Monday 20 May 2013

Magri Gi Pesta Wau Antarabangsa Kelantan 2013

salam.

Sekali lagi diuar-uarkan Pesta Wau Antarabangsa Kelantan 2013.  Bawa anak-anak tengok wau cuti sekolah nanti sambil tu bolehlah berkelah dan mandi manda di Pantai Geting.

Makanan /bekalan .... emmm tak payah susah-susah, beli je.  Pelbagai gerai makanan dan minuman disediakan.



Kerajaan Negeri Kelantan melalui Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan (TIC) dengan kerjasama Majlis Daerah Tumpat, Persatuan Pelayang Negeri Kelantan dan Majlis Pelayang Malaysia akan mengadakan Pesta Wau Antarabangsa Kelantan 2013. Program yang diadakan untuk kali ke-31 ini bermula 29 Mei sehingga 1 Jun 2013 bertempat di Pantai Geting, Tumpat, Kelantan.

Dijemput semua untuk sama-sama memeriahkan lagi acara ini. Pelbagai wau-wau menarik menanti anda. Masuk adalah percuma, jom kita beramai-ramai ke Pantai Geting.


No comments:

Post a Comment