Wednesday, 14 November 2018

Ayah telah kembali ke Rahmatullah

as-salam.

14 November 2018.  Ayah telah kembali ke Rahmatullah.  Pergi meninggalkan kami, anak cucu dan cicit buat selamanya.  Tiada lagi gurau senda dan usikan yang diiringi gelak tawa cucu cicit.  Ayah tenanglah di sana.  Ya Allah, moga Ayah sentiasa dalam redhaMu, moga Ayah sentiasa dalam RahmatMu.

Ayah sentiasa merindui Arwah Ma.  Tiga tahun ayah merindui Arwah Ma.  Hari ini ayah telah pergi menemui Pencipta Yang Agung, moga Ayah dapat bersama Arwah Ma.  Ya Allah permudahkanlah urusan arwah Ayah dan Ma di sana.


Ayah mengadu sesak nafas semasa perjalanan pulang dari makan tengahari.  Ayah minta segera balik ke rumah dan sempat sampai ke rumah.  Ayah minta hantar ke hospital.  Ayah masih boleh berjalan dan bercakap semasa menaiki kenderaan untuk ke hospital. Ayah meninggal dalam kenderaan semasa tiba di hospital.  Pemergian arwah ayah secara tiba-tiba mengejutkan semua.
Innalillahiwainnailaihirojiun.

Al-fatihah.

No comments:

Post a Comment