Thursday, 29 November 2012

Bai bai November 2012

salam ...

Yup all my friends ... i drop in the blog just to wish a bai bai to the month of November 2012.  Only 1 month left to step in 2013.   Woooowww my son will turn to 1 years old on Jan 2013, right now he still crawling .... when we hold his hand to  practice walking he does not want to ... he like crawling and climbing ... gosssshhh my boysssss, very active doing their own activities.

At Work : There are lots of task that not finish as schedule ... it's crushing my stomach .... time goes by very fast, how should i catch all the time that i miss.  How could i full fill all task ???  Dear Allah give me all the strange to go trough all this (everything that puzzle me out) with your RAHMAT (Bless) .. Amin.
Construction Lego For My Kids

Talk about puzzle, yesterday i'm looking for some puzzle games for my kids ... wowww there are lots of it's, i never notice about it before, heheeh don't care so much about a toys  !!!  Will buy one set for my kids ... sooon very soon... sabar ya anak-anak ibu!!! (It's not a puzzle actually --- it's a LEGO ahahahah what ever lah  --- my kids like to build and then crash it out, build up again then smash it out all over again and again and again).

Bomoh PC

salam.

Morning:
Pagi ni sesambil menyiapkan kerja-kerja harian yang agak urgent juga, masih lagi berusaha memulihkan PC.  Banyak lagi setting yang TERMISS dan perlu diwujudkan semula untuk membolehkan kami bekerja macam biasa.  Installation Oracle masih belum berjaya, setting VPN juga FAIL. Oracle dan VPN umpama nyawa tugas-tugas harian, bila dua-dua TIADA emmm Agak-agaknya nak kena panggil DOKTOR PAKAR atau BOMOH KERAMAT !!!

computer repair
gambo dari web WINDOW
Noon :
Finally berjaya dengan setting VPN.  Tersilap masukkan IP address rupanya :( maklumlah 1st time setting dulu dah dekat 3 tahun).  Lagipun setting antara Windows XP dan Windows 7 lain skit, terkial2 mencari button/icon/words yang betul (sib baik terjupe manual untuk setting VPN guna Win7 dalam e-mel, tapi setting yang memandai sendiri dah betul/sama dah dengan manual yang baru jupe -  HUHUU TERSILAP IP rupanya --- patut la bila connect asik duk FAIL FAIL FAIL).

image taken from rjperformancep
Today is Haft Working Day because hari ni Khamis (today is Thursday - haft working day in Kelantan)
So perasaan pon dah kira release skit sebab dah dapat connect, sebahagian kerja boleh disettlekan.  Tinggal bab oracle plak --- may be next week will try harder to solve it.

Begini lah keadaannya bila jadi BOMOH pC sendiri, bab2 teknikal cenggini dah lama tinggalkan, dah nak berkarat heheheheh, dua tiga hari ni kena polish nampak berkilat skit, pasni taktau le tersimpan berapa lamaaaa plakkkkkkkkkk kan !!!!

Terlanjur Cinta

Salam.

20 November lepas Slot Ratu TV9 menayangkan siri baru bertajuk Terlanjur Cinta. Lakonan, Siti Saleha dan Aqasha.  Termiss plak 1st episode.

Isnin malam 2nd episode telah ditayang - baru le berkesempatan melayan TV.  hehehe tu pon sebab anak-anak dah tidur.  Malam tadi 3rd episode plak ..... sib baik sempat emm nampak cam best citer nih.   Slot Ratu ditayangkan setiap isnin dan selasa di TV9 jam 8.30 malam.  Kami ni hanya menonton bila berkesempatan jer, so pilih2 citer yang best, kadang citer best pon tak sempat nak ngadap.  Tak kisah lah, bukan benda wajib sekadar hiburan semata dan sekiranya ada pengajaran boleh lah diambil iktibarnya.  Setiap cerita yang direka kekadang ada kebenarannya dengan realiti kehidupan seharian kita.


Bagi yang nak download boleh le pegi ke ceritamaster .

Sipnopsis dari Blog Kelab Rasmi Siti Saleha

Ini page baru Terlanjur Cinta, page asal terpaksa dibuang sebab ada text yang mengacau banner !!!  ( lost beberapa HITS dari page asal :(  )

Wednesday, 28 November 2012

Opsss Corrupts

Salam.

CORRUPTS !!! My PC Corruptsss ... it's make me stressssss all day.   The only solution is format the c drive and re-install windows !!!!  What should i said or response to that solution??? "Do whatever you can do it to recover or save what so ever data that may be still in my PC  - are the best answer ... FUhhhhh ... then later on they said, MUST INSTALL WIN 7 with 64 bit ..... there are only SILENCE and may be my HEART beat sound so loud to my ear .... then the words come out : OK, it's OK, just do it.

After 2 hours, my PC was recover : with new look !!! Thanks Allah, my data still there, ONLY a data in C drive was gone .... forever !!!  All that ( should i call it a nightmare - but it's reality, it's happen to me in real life not in my dream !!! ) was happen yesterday 

Today ..... this morning re-install all the drivers (printer drivers and etc) and other supported software .... now at noon ...still re-installing !!!!

Right now my Oracle Installation ==> FAIL

What best thing should i do right now ===== Pick up my purse and then move out from the office to where ever ..... just to flash out all the stress that crapping in my head.  

Tuesday, 27 November 2012

Cerita Julia Slot Akasia TV3

Salam.

Cerita Julia dah tamat pada 8 November lepas, saje je nak paste kan kat sini bagi sesapa yang nak download ... klik kat ceritamaster  ... ada semua episod dari 1-28.

Sesapa yang dah tengok citer Julia sure rasa menyampah dengan muka mak mertua Julia kan ... real je muka MAK MERTUA yang BENCI MENANTU .....hehehe  kredit kat pelakon Norish Karman dan pengarah !!!
Suka slot ni, slot mak buyung vs mak buyung HHEEHEE cuma patutnya perut Nabila lebih besar dari perut Nurain sbb Nabila peknen dulu kan ... tapi dalam gambo nih nampak perut Nurain lagi besau.  Oppsss Nabila plak ...JULIA.

Time-time ngandung nih tak elok marah-marah kena banyak bersabar!!!  Tapi memang time peknen cepat naik darah, naik angin .... may be sebab kite keletihan dan tak larat, bila ada yang tak kena mudah nak mengamuk, itu agaknya anak-anak cam cepat naik angin gak emmm nak pakaikan baju pon boleh menangis-nangis meragam... Ya Allah sabarkan lah aku dan anak-anak ku .... Amin.

Di pastekan juga gambo2 time cintan cintun dari citer Julia.  Gambo2 no semua jupe kat page2 lain. maaf ya lupa nak save page asal tuan punya gambo kat sini ... TQ tuan punya gambo untuk gambo yang cantik ni.  Kami paste kan kat sini sebab kami suka gambo2 nih.


Laporan Guru Muda 1 Malaysia

salam.

Program Guru Muda 1Malaysia dah lama abis, baru sempat anto laporan hehehehe sori le ya.  Ada le beberapa gambo sempat snap time berlegar-legar kat booth gm1m. Pelbagai booth disediakan.
Booth bagi laluan kerjaya sebagai warga pendidik juga disediakan, banyak maklumat dipaparkan kat situ.  Bagi mempromosi inovasi baru, boleh tengok kat booth inovasi.

Ni booth-booth untuk LIKE facebook gm1m.  Ramai gak yang datang like tapi sayang bermasalah dengan talian internet, banyak laptop tak dapat capai.  Dari 30 laptop, hanya beberapa laptop je yang boleh akses.  Dapat gak le like lebih kurang 2800, sekarang dah cecah 2,927 like.

Kalu tengok gambo dah tau dah gerai masak memasak.  Ada pertandingan memasak oleh guru-guru muda zon timur.

Bau masakan menusuk-nusuk hidung .... perut mula lah rase lapor kan hehehe.  Ramai juga peserta yang masuk bertanding, penajanya tentulah Maggi.

Tengok para pengadil ke hulu ke hilir menbuat penilaian macam Pengetua buat spot check, kami plak yang kecut perut hehehehe ... terkenang nostagia masa kat sekolah.

Sebelah booth memasak, ada Geng-geng pembuat wau --- paling femes wau bulan !!!  Boleh ke diorang menahan bau masakan sambil menyisik buluh nak buat wau tu ... Kami yang duk kat booth facebook nih, rase meleleh ayaq liur !!!!

Banyak lagi booth-booth yang tak snap gambo nyer, cam booth Batik yang duk sebelah booth Pembuat Wau.  Siap ada orang mencating batik kat situ, jadi boleh la kalu sesapa nak cuba canting batik.
Nun di tepi bertentangan dengan tempat memasak, Team Wayang Kulit Guru Muda 1Malaysia dari SMK Sering plak duk buat persembahan.  Boleh tahan juga la suara diorang, hehehehe tau je la suara wak dogol camne kan, suara cam orang dulu.

Ada juga booth untuk kesihatan - pemeriksaan kesihatan percuma dan juga booth derma darah.  Tempat pemeriksaan kesihatan penuh sesak dengan pengunjung, begitu juga dengan derma darah, usaha murni ni dapatlah membantu Tabung Darah Negara.
Last sekali, disebabkan dahaga, booth Nestle la yang kami kunjung berulang kali !!!!

Nestle menyediakan minuman Milo dan Nescafe dan makan plak, depa masak mee maggi.  Memang kena beratur la nak minum milo dan nescafe.  Dah last-last pi buat kunjung ke Gerai Nestle tu kami campurkan milo dan nescafe ... dapat le Neslo sejuk huhuhu BEST !!!!

Agar-agar Air Kelapa

Salam.

Bahan-bahan  :

Agar-agar serbuk 10g
Air Kelapa 1 liter
Gula 1 senduk (lebih kurang 5 sudu besar - kalu kurang manis, boleh tambah)
Garam 1/2 sudu kecil (tak nak letak pon tak pe - tambah @ kurangkan secukup rase ya)

Cara-cara :
1.  Masukkan agar-agar serbuk dan air kelapa dalam periuk.
2.  Masak agar-agar serbuk dengan air kelapa hingga serbuk agar-agar cair semua sambil kacau perlahan2.
3.  Masukkan gula dan garam.
4.  Biarkan mendidih.
5.  Tutup api dan boleh tuang dalam acuan yang telah dibasahkan.

Hehehe tetiba je kuar resepi agar-agar air kelapa, bukan jelly kelapa tau.  Ni kami main hentam je sebab dapat air kelapa 1 jug n tak abis nak minum gitu je.  Belek-belek jupe plak agar-agar serbuk bewarna hijau dan merah 10g.  So apa lagi  guna je serbuk agar-agar yang bewarna hijau, jadi lah agar-agar air kelapa warna hijau.  Boleh le makan time minum petang, minum plak air kelapa + ais.

Kalu dapat air kelapa lagi, nak buat masak pulut gaul kelapa muda dan dimakan bersama dengan ikan masin ... perghh sure sedap kan nak-nak time ujan-ujan skang ni, ditambah plak dengan air kopi DLL panas-panas.  emmm takat sepiring dua pulut tu senang je nak abiskan !!!  Bila dah jadi memasak nanti kami masukkan entry pasal pulut di masak dengan air kelapa - dapat resepi dari orang lama.

Thursday, 22 November 2012

Dan Akad Terlafaz

Salam.

Majlis perkahwinan yang bermula dari majlis pernikahan, diikuti dengan persandingan dan seterusnya menyambut mempelai telah dirancang dengan rapi dan berjalan dengan jayanya. Alhamdulillah.  Sekarang terpulang kepada yang empunya diri dalam melayari hidup berumah tanggan.
 
Namun begitu dalam semua aturcara, acara atau majlis yang wajib adalah majlis pernikahan yang di dalamnya terkandung upacara akad nikah.

Pengantin tentu terase resah selagi akad nikah tidak terucap.  Sewaktu pak imam sampai dan berbual seketika sambil memberi nasihat, kami yang memerhati juga berdebar.

Terdengar pak imam mengajar cara-cara menjawab akad ....... dan selepas itu satu persatu akad dilafazkan  heheheh actually 2 kali lafaz baru sah.  Semasa akad yang pertama tu agak terputus-putus skit, jadi pak imam ulang lagi sekali dan dijawab dengan lancar ... Alhamdulillah. Sahlah tunangan tersayang menjadi isteri dengan disaksikan seluruh ahli keluarga kedua-dua belah pihak. Restu kami sekeluarga sentiasa mengiringi kalian berdua.
Mas kawen diberi dalam bentuk MAS DINAR KELANTAN, inilah yang paling istimewa disertakan juga sebentuk cincin.  Ringkas tapi penuh berkat.

Wednesday, 21 November 2012

Biru vs Pink .. Hentam Sajelah

salam.

Hari ni kite kembali ke entry bab kawen iaitu persediaan menyambut kedua mempelai di rumah pengantin lelaki.
Mula-mula kite cerita pasal tema : haaa tema kami biru pink ... dari hiasan, doogift dan pakaian cuba dikaitkan dengan biru dan pink.  Doorgift dah kira ok lah ada biru dan pink. Settle.

Tapi tah mana silapnya khemah makan tetamu dan meja makan beradab dihias pink putih manakala bilik pengantin biru putih .... Blur gak le kejab, ni terjadi bila kami booking 2 pembekal yang berlainan.  Satu tuk khemah tetamu dan makan beradab, satu lagi tuk bilik pengantin.  Ditambah mengelirukan lagi bila yang mengambil tempahan orang lain dan yang datang pasang plak orang lain.
Jalan penyelesaiannya : nak bagi nampak keserasian antara biru dan pink, tuk meja makan pengantin kami tambahkan hiasan dengan bunga-bunga kaler biru.  Cuba dapatkan bunga pink tuk bilik pengantin pon tak berjaya.  So hentam je lah, dah tak boleh nak adjust lain. hahahah tak kisah la asalkan ada biru dan ada pink.


Bila Pengantin Bersantap

salam.

Persediaan santapan kami simple, sebahagian set makan pengantin kami tempah je.  Antara menu yang ditempah ikan siakap masam manis, udang goreng dan telur puyoh serta buahan-buahan dalam bakul tembikai.

Asalnya nak juga tembilai yang berukir cam kat rumah pengantin perempuan tapi chef surrender tak sempat buat, so jadi le bakul dari buah tembakai.

Menu tambahan dari dapur sendiri pulak ayam masak pedas, sayur lemak kuning keladi dan daging gulai kawah.  Pencuci mulut plak kami buat sendiri : Koktail Berkuah + Sumi + Laici + Nata De Coco.

Bonda pengantin berselera sungguh dapat makan sayur keladi masak lemak kuning dicampur dengan udang segar.  Terliuq plak bila tingat sayur keladi hari tu.  Memang manjadi pilihan ramai tetamu yang datang !!!!

Sori le masa snap gambo ni plastiknya belum dibuka, so tak clear sangat gambo buah-buahan, telur puyuh dan ikan siakapnya.

Gubahan telur puyuh juga simple, next time nak buat sendiri pon boleh.  Telur puyoh direbus dan dicucuk dengan lidi kat nenas. Hujungnya dihiasi dengan cili merah.  Hati-hati makan jangan sampai tergigit cili tu !!!

Di kepala ikan siakap dihiasi dengan bunga kantan yang dibentuk seakan-akan kepala ikan.  Pastu ada plak hiasan berbentuk bunga ros dibuat dari lobak merah atau carrot,  hiasan yang lelain tu daun salad dan lada merah yang dipotong membentuk bunga lily.

Minuman untuk pengantin, kami sediakan air sunquick je, asalnya nak hiaskan dengan potongan buah oren tapi lupo nak beli.

Udang ni pon senang je, cucuk udang yang dah diperap dengan garam kunyit kat lidi dan goreng garing, pastu cucuk-cucuk je kat nenas.  Hiasanya parutan carrot, so nampak berambu-rambai. Penyincah udang pula dimasukkan dalam sebiji cili benggala merah yang agak besar dan dipotong kat atas, pastu diletak kat tepi udang.  Alamak terlindung plak cili benggala heheheh.

Tuesday, 20 November 2012

Sup Perut Kak Ani

Salam.
Menjelajah Pasar Besar Siti Khadijah lagi ... memenuhi keteringinan makan sup perut Gerai Kak Ani.  Misi tengah hari semalam yang tidak berjaya. Masa keluar dari opis, cuaca redup, best jejalan time cuaca macam ni.  Apa lagi tau-tau dah jejak kaki kat tangga pasar, terus je naik tingkat 1, malas nak melilau tengok kueh mueh, balik nanti lah singgah beli (ada hati gak nak beli kueh muah HAHAHAH).

Sampai-sampai je kerusi penuh, tak tau nak duk tang mana.  Walaupon belum dapat site order je nasi sup perut n Teh O Panas.

Bila ada tempat kosong, nasi n sup pon dah ready, apa lagi perah asam limau nipis, letak lada hijau jeruk slurp slurp oooppsss dah tinggal separuh baru teringat nak snap gambar.  Sib baik sempat lagi, kalu tak snap pinggan mangkuk kosong je la ;)

Dah kenyang, apa lagi kena le bayarkan.  Reganya RM 6.50 emmm berbaloikan.  Beehoon/Mee/Kuey Teow Sup RM4.00 semangkuk, kalu special RM5.50.  Sup tulang pon ada.  Pendek kata korang boleh pilih la ikut citerasa masing-masing.  Yang pasti oerder saja, bukan susah pon.

On the way balik singgah beli kacang rebus sebungkus RM 2.00.  Time balik ni cuaca panas terik mula la rase nun jauhnya OPISku, dengan perut yang dah penuh lagi le rase berat nak melangkah.


Royal Princess a.k.a Most Beautiful Woman In The World

Queen of Saudi Arabia : Fathima Kulsum Zohar Godabar

Di mata saya, ratu arab saudi ni mmg cantik... antara ciptaan Allah Yang Maha Mengetahui.



Gambar dan cerita asal diperolehi dari : Facebook Pictures: Queen of Saudi Arabia  .... sila klik untuk baca ya.

Monday, 19 November 2012

Menapak Ke Pasar Siti Khadijah

Salam.

Tengah hari tadi sempat menapak menuju ke arah pasar besar siti khadijah, nak ke giant sebenarnya, dah sampai giant n urusan selesai, dalam cuaca redup maka perjalanan diteruskan lagi.  Berjalan kaki sensorang menuju ke Pasar Besar Siti Khadijah.
Sesaja meninjau ape yang ada kat pasar, kadang-kadang ada kueh mueh baru. Tekak ni plak terasa nak makan char kue tiew sup perut Kak Ani - kat tingkat satu.  Sambil berjalan kat lorong orang menjual kueh mueh tu, terjengah2 terbeli le sebungkus kacang rebus RM2 dan kueh lepat ubi keledek RM1 - 4 biji.  Masa membayar tu sempat menjeling ke gerai lain, ternampak plak bubur asyura. Wah dah ada jual bubur asyura, menarik tu, leh le beli (cakap sorang-sorang dalam hati).

Panjat tangga naik tingkat satu, sesambil jengahkan kepala cari lok ching (satay bebola ikan), sedap emmm feveret rakan2 seofis .... tak de plak abang jual lok ching.  Dah lama benar tak nampak abang tu menjual kat situ, lama juga le mengidam nak makan lok ching.  Hajat belum tercapai, ada rezki leh datang n beli lain kali.
semangkuk laksa penang
Dah sampai tingkat atas, pusing menuju ke Gerai Kak Ani Sup Perut.  Cam biasa le mata tak lepas melilau sana sini.  Nampak kek pisang dan coklat cupcake kecik-kecik,  reganya 8 biji = RM1.00, 100 biji = RM12.00.  Murah je.  Cup cake kecik comel tu kepunyaan Kak Zah.  Memang selalu beli tuk makan-makan sendiri dan juga majlis-majlis, murah dan senang dibeli serta dimakan.  Budak-budak dan mak bapak budak pon suka makan.  Boleh ditempah awal atau beli terus.  Kami biasa beli terus je sebab nak makan panas-panas.

Bungkusan plak ada 2 pilihan, sama ada dalam plastik biasa atau plastik yang cantik, ada bunga-bunga dan distepler.  Kalu nak buat buah tangan, amik yang dalam bungkusan yang cantik, nak bagi kat orang kan kena nampak sopan gitu.

Eh dah cerita pasal cup cake, tak sampai lagi Kedai Kak Ani Sup Perut !!!  Pandang plak sebelah kanan, ada Gerai Kak Rose Laksa, mak aiiii sedapnya bau laksa.  Dah lama tak pekena laksa penang/utara.  Apa lagi terus oder Laksa Penang semangkuk bersama segelas Teh O Beng (Teh O Ais).
Segelas Teh O Beng & Laksa Penang

Rega semangkuk laksa penang RM2.00, teh o beng RM 1.00 eemmmm jimat baru RM3.00.  Ini lah keistimewaan pasar siti khadijah ... MURAH. Laksa atau laksam semangkuk hanya RM2.00.  Kalu sekilo termasuk kuah baru RM9.00.  Boleh tempah atau beli terus.  Makan kat situ atau bungkus.  Ringkasnya hidup zaman sekarang.  (gambo laksa penang telah diupload, saje nak tayang kat korang !!!).

Sempat juga berbual-bual dengan Kak Rose bila gerai dia nampak tak ramai pelanggan, menurut Kak Rose dah 10 tahun dia berniaga di situ, alhamdulillah murah rezeki.  Last sekali tak sampai le kedai Kak Ani Sup Perut .... hehehehe next entry la ya!!!  On the way balik, singgah kat gerai yang jual bubur asyura tadi. Beli sebungkus bubur asyura daging versi kelantan RM 5.00 sebungkus. 

Asyura




Balik dari keje petang nanti boleh makan bubur asyura dengan kopi panas DLL.  Sure sedap kan. (Menaip entry ni sambil menguyah kacang rebus)
Korang boleh baca dan simpan entry ni sebagai rujukan / panduan untuk dapatkan makanan sedap dan murah bila berkunjung ke Kota Bharu.

My Dulce Le Leche

Salam.

Inilah entry yang ditunggu-tunggu, entry pasal Dulce Le Leche.  Meh kite renung-renungkan gambo-gambo Dulce Le Leche yang mabeles nih.  Hasil setelah memasak selama 3 jam, 2 tin susu pekat sekaligus !!!

Cara-cara nak buat refer entry sebelum ni ya.  Sebagai ringkasannya, buang pembalut susu pekat manis, masukkan dalam rice cooker, isi penuh air dalam rice cooker dan on kan rice cooker. Tunggu selama 3 jam, biarkan sejuk sebelum dibuka ... tadaaaa ... pekat berkilat gitew !!!

Semasa memasak tu jangan lupa check paras air, pastikan paras air lebih tinggi dari tin, maksudnya tin susu hendaklah sentiasa tenggelam.  Bagi yang ni, kami tambah air selepas 1 jam setengah (1 1/2 jam) memasak iaitu sekali saja tambah air penuh-penuh. 

Selepas 3 jam, (kami masak dari jam 8.00 malam hingga 11.00 malam) off kan rice cooker.  Kami biarkan je tin susu dalam rice cooker semalaman.

Pepagi esoknya baru kami buka dan tengok hasilnya, airnya masih suam-suam kuku.
 
Bukan apa kami biarkan semalaman heheheh sebab dah malam,  kami dah ngantuk n anak-anak plak meragam nak dodoikan.

Agaknya bila dibiarkan semalaman dan bertutup, proses memanas masih berlaku, so hasilnya memang menakjubkan !!!!  Korang yang belum pernah cuba, boleh la cuba buat, tak susah pun.  Just masuk dalam periuk dan panaskan secara perlahan, bukan nak kena tunggu n kacau2 pon.


Dah dapat hasil seperti yang diidam-idamkan apa lagi terus sapu pada biskut buat sarapan pagi dengan anak-anak.  Fuhhh sedap.

Tah berapa keping biskut abis ... ngap-ngap memasing melayan rasa, tau-tau kenyang !!!
Yang ni plak kami sapu atas puding caremel tanpa telur yang belum berkaremel hehehe ... dah jadi puding caremel DLL tanpa telur !!!

Rasa pekat manis dan lemak-lemak puding mengadun bersama bila ditelan .... tengah menaip ni pon masih boleh rase keenakannya.
Dah makan, sure le dahagakan.   Jadi kami buatkan milo DLL.  Disebabkan sayang lebihan DLL dalam tin yang telah dituang ke bekas lain, kami bancuh milo dalam tin susu pekat manis.  Teringat zaman kanak-kanak dulu bila nak bungkus minuman dari kedai kopi, diorang masukkan dalam tin susu pekat manis dan bawa balik umah.

Last sekali, selamat mencuba dan merase. Kami dah try juga dengan kopi dan nescafe, semua sedap, Terbaik punya !!!

Sunday, 18 November 2012

Makan Beradab

Salam.
Makan beradab adalah antara acara yang ditunggu-tunggu dalam majlis kawen.  Tempat makan di letakkan di depan pintu masuk utama mengadap tetamu yang hadir.  Cantik gubahan tempat yang disediakan oleh pihak pengantin  perempuan, gabungan warna pink, peach dan putih menyerlah walaupun gambo disnap masa malam akad nikah.

Ada bunga-bunga warna pink,  pengikat kerusi plak diselang-selikan antara warna pink dan oren (peach).  Memang tampak ceria dan welcoming.  Terima kasih pihak pengantin perempuan !!!!
Petang 12 Nov 12, sewaktu majlis bertandang penganti disajikan dengan sekor udang galah yang besar.  Kami hanya sempat mengintai dari jauh jer hukhukhuk .......

Time jenguk2 kali kedua lepas pengantin makan, tinggal kepala je hahahaha patut le lama pengantin makan, bukan senang nak sembelih udang galah yang besar tu ...
Meja pengantin takkan berseri tanpa hidangan gubahan dari buah-buahan.  Tembakai diukir bentuk bunga ros dan diletak dalam satu raga besar.  Dalam bakul tu juga ada buah anggur merah dan hitam, epal merah dan hijau serta gubahan buah betik.

Dedaun hiasan plak, dedaun paku pakis yang segar, tabik spring le kat tukang gubah buah-buahan.  Kami hanya leh jeling-jeling dari jauh, teliuq dengan tembikai yang merah segar tu .... nyum nyum ....
Kami bagi pihak pengantin lelaki sangat bebesar hati atas layanan pihak pengantin perempuan.

Akhir kata, kepada pengantin perempuan, welcome to our famili, just be yourseft to make our big family more colourful .....

Gubahan Hantaran Yang Cun Melecun

Salam.

pulut kuning buah gelugur dengan tema hijau pink
Hantaran perkahwinan dah jadi agenda penting dalam majlis kawen.  Bagi majlis kami, kami bawa 7 dulang barang hantaran.  Antaranya pulut kuning yang digubah menjadi buah gelugur.  Tempah dengan mak sepupu kami. Mmg cantik n teliti sangat hasil kerja tangannya.

Tiap kali ada majlis sebegini, kami memang tempah dengan beliau.  Bagi majlis kami sebelum ni, beliau pernah gubah jadi buah strawberi, buah kecupu emmm apa lagi tah heheeheh dah lupa.

Bagi entry ni kami letak gambo2 hantaran yang agak special je, kalu nak letak kesemua tu cam banyak sangat plak kan.  Bagu gubahan buah-buahan kami guna epal merah, buah salak (dipetik fresh dari kebun sendiri) dan hiasannya cili padi (juga petik fresh dari tepi rumah).  Simple je kami buat hehehe buah epal merah diletak mengelilingi setangkai buah salak, nak bagi ceriakan lagi buah salak, kami selit-selitkan cili merah kat celah-celah buah salak. So warna buah salak yg agak malap tampak lebih menyerlah.  Nak bagi berkilat buah2 tu semua disapu dengan minyak masak.

agar-agar kering bunga ros
Gubahan hantaran dari belah pengantin perempuan plak pulut kuning dengan telur dijadikan burung, ditabur dengan telur dadar yang di buat kaler pink, kuning dan hijau serta dipotong halus2.  Gubahan yang paling special dan jarang ditemui ialah sejambak bunga ros dari agar-agar kering, ditempah khas dari KL.  Bunga ros warna pink dan oren diselitkan dedaun warna hijau juga dari agar2 kering, cantik n sedap sangat.  Apa-apa pon temanya tak lari iaitu pink, oren/kuning dan hijau. Dah kena ngap dah ros-ros comel tu walaupun rase sayang sangat nak makan.