Tuesday, 10 November 2020

Makan2 Mailidur Rasul

 Assalamualaikum.

Sempena Maulidur Rasul, buat gathering, makan-makan potluck.  Untuk serapan pagi, nasi kerabu goreng bersama kerepok serta sup.  Tempah je, caterer ni memang terbaik dari segi makanan dan juga peralatan serta perkhidmatan.

 

Menu kedua Mee Kari juga ditempah tetapi dengan caterer lain iaitu cafe opis je.  Mee karinya memang sedap.

Lain kali boleh tempah lagi.  SEDAP.



 

Smiley With Roses

 Assalamualaikum.

 

Harumkan diri dan hati anda sewangi rosessssss


 

Sunday, 8 November 2020

Sekolah Tutup Lagi

Assalamualaikum.

Ya sekolah tutup lagi akibat PENDEMIK Covind-19.  Penutupan sekolah bermula 9 November 2020 berikutan pengumuman dari Menteri Kanan Pendidikan pada 8 November 2020.

Semua ibubapa kalut mengurus anak masing-masing terutama ibubapa yang mempunyai anak yang tinggal di asrama sekolah.


Rose Vs Tupperware Pink

 Assalamualaikum.

Rose dan Tupperware Pink : cer teka ada apa dalam tu ???

 


 

Sunday, 1 November 2020

Cik Ros Merah Semerbak Harum

Assalamualaikum.

 

Ari ni kita bawa Cik Rose sebagai peneman diri sesambil buat keje.

Harumnya semerbak..... wangi sungguh.

Sweet je.
 

Monday, 10 August 2020

Syukur Ya Allah

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ          
*بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيم..


Ya Allah,TERIMA KASIH atas kehidupan hari ini untuk NAFAS dan REZEKI yang Engkau limpahkan...
Jadikanlah permulaan hari ini penuh dengan KEBAIKAN, pertengahannya membawa KEJAYAAN dan pengakhirannya suatu KEBERUNTUNGAN..
Jadikan awalnya RAHMAT, pertengahannya NIKMAT dan penghujungnya PENUH BERKAT..

آَمِيّـٍـِـنْ... آَمِيّـٍـِـنْ يَآرَبْ آلٌعَآلَمِِيِن

Sunday, 9 August 2020

7 TIPS UNTUK SUAMI SUPAYA REZEKI MASUK TANPA HENTI

As-salam.

7 TIPS UNTUK SUAMI SUPAYA REZEKI MASUK TANPA HENTI.

1. Bangun lebih awal dari isteri. Kesian isteri. Dia mungkin tidur lewat untuk uruskan keluarga kita sendiri.

2. Kejutkan isteri dengan penuh kasih sayang untuk tahajud bersama. Bukan kejut untuk 'bersama' jer. Percikkan air di wajahnya yang jelita jika isteri terasa berat nak bangun.

3. Solat Taubat setiap hari. Khuatir ada perbuatan kita tidak menjadi contoh yang baik buat isteri dan anak-anak selama ini.

4. Solat berjemaah Subuh di surau. Ia menjemput keberkatan datang bertamu di rumah sendiri.

5. Solat berjemaah dengan isteri dan anak-anak setiap kali berpeluang. Jadilah imam yang baik di dunia supaya kita mampu menjadi imam yang baik ke Syurga.

6. Pergi kerja dengan senyuman, balik kerja pun dengan senyuman dan kasih sayang. Antara rezeki yang paling mahal ialah keharmonian rumahtangga. Orang bisnes pun sama.

7. Solat Hajat setiap kali selepas solat Maghrib. Mudah untuk istiqamah bila buat waktu ini. Doakan agar keluarga kita berjaya dan bahagia sampai ke Syurga!