stay di Putrajaya, jadi lepas tu kami meneruskan perjalanan ke Putrajaya pada jam 7 petang.

Sampai di Putrajaya kami menginap di HomeStay Putra Harmoni yang diurus oleh En Aziz.  Selesa dan sesuai dengan akak yang ada anak kecik ni.  Time akak pegi kursus, anak-anak abiskan masa kat taman permainan, kedai makan pon dekat.

Tiap hari lepas kursus, baru bawa anak-anak jalan jauh sikit.  Disebabkan masih dalam syawal, so sempat juga le ke majlis OPENHouse kat rumah kawan lama di Teras Jernang.  Dia masak khas untuk kami iaitu Mee Bandung Muar (pinjam gambar MEE Bandung CookingMoms ~ TQ).  Sedapnya dah lama tak makan mee bandung muar hasil air tangan member !!!!

Selain mee bandung, ada koktail, satay, rojak buah dan lelain ... emmm dah tak igat, yang tau semua sedap.  Kami makan sambil sembang hal masing-masing dan juga berkongsi cerita pasal kawan-kawan lama yang lain.  Ada juga la keluar cerita masa belajar dulu .... ya Allah dah lama betul akak tinggalkan zaman study emm dah tua rupanya tapi dalam hati tetap muda remaja macam kat U.

Empat hari di Putrajaya berlalu sepantas kilat, petang Khamis kami bertolak ke Subang Bestari.  Ziarah anak buah di sana, itulah pertama kali menjejakkan kaki ke Subang Bestari selepas meninggalkannya lebih 10 tahun dulu.  Dah tak tau mana satu rumah kawan akak yang pernah ziarah dulu.  Nak call n pegi jumpa dia pon tak sempat, insya allah kalu ada kelapangan lain kali akan sampai juga.

Semasa di Subang Bestari, kami singgah kat Airport Subang.  Banyak dah berubah.  Kalu tak silap, selepas KLIA dibuka, akak tak pernah jejakkan kaki lagi ke Subang Airport.

Selepas bermalam di Subang Bestari, kami ke Gombak semula pada petang Jumaat.  Nak bermalam di sana pula sebelum bertolak balik ke kampung.  Disebabkan adik akak bekerja, jadi terpaksalah kami melepak di Giant Batu Cave sementara menunggu diorang balik.

Tanpa kami sangka, rezeki kami memang murah.  Ada OPENHOUSE lagi.  Jadi malam tu kami makan kenyang-kenyang dan lepas tu balik tidur.  Niat awal nak tengok bunga api sempena 31 Ogos lenyap diulit mimpi !!!  Dentuman bunga api sedikit pon tidak mengganggu kelenaan tidur kami (jangan ikut tatabahasa ni).

Tengah hari Sabtu 31 Ogos, kami join rombongan meminang (sepupu akak) yang juga di Gombak.  Alhamdulillah setelah acara meminang selesai (dan kekenyangan sekali lagi) kami bertolak ke Cameron Highland.

Puding Jagung

salam.

Kalu sebelum cerita pasal popia, sekarang kita cerita pasal puding jagung pula.  Kisah ni berlaku hari Jumaat lepas .... back to the masa sekarang ya.  Maklumlah sekarangnya ada orang buat keje kat rumah hari minggu, jadi tiap-tiap minggu kami masak dan buat kueh takat yang termampu (banyaknya beli yang dah siap ehemmm macam biasalah - gempak je lebeh).

Kembali kepada cerita puding jagung ni, dah berzaman tak buat.  Bila ada kelapangan Jumaat lepas apalagi cari bahan-bahan.  Masak ala kadar maka terhasillah puding jagung.

Tang resepinya akak main campak je sebab main agak-agaknya je.  Kalu korang nak tau jugak bahan-bahannya, ginilah lebih kurang ya :


1.  1/2 tin susu pekat manis
2.  1 tin jagung manis
3.  1 tin air
4.  3/4 tin tepung kastad
5.  1 camca kecil garam (secukup rasa korangggg ekkk)

ccccccara nak buat plak :

1.  Masukkan susu pekat manis dan jagung ke dalam periuk atau kuali.
2.  Sukat 3/4 tin tepung kastad dan 1 tin air (akak guna tin jagung) dan masukkan dalam bekas berlainan.  Kacau hingga sebati, kalu pekat tambahkan air.  Bila dah sebati, masukkan dalam periuk atau kuali tadi.
3.  Buka api perlahan dan kacau semua adunan hingga pekat.
4.  Masukkan garam secukup rasa.
5.  Bila telah likat, masukkan dalam acuan dan tunggu hingga sejuk.
6.  Masukkan dalam ais box kalu nak makan sejuk.
7.  Pastu boleh lah ngap.

Pinjam gambar puding jagung Kak Wan yang comel.  Korang rujuklah resepi yang proper dari Kak Wan di sini.

Puding jagung ni kalu guna agar-agar macam Kak Wan akan menghasilkan puding yang lembut berkilat. Yang pasti dua-dua sedap.



Popia Basah Penyedap Rasa

salam.

Selak-selak laman blog, terbaca pasal pencarian popia basah ... baru teringat yang akak dah dapat makan popia basah yang sedap ....diringkaskan cerita sebab ceritanya dah lapuk heheheh akak beli (bukan buat ekkk) kat Serdang masa akak pegi kursus di Putrajaya ujung Ogos lepas ... tempatnya tepi Uniten, memang kawasan orang jual pelbagai kueh mueh dan makanan.  Sedap popia basahnya emmm lupa plak bape RM, yang pasti akak beli 2 pack - 1 pack RM5 ke bape tah.  Sori lah ya, memang dah lupa harganya,  sekarang ni mungkin dah naik kan, semua benda dah naik rega katakan.

Mahal ke murah ke tak kisahlah asalkan dapat makan yang terbaik hingga menjilat jari.  Makan sebiji pon dah kenyang emm besar jugalah popianya, isi padat dan ditambah dengan kuah mabeles, terasa masam manis dan pedas serta kriuk-kriuk kekacang.

Bagi korang yang jarang turun ke area Serdang or UNITEN macam akak ni, sesekali turun ke sana bolehlah singgah beli kueh mueh atau makanan lain sebab ada pelbagai pilihan dan sedap-sedap.