Thursday, 30 May 2013

Entry Penutup Mei 2013


salam.


selamat bercuti sekolah dan cuti sempena Keputeraan YDP Agung pada 1 Jun 2013.

Horeeey plan to tengok WAU di pantai geting, tumpat. Sila semak FB Pesta Wau

atau ke entry IsyRaQRestHOuse sebelum ini :







Gambar -gambar ni diambil semasa pesta Wau pada Jumaat 31 Mei 2013.

Nantikan gambar-gambar lain dalam entry Jun 2013.

Saje je tempek kan sikit gambar sekitar Pesta Wau kat sini supaya nampak berseri entry yang pendek dan tak siap pada 30 Mei lepas hehehe.
Apa-apa pon memang best gi Pesta Wau 2013 !!!!

"Ikan Paus" terdampar di pantai tatkala mentari mula menghilangkan diri walau pon pengunjung masih ramai dan ada juga yang baru tiba.  Menjelang magrib, semua wau yang mewarnai langit pantai geting lenyap masuk dalam "rumah" masing-masing.

dan ada sesuatu yang baru mewarnai langit pantai geting yang gelap !!! tungggguuu ....

Carta refleksologi - Tapak Tangan

salam.

 vitaminswithluv's photo.

❤ Tekan dengan ibu jari anda untuk 5 saat & lepaskan selama 3 saat, di titik yang terjejas.

❤ Ulangi selama 2-3 minit selama 5 hingga 10 hari.

InshaaAllah boleh menbantu kesihatan harian anda.

5 KANDUNGAN SETIAP MINUMAN BERKARBONAT !

salam.


Perkongsian dari Kumpulan Perubatan Elektronik Kemaman'sphoto

Apa yang ada dalam Air ini?

1) Gula yang Tinggi
2) Pewarna & Perasa Tiruan (Caramel colouring)
3) Garam (Sodium)

Ok - bahan diatas memang dah biasa kita tahu akan menyebabkan Obesiti, Diabetes, Hypertension & Cancer.

Bila minum air bergas :

- Pernah tak rasa perit bila gas naik di hidung?
- Gigi rasa macam ada satu 'selaput'?
- Lidah rasa 'masam-masam'skit & bernau menusuk ke hidung?
- Rasa seolah 'mencucuk-cucuk' di tekak bila minum?

Keadaan diatas disebabkan kandungan :

4) CARBONIC ACID
5) PHOSPHORIC ACID

Kesan kedua-dua asid ini pada tubuh badan:

# Menghakis Enamel Gigi
# Mengakibatkan kebocoran calsium dari tulang - Osteoporosis
# Merosakkan sel-sel buah pinggang
(kandungan Phosphorus yang tinggi)

Untuk pengetahuan anda - PHOSPHORIC ACID - adalah salah satu bahan yang banyak digunakan dalam industri pembuatan Baja, Racun perosak, Bahan Pencuci & Ubat-ubatan.

Ia juga digunakan dalam Industri Steel - sebagai bahan pencuci dan bahan kalis karat !

Huh! Scarry ! Kalu kehabisan pencuci toilet - this is a good alternatives! huhu

Kesihatan Kita - Amanah Kita. Jangan lain kali - Mesti Ini Kali ye! #drmarlina

Thursday, 23 May 2013

Harga RON97 turun 20 sen

salam.

Petikan dari Berita Harian pada 23 Mei 2013 :

Kuala Lumpur: Harga jualan runcit petrol RON97 diturunkan 20 sen seliter kepada RM2.70 sen, berkuat kuasa tengah malam kelmarin. 


Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM), Datuk Hashim Othman, berkata keputusan itu dibuat berikutan penurunan harga petrol. 

“Sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, harga RON97 diturunkan di pasaran seiring situasi semasa di peringkat global,” katanya di sini, semalam. Pertengahan tahun lalu, kerajaan menurunkan harga jualan runcit petrol RON97 sebanyak 10 sen seliter kepada RM2.80. 

Hashim berkata, penurunan harga petrol tidak bersubsidi itu bagaimanapun masih meletakkan Malaysia dalam kalangan negara yang menawarkan harga bahan api itu pada kadar rendah berbanding negara jiran. 

Beliau berkata, harga jualan runcit petrol RON97 pada dasarnya ditetapkan secara apungan terkawal yang mana harga bulanannya akan berubah mengikut harga pasaran.

---------------------------------------------------------------------------
Ini tentunya berita baik bagi pengguna RON 97.  Majoriti guna RON 95, jadi bila RON 95 nak turun.  Ron 97 turun harga barang cam mana ??? 

*** Aku hanya pengguna setia !!!

Gila Duit

salam.

Yang ni sebenarnya sambungan pasal tabungan duit simpanan tadi.  Contoh yang di tunjukkan ni bagi simpanan RM250.00 sebulan dengan kadar keuntungan 10% setahun.

21/12/2012 Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) dah pun umumkan agihan pendapatan sebanyak 7.75 sen seunit dan bonus 1.15 sen seunit bagi Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2012.

Berita Harian :
Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman, berkata PNB berkemampuan mengagih dividen dan bonus sebanyak 10.8 sen seunit dalam tahun kewangan dikaji, tetapi selepas dibuat pertimbangan, ia ditetapkan pada 8.9 sen seunit (7.75 sen bagi dividen dan bonus 1.15 sen

Tahun Simpanan Bulan Simpanan Jumlah Simpanan Keuntungan 10% Jumlah Simpanan
setahun Terkumpul
1 250.00 12 3000 3,000.00 300.00 3,300.00
2 250.00 12 3000 6,300.00 630.00 6,930.00
3 250.00 12 3000 9,930.00 993.00 10,923.00
4 250.00 12 3000 13,923.00 1,392.30 15,315.30
5 250.00 12 3000 18,315.30 1,831.53 20,146.83
6 250.00 12 3000 23,146.83 2,314.68 25,461.51
7 250.00 12 3000 28,461.51 2,846.15 31,307.66
8 250.00 12 3000 34,307.66 3,430.77 37,738.43
9 250.00 12 3000 40,738.43 4,073.84 44,812.27
10 250.00 12 3000 47,812.27 4,781.23 52,593.50
11 250.00 12 3000 55,593.50 5,559.35 61,152.85
12 250.00 12 3000 64,152.85 6,415.29 70,568.14
13 250.00 12 3000 73,568.14 7,356.81 80,924.95
14 250.00 12 3000 83,924.95 8,392.50 92,317.45
15 250.00 12 3000 95,317.45 9,531.74 104,849.19
16 250.00 12 3000 107,849.19 10,784.92 118,634.11
17 250.00 12 3000 121,634.11 12,163.41 133,797.52
18 250.00 12 3000 136,797.52 13,679.75 150,477.27
19 250.00 12 3000 153,477.27 15,347.73 168,825.00
20 250.00 12 3000 171,825.00 17,182.50 189,007.50
21 250.00 12 3000 192,007.50 19,200.75 211,208.25
22 250.00 12 3000 214,208.25 21,420.82 235,629.07
23 250.00 12 3000 238,629.07 23,862.91 262,491.98
24 250.00 12 3000 265,491.98 26,549.20 292,041.18
25 250.00 12 3000 295,041.18 29,504.12 324,545.30



Yang ni plak bagi simpanan yang ditambah sebanyak RM50.00 setahun. Maknanya tahun pertama menyimpan hanya sebanyak RM100.00, tahun kedua sebanyak RM150.00, tahun ketiga sebanyak RM200.00 dan seterusnya. Biasalah mula-mula keje, gaji ciput je kan. Bila gaji dah naik, so naikkan jumlah tabungan korang. Camne ? Menarik tak jumlah akhir simpanan ???




Tahun Simpanan Bulan Simpanan Jumlah Simpanan Keuntungan 10% Jumlah Simpanan
setahun Terkumpul
1 100.00 12 1200 1,200.00 120.00 1,320.00
2 150.00 12 1800 2,520.00 252.00 2,772.00
3 200.00 12 2400 4,572.00 457.20 5,029.20
4 250.00 12 3000 7,429.20 742.92 8,172.12
5 300.00 12 3600 11,172.12 1,117.21 12,289.33
6 350.00 12 4200 15,889.33 1,588.93 17,478.27
7 400.00 12 4800 21,678.27 2,167.83 23,846.09
8 450.00 12 5400 28,646.09 2,864.61 31,510.70
9 500.00 12 6000 36,910.70 3,691.07 40,601.77
10 550.00 12 6600 46,601.77 4,660.18 51,261.95
11 600.00 12 7200 57,861.95 5,786.19 63,648.14
12 650.00 12 7800 70,848.14 7,084.81 77,932.96
13 700.00 12 8400 85,732.96 8,573.30 94,306.25
14 750.00 12 9000 102,706.25 10,270.63 112,976.88
15 800.00 12 9600 121,976.88 12,197.69 134,174.57
16 850.00 12 10200 143,774.57 14,377.46 158,152.02
17 900.00 12 10800 168,352.02 16,835.20 185,187.22
18 950.00 12 11400 195,987.22 19,598.72 215,585.95
19 1,000.00 12 12000 226,985.95 22,698.59 249,684.54
20 1,050.00 12 12600 261,684.54 26,168.45 287,853.00
21 1,100.00 12 13200 300,453.00 30,045.30 330,498.30
22 1,150.00 12 13800 343,698.30 34,369.83 378,068.13
23 1,200.00 12 14400 391,868.13 39,186.81 431,054.94
24 1,250.00 12 15000 445,454.94 44,545.49 490,000.43
25 1,300.00 12 15600 505,000.43 50,500.04 555,500.48











Bila dah ada simpanan terkumpul begini bolehlah guna untuk langsaikan hutang atau beli aset baru seperti rumah, tanah atau kalu nak bergaya kereta !!!  Boleh juga buat bekalan hari tua, ulang-ulang pegi umrah ke, melancong all over the WOrlD !!!




Menabung dan Menjana Duit

salam.

Baca blog Rumah Kecil tiang Seribu mengenai penyelesaian hutang yang panjang biasanya hutang rumah !!! Korang boleh rujuk dan cuba buat kira-kira. Satu idea yang sangat bernas.  


Dicadangkan agar kita membuat simpanan tetap yang memberikan pulangan yang banyak, lagi banyak lagi bagus la kan.  Simpanan bulanan pon lagi banyak lagi baik. So saya pon mencongak-congak bagi simpanan bulanan sebanyak RM650.00 sebulan.  Kadar keuntungan adalah 8% ( anggaran bagi ASB dan Tabung Haji - bagi yang tak pandai buat pelaburan lain ).

KUALA LUMPUR 7 Februari 2013. – Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini mengumumkan dividen tabung haji sebanyak 8 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2012 iaitu yang tertinggi dalam sejarahnya. Ini merangkumi dividen tahunan sebanyak 6.5 peratus dan dividen khas Jubli Emas sebanyak 1.5 peratus.

Mula-mula buat kira-kira pakai calculator dan tulis kat kertas. Penuh 2 keping kertas.  Lepas tu baru terpikir " laaaa nape aku tak pakai EXCELL je".  Terus taipkan figure dan buat formula kat Excell.  Hasilnya saya pastekan kat sini.  Selepas 25, nampak tak berapa jumlah yang terkumpul ..... hehehehe Pokcik Kayoooo !!!

Korang pon boleh cuba berangan berapa simpanan korang selepas 10 atau 15 tahun korang mula menyimpan.




Tahun Simpanan Bulan Simpanan Jumlah Simpanan Keuntungan 8% Jumlah Simpanan
setahun Terkumpul
1 650.00 12 7800 7,800.00 624.00 8,424.00
2 650.00 12 7800 16,224.00 1,297.92 17,521.92
3 650.00 12 7800 25,321.92 2,025.75 27,347.67
4 650.00 12 7800 35,147.67 2,811.81 37,959.49
5 650.00 12 7800 45,759.49 3,660.76 49,420.25
6 650.00 12 7800 57,220.25 4,577.62 61,797.87
7 650.00 12 7800 69,597.87 5,567.83 75,165.70
8 650.00 12 7800 82,965.70 6,637.26 89,602.95
9 650.00 12 7800 97,402.95 7,792.24 105,195.19
10 650.00 12 7800 112,995.19 9,039.61 122,034.80
11 650.00 12 7800 129,834.80 10,386.78 140,221.59
12 650.00 12 7800 148,021.59 11,841.73 159,863.31
13 650.00 12 7800 167,663.31 13,413.07 181,076.38
14 650.00 12 7800 188,876.38 15,110.11 203,986.49
15 650.00 12 7800 211,786.49 16,942.92 228,729.41
16 650.00 12 7800 236,529.41 18,922.35 255,451.76
17 650.00 12 7800 263,251.76 21,060.14 284,311.90
18 650.00 12 7800 292,111.90 23,368.95 315,480.85
19 650.00 12 7800 323,280.85 25,862.47 349,143.32
20 650.00 12 7800 356,943.32 28,555.47 385,498.79
21 650.00 12 7800 393,298.79 31,463.90 424,762.69
22 650.00 12 7800 432,562.69 34,605.02 467,167.71
23 650.00 12 7800 474,967.71 37,997.42 512,965.12
24 650.00 12 7800 520,765.12 41,661.21 562,426.33
25 650.00 12 7800 570,226.33 45,618.11 615,844.44



Wednesday, 22 May 2013

Berbisik Bila Marah

salam.

Perkongsian dari : Jangan marah haahhh~

Nasihat bagi yang suka marah-marah

Bagi mereka yang suka marah-marah kat anak sendiri kerana sayang dan untuk mendidik....

1. Kita adalah orang matang, anak kita masih tak matang, mengapa yang matang perlu marah pada yang tak matang?

2. Kita orang besar, mereka orang kecil, mengapakah orang yang besar perlu marah pada orang yang kecil?

3. Kita adalah orang yang berpengalaman, anak-anak tidak pernah lagi melihat dunia... mengapakah harus kita harapkan anak-anak kita faham dan selari dengan pandangan kita...

Pernahkah terfikir mengapa dua orang marah perlu berjerit antara satu sama lain walaupun duduk bersebelah?

Pernahkah terfikir mengapa dua orang yang saling menyayangi lebih suka membisik antara satu sama lain walaupun duduk berjauhan, atau di telefon?

Apabila kita marah, dua hati adalah berjauhan, oleh itu, mereka memerlukan suara/nada yang kuat untuk berhubung. Masalahnya, makin dijerit, makin berjauhan.

Bagi mereka yang kita sayang, dua hati adalah dekat, jadi tidak perlu untuk menjerit-jerit, hanya perlu membisik sudah terasa dekat. Makin dibisik, makin terasa sayang.

Itulah keajaiban ciptaan Allah pada sistem badan manusia.

Maka, persoalannya, jika kita ingin mendidik anak-anak kita... perlukah kita marah-marah padanya walaupun mereka berbuat silap?

Sekiranya menggunakan pendekatan marah-marah, tanya pula diri, adakah kita mahukan anak kita mendengar kata-kata dengan hati mereka berjauhan dengan kita?

Atau kita mendidik dengan berbisik, supaya mereka faham dengar dan hati mereka kekal dekat dengan kita?

Apabila kita sudah mula marah-marah pada anak, tanyalah diri sendiri adakah hati kita dan anak kita sudah berjauhan?

Hubungan ibubapa dengan anak-anak yang terbaik ialah anak-anak menganggap ibubapa sebagai sahabat karib dengan penuh penghormatan tanpa rasa segan silu untuk berbincang segala masalah dengan ibubapa.

Untuk renungan hari ini. Senyum.

~ BaIk@BuRuK Itu PiLiHaN

Sauteed Mini Vegetable Medley

salam.


1 pound assorted mini squash - patty pans and/or baby zucchini
3 tablespoons extra-virgin olive oil
1 cup frozen pearl onions
1 pint cherry tomatoes
Salt and freshly ground black pepper
3 to 4 tablespoons chopped fresh dill
Handful flat-leaf parsley, chopped
Directions
Halve the squash. Heat the extra-virgin olive oil in large skillet over medium-high heat. Saute the squash 5 minutes then add the onions and tomatoes, season the vegetables with salt and pepper and cook 5 to 7 minutes more until the tomatoes begin to burst and the onions are warmed through. Toss the herbs with the vegetables and transfer to a serving dish.

sumber asal dari  FOOD NETWORK

Read more at: http://www.foodnetwork.com/recipes/sauteed-mini-vegetable-medley-recipe/index.html?oc=linkback

Veggie Rolls dengan Sos Mayonis Pedas

salam.

terjumpa resepi dari FOOD NETWORK, nampak menarik dan senang nak buat (kalu time rajin le - hehehe).  so copy paste untuk simpanan (juga print - tah bila boleh rasa yang real) .... nampak sedap emm fresh je, terasa kerangupan isi dalam dan kelembapan kulitnya.  Wajib di cuba nihhhh.


bahan-bahan Untuk Mayonis yang Pedas :
1/2 cawan mayonis
1/2 cawan cili sos
1 sudu besar jus lemon segar
1 sudu besar sos ikan
2 ulas bawang putih, dicincang
1 sudu besar gula perang







cara-cara :

Bagi Rolls Sayur

1/2 cili benggala merah, dibuang biji dan dihiris nipis
1/2 cili benggala kuning, dibuang biji dan dihiris nipis
1 lobak merah (saiz besar sikit), dicincang
1/4 cawan daun pudina segar dicincang
1/4 cawan daun selasih segar dicincang
6 keping rice paper (macam kulit popia)
6 keping daun salad, buang tulang
1 1/2 cawan mi cellophane atau bean threads, sejukkan

Untuk Mayonis yang bercili (pedas) :
Dalam mangkuk kecil, campurkan bersama : mayonis, sos cili, jus lemon, sos ikan, bawang putih dan gula perang.

Bagi Rolls Sayur:
Dalam mangkuk sederhana, campurkan bersama-sama  : lada benggala merah dan kuning, lobak merah, pudina, dan selasih.
Masukkan sos Mayonis pedas tadi dan gaul rata.

Hamparkan tuala basah/lembap di meja.
Rendamkan rice paper dalam air panas selama 20 hingga 30 saat sehingga lembut.
Letakkan rice paper di atas tuala lembap.
Letakkan daun salad di tengah-tengah kertas beras (rice paper) dan beberapa sudu campuran sayur-sayuran di atas.
Letakkan 1/4 cawan mi selofan di atas campuran sayur-sayuran.
Gulung dan lipat kertas beras (rice paper) sehingga menutup semua dan lekatkan dengan sedikit air.
Ulangi sehingga habis.

Simpan gulungan sayuran yang telah siap dalam peti sejuk selama 6 jam dan dibalut dalam tuala lembap.

sumber asal FOOD NETWORK.

Tuesday, 21 May 2013

Bila si comel kene demam campak

salam.

Perkongsian by Lisa 嵐 Yaacob (Notes) on Tuesday, May 21, 2013 at 2:40pm

post ni utk berkongsi pengalaman bila ank kene demam campak aka measle.

Faris kene demam campak ni ms 11m 3weeks. erm... klu ader yang tertanya2 pasal vaksin, MMR vaksin (Measle, Mump and Rubella) hanya akan diberi pada umur 1thn ke atas.

1st notice Faris ade bintk2 pada pagi 15/5/2013. Mlmnya mmg Faris tido xlena. igt sb die panas or what, kan. Pagi pon masih nmpk xselesa, so sy igt pampers penuh lagi ke, mlm tadi da tukar - biasa tukar sekali jer mlm. tp xpe la... bukak seluar (Faris pakai pajama, long sleeves and long pant utk tido) br nmpk bintik yang byk kat kaki, tgk tangan..ade jgk... kat mulut pon ader skit2... gulp!!! nape ngan faris nih?? - 1st thought - HFMD??

Bincang ngan hubby - decide bwk terus ke clinic, xleh antar nursery, xkire measle or HFMD, mmg xleh antr nursery. sy p kje, hubby yang antr faris ke clinic, doctor diagnose measle.

dpt lew ubat - ubat utk tahan gatal - suspected syrup piriton, syp paracetamol utk demam - Faris mmg xdemam langsung, but doktor kate standby, kot demam nnt. and ubat sapu - suspected calamine lotion.

- ubat makan buat pekasam jer, faris alhamdulillah xdemam sepanjang seminggu. ubat sapu guna 2-3x jer.

what did i use?

1. mandian

- myhubby dpt petua dari kawannya - mandikan dengan air rebusan kacang hijau. so Faris mmg mandi air rebusan kacang hijau for 3days twice per day.

- after 3 days, sy mandikan Faris dengan oat plak, ni actually utk kanak2 yang ekzema, it can reduce the itchiness. Faris mandi oat for one day jer, 3x.

- no soap! sabun akn mengeringkan kulit dan buat tambah gatal.

2. lotion badan.

-at first letak calamine lotion - erm... dun really work. nmpk kulit kering, even the itchiness seem reduced.

- then sy beralih kepada ezerra cream, actually mula2 letak ezerra cream jgk tp kat private part jer, calamine kat tempat len, ezerra mahal - LOL - but kesihatan ank diutamakan.. so apply ezerra utk all over body.

- kebetulan, i bought Amway product from my friend "ALLANO Hand & Body Lotion" , so utk cover ezerra cream yang ciput ut, sy apply Allano lotion utk body and ezerra utk private part.

- lastly br lew dpt EVCO (extra virgin coconut oil) dah pesan tp lmbt skit dpt, so dah hari ke5 br dpt guna EVCO, klu nk guna VCO pon bleh. nk guna EVOO, or VOO pon boleh. it;s highky recommended. Still kat private part guna ezerra cream.

-alternate to ezerra cream bleh guna moogoo product or buds product. Allano is not really recommended, but i use cuz xde menda len.

3. makanan

- this is very important.

- barley-based porridge, sy buat fruity barley (barley mixed with fruits). bagi minum air barli like 1-2 oz per day.

-kurma, mixed any food that i made with kurma, it boost the immune system, makanan sunnah.

- chicken broth, sy buat byk chicken-based porridge.

- porridge+ kurma+carrot+cauliflower+chicken soup

- porridge + kurma+ pumpkin+brocolli +chicken soup

- corn porridge + chicken soup+ carrot +cauliflower+kurma

- mee suah + chicken soup+ carrot +cauliflower+kurma

- carrot ade beta carotene, help to fight the virus.

- ensure enough water takut dehydrate.


Actually rawatan ni ade kekurangan... utk dpt info lanjut bleh ke https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10152044793553797&set=oa.246222028840016&type=1&theater

gambar-gambar hiasan dari website/blog lain, terima kasih tuan punya gambar.


Bantulah Kanak-kanak Istimewa

salam.

Sumber Dari Kerajaan Negeri Kelantan :

Sebuah program larian amal untuk kanak-kanak sumbing oleh Persatuan Sains Pergigian Universiti Sains Malaysia (USM) Kubang Kerian


Yuran penyertaan:
1) Dewasa- RM20
2) Pelajar USM- RM18
2) REMAJA BAWAH 18 - RM15
3) KANAK-KANAK BAWAH 12- RM5
-sebahagian yuran penyertaan akan disumbangkan kepada tabung CLAPAK (CLEFT LIP AND PALATE ASSOCIATION OF KELANTAN)

-Hadiah sehingga tempat ke-13 untuk setiap kategori bahkan lebih lagi..
-Terdapat cabutan bertuah dan terdapat barangan elektrik untuk dimenangi.
-T-shirt percuma akan diberikan kepada 500 peserta TERAWAL. (tidak termasuk peserta kanak-kanak)

Boleh hubungi Ghouthamee 017- 637 6321 atau Aifa 014-418 6277 utk pertanyaan dan pendftaran.

PPTM GAMES TOURNAMENT 2013

salam.

Hai geng-geng proggrammer semua, inilah time nak tunjuk bakat-bakat terpendam korang, meh sertai GAMES nih.  Tinggalkan sekojab laptop n PC korang tu, alihkan pandangan ke padang yang sebenar.  Hadirkan diri korang ke dunia realiti sekejab bagi keluar peluh ( time ngadap sistem pon kadang berpeluh jugak walaupon aircond di bawah paras beku sbb terdelete data atau data/file kena HaCK!!!! ).

PPTM GAMES TOURNAMENT 2013
June 9 at 8:00am
Kompleks Rakan Muda Puchong in Puchong


Monday, 20 May 2013

Magri Gi Pesta Wau Antarabangsa Kelantan 2013

salam.

Sekali lagi diuar-uarkan Pesta Wau Antarabangsa Kelantan 2013.  Bawa anak-anak tengok wau cuti sekolah nanti sambil tu bolehlah berkelah dan mandi manda di Pantai Geting.

Makanan /bekalan .... emmm tak payah susah-susah, beli je.  Pelbagai gerai makanan dan minuman disediakan.



Kerajaan Negeri Kelantan melalui Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan (TIC) dengan kerjasama Majlis Daerah Tumpat, Persatuan Pelayang Negeri Kelantan dan Majlis Pelayang Malaysia akan mengadakan Pesta Wau Antarabangsa Kelantan 2013. Program yang diadakan untuk kali ke-31 ini bermula 29 Mei sehingga 1 Jun 2013 bertempat di Pantai Geting, Tumpat, Kelantan.

Dijemput semua untuk sama-sama memeriahkan lagi acara ini. Pelbagai wau-wau menarik menanti anda. Masuk adalah percuma, jom kita beramai-ramai ke Pantai Geting.


IsyraqRestHouse Steambot

salam.

IsyraqRestHouse Steambot sebenornya tak tau nak letak nama apa kat masakan simple-simple yang kami masak pada hari minggu lepas.


Bahan-bahan :

  1. RM4.00 Pelbagai bebola/kek
    **Berbola/Kek ikan, Sotong, Ketam  (pelbagai perisa yang halal boleh dibeli dipasaraya samada yang dah siap bungkus atau pilih sendiri)
  2. Seikat Lobak (kailan/kangkong pon boleh)
  3. Sebunjut sup bunjut
  4. 1 1/2 inci halia
  5. 3 ulas bawang merah
  6. 3 ulas bawang putih
  7. 1 batang lobak merah (potong 4)
  8. 1 liter air (kalu nak kuah banyak tambah le)
  9. garam secukup rasa

Cara-cara :
  1. Masukkan air dan rempah sup bunjut, bawang merah dan putih serta halia yang telah dimayang ke dalam periuk dan jerang di atas api sederhana hingga mendidih.
  2. Kecilkan api, renehkan sekejab sambil tu potong bebola dan kek.
  3. Masukkan bebola dan kek ke dalam sup.
  4. Tambahkan garam secukup rasa.
  5. Masukkan sayur lobak (yang telah dicelur dan dibuang airnya)
  6. Boleh le hidang dan makan panas-panas
  7. Kami rebuskan juga semangkuk spiral pasta (pasta pintal)
  8. Kami tak buat pedas sebab lebey utamakan anak-anak...hehehehe





Agar-Agar Kastard Jelly

salam.

Berkenan dengan agar-agar ciptaan syalina_yahya dari MyResipi.com, meh kite check bahan-bahan dan blajar masak agar-agar yang simple ni. emmm macam makan puding cocktail jelly yang dibekukan.

Bahan-bahan (loyang/bekas : 9x9' )

500 ml air
250 gm gula pasir [220 gm utk kurang manis]
1 tin (400ml) susu cair
3 sb tpg kastard + bancuh dgn 1/2 cwn air
1 pkt (11gm) serbuk agar-agar
2 pkt Jelly [di belah 2]

Cara-cara :
  1. Dalam periuk masukkan air, gula, susu cair. Masak hingga mendidih.
  2. Setelah itu, masukkan bancuhan tpg kastard, kacau seketika dan masukkan serbuk agar-agar.
  3. Masak hingga mendidih & pekat. Tapiskan ke dalam loyang.
  4. Tunggu sehingga suam barulah dimasukkan Jelly tadi (kalau masuk panas2, jelly akan cair). Susun jelly ikut kreativiti :)
  5. Setelah sejuk simpan dlm peti ais.Bolehlah di hidang.

Sunday, 19 May 2013

Puding Aiskrim Oreo

salam.

Untuk simpanan sendiri dan Dikongsikan kalu korang minat

Puding Aiskrim Oreo
Oleh:Nenek Muda
cc : www.facebook.com/bukuresepi








Bahan-bahan:
1 paket agar-agar tali
1 tin susu cair
1250 ml air
100 gram gula
2 biji telur (xnak letak pun xpe, letak 1 biji pun boleh)
1 bungkus biskut Oreo (Packing yg harga RM2.90)
Aiskrim (x kisah perisa ape pun. Saya guna perisa vanila)
sedikit esen vanila (nk hilangkan bau hanyir telur. kalau x letak telur tak payah bubuh esen)

Cara-cara :
1) Basuh agar2 tali kemudian masak agar2 tadi bersama 1250 ml air diatas dapur dgn api yang sederhana. masukan gula dan kacau perlahan2.
2) Oreo dikisar dlm pengisar kering. Kalau xde pengisar hancurkan dengan tangan pun boleh... nak patahkan 2 pun boleh jugak... terpulang.
3) Blend susu cair bersama aiskrim, telur dan esen vanila.
4)Bila agar2 yang dimasak tadi dah larut sebati masukan bahan yang diblend tadi (susu cair+telur+aiskrim) dan kacau perlahan hinga sebati...kemudian masukan oreo yg dikisar... kacau lagi biar mendidih sekejap dan padamkan api...
5) bolehla disejukan dlm acuan , loyang ...
dah beku bolehla dipotong2
mkn sejuk2 lagi sedap...
selamat mencuba...

Thursday, 16 May 2013

Hari Guru 2013

salam.

16 Mei 2013 - Selamat Hari Guru kepda semua guru-guru, pensyarah, pengajar, pendakwah, tutor, kawan-kawan, sanak seudara dan sebagainya.  Tak kisahlah sama ada anda seorang guru atau tidak yang pasti anda semua telah mencurahkan ilmu-ilmu dan berkongsi pengalaman yang boleh dijadikan panduan dan pengetahuan sebagai bekalan kehidupan seharian.

Seorang pelajar sudah semesti belajar dengan guru tetapi guru juga belajar dari pelajar.  dari pengalaman seorang guru membimbing para pelajar, guru pastinya dapat pengetahuan tentang tingkah laku dan sifat pelajar.  Pengalaman yang dilalui bersama pelajar hanya dapat diperolehi bila wujudnya sesuatu kes atau masalah.  Dari situ guru belajar menangani masalah atau kes yang sama atau hampir sama di masa hadapan.  Perkara ini akan membantu guru menyelesaikan kes dengan lebih cepat.
Sekarang ini kita mendapat ilmu dari perkongsian rakan-rakan melalui media sosial, jadi kepada rakan-rakan media sosial SELAMAT HARI GURU juga untuk anda semua kerana anda adalah guru di 'BELAKANG TABIR".  Sentiasa mencurahkan ilmu pengetahuan dan pengalaman tanpa had masa dan sempadan.

Kepada rakan-rakan pejabat yang berkongsi dan membantu tugas-tugas harian, terima kasih dan selamat hari guru di ucapkan kerana anda juga GURU yang membimbing dan memberi tunjuk ajar dalam menyempurnakan tugasan harian di pejabat.

Bos-bos yang selalu memberi nasihat, memberi idea baru dan menegur salah silap, selamat hari guru dan terima kasih kerana anda juga guru kami kakitangan bawahan.

Tenaga pengajar yang memberi kursus, latihan, taklimat, demontrasi, teknologi update dan sebagainya juga diucapkan selamat menyambbut hari guru dan terima kasih.  Anda adalah generasi pembimbing masa depan.