Assalaamualaikum.
Dikongsikan apa yang dihantar oleh rakan2 sebagai peringatan untuk kami dan rakan-rakan yang melawat blog ini. Semoga kita semua dalam redha Allah dunia akhirat.
----------------------------------------------------------------------
Bagaimana merawat hati yang sakit sebelum menjadi parah..? Mula mula kita perlu menyedari bahawa hati itu bolak balik sifatnya.
Rasulullah SAW menjelaskan hati itu bolak balik sifatnya bagaikan kuah yang sedang mendidih atau memgelegak. Simpang-siur dan turun naiknya begitu unik. Kekadang ia sihat dan baik, bagaikan fitrah asalnya. Namun, sesekali bertukar menjadi kelam, kusam, hitam bagaikan lakaran syaitan yg memantulkan kejahatan.
Bagaimana caranya untuk mengesan sama ada hati kita sihat atau sakit ?
Syeikh Ibnu Ata'illah memberikan panduan menerusi kata katanya," Sebahagian daripada tanda matinya hati ialah jika tidak berasa sedih kerana tertinggalnya suatu amalan kebaikan, juga tidak menyesal jika berbuat suatu perlanggaran dosa" Beliau menegaskan lagi bahawa kata kata itu bersandarkan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Sesiapa yang merasa senang oleh amal kebaikannya dan merasa sedih atau menyesal atas perbuatan dosanya maka dia seorang Mukmin (beriman)." (Riwayat ath-Thabarani).
Kalau badan kita sakit, kita tidak berselera untuk makan sekalipun dihidangkan makanan yg enak. Mana mungkin kita makan, dengan hidung yang tersumbat, lidah yang pahit yakni ketika deria pandang, bau dan rasa kita telah tercabut.
Begitu juga, hati yang sakit menolak segala " makanan rohani" yang enak dan lazat seperti solat, zikirullah, membaca alQuran, doa dan lain lain. Apabila solat tidak lazat, bukan ertinya solat itu yang tidak lazat tapi kerana hati kita yang sakit.
🌹 Waallahu'aklam 🌹
No comments:
Post a Comment