Saturday, 31 August 2019

jalan-jalan ke kuala krai.

As-salam

Hari ni kemerdekaan.  Kita jalan-jalan ke Kuala Krai, menziarahi ahli keluarga kami di sana.  Sesampai di sana kami dihidangkan dengan buah duku yang manis.

Bukan main sedap makan buah-buahan yang manis dan segar.

Nak balik, dapat buah tangan lagi... hari ni buah tangannya memang buah bukan biskut atau keropok hahaha.

gambar pinjam ... tq share gambar.

Friday, 30 August 2019

Jumaat terakhir dalam tahun 1440 H


Assalamualaikum....


Hari ini adalah hari Jumaat  terakhir dalam tahun 1440 H ... Banyak kenangan yang Allah beri untuk kita.. Menangis, ketawa, suka duka .. semua bersatu dalam 1 ujian..

Maafkan saya kalau selama ini ada yang terguris hati dan sebagainya.. Salah dan khilaf yang tak dapat dipisahkan dengan manusia sama ada sengaja mau pun tidak. Semua nya tak ada niat.. Kekadang terlepas kata dan laku tanpa sedar..

Yg buruk dari saya dan yg baik dari Allah s.w.t 🌸






HATI SEPERTI KACA
   Jangan bagi retak...
AKAL SEPERTI AIR
   Jangan bagi kering...
IMAN SEPERTI DEBU
   Jangan bagi hilang..                      
PERSAUDARAAN SEPERTI TALI
   Jangan bagi putus...

HARAP TAHUN 1441 H MENJADIKAN  KITA INSAN YG LEBIH BAIK dan KEHIDUPAN LEBIH INDAH
AAMIIN YA RABBAL AALAMIIN.

Thursday, 29 August 2019

INDAH & MUDAH

as-salam

Salam pagi KHAMIS
28 ZULHIJJAH 1440H/29 OGOS 2019M
Dgn INDAH & MUDAH...😊

INDAH bukan kerana selalu MUDAH...
Tetapi indah kerana kesusahan dihadapi bersama setiap masa.

Wednesday, 28 August 2019

CINTA & ANUGERAH

As-salam.

Dgn CINTA & ANUGERAH...

CINTA bukanlah sekadar ucapan, namun harus disertakan dgn pengorbanan...

Mencintai dan dicintai merupakan
ANUGERAH terindah dariNYA.

Love u all my respected teachers
Love you too my friends
Love you soooo much my family
Thank you to
All my teacher
All my friends
All my family
Proud to knowing you, being with you.
You are my greatest GIFT.


 

Tuesday, 27 August 2019

Be honest and sincere because of Allah

as-salam.

Love without Condition
Talk without Bad Intention
Give without any Reason
But most of all.....
Care for people without any Expectation

        ..............wise man said


Be honest and sincere because of Allah

Monday, 26 August 2019

LESSON

Assalamualaikum


Every pain gives a LESSON and
every lesson changes a person

         ...........wise man said

Ambil lah iktibar dari setiap pengajaran yang diterima dengan hati yang ikhlas, minda yang positif.

Insha Allah setiap yang berlaku akan memberi kebaikan buat kita.

Allah Maha Adil
Amin

Sunday, 25 August 2019

Value of a Moment

as-salam


Semoga kita semua mendapat rahmat, keberkatan, keredhaan dan dimakbulkan segala doa dari Allah SWT

Sometimes you will never know the Value of a Moment untill it becomes a memory

              .........wise man said

Saturday, 24 August 2019

Mind

as-salam

When Mind is weak ,
a situation becomes Problem
When Mind is balanced
the Situation becomes a Challange
When Mind is Strong
the situation becomes Opportunity
It’s all a Mind Game ...
Have Courage

              .........wise man said

Friday, 23 August 2019

Doa kami di pagi Jumaat yang mulia

as-salam

Ya Allah...
Doa kami di pagi Jumaat yang mulia ini...
Kau ampuni dosa-dosa kami, Dosa pasangan kami,
Dosa kedua ibu bapa kami, Dosa anak-anak kami,
Dosa saudara-saudara kami, Dosa jiran tetangga kami, Dosa sahabat-sahabat kami,
Dosa guru-guru kami,

Ya Allah...
jadikanlah zuriat keturunan kami tergolong di dalam zuriat yang menjaga solat..
Sihatkanlah tubuh badan kami, jauhkanlah kami dari penyakit dan bala bencana..
Cukupkanlah rezeki dan permudahkanlah segala urusan kami di dunia dan di akhirat. InshaAllah..

Thursday, 22 August 2019

Pulau Rhu : Ready Set GOooo ~ Camping

Pasar Pagi di Kuala Besut
as-salam.

Keluarga kami merancang untuk bercuti di Pulau Rhu, Besut Terengganu.  Percutian berbentuk perkhemahan bersama keluarga ini melibatkan 50 orang ahli iaitu warga emas, orang dewasa, remaja dan kanak-kanak. Persiapan menyertai perkhemahan keluarga tentunya perlu dibuat awal.


Keindahan Pulau Rhu - sunrise dalam jerebu
Antara persiapan yang pertama ialah menentukan tempat dan tarikh, keduanya jumlah penyertaan.  Setelah berbincang, kami menetapkan Pulau Rhu, Besut, Terengganu sebagai lokasi perkhemahan dan tarikhnya pada 20-21 September 2019.  Tarikh ini dipilih memandangkan adanya anak-anak yang menjalani peperiksaan UPSR.  Bila tarikh telah ditetapkan, 50 orang ahli keluarga bersetuju untuk mneyertainya.

Persiapan barang-barang keperluan untuk perkhemahan iaitu khemah, tikar, periuk, cerek, pisau, pinggan, mangkuk, cawan, bekas minuman, selimut, 1 pakaian mandi, 1 pakaian untuk tidur, 1 pakaian untuk balik, sepit baju, tali, buaian, google, pelambung, pam angin, arang, sepit makanan, senduk, sudu, garfu ...... to be continue .... fuhhh banyaknya.

Persiapan makanan seperti ayam bbq 8 ekor, sosej dan lelain makanan sejuk beku yang sesuai, beras, sardin, roti, mee segera, garam, susu, gula, teh, milo, nescafe, sunquick, sirap, air mimunan.....betul ke nak gi berkhemah ni ...

Ketibaan di Pulau Rhu

Persiapan tempahan bot laju 3 buah, tempahan tapak perkhemahan, tempahan khemah, kayak, google jika perlu.

Khemah dan google ada ahli yang bawa sendiri dan ada yang pinjam dengan tapak perkhemahan.  Jadi perlu ditempah dengan betul bagi memastikan semua orang dapat khemah dan enjoy.


We’ll never forget  what’s gone
appreciate what still remains and
look forward to what’s coming next

           .........wise man said



Wednesday, 21 August 2019

BETUL

Assalamualaikum

BETUL...😊

Mengetahui perkara yang BETUL tidak memadai dan bermakna...
Jika kita tidak melakukan perkara yang BETUL.

Islam not just a religion, but Islam is practice.
Be a good muslim is when you practice Islam.
Be a better muslim is when you follow all the Sunnah.

Watch Jay Kim on fb or you tube. eh sapa pula Jay Kim.  If you curious just find it yourseft.

 

Tuesday, 20 August 2019

MATI & PERSIAPAN




MATI & PERSIAPAN...😊

Orang yg hebat adalah mereka yg sentiasa mengingati MATI...

Dan selalu membuat PERSIAPAN bagi menghadapi hari mati.

Saturday, 17 August 2019

Wacana Ilmu : Pencen - Andai Aku Pergi Dulu




ikuti di YouTube

Antara yang dibincangkan adalah:
1. Siapakah yang layak dapat pencen terbitan
2. Adakah pencen terbitan boleh difaraid /diwasiatkan
3. Adakah balu yang dinikahi di luar negara tapi x daftar di Malaysia layak terima pencen terbitan
4. Balu baru muncul
5. Adakah balu bukan warganegara layak dpt pencen.                                   
6. Adakah ibu bapa layak dpt pencen terbitan bagi gemulah bujang, dan banyak lagi informasi tentang pencen terbitan.

Friday, 16 August 2019

HADIAH, KASIH SAYANG

as-salam

Salam pagi 16 OGOS 2019M dgn HADIAH, KASIH SAYANG & AL-FATIHAH...😊

HADIAH terbaik utk sebuah kehidupan adalah KASIH SAYANG...

Hadiah terbaik utk sebuah kematian adalah
AL-FATIHAH.

Semoga Allah cucuri rahmat ke atas
arwah ibuku, ibu mertuaku, ayah mertuaku,
arwah datuk nenek moyang dan
saudara mara ku,
semua muslimin dan muslimat
samada yang telah meninggal atau yang masih hidup.

Thursday, 15 August 2019

Stand and fight

as-salam.


Stand and fight
Live by your heart
Always one more try
I’m not afraid to die
Stand and fight
Say what you feel
Born in a heart of steel

        .............wise man said


Wednesday, 14 August 2019

REDHA & KEMAAFAN

REDHA & KEMAAFAN...😊

Bukan mudah memaafkan ketika diri dibenci dan dihina...
Tetapi ketahuilah dengan
KEMAAFAN itu,
hati akan menjadi lebih ikhlas
untuk mengharap REDHA Ilahi.

Ramai yang kata kita boleh memaafkan tapi tidak boleh melupakan.  Ya betul sebab memaafkan adalah datang dari hati kita, keikhlasan kita tetapi melupakan adalah milik Allah, sukar untuk kita mengarahkan otak kita melupakan sesuatu tetapi kita boleh cuba menjauhi sebaik mungkin daripada mengingati perkara-perkara yang pahit itu.

Bila kita berjaya memaafkan dengan ikhlas. Insha Allah akan permudahkan urusan kita yang lain.  Yakin dan percaya Allah sentiasa ada bersama kita.

Tuesday, 13 August 2019

USAHA& BAHAGIA

as-salam

USAHA& BAHAGIA...😊

Orang yang BAHAGIA
tidak selalu memiliki yang terbaik...

Tapi ia ber USAHA menjadikan yang terbaik
dalam setiap apa yang hadir dalam hidupnya

Bukan kek harijadi yang menjadi lambang kebahagiaan tetapi keikhlasan mengingati seseorang dalam apa jua cara.  Tidak kira mereka yang berada dekat dengan kita maupun yang jauh, yang telah lama kita tidak bersua mata. 

To all my dear friend n famili
Happy Bday where you are no matter when your bday.

Gud Luck in everything u do.  Best of Luck Dear.

Monday, 12 August 2019

Roti Jala dan Kepala Biri-biri

as-salam.

Hari raya ke 2 kami buat roti jala makan bersama gulai kerutuk kepala biri-biri. Memang sedap.  Dapat makan dengan otaknya sekali.

resepi roti jala, kami ikut yang mudah-mudah sahaja, janji sedap.

1. 3 cawan gandum
2. 2 cawan susu segar
3. 1 cawan air
4. 1 biji telor ayam
5. 2 sudu makan minyak
6. 1 sudu teh serbuk kunyit (boleh juga letak pewarna), kami lebih suka bau kunyit yang wangi, menambah selera.
7. 1/2 sudu teh garam halus, kalau kurang masin, sila tambah.

cara buat :

1.  masukkan susu dan ke dalam pengisar atau blender
2.  Bersihkan dan pecahkan telor ayam, masukkan ke dalam pengisar.
3.  masukkan bahan 5, 6 dan 7 ke dalam pengisar
4.  masukkan secawan gandum ke dalam pengisar dan kisar hingga sebati.
5.  tambahkan gandum sedikit demi sedikit ke dalam pengisar hingga habis dan sebati.

Sunday, 11 August 2019

Air Detoks Serai Asam Boi

salam.

Sempena Aidil Adha tahun ni kami masak daging biri-biri.  Sesuai dengan masakan, kami buat air detoks menggunakan asam boi, air soda (F&N), serai dan limau kasturi.  Memang sedap dan serasi sangat makan dengan daging.
gambar pinjam dari RASA

Bahan-bahan :

1. 3 botol air soda
2. 2 bungkus asam boi (kami beli di Giant Supermarket)
3. 10 batang serai
4. RM2 limau kasturi (dalam 20 biji - lagi banyak pon boleh, ikut citarasa masing-masing, kami hanya beli RM2, jadi dah tak boleh nak tambah :-) .... boleh juga ganti dengan lemon 3/4 biji.
5. 1 paket ais yang besar (RM4.00)
6. 1 tin laici
7. Daun Pudina - kami tak letak sebab lupa nak beli ;-) )


Cara membuatnya :

1.  Serai dibersihkan dan diketuk-ketuk.
2.  Masukkan air soda, serai, asam boi ke dalam bekas/balang air yang besar.
3.  Limau kasturi dibersihkan dan dipotong 2 atau dibelah 2.  Perah air limau, tapis dan masukkan ke dalam balang air tadi.
4.  Kulit limau kasturi jangan dibuang, masukkan juga ke dalam balang tersebut.  Jika menggunakan lemon, bersihkan, potong nipis dan masukkan ke dalam balang air tersebut.
5. Masukkan laici dan daun pudina (terpulang pada citarasa masing-masing)
6. Akhir sekali masukkan ais.

siap ..... boleh dihidangkan.  Sori tiada gambar yang asal sebab asik minum je sampai habis.

Saturday, 10 August 2019

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha


Assalamualaikum w.b.t
Salam Sejahtera,
Indah langit kerana awan,
Indah laut kerana kebiruan,
Indah Aidilfitri kerana kemaafan
Indah Aidiladha kerana pengorbanan.

Dengan ingatan tulus ikhlas, disusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf tersalah laku, terkasar bahasa...

🌟Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha 1440H🌟

Friday, 9 August 2019

DOA ARAFAH



DOA ARAFAH - Esok, 10/8/19 Rebutlah satu jam ini

Assalamualaikum. Hari Arafah sudah hampir tiba. Sudahkah anda membuat senarai doa yang mahu anda pohon kepada Allah? Berikut adalah beberapa doa yang anda boleh masukkan dalam senarai anda, Insya Allah:

1. Ya Allah kurniakanlah padaku Kejayaan terbesar - selamat dari api neraka dan masuk ke Syurga Firdaus

2. Ya Allah masukkanlah aku dan keluargaku dalam golongan yg beriman.. yang menerima kitab amal di tangan kanan kami.

3. Ya Allah, Kurniakanlah padaku kematian yang diberkati. Izinkan aku mengucapkan syahadah sebelum aku menghembuskan nafas terakhir.  Kurniakanlah padaku syafaat Rasulullah (saw).

4. Ya Allah masukkanlah aku dalam kalangan Rasulullah (saw), keluarganya dan para sahabat di Syurga Firdaus.

5. Ya Allah selamatkanlah rakan-rakan bukan Islam ku dari neraka. Kurniakan mereka hidayah Islam.

6. Ya Allah, satukan aku dalam Syurga Firdaus dengan orang-orang yang aku sayangi semata-mata kerana Mu.

7 Ya Rabb, sempurnakan agamaku dan ibadatku. Selamatkan aku daripada kejahatan dan izinkan aku menyempurnakan sebahagian daripada agamaku.

8. Ya Allah terimalah amalan baikku dan tingkatkan pahala dan rahmat untukku. Padamkan dosa-dosaku dan ampunkan aku sepenuhnya. Limpahi rahmatMu untukku dan selamatkanlah aku dari kehinaan pada hari hitungan amal.

9. Ya Allah, apabila aku mati, biarlah jiwaku dan rekod amalanku menjadi amalan tertinggi

10. Ya Allah kurniakan aku, ibu bapaku, keluarga dan anak-anakku bimbingan, ketabahan dan peningkatan Iman.

11 Ya Allah, masukkan aku dalam golongan  yang Engkau lindungi, mendapat pengampunan Mu dan mendapat naungan pada hari ketika tidak ada naungan selain dari Arash Mu.

12. Oh Tuhanku, tingkatkan keyakinan dan tawakkalku padaMu. Janganlah ada keraguan dalam kepercayaanku dalam keesaan Mu, kehebatan Mu dan kekuasaan Mu.

13. Ya Allah tingkatkanlah kecintaanku untuk Mu dan Nabi Mu (saw).

14. Ya Allah ampunilah aku dan tingkatkanlah kurnian Rahmat dan Rezeki Mu

15 Ya Allah berilah aku lebih banyak peluang untuk berbuat baik dan mendapat keredhaanmu.

16. Ya Allah ya Rabb, sucikan niatku hanya untuk Mu semata dan lindungi aku dari menunjuk-nunjuk atau kebanggaan palsu. Selamatkan aku dari sifat angkuh, sombong, menunjuk nunjuk dan mengungkit ungkit nikmat.

17. Oh Penciptaku dan Tuhanku, jangan biarkan aku sendirian. Berkati aku dengan pasangan yang sesuai dan anak-anak yang akan menjadi penyejuk mataku.

18. Oh Tuhanku, jadikanlah aku dari orang-orang yang sabar dan patuh kepada Mu dan kepada ibu bapaku.

19. Selamatkanlah aku dari Fitnah Dajjal.

20. Selamatkanlah aku dari azab kubur dan azab api neraka.

21 Ya Allah, tingkatkanlah usahaku dalam kerja-kerja Sadakatul Jariah.

22 Ya Allah, berkati hidupku dengan kesihatan yang baik, agar aku dapat bersujud padamu dengan mudah sehingga akhir hayatku.

23 Ya Allah, lindungi aku dan seluruh umat Islam dalam menentang penindas-penindas yang zalim. Selamatkan kami dari fitnah dan permudahkanlah bagi kami mengharungi zaman yang sukar ini.

24. Tuhanku, berkati hidupku dengan yang terbaik di dunia ini, yang terbaik di akhirat nanti dan selamatkanlah aku dari api neraka. Sesungguhnya aku memang memerlukan kurniaan dari Mu Ya Allah.

25 Ya Allah tingkatkanlah kesyukuranku semata-mata kepada Mu.

26. Ya Rabb, selamatkan aku dari kemunafikan.

27 Ya Allah, izinkan aku dan isteriku menjadi antara jemaah menunaikan Haji sebelum kami dijemput olehMu..

28 Ya Allah lindungi kami dari syaitan, jin dan arak. Lindungi kami dari perbuatan jahat dan niat mereka.

29 Ya Allah ampuni dan berilah rahmat kepada ibu bapa kami, kerana mereka menjaga kami ketika kami masih kecil.

30 Ya Allah, aku berdoa dan memohon daripadamu untuk mengurniakan bimbingan kepada pemuda dan umat Islam. Selamatkan kami semua dari kufur, putus asa, salah laku dan syirik.

31 Ya Allah berikan aku kekuatan untuk melawan kemalasan dan tidur, semoga aku dapat bangun untuk tahajjud dan solat subuh setiap hari.  🌕🌕🌕🌕🌕🌕🌕🌕

Like & Share fb Pujangga Mama

In sya Allah . Hari Arafah bagi tahun 2019 jatuh pada 10/08/2019 mulai jam 12.21 tengah hari (Khutbah Arafah).

Untuk doa yang paling mustajab bagi kita yang berada di Malaysia adalah dalam waktu solat Asar jam 5.21 petang hingga jam 6.21 petang. Rebutlah 1 jam yang penuh istimewa ini untuk kita angkat doa ke langit Allah. waktu ini utk berdoa kerana ini adalah waktu yg amat mustajab. Selamat Beribadat!

Aamiiin...

Thursday, 8 August 2019

KAIFIAT DAN WAKTU TAKBIR HARI RAYA AIDILADHA

Assalamualaikum w.b.t
Salam Sejahtera,
KAIFIAT DAN WAKTU TAKBIR HARI RAYA AIDILADHA





Rujuk Sumber Asal: http://bit.ly/kfttkbrrya
Album Infografik : http://bit.ly/albumphf

Wednesday, 7 August 2019

Lebuhraya KBKK bagi Pakej 2A dibuka sementara

Assalamualaikum w.b.t
Salam Sejahtera,
Lebuhraya KBKK bagi Pakej 2A: Kadok ke Ketereh sepanjang 6.8km akan dibuka sementara dari 9hb Ogos 2019 hingga 15hb Ogos 2019 bagi mengurangkan kesesakan trafik yang berlaku di ketereh pada hari raya aidiladha. Lebuhraya ini akan dibuka kepada umum bermula Jumaat, jam 3:00ptg. Lebuhraya ini akan bermula di ketereh dan akan terus ke Kota Bharu sepanjang 14km.
#hatihatimemandu
#panduperlahan
#ingatyangtersayang

Tuesday, 6 August 2019

BETUL

as-salam

BETUL...😊

Mengetahui perkara yg BETUL tdk memadai dan bermakna...
Jika anda tdk melakukan perkara yg BETUL.

Monday, 5 August 2019

BANYAK & SEDIKIT

as-salam

Salam pagi ISNIN 5 OGOS 2019M dgn BANYAK & SEDIKIT...😊

SEDIKIT dan mencukupi itu lebih baik...
Drpd BANYAK tetapi melalaikan.

Sunday, 4 August 2019

SYUKUR

as-salam

Dgn MENSYUKURI...😊
                                                                
Barang siapa yg tdk MENSYUKURI yg sedikit...
Maka ia tdk akan mampu mensyukuri sesuatu yg banyak.

Saturday, 3 August 2019

HIKMAH & BERSYUKUR


Assalamualaikum w.b.t
Salam Sejahtera,

HIKMAH & BERSYUKUR...😊

Jika engkau mengetahui HIKMAH disebalik kejadian, pastilah engkau akn BERSYUKUR...
Jika belum mengetahuinya, maka bersangka baiklah

Friday, 2 August 2019

REDHA & PASRAH

Assalamualaikum w.b.t
Salam Sejahtera,
REDHA & PASRAH...😊

Bukan mudah utk REDHA dan PASRAH, hati perlu kuat serta tabah...
Setiap yg berlaku pasti ada hikmahnya yg tersirat.

Thursday, 1 August 2019

UJIAN



 UJIAN...😊

Usahlah menangis kerana UJIAN yg mendatang...
Tetapi menangislah kerana tlh dipilih Allah menerima ujianNya.