Saturday, 28 September 2019

Cuti-cuti Malaysia


as-salam

Cuti-cuti ni ke mana kita ...emmm minggu ni kita duduk rumah je, kemas-kemas apa yang patut.  Hamboi asyik jejalan je dari selepas Aidil Adha.  Hari tu pegi ke D`Aur Beach, Pantai Melawi, Bachok, Kelantan ... masuk RM5.00 memang berbaloi.

Lepas tu kami buat trip belah Pantai Sabak pula.  Kami ke Pantai Sabak aka Nami.  Sebelah malamnya kami solat Maghrib di Masjid Ar-Rahman, Pulau Gajah, Sabak.  Selesai solat kami singgah makan di Restoran Acu Tera sebelum bertolak balik ke rumah.



Minggu berikutnya kami ziarah saudara-mara di Kg. Chenulang, Kuala Krai.  Kami dijamu dengan buah-buahan .... dah musim buahkan.  Alhamdulillah.

Cuti 19 September kami bertolak ke Kulim, Kedah.  Singgah pusing-pusing di Desaku, Kulim.  Esoknya kami bertolak ke Ikea Batu Kawan, Pulau Pinang.  Selepas kenyang makan meatball Ikea, kami ke Balik Pulai melalui Jambatan Ke 2 Pulau Pinang.  Kami singgah solat di Masjid Balik Pulau sebelum patah balik ke Sungai Tiram, Pulau Pinang.  Pepagi kami check out, makan pagi di kawasan yang sama sebelum ke Giant Supermarket.  Selepas itu kami meneruskan jelajah ke Batu Ferenggi.  Mandi-manda sekejab sahaja sebab hujan.

Kami balik ke tanah besar melalui Jambatan Pulau Pinang.  Singgah pekena cendol dan laksa pinang.  Petang kami ke Tanjong Dawai, Kedah.  Kami menaiki bot ke Pantai Merdeka dari Jeti Tanjong Dawai.  Selepas itu, kami kembali ke Jeti Tanjong Dawai dan solat Magrib di Masjid Tanjong Dawai.  Kami menjamu selera di Rumpun Mambu dan kembali ke Teluk Air Tawar, Butterworth, Pulau Pinang.  Esoknya pepegi lagi kami bertolak balik ke kampung halaman.




Minggu lepas pula minggu Pulau Rhu .....so this weekend just stay at home... the end.

It’s better to have heart without words than
words without heart because
no beauty shines brighter than a good heart

             ..........wise man said

Friday, 27 September 2019

Wise Talk

as-salam.

Salam Jumaat 27 September 2019. Kita telah berada penghujung Muharam... Ya Allah pantasnya masa meninggalkan kita.

Syukur kita masih disini, masih diberi rezeki kesihatan yang baik, rezeki gelak tawa keluarga, rezeki masih boleh bernafas dan menyedup udara bersih walaupun tercemar dengan jerebu.  Alhamdulillah kita masih punya kemudahan untuk bergerak, makanan untuk dimakan, bekalan air bersih untuk diminum dan sebagainya.  Bertuahnya kita masih dibumi merdeka.  Hargailah setiap apa yang kita miliki hari ini sebelum semua ini ditarik oleh Allah.



Ya Allah sesungguhnya engkau Maha Pemurah dan Maha Mengasihani.  Pemberian dan kurniaan MU maha luas, tak terhitung oleh kami.  Terimalah Ya Allah ibadat kami, taubat kami.  Kami umatmu yang lemah .... yang sentiasa lalai.  Ampuni kami, redhai kami dunia dan akhirat.  Amin.



Wise Men Talk because they’ve something to say
but
Fools Talk because they’ve to say something

           ............wise man said

Thursday, 26 September 2019

Life is like a book


as-salam.

Hujan turun mencurah-curah sejak malam tadi.  Seharian ni mendung, kadang-kadang hujan renyai-renyai.  Dah akhir September kan, dah masuk musim tengkujoh.

Life is like a book.
Some chapters are sad, some are happy while some exiting...But if you NEVER TURN the PAGE you’ll never know what the next chapter holds

So, dont judge a book by it cover.

Perumpamaan ini tidak sesuai digunapakai untuk buah seperti buah durian ... walau kulit tajam menikam isinya D24, musang king .. nyummy.



Wednesday, 25 September 2019

Dream for a Better

as-salam

Masih tak boleh nak move on dengan Pulau Rhu.  Penat pun belum hilang.  Terbayang-bayang air yang membiru, pokok-pokok rhu melambai-lambai.

Moga kami dapat ke sana lagi, enjoy bersama keluarga.

                ======================

Pain makes you stronger
Tears make you braver and
heartbreaks make you wiser
so thank to the past for a brighter better future

            ...........wise man said

Tuesday, 24 September 2019

Pulau Rhu : Day 2 ~ Going Home

as-salam.

Selepas penat mandi manda, makan minum, bersihkan diri, solat zohor, kami memulakan sesi mengemas barang-barang untuk pulang.

Kemas punya kemas, tau-tau jam dah dekat jam 4.00 petang. Boleh tahan juga, apa taknya dari pakaian, tikar, pingan, periuk dan macam-macam lagi.  Yang paling mencabar melipat khemah.  Nak memasang satu bab, nak melipat semula khemah dan nak pastikan ianya muat dalam beg yang kecil .... but finally we did it.



We family of the Staaawoooo realy enjoy dan have fun with this trip.

Pulau Rhu we will come back .... sooonnn.


Monday, 23 September 2019

Pulau Rhu : Day 2 ~ Morning ACtivity

as-salam.

Di pagi hari ke dua 21 September 2019 di Pulau Rhu, Besut, Terengganu, kami cari kayu api, masak air.  Buatkan teh panas, nescafe panas, kopi panas ... untuk breakfast.  Kami juga sediakan sandwich sardin, roti bakar dan roti kaya.  Alas perut sebelum turun berenang aka beremdam.

Kami juga buat nasi kerabu hitam dan nasi kerabu kuning untuk makan bersama ikan bakar, kambing bakar dan ayam bakar.  Tumis dan sambal nasi kerabu kami dah buat siap-siap dari rumah.


Pagi ni air pasang, air paras dada, jadi seronok mandi-manda dan sangat sesuai untuk snorking.  Penat mandi kami bergilir-gilir mengayuh kayak.

Bila terasa lapar kami naik makan nasi kerabu yang baru siap masak.  Makan panas-panas sedap.

Selepas tu sebahagian daripada kami pegi panjat bukit di Pulau Rhu.



Sunday, 22 September 2019

Pulau Rhu : Day 1 ~ Makanan Paling Uhmmmm

Kambing Golek
as-salam.

Day 1 ~ 20 September 2019 :  Jom cerita pasal makanan pula.

Tengahari :
Nasi Lemak
Nasi Goreng
Meehun Goreng
Nasi Air Dingin
Teh O Ais
Jagung dan Sosej Bakar













Petang :
Ayam BBQ
Kambing Golek
Sosej

Jagung
Ikan Cencaru
Teh O Panas
Kopi O Panas




Malam :
Ayam BBQ
Kambing Golek
Sosej
Nasi Putih
Ulam
Maggi Telor
Teh O Panas
Kopi O Panas
Kopi Panas