Sunday, 13 December 2015

Ubat Batuk : madu dan lemon

As-salam.

Resepi ubat batuk yang dibuat dari madu dan lemon.

1) Basuh lemon hingga bersih :  Gunakan cuka epal ~ Masukkan lemon dalam semangkuk air bersama secawan cuka epal.  Biarkan selama 20 minit, kemudian baru angkat.

2) Bila lemon sudah benar-benar bersih, potong lemon dan masukkan ke dalam balang.
3) Masukkan madu ke dalam balang berisi lemon hingga menutupi semua lemon. Jika madu agak pekat, rendamkan sekejab botol berisi madu ke dalam air panas hingga madu agak cair dan mudah untuk dituang ke dalam balang.  Tutup rapat balang.
4) Simpan dalam peti sejuk!
5) Untuk buat minuman, ambil sesudu madu bercampur lemon dan masukkan ke dalam secawan air panas. 


Note – Kualiti produk yang dihasilkan bergantung kepada persediaan awal dan kualiti bahan-bahan yang digunakan.  Pastikan lemon yang digunakan segar dan madu asli.   Sebahagian besar produk madu yang dijual di pasar raya tidak 100% asli, jadi hati-hati.


Check out this List Of 100+ Raw Honey Suppliers

No comments:

Post a Comment