Thursday, 31 January 2019

Yang di-Pertuan Agong Ke-16

as-salam.


Yang di-Pertuan Agong Ke-16
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta'in Billah Shah hari ini dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong yang baharu bagi tempoh lima tahun berkuat kuasa 31 Jan 2019.


Pemilihan Seri Paduka Baginda dibuat pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-251 (Khas) di Istana Negara hari ini.


Baginda menggantikan Sultan Muhammad V yang meletak jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 berkuatkuasa 6 Jan lalu selepas memegang tampuk pemerintahan negara sejak 13 Dis 2016.

Sultan Pahang
Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah

Keputeraan
30 Julai 1959 di Istana Mangga Tunggal, Pekan, Pahang

PENDIDIKAN
1965 : Pra-sekolah di Sekolah Clifford, Kuala Lipis, Pahang
1966 – 1969 : Sekolah Kebangsaan Ahmad, Pekan, Pahang.
1970 – 1974 : Sekolah Rendah Kebangsaan St Thomas dan Sekolah Menengah Kebangsaan St Thomas, Kuantan, Pahang
1975 – 1977 : Aldenham School, Elstree, Hertfordshire, United Kingsdom.
: Davies College, London, United Kingdom.
1978 – 1979 : The Royal Military Academy Sandhurst, United Kingdom
1980 – 1981 : Worchester & Queen Elizabeth College, United Kingdom. Dianugerahkan Diploma In International Relations And Diplomacy Ketenteraan
1980 : Leftenan Muda, Royal Military Academy, Sandhurst, England (ditauliahkan oleh Ratu Elizabeth II)
: KaptenPasukan Kor Kavelri Diraja Malaysia.
1 Mei 1999 : Leftenan Kolonel, Rejimen 505 Askar Wataniah
1 Jun 2000 : Kolonel Rejimen 505 Askar Wataniah
1 April 2004 : Brigadier Jeneral, Komander Rejimen 505 Askar Wataniah

Pelantikan Tengku Mahkota Pahang
1 Julai 1975, Baginda dilantik menjadi Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang dan kemudiannya dimasyhurkan pada 23 Oktober 1977 di Istana Abu Bakar Pekan.


Pelantikan Pemangku Raja Pahang

Baginda pada usia 20 tahun dilantik menjadi Pemangku Raja Pahang pada 28 April 1979, untuk tempoh lima tahun iaitu selama tempoh Seri Paduka Ayahanda Baginda, Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Mu'adzam Shah, menjadi Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong VII.

Pada 8 Disember 2016, Baginda sekali lagi dilantik menjadi Pemangku Raja Pahang sehingga 11 Januari 2019 iaitu setelah Jumaah Pangkuan Diraja Negeri memutuskan untuk melantik baginda sebagai Sultan Pahang Keenam.

Sukan

Baginda begitu meminati bidang sukan dan ketika di England, baginda mengetuai Pasukan Polo Diraja Pahang dalam perlawanan antarabangsa di Windsor Polo Club, England, seterusnya mengambil bahagian dalam pertandingan di Singapura, Manila, Filipina, Brunei, Argentina, Amerika Syarikat, Sepanyol dan Belgium.

Di Pekan, Baginda menubuhkan pasukan bola sepaknya sendiri dinamakan Pasukan Sri Mahkota Alam dan Baginda juga meminati sukan lain seperti golf, go-kart dan penerbangan ultralight.

Isteri
Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Al-Marhum AlMutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj
Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah
Tengku Mahkota Pahang
Pemangku Sultan Pahang

Keputeraan
5 Ogos 1960

Anakanda putera dan puteri
1. Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah
2. Tengku Puteri Iman Afzan
3. Tengku Puteri Ilisha Ameera |
4. Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah
5. Tengku Puteri Ilyana
6. Tengku Muhammad Iskandar Ri'ayatuddin Shah
7. Tengku Ahmad Ismail Muadzam Shah
8. Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah
9. Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah

Jawatan disandang

Yang Dipertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang
Yang Dipertua Badan Kebajikan Kerabat-Kerabat Negeri Pahang
Canselor Universiti Kuala Lumpur (UniKL)
Canselor Universiti Malaysia Pahang (UMP)
Canselor Universiti Automotif DRB-HICOM Malaysia

Bola Sepak
: Ahli Majlis Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF)
: Ahli Jawatankuasa Eksekutif FIFA
: Pernah menyandang jawatan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)

Hoki
: Presiden Persekutuan Hoki Malaysia
: Presiden Persekutuan Hoki Asia
: Ahli Lembaga Eksekutif Persekutuan Hoki Antarabangsa

Polo
: Presiden Persatuan Polo Diraja Malaysia (RMPA)
: Presiden Kelab Polo Diraja Pahang (RPPC)

Skuasy : Presiden Kelab Skuasy Pahang (PSC)

Golf : Presiden Kelab Golf Diraja Pahang (RPGC)

Menembak : Presiden Kelab Menembak Diraja Pahang

Pencapaian
Pengerusi Jawatankuasa Penganjur 1997 FIFA World Youth Championship
Ahli Jawatankuasa Penganjur 2003 FIFA Confederations Cup, Paris
Pengerusi Jawatankuasa Penganjur 2011 FIP Polo World Cup, Malaysia
Pengerusi Jawatankuasa Penganjur 2012 FIH Congress, Kuala Lumpur
Pengerusi 2015 AFC Asian Cup Australia
Ahli Jawatankuasa Penganjur 2018 World Cup, Russia

Sumber Berita Harian.

Sunday, 27 January 2019

It's Almost End of Januari 2019

as-salam.

Hari ni dah 27 Januari 2019, sekejab sehaja perjalanan tahun baru 2019.

Buat itu sikit, ini sikit, selesaikan setakat yang mampu...tau2 dah hujung bulan.  ehhh gaji dah masuk.  Bayar itu, beli ini, tambah stok, settle bil ...... ahhamdulillah, sekarang kita tunggu gaji bulan Februari di hujung bulan nanti.  Begitulah kehidupan seharian.  Syukur alhamdulillah masih mampu selesaikan hutang piutang dan tanggungjawab.

ok bai, tak boleh bebel pepanjang, masa amat terhad.

Friday, 25 January 2019

Misi Fly With Me

Team yang menjayakan Misi Fly With Me
Penerbangan penuh harapan demi masa depan negara
as-salam.

24 Januari 2019 ~ Sekalung tahniah di atas kejayaan Misi Fly With Me ~ usahasama membawa keluar anak-anak orang asli gi Gua Musang, Kelantan untuk hadir ke sekolah.


Bersiap sedia sebelum berlepas.


Usahasama yang membawa kejayaan


Usahasama, kerjasama yang tidak berbelah bagi dari semua pihak membuahkan hasil yang tidak ternilai harganya demi masa depan anak bangsa Malaysia.

Tahniah ~ Fly With Me.

Wednesday, 16 January 2019

Darah dan Air mata

Assalamualaikum,
Tazkirah Ringkas

Dalam badan kita ada banyak air, tapi bila kita terluka kenapa darah yang keluar?

Dalam hati kita ada banyak darah, tapi bila hati terluka, kenapa airmata yang keluar?

Hebatkan ciptaan Allah...

*SubhanaAllah
Allahuakbar* 🕋

Renungan Buat Sesamo kito...Wallahua'lam....☺

Tuesday, 15 January 2019

DASYATNYA AYAT KURSI


as-salam,

Bunyinya :         
📿Allaahu-laa-ila ha illa-huwal Haiyul Qayyum 
📿La-ta'-Khu-dzuhuu-Sinatun Wala naumun
📿Lahuu-maafis-samaawaati wama fil Ardhi 
📿Man-dzal-la-dzi, Yash-fa-'u, 'in-dahuu il-la-biiznihi  
📿Ya'lamu maabaina Aidiihim wa-maa khal-fahum 
📿Walaa Yuhiituuna Bisyai-in, Min 'ilmihi il-la bima Syaa-a  
📿Wasi-a' Kursi-yuhuss Samaawaati wal Ardha       
📿Walaa-ya uu-duhuu hif-dzu-huma wa hu wal' Aliyul Adzim'         
💡 Baca pada saat keluar rumah 70000 Malaikat akan menjagamu.
💡 Baca pada saat masuk rumah kemiskinan tak akan masuk ke dalam rumahmu. 
💡 Baca setelah berwudhu darjatmu akan dinaikkan 70 tingkat.
💡 Baca pada saat hendak tidur malaikat akan menjagamu sepanjang malam.         
💡 Baca setelah sholat maka jarak antara kamu dan Syurga hanyalah kematian.         
🌸SAMPAI KEPADA ORANG LAIN, MAKA INI ADALAH SEDEKAH JARIAH DAN PADA SETIAP ORANG YANG MENGAMALKANNYA KAMU AKAN IKUT MENDAPAT PAHALANYA SAMPAI HARI KIAMAT🌸..

Saturday, 12 January 2019

Al-Quran

as-salam

۞ Surah Al-Fatihah dapat memadam kemurkaan Allah SWT.
۞ Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.
۞ Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.
۞ Surah Al-Waqi’ah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.
۞ Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur.
۞ Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan.
۞ Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian.
۞ Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.
۞ Surah Al-Falaq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.
۞ Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was.
 
 
share byk byk lgi ke group lain..tk rugi dapat pahala...☺

Wednesday, 9 January 2019

APA KATA AL QUR'AN TENTANG USIA??

a-salam

1. Semakin bertambah usia semakin lemah tangan menggenggam... karena Allah sedang mendidik kita agar melepaskan cinta dunia.
( Qs. Hud : 15-16 )

2. Semakin bertambah usia semakin kabur mata kita... karena Allah sedang mencerahkan mata hati untuk  melihat Akhirat.
( Qs. Al Isra:72 )

3. Semakin bertambah usia semakin sensitif perasaan kita... karena Allah sedang mengajarkan bahwa pautan hati dengan makhluk senantiasa menghampakan, namun hati yang berpaut kepada Allah tiada pernah mengecewakan.
( Qs. Al Lukman : 22 )

4. Semakin bertambah usia semakin gugur gigi² kita... karena Allah sedang mengingatkan bahwa suatu hari kita akan gugur kedalam tanah selamanya.
( Qs. Ali Imran : 145 )

5. Semakin bertambah usia semakin ditarik nikmat kekuatan tulang dan sendi kita... karena Allah sedang mengingatkan bahwa tak lama lagi nyawanya akan di ambil.
( Qs. An Nisa : 78 )

6. Semakin bertambah usia semakin putih rambut kita... karena Allah sedang ingatkan kain kafan yang putih.
( Qs. Ali Imran : 185 )

7. Begitu juga hati kita... semakin bertambah usia semakin sepi dan ingin bersendirian, karena Allah sedang mendidik kita untuk melepaskan cinta manusia dan dunia.
( Qs. Al-An'am : 32 )