Sunday, 4 November 2012

Mee Suah Berkuah

Anak-anak suka makan jenis berkuah ala2 sup nih. Nak cuba buat lah. Copy paste resepi kat sini dulu.

Mee Suah Berkuah

oleh: cutevirus8 MyResipi

Bahan-bahan ( 4 orang makan )

  • 1 biji cili merah
  • 1 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 4 kelopak kobis
  • 1 bungkus fish ball
  • 1 bungkus kecil Mee Suah
  • kicap
  • sos tiram
  • 1/2 jag air

Cara-cara

  1. Step_1
    tumis bawang putih, bawang merah dan cili merah sehingga naik bau
  2. masukkan kicap, sos tiram dan garam secukup rasa. (ikut suka)
  3. masukkan air. (kalau boleh byk²... mcm 1/2 jag ker)
  4. masukkan skali fish ball. (kalo nak letak sotong ker, udang ker, fish cake ke... pun boleh jugak... ikut suka laa)
  5. Step_4
    pas tu masukkan sayur kobis & last skali masukkan kobis pastu trus tutup api. hidangkan panas-panas..

 



No comments:

Post a Comment