Tuesday, 28 October 2014

Dekorasi luar dan dalam rumah

salam.

Sebelum ini telah ada post berkenaan dekorasi rumah dari drama bersiri Tuan Rumah Pembantu Rumah.

Jadi kali ini kita kongsikan lagi dekorasi tersebut.

Gambar 1 : Di luar rumah dihias dengan kerusi ala katil rehat, cantik dan ringkas.


Gambar 2 : Buaian diletak berhadapan dengan kerusi ala katil tadi.  Sangat-sangat bersesuaian dan tampak santai.



Gambar 3 : Yang ini bukan termasuk dalam dekorasi rumah emmm suka dengan kombinasi warna ungu dan kuning, SWEET je Asha !!!













Gambar 4 : Ruang makan keluarga yang santai bersebelahan dengan ruang dapur dan ruang makan tetamu.












Gambar 5 : Ruang makan keluarga yang sama tetapi dari sudut pandangan ruang makan tetamu.





Monday, 27 October 2014

PCB Resort

salam.

PCB Resort atau Resort Pantai Cinta Berahi terletak di Pantai Cinta Berahi, Kota Bharu, bersebelahan dengan Perdana Resort.

Resort Pantai Cinta Berahi
15710 Kota Bahru, Kelantan,
Malaysia 

No. Telefon : 09-7744040, 09-7964040
No. HP : 0129375808
No. Faks : 609-7732676





Di sini ada kolam renang, jadi bolehlah bawa anak-anak mandi kolam.

Pantainya tidak sesuai untuk mandi manda kerana telah ditambak dengan batu-batu bagi mengelak hakisan.  Ombak pon agak besar, lebih-lebih lagi dalam musim hujan di penghujung tahun atau musim tengkujuh.
















Monday, 20 October 2014

RESEPI SOS YONG TAU FOO

salam.

sharing dari blog chefgunawanmalaysia

(resepi dari jintanmanis juga menarik dan boleh dicuba kerana cara membuatnya berlainan, bila dah cuba baru tau mana satu yang paling sedap)

RESEPI SOS MANIS YONG TAU FOO (WARNA HITAM)

BAHAN:

400gm taucu - ( diblender )
2 cawan air
1 cawan kicap pekat manis
2 sudu besar minyak masak
1 sudu besar tepungg jagung atau tepung gandum pun boleh guna pakai
1/2 cawan gula

Cara Membuat

1- Panaskan minyak masak, masukkan taucu dan tumis dengan api sederhana
lebih kurang 2 minit.

2- Kemudian masukkan air, kacau menggunakan whisk dan biarkan ia mendidih.

3- Apabila telah mendidih kecilkan api, masukkan pula kicap dan gula.
Kalau korang tak nak terlalu manis boleh kurangkan kuantiti gulanya

4- Dan akhir sekali, masukkan tepung jagung dan kacau sehingga memekat ( tepung jagung dicampur dengan sedikit air )


RESEPI SOS PEDAS YONG TAU FOO ( MERAH BERCILI )

BAHAN:

40 biji cili merah - ( diblender )
2 cawan air
4 sudu besar bijan putih ( optional )
4 sudu besar kacang tanah ( ditumbuk - optional )
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar Cuka Putih
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa


Cara Membuat

1- Didihkan air dalam periuk atau pot

2- Kemudian masukkan cili dan biarkan sehingga cili masak.

3- Masukkan pula cuka, garam dan gula secukup rasa, kacau sebentar dan masukkan bancuhan
tepung jagung untuk memekatkan kuah sos pedas yong tau foo ni.

4- Akhir sekali-semase menhidang, taburkan bijan dan kaccng tanah yang
telah ditumbuk.




Kuah Yong Tau Foo

inilah hasilnya : kuah atau sos Yong Tau Foo
salam.

Kami cuba resepi Kuah atau Sos Yong Tau Foo dari Blog AEMY01,  Terima kasih AEMY kongsikan resepi yang sedap.

Maaflah kami ubah suai resepi ikut sukatan sendiri dan guna bahan-bahan yang ada kat dapur.


SOS HITAM

BAHAN A
3 biji cili kering (ditumbuk/blend)
3 sudu makan minyak masak
1 sudu teh belacan (akak tak masukkan sebab alergik)
3 sudu besar sos tiram (Maggi)
3 sudu besar kicap pekat manis
2 kerek nise hok kecik (keping gula melaka)
3 sudu besar tepung jagung (boleh tambah jika kurang pekat) - campur dan kacau dengan air sejuk.
1 mug (1 1/2 cawan) air
maaflah ya gambar tak cantik !!
garam secukup rasa.

BAHAN B
1 sudu makan bijan - goreng tanpa minyak (akak tak letak sebab takde dalam stok...may be next time)

Cara-cara :
1. Panaskan periuk. Masukkan 3 sudu minyak masak ke dalam periuk yang telah dipanaskan.
2. Masukkan cili. Kacau sehingga agak garing.
3. Masukkan gula melaka. Biarkan ia cair.
4. Masukkan sos tiram dan kicap. Kacau sehingga semua sebati.
5. Masukkan air masak dengan tepung jagung. Kacau semuanya sehingga mendidih dan sebati.
6. Tuang dalam bekas, taburkan bijan dan hidangkan bersama bahan-bahan Yong Tau Foo.



Thursday, 16 October 2014

daging black pepper atau lada hitam

salam.

terjumpa resepi daging masak lada hitam kat http://www.wom.my/saji/resepi-daging-black-pepper/

so pastekan kat sini untuk kita pakat sama-sama cuba masak.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tahukah anda, khasiat memakan daging boleh mencantikkan kulit kerana kandungan Vitamin C semulajadi? Tentunya resepi Daging Masak Black Pepper ini menjadi kesukaan ramai. Rasanya lebih enak jika anda menggunakan bahagian ‘batang pinang’. Dagingnya sangat lembut, ditambah pula dengan aroma Black Pepper yang pasti membangkitkan lagi selera.


Bahan-Bahan untuk memasak daging black pepper :
500g daging (bahagian batang pinang)
4 ulas bawang putih
1 sudu kecil lada hitam (ditumbuk kasar)
2 sudu besar sos tiram
Kicap manis
2 tangkai cili merah (potong kasar)
Bawang besar Holland (dihiris nipis)
2 sudu kecil tepung jagung
2 senduk besar minyak
Hiasan daun bawang (dihiris nipis)

Cara untuk memasak daging black pepper:
1. Panaskan 2 sudu besar minyak, goreng daging selama 3-4 minit. Angkat dan asingkan.
2. Kurangkan sedikit minyak tadi kepada angggaran 1/2 senduk minyak, tumis bawang putih dan masukkan lada hitam.
3. Kemudian masukkan kicap, kacau sebentar dan masukkan daging. Masak menggunakan api besar dan kerapkan mengacau bahan dalam kuali.
4. Kemuduan tambah bancuhan tepung jagung dan bawang besar. Apabila kuah menjadi pekat padam api dan hidangkan. Hiaskan dengan taburan daun bawang.

Tip
Untuk membuatkan daging empuk, apakata anda guna teh. Buat dua cawan teh pekat dan sejukkannya.Kemudian rendam daging dalam air teh tersebut selama beberapa minit. Kandungan ‘tanin’ dalam teh berfungsi sebagai pengempuk semulajadi.

Tuesday, 14 October 2014

Renovation Pintu Utama 2 : Grill Wrought Iron

Tingkap dan pintu depan guna Wrought Iron
salam.

Proses ubahsuai rumah kedai masih berjalan, Agak lambat sebab buat Step By Step dan sebahagian lagi Do It Yourself (DIY).  Sekarang baru selesai gril pintu dan tingkap yang menggunakan Wrought Iron. 






Sebagai panduan harga :

Pintu dua daun dan 2 tingkap depan (Wrought Iron);
satu tingkap belakang (Besi biasa);
dan cat berjumlah RM1200.00, manakala upah pasang dan buat : RM700.00.

Tidak pasti samada mahal atau murah sebab upah dengan individu bukan kedai.

Sila rujuk ke entry sebelum ini yang berkaitan sebagai panduan.




Thursday, 2 October 2014

Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha

salam.

Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha dan maaf zahir batin.

Ya Allah kurniakan seluruh muslim yang mengerjakan haji mendapat haji yang mabrur
Ya Allah berkatilah hamba-hamba Mu yang mengerjakan Qorban.
Ya Allah rahmatilah seluruh umat Islam, lindungi dan pelihara lah hamba-hamba di negara-negara yang bergolak, kuatkan iman dan keperibadian mereka.

Sesungguhnya Ya Allah Yang Maha Mengetahui, pada Engkau kami berserah.
sumber : www.ipks.edu.my



Wednesday, 1 October 2014

Timbalan Menteri Pendidikan I

salam.



YB. DATUK MARY YAP KAIN CHING
                             TIMBALAN MENTERI PENDIDIKAN 1
                             KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA



Tn. Hj. Hussain bin Awang : Pengarah Pendidikan Negeri Kelantan

salam.



 Tn. Hj. Hussain bin Awang : Pengarah Pendidikan Negeri Kelantan